The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIAKAN OLEH NORHAZWANI BINTI MAT WERO

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhazwanimatwero, 2022-12-13 03:07:55

BAJU AJAIB LILY

DISEDIAKAN OLEH NORHAZWANI BINTI MAT WERO

BAJU AJAIB LILY

NORHAZWANI BINTI MAT WERO

Di sebuah kampung, tinggalnya seorang gadis bernama Lily bersama

ibunya iaitu Cik Embun. Mereka tinggal di dalam sebuah rumah yang

usang. Kehidupan mereka sangat susah. Ada kalanya Lily tidak makan

selama beberapa hari kerana tiada wang. Dia sering diejek oleh rakan

sekampungnya kerana rupanya yang hodoh dan comot. Lily tidak

mempunyai kawan. 1

Lily sering berasa rendah diri. Dia suka berkurung di dalam rumahnya dan
tidak suka bergaul dengan orang lain. Lily risau dirinya diejek oleh rakan
sekampung. Oleh itu, dia hanya duduk di dalam rumah. Lily sentiasa
berangan untuk menjadi seorang puteri yang cantik. “Kalau aku cantik,
mesti mereka nak berkawan dengan aku,” getus Lily dalam hatinya.

2

Pada suatu pagi, Cik Embun mengajak Lily pergi ke pasar untuk mencari
barang dapur. Awalnya, dia tidak mahu mengikuti ibunya kerana takut
diejek oleh rakan sekampung. Tetapi, Cik Embun memarahi Lily dan
menyuruhnya bergaul dengan orang lain. Lily terpaksa akur dengan arahan
ibunya.

3

Semasa ibunya sedang leka membeli ikan untuk dijadikan lauk makan
malam, mata Lily tertumpu pada sebuah gerai pakaian. Dia mengajak Cik
Embun untuk pergi ke gerai tersebut. Dia ternampak sehelai baju dan
memberitahu hasratnya untuk membeli baju tersebut kepada ibunya.

4

"Ibu tiada duit Lily. Nanti kita terpaksa berlapar lagi,” ujar Cik Embun
kepada anaknya. Namun, Lily berkeras untuk membeli baju itu dan
berjanji akan menolong ibunya mencari kayu api untuk dijual. Akhirnya,
Cik Embun bersetuju untuk membeli baju kepada anaknya itu. Lily berasa
sangat gembira kerana dapat membeli baju yang disukainya.

5

Lily tidak sabar untuk memakai baju barunya. Dia berangan akan menjadi
seorang gadis yang cantik apabila memakai baju tersebut. Setelah tiba di
rumah, Lily segera menyarung baju itu. Tiba-tiba pakaiannya yang lusuh
bertukar menjadi gaun yang sangat cantik dan mewah. Wajahnya yang
comot juga telah bertukar menjadi cantik seperti seorang puteri.

6

Rupa-rupanya baju itu adalah baju ajaib yang dapat mengubah
penampilan seseorang. Lily boleh membuat apa sahaja permintaan untuk
mengubah pakaiannya. Semenjak kejadian itu, Lily berubah menjadi
seorang gadis yang cantik.

7

Lily berlari ke arah ibunya sambil menjerit, “Ibu, tengoklah Lily! Selepas
ini, mesti Lily ada ramai kawan.” Cik Embun terkejut melihat penampilan
anaknya yang sangat cantik itu. “Dari mana kamu dapat pakaian ini Lily?
Kamu curi ke?,” tanya Cik Embun kepada anaknya dengan suara yang
lantang. Cik Embun meminta Lily untuk memulangkan kembali pakaian
tersebut.

8

“Ibu, Lily tidak curi baju ini. Rupa Lily bertukar bila pakai baju ini,” kata Lily
kepada ibunya dengan bersungguh-sungguh. Dia cuba meyakinkan ibunya
dengan membuka baju barunya itu. Setelah itu, rupa Lily kembali berubah
menjadi comot.

