E-FOLIO
MPU21032
TAJUK:
SUKAN DAN PERPADUAN
NAMA PENSYARAH:ENCIK TAQIM
NAMA AHLI KUMPULAN DAN NO MATRIK:
MUHAMMAD DANIAL BIN ZULKIFLY
(06DSB21F2025)
MUHAMMAD DANIAL BIN MAHADI
(06DSB21F2028)
MUHAMAD ADLY AFIQ BIN ABDUL RAHMAN
(06DSB21F2027)
MOHAMMAD NAUFAL BIN AZMAN
(06DSB21F2023)
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA
1 PENGHARGAAN
2 PENGENALAN
3 TOPIK: 1.0 SUKAN MALAYSIA
1.1 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
1.2 CONTOH - CONTOH SUKAN
1.3 PERANAN SUKAN DALAM MEMUPUK
PERPADUAN KAUM
1.4 FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
4 KESIMPULAN
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera.Pertama sekali, kami sekumpulan ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Encik Taqim
kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan dan panduan yang
diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali. Beliau
juga telah berjaya menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang diajukan
dengan jelas sekali.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan
seperjuangan saya yang tidak pernah leju memberi kerjasama sepanjang
proses penghasilan efolio ini. Walaupun kami terdiri daripada pelbagai
bangsa,namun itu tidak mematahkan sikap Kerjasama antara sepasukan.
Tidak lupa juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala pertolongan
yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai cabaran. Mereka juga
telah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami.
Akhir sekali,saya ingin mengucapakn sepuluh jari tanda
penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses membuat folio ini
secara langsung dan secara tidak langsung.
PENGENALAN
Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk
perpaduan antara kaum.Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama
dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding,
tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan
Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya
kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan
Harimau Malaya.
Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar
Harimau Malaya dapat menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi
menang sama-sama, kalah pun sama-sama.Sukan dapat menyatukan rakyat
kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan
hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti
dalam kalangan peserta.
Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati
antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu
dalam mempertahankan kedaulatan negara.
“Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat
konsep 1Malaysia berdasarkan penglibatan semua pelajar pelbagai bangsa,
budaya dan agama,”. Kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang
sentiasa mendokong hasrat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan
insan yang seimbang. “Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan
negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan
masyarakat. “Oleh yang demikian, penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti
kokurikulum adalah amat penting sebagai satu landasan untuk melahirkan
pelajar yang cergas, dinamik serta bersatu padu,” jelasnya.
Melalui latihan sukan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai
aspek yang merangkumi minda, otot saraf dan emosi, sukan juga mampu
membentuk pelajar yang cergas dan patuh kepada peraturan.
TOPIK 1.0 SUKAN MALAYSIA
Sukan dan perpaduan beperanan sebagai alat perpaduan tanpa
mengira ideologi dan meyemarakan semangat patriotik dalam kalangan
rakyat. Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu kerana
ianya membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat.
Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan menagadakan
termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali pada peringkat
awal. Kemudian SUKMA mula diadakan setiap tahun untuk merapatkan
hubungan antara negeri. Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam
kalangan pemain ataupun penonton.
Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan
dibawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan
Negeri,Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM),Majlis Sukan
Universiti Malayasia dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.
Seterusnya,Sukan ini juga merupakan kejohanan “beraneka sukan”(Multisport
Competition) dan berkonsepkan "Mini Sukan Olimpik" di Malaysia yang
melibatkan atlet remaja.
Seterusnya,sukan Malaysia diadakan secara dwi tahunan,kemudian
diadakan setiap tahun untuk mencungkin bakat atlet-atlet remaja di peringkat
negeri dan daerah bagi menggalakan penglibatan secara mendalam dalam
sukan yang dipertandingkan.
1.1 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
Sukan sebagai alat perpaduan dan antarabangsa Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai bangsa dan kaum.
Aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu
sama lain
Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang untuk bekerjasama dan
saling memahami antara kaum.
Mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan
negara lain
1.2 CONTOH-CONTOH SUKAN
1) BOLA SEPAK
2) BADMINTON
3) BOLA JARING
4) OLAHRAGA
5) RAGBI
6)BOLA BALING
BADMINTON
BIODATA DATUK LEE CHONG WEI
Nama penuh:Lee Chong Wei
Tarikh Lahir:21 Oktober 1982
Tempat Lahir:Penang,Malaysia
Kerjaya:Pemain Badminton Keseorangan Lelaki
PENCAPAIAN
1) SUKAN SEA 2005 DI MANILA
2) SUKAN OLIMPIK RIO 2016
RUMUSAN
Perpaduan yang dapat dilihat dari perkembangan sukan di negara kita
ialah contoh dalam sukan badminton yang telah mendapat nama di peringkat
tinggi iaitu Dato'Lee Chong Wei.Beliau telah mengharumkan nama negara
Malaysia dengan menyertai sukan ini.Selain itu,perpaduan antara kaum dapat
dilihat antara satu sama lain.Pelbagai kaum iaitu Melayu,India dan Cina telah
berganding bahu untuk memberi sokongan yang padu kepada Dato'Lee
Chong Wei dalam sukan badminton ini.Hal yang demikian menjelaskan
bahawa telah wujud perpaduan melalui sukan dalam negara kita.
BOLA SEPAK
BOLA SEPAK SEBAGAI EJEN PENYATUAN PELBAGAI KAUM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serius untuk kembali
memperluaskan sukan bola sepak yang terbukti sebagai ejen paling ampuh
dalam penyatuan,perpaduan dan membina negara untuk kegunaan semua
lapisan masyarakat.Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin berkata
perkara itu dapat dilihat melalui pembentukan pasukan kebangsaan pada era
1950-an hingga 90-an dan percaya dengan kerjasama seluruh masyarakat
bukan Melayu,Zaman kegemilangan itu akan dapat dikembalikan.
Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM juga mengajak masyarakat Cina
untuk menyemarakkan semula penyertaan mereka dalam bola sepak
tempatan bagi menawarkan dimensi berbeza terhadap landskap sedia ada di
samping menjadikan bola sepak sebagai satu pilihan kerjaya anak-anak
mereka.
RUMUSAN
Di setiap negara mempunyai pelbagai jenis sukan yang menarik tetapi
bola sepak juga merupakan raja sukan dan dijadikan sukan utama di negara
kita pada masa kini.Jika dilihat di sukan SEA 2017 Malaysia telah menjadi
tuan rumah dan telah mendapat juara keseluruhan .Tetapi untuk sukan bola
sepak pula Malaysia yang mempunyai pemain yang berlainan kaum telah
layak ke peringkat akhir.Penyokong Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum bersemangat memberi sokongan kepada pasukan Malaysia .Ini
terbuktilah bahawa sukan bola dapat memberi perpaduan kepada negara.
1.3 PERANAN SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN
KAUM
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan,
kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain,
penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-
an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V
Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan,
Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi
ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola
sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat
perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai
pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang
Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-
masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun
mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.
Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan
sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan
Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan Malaysia (Sukma) yang
diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam
negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan
Menjana Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA
1989 yang melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat
emas) untuk sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah
diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.
Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam
perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat
dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara. Perpaduan
dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak
menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya.
Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di
pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Pencapaian
di kesemua peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta
antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah
sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di belakang
Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung
kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.
Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga
segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan
tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri
menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam
melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia
sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas
kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan
mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan
penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari
itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat
bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan
kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh
juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian
kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam
mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam
kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.
Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk
mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan
ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui
Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri.
Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan dan
tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan
sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi
pengajian serta badan dan individu yang terlibat dengan sukan. Dasar Sukan
Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya
sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat
secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat
antarabangsa.
Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-
program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi.
Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan negara.
Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama
penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat
pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan
mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi
yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang
berterusan. Sukan memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan
pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu ke arah
pemupukan maruah bangsa dan negara. Sukan memberi manfaat yang amat
besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu,
masyarakat dan negara.
1.4 FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah
positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan
kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah,
pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas
dan kompleks.
Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan
perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti
dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama
dan sokongan.
Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan
dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan
peningkatan kecemerlangan dan imej negara.
Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi
yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja
kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan,
media dan lain-lain pihak yang berkaitan.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang penting
untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh
sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui
perpaduan sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus
untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan
anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan
terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya.
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun
kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada
pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain
peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan
masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan
menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai
kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan
sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan
kerjasama antarabangsa.