The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit mesyuarat HEM 1 terkini 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dataskbt21, 2022-09-14 22:08:05

MESYUARAT HEM 1/2022 SKBT

Minit mesyuarat HEM 1 terkini 2022

MINIT MESYUARAT INDUK HAL EHWAL MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TEMBAGA

BIL…..1…. TAHUN 2022

Tarikh : 30 Mac 2022 Hari : Rabu
Masa : Bilik Mesyuarat SKBT
Kehadiran : 2.30 petang – 5.00 petang Tempat

: 24/30

AHLI MESYUARAT YANG HADIR AHLI MESYUARAT YANG TIDAK HADIR
1. Mohamad Nasir Bin Ismail 1. Mohamad@ Mohamad Yaakob B Jusoh
(Urusan rasmi di PPD)
2. Normah Bt Jusoh
3. Mohd. Fauzi B Mohamad 2. Idris B Man (Urusan anak)
4. Arniliana Bt. Abd. Rahman 3. Idris B Mohamed @ Puniran (Urusan Keluarga)
5. Anwar Hussain B Shaik Mohamed 4. Siti Nurfazliza Bt Abd Rahim ( Kuarantin Covid 19)
6. Azizah Bt Mohamad 5. Noraishah Bt Abderahman ( Cuti Sakit)
7. Che Sham Bt Che Mat 6. Siti Fatimah Bt. Ahmad ( Cuti Rehat Khas)
8. Fatimah Bt Yahaya
9. Hailan B Abu
10. Haryati Bt Mohd Taharim
11. Ku Nooraniah Bt Ku Mansor
12. Mazrina Bt Mazlan
13. Mohammad Hisham B Abdullah
14. Mohd. Nizam Bin Zakaria
15. Noor Azura Bt Ahmad
16. Noor Emiza Bt Abd. Lateh
17. Nor Raihan Bt Hj Awang
18. Nor Zaibun Bt Mat Yazid
19. Norhayati Bt Haron
20. Nur Aisyah Yong Bt Abdullah
21. Ommi Kalsom Bt Hasan
22. Pirdaus Bin Abd. Hamid
23. Ros Idayu Bt. Abas
24. Ruzaihan Bt Abd Razak

1

I. PERUTUSAN YANG BERUSAHA PENGERUSI
1. Bagi memberkati majlis mesyuarat, pengerusi meminta guru membacakan Surah Al
Fatihah dan ucapan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri Mesyuarat Hal
Ehwal Murid 1/2022

Makluman : Semua Guru

II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Normah Bt Jusoh membentangkan Minit
Mesyuarat Induk Hal Ehwal Murid 3 /2021 untuk diterima dan disahkan

3. Pn Arniliana Bt Abd Rahman mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan
serta disokong oleh Pn Azizah Bt Mohamad

III. PERKARA BERBANGKIT

4. PERKARA 4 : Isu Saringan Minda Sihat

Guru Kaunseling, En Anwar memaklumkan bahawa masih terdapat pelajar yang masih
belum melaksanakan saringan minda sihat kerana tidak dapat dihubungi. Pelajar
berkenaan akan cuba dihubungi dan saringan akan dibuat melalui telefon.

Tindakan : Guru Kaunseling, En Anwar Hussain

5. PERKARA 7 : Kehadiran Pelajar

Pn Siti Fazliza, guru kelas 5 Taqwa memaklumkan bahawa seorang pelajar, Khairul Irfan
dari kelas 5 Taqwa masih lagi berada di Thailand dan masih tidak mengikuti kelas PDPR.

Makluman : Semua guru subjek 5 Taqwa

IV. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

6. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Normah Bt Jusoh menerangkan tentang
beberapa perkara seperti berikut :

a) Hasrat dan visi HEM SKBT 2022 iaitu memastikan semua urusan membabitkan
pelajar dapat dilaksanakan dengan lancar dan sistemati
b) Semua Setiausaha Unit HEM dapat memastikan fail dalam keadaan teratur

dan sistematik

Tindakan : Semua Setiausaha Unit HEM.

2

V. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
7. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Normah Bt Jusoh meminta semua guru
kelas untuk mengemaskini data SPBT dan RMT di Google Sheet di komputer di
bilik guru. Data yang perlu dikemaskini ialah
a) Ruangan Pinjaman SPBT
b) Ruangan Pemulangan SPBT bagi akhir tahun.

Tindakan : Semua Guru Kelas

8. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Normah juga meminta semua guru mata
pelajaran untuk memeriksa buku teks secara berkala bagi memastikan buku
dalam keadaan elok.
Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran

VI. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

9. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , Pn Normah meminta semua guru kelas
mengemaskini data-data berkaitan RMT di Google Sheet iaitu
a) Data kehadiran harian
b) Data BMI pelajar ( Berat Badan/Tinggi Pelajar)
c) Data Akademik RMT ( TOV/ETR)

10. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , Pn Normah juga memaklumkan bahawa pada
Bulan 5, guru kelas boleh mengisi data RMT dan data Program Susu Sekolah di
Google Sheet.
Tindakan : Semua Guru Kelas

VII. UJIAN UKM 1

11. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Normah Bt Jusoh meminta Pn Ku
Nooraniah mengendalikan program UJian UKM 1

Tindakan : Pn Ku Nooraniah Bt Ku Mansor,
Guru Kaunseling

3

VIII. HAL-HAL LAIN

11. Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Mohd Nasir memaklumkan tentang
pengurusan jadual waktu baharu yang mempunyai subjek maksimum sebanyak
4 subjek bagi Tahap 1 dan 6 subjek bagi Tahap 2. Jadual akan disediakan oleh En
Pirdaus dan berkuatkuasa 4 April 2022

Tindakan dan makluman : Semua Guru

12. Guru Penolong Kanan Pentadbiran , En Mohd Nasir memaklumkan bahawa
semua guru perlu memuatturun Borang Keberhasilan PBPPP yang baharu.

Tindakan dan Makluman : Semua Guru.

13. Guru Penolong Kanan Pentadbiran , En Mohd Nasir memaklumkan bahawa
program CUP 3 adalah menjadi keutamaan KPM dan meminta semua Ketua
Panitia memantau subjek yang terlibat agar program ini dilaksanakan
berdasarkan kehendak kementerian.

Tindakan : Ketua Panitia

14. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada 4.00 petang dengan Surah Al Asr

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………………….. …………………………………………
EN. ANWAR HUSSAIN BIN SHAIK MOHAMED PN NORMAH BT JUSOH

SETIAUSAHA HAL EHWAL MURID PENOLONG KANAN KURIKULUM

Diperakukan oleh

……………………………………………………………….
En Mohamad@ Mohamad Yaakob B Jusoh

4 GURU BESAR

SK BUKIT TEMBAGA


Click to View FlipBook Version