TUGASAN PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 2 ( 2020 )
SEMPENA PKP
#STAYATHOME
#STAYSAFE
#STAYHEALTHY
Assalamualaikum, hai
kawan-kawan….nama
saya Ali. Saya nak
belajar, kawan-kawan
nak belajar? Jom ikut
Ali.
Hari ni kita nak belajar
tajuk TUHANKU AL-
AHAD dan AS-SOMAD.
Kawan-kawan dah
bersedia? Jom ikut Ali.
Kawan-kawan tahu tak
apa itu Allah Al-Ahad
dan As-Somad? Mari Ali
jelaskan.
AL-AHAD
Maksud Al-Ahad
Al-Ahad bererti Allah Maha Esa,
tunggal dan tiada yang berhak
disembah melainkan-Nya.
Dalil Naqli
Surah Al-Ikhlas ayat 1.
Dalil ‘Akli
Kita melihat aturan alam yang diuruskan dengan
sistematik. Hal ini membuktikan hanya Allah
tuhan yang mentadbir alam ini. Jika tuhan lebih
daripada satu, akan berlaku huru-hara di alam
ini.
AS-SOMAD
Maksud As-Somad
As-Somad bererti Allah Maha
Pelindung dan tempat tumpuan
segala hajat.
Dalil Naqli
Surah Al-Ikhlas ayat 2.
Dalil ‘Akli
Allah menciptakan seluruh alam. Allah
memberikan perlindungan kepada semua
makhluk-Nya. Maka sudah pasti seluruh
alam memerlukan Allah sebagai tempat
bergantung.
Kawan-kawan apakah
tindakan yang
membuktikan
keimanan kita
terhadap Al-Ahad dan
As-Somad? Mari Ali
jelaskan.
1. Beriman kepada
Allah semata-mata.
Maksudnya kita tidak
mensyirikkan Allah dengan
sesuatu yang lain.
Dan sentiasa beribadah.
2. Menjadi muslim yang taat.
Untuk itu kita perlu…
Berusaha dengan bersungguh-
sungguh.
Meyakini pertolongan Allah.
Dan sentiasa muhasabah diri.
3. Memohon pertolongan
kepada Allah.
Rajin berdoa.
Melakukan solat hajat.
Alhamdulillah….selesai
pembelajaran kita hari ini.
Jumpa lagi kawan-
kawan. Belajar rajin-rajin
ya… Ali sayang korang
semua.
DISEDIAKAN OLEH :
USTAZAH SHATIRAH BINTI HALIM
GURU PENDIDIKAN ISLAM
SJKC CHIO MIN A