9

Cik Embun mula mempercayai kata-kata Lily. “Petang nanti ikut ibu cari
kayu api. Jangan lupa janji kamu pagi tadi,” kata Cik Embun bernada tegas.
Lily enggan menunaikan janjinya itu dan mula memarahi ibunya. “Saya
tidak mahu ikut ibu. Saya ingin keluar berjalan di taman,” ujar Lily kepada
ibunya.

10

Semasa di taman, ramai yang menegur Lily dan ingin berkawan dengannya.
Namun, dia telah mencemuh mereka dan bersikap sombong. Lily hanya
berkawan dengan orang yang cantik dan kaya sahaja.

11

Cik Embun berasa kecil hati dengan tingkah laku anaknya yang semakin
biadap. Cik Embun juga menasihati Lily supaya mengingati asal-usul serta
tidak bersikap sombong. Tetapi, Lily tidak mendengar nasihat ibunya itu.

12

Lily juga telah menjadi rebutan para lelaki di kampungnya kerana kecantikan
yang dimiliki. Lily tidak pernah menerima pinangan lelaki yang datang ke
rumahnya. Malah, dia hanya menghina lelaki-lelaki tersebut. Lily bercita-
cita untuk berkahwin dengan putera Raja.

13

Pada suatu malam, Cik Embun menegur Lily kerana dia pulang lewat ke
rumah. Lily menjeling ibunya lalu berkata dengan suara lantang, “Ibu tidak
berhak menegur saya. Lily sudah besar.”

14

Cik Embun terus memarahi Lily dan menyumpah supaya baju tersebut
tidak dapat mengubah dirinya menjadi cantik lagi. Kemudian, keluar
seekor pari-pari lalu berkata, “Kamu telah menyakiti hati ibumu. Mulai
hari ini, baju ini tidak akan ubah diri kamu lagi.”

15

Setelah itu, rupa Lily kembali menjadi hodoh dan comot. Dia menangis
teresak-esak dan menyesal dengan perbuatannya itu. Lily menyesal lalu
segera meminta maaf kepada ibunya. Lily juga memohon kepada ibunya
agar memujuk pari-pari itu untuk mengembalikan fungsi bajunya.

16

Cik Embun telah memaafkan kesalahan anaknya lalu berkata dengan nada
yang lembut, “Wahai pari-pari! Kembalikan fungsi baju anakku seperti
sebelum ini.” Pari-pari tersebut akur dengan permintaan Cik Embun
kerana kasihan dengan ibu tua itu.

17

Pari-pari itu memberi syarat kepada Lily sebelum dia mengembalikan
fungsi baju ajaib itu. “Baiklah! Tetapi saya ada syarat. Kamu mesti hormat
ibu kamu serta tidak boleh sombong lagi selepas ini. Jika tidak, baju ini
akan membinasakan kamu,” kata pari-pari itu kepada Lily.

18

Lily bersetuju dengan syarat pari-pari itu. Dia mengucapkan terima kasih
kepada ibunya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.

19

Semenjak kejadian itu, Lily sangat menghormati ibunya dan sering
menolong ibunya di rumah. Dia juga suka membantu orang di
sekelilingnya. Dia menjadi seorang yang sangat baik hati dan peramah.
Kini, Lily mempunyai ramai kawan.

20

Akhirnya, Lily telah menerima lamaran daripada Putera Leon yang
terpesona melihat kecantikan dan kebaikan hatinya. Putera Leon
merupakan putera sulung kepada Raja di Negara Langkasuka. Mereka
akhirnya berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya.

21

PENGAJARAN:

Kita perlulah bersikap baik hati,
menunaikan janji dan menghormati
orang tua supaya dapat hidup dengan

tenang.

22

TAMAT

23

Buku ini dimiliki oleh:

NORHAZWANI BINTI MAT WERO
(273354)

24


Click to View FlipBook Version