The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syamiminurfatin65, 2021-09-01 22:56:59

FATIN SYAMIMI

KK SEJ (MIMIE) 1

TAJUK : PERANAN DAN SUMBANGAN SUPERITENDEN AZMI BIN
MAHMOOD SEBAGAI PEGAWAI POLIS DI BALAI POLIS CAMERON

HIGHLANDS DARI TAHUN 1998 -2015

PENGENALAN
Pasukan Polis Diraja Malaysia merupakan pasukan keselamatan yang ditubuhkan

pada tahun 1807 bertujuan untuk menjaga ketenteraman dan kesejahteraan negara
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 3 Akta Polis
1967.Tanggungjawab yang digalas oleh PDRM begitu luas kerana dalam menjalankan
amanah ini, pasukan polis bukan sahaja menjalankan tugas utamanya dalam
memerangi ancaman keganasan malah memperkukuh hubungan dengan masyarakat
sekeliling melalui sikap mesra dan bertimbang rasa yang ditonjolkan sepanjang dalam
perkhidmatan.

Polis Diraja Malaysia terdiri daripada beberapa jabatan yang mempunyai peranan
yang berlainan dan salah satunya adalah jabatan Cawangan Khas.Jabatan ini berfungsi
sebagai tulang belakang kepada PDRM kerana mencipta sejarah dengan menjadi satu-
satunya organisasi perisikan yang berjaya menewaskan insurgensi komunis.1 Tuan
Azmi Bin Mahmood yang merupakan salah seorang tokoh pegawai polis kanan telah
terpilih untuk menyertai Cawangan Khas melalui suatu proses pemilihan khas pada 1
Mei 1998.Sememangnya kejayaan yang dikecapi oleh beliau dalam pelaksanaan tugas
membanteras jenayah dapat dizahirkan melalui sikap akauntabiliti dan integriti yang
cemerlang .Menurut Abdul Wahab, seseorang yang berakauntabiliti akan memastikan
tugas yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan dan tiada pembaziran
yang menjejaskan sumber awam2.

LATAR BELAKANG
Superitendan Azmi Bin Mahmood dilahirkan pada 23 Mac 1975 di Kampung
Kedondong, Ketereh,Kelantan.Beliau merupakan anak kedua daripada tiga adik
beradik. Bapa beliau, Mahmood Ghazali merupakan seorang pemandu lori di Pantai
Timur Kuari, Kok Lanas,Kelantan. Manakala ibunya pula merupakan seorang peniaga
kedai makan di warung Kg, Kedondong, Ketereh yang mana warung tersebut adalah
milik ibunya.Superitendan Azmi Bin Mahmood dikatakan seorang yang mempunyai
sikap berdikari, gigih dan cekal dalam diri kerana seawal usia lapan tahun, beliau rajin
membantu ibunya berniaga di warung tanpa memikirkan erti penat dan lelah.
Kakaknya, Fatimah binti Mahmood juga turut bersama membantu beliau
menyediakan barang-barang keperluan berniaga seperti membuat ais batu pada waktu
malam demi mencari sesuap nasi. Kehidupan Superitendan Azmi Bin Mahmood
sangatlah sederhana dan beliau percaya bahawa rezeki yang paling baik adalah rezeki
yang dipenuhi dengan berkat iaitu rezeki yang walaupun sedikit tetapi mencukupi.
Dengan adanya rezeki yang halal,ketenangan dan kebahagian dapat dinikmati
bersama keluarga tercinta walaupun bukan hidup dalam kemewahan.Kehidupan
beliau pada zaman kanak-kanak sememangnya menyeronokkan dan lebih-lebih lagi
apabila darah muda ketika itu sangat bertenaga jika ingin dibandingkan dengan usia
sekarang. Superitendan Azmi Bin Mahmood berasa bertuah kerana beliau diberikan
didikan serta bimbingan yang baik oleh kedua-dua ibu bapanya.Berkat daripada
asuhan ibu bapanya, beliau menjadi seorang yang berguna dan bertanggungjawab
sehingga dapat mencapai kejayaan yang tidak disangka-sangka. Jasa dan pengorbanan

ibu bapa tidak akan beliau lupakan dan sememangnya jelas terbukti keperibadian
anak-anak dipengaruhi oleh peranan ibu bapanya sendiri.

Pada 8 mei 1997, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah mengambil keputusan
untuk berkahwin dalam usia yang masih muda dengan pilihan hatinya iaitu Asikin
Binti Jazi. Mereka telah dikurniakan empat cahaya mata, tiga puteri dan seorang
putera iaitu Fatin Syamimi, Fatin Syasya Ariesya, Fatin Syaza Humaira dan Muhd
Aiman. Menurut Superitendan Azmi Bin Mahmood, tidak dinafikan pada mulanya
kehidupan berumahtangga tidaklah semudah seperti yang disangkakan. Sudah pasti
ada dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh pasangan suami isteri tersebut lebih-lebih
lagi pada waktu itu Superitendan Azmi Bin Mahmood belum mendapat pekerjaan
yang tetap. Walaupun begitu, beliau tidak mudah berputus asa dan berkat sokongan
daripada seorang isteri, kehidupan mereka berubah setelah satu-satunya impian
Superitendan Azmi Bin Mahmood tercapai iaitu dengan menjadi salah-satu anggota
dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Superitendan Azmi Bin Mahmood telah mendapat pendidikan awal di Sekolah
Rendah Kebangsaan Kedai Piah,Kota Bharu,Kelantan. Beliau telah mendapat
pendidikan awal di sekolah tersebut dari tahun 1982 sehingga 1988. Sekolah Rendah
Kedai Piah atau nama ringkasnya SK kedai piah merupakan sekolah yang terletak di
Simpang Tiga Kampung Kedai Piah, Ketereh. Pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan
Kedai Piah mempunyai seramai 279 pelajar lelaki dan 295 pelajar perempuan,
menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 40 orang guru.

Pada tahun 1989 sehingga 1994 beliau telah menyambung pelajarannya ke
peringkat menengah iaitu di Sekolah Menengah Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh merupakan sekolah menengah kebangsaan

yang terletak di KM 21 Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Pada 2009, Sekolah
Menengah Kebangsaan Ketereh mempunyai seramai 717 pelajar lelaki dan 742
pelajar perempuan yang menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1459 orang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh juga mempunyai seramai 121 orang guru
yang ditempatkan disitu untuk menjadi tenaga pengajar.Menurut Superitendan Azmi
bin Mahmood, beliau pernah mengulang Sijil Rendah Pelajaran Malaysia (SRP)
semasa berusia 15 tahun kerana dikatakan beliau gagal untuk lulus dalam subjek
Matematik. SRP merupakan satu peperiksaan di Malaysia yang ditadbir secara
berpusat yang mana tujuannya adalah melayakkan pelajar yang berusia 15 tahun
untuk meneruskan pelajaran ke peringkat menengah atas dengan syarat perlu lulus
kesemua mata pelajaran.

Pada tahun 1995 sehingga 1997, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah
menyambung lagi pelajaranya di peringkat STPM iaitu Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia di Institut Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan. Institut Padang Merdeka
merupakan sebuah tempat pengajian swasta yang terletak di bandar Kota Bharu,
Kelantan.

Sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia, Superitendan
Azmi Bin Mahmood pernah bekerja sebagai Pengurus Pemasangan Pendingin hawa
jenama Carrier di Syarikat Carrier International Bangi,Selangor pada tahun 1997.
Selepas 6 bulan, beliau kembali ke Kelantan dan bekerja sebagai penyelia pemasaran
yang mana tugasnya adalah membuat pengukuran gred terhadap kualiti tembakau
bagi pengeluaran jenama rokok seperti Dunhill, Salem dan Bensen selama setahun di
Lembaga Tembakau, Pasir Puteh.

Pada 1 Mei 1998, demi mencapai cita-cita beliau untuk menjadi seorang pegawai
polis yang berwibawa dan berkaliber, beliau telah menjalani latihan rekrut di Pusat
Latihan Pulapol Kuala Lumpur sehingga 21 Januari 1999. Pusat Latihan Polis
Malaysia merupakan akademi polis yang tertua di Malaysia dan Institut latihan untuk
Polis Diraja Malaysia.Pusat latihan tersebut terletak di Semarak Street, Kuala Lumpur
yang mana ia juga merupakan tempat polis dilatih dibawah tanggungan kerajaan.
Pembelajaran di PULAPOL merangkumi aspek latihan, akademik dan praktikal. Para
pelatih polis akan dijamin untuk mempunyai pekerjaan dan akan dilatih selama enam
atau sembilan bulan di sana.

Setelah tamat menjalani latihan rekrut selama setahun di PULAPOL pada 28
Januari 1999, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah melaporkan diri di Ibu Pejabat
Polis Kontijen Pahang di Kuantan sebagai jawatan Inspektor. Jawatan Inspektor
merupakan jawatan pertama dalam menjadi pegawai polis dan selepas itu diikuti
pangkat yang lebih tinggi. Namun begitu, jawatan Inspektor telah diklasifikasikan
sebagai pegawai polis yang tidak diwartakan. Pada 1 September 2000, beliau telah
bertukar ke Daerah Cameron Highlands sebagai Inspektor Cawangan Khas Daerah
(ICKD).

Semasa penglibatan beliau dalam Pasukan Diraja Malaysia, pada masa yang
sama beliau juga telah melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi iaitu
peringkat ijazah yang mana beliau telah melanjutkan pelajarannya di sebuah unversiti
tempatan yang ternama iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. USM
merupakan sebuah daripada lima universiti yang bertaraf universiti penyelidikan
intensif dan juga merupakan universiti kedua di Malaysia pada 1969 yang beroperasi
di Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Pada 1 September 2006, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah dinaikkan
pangkat kepada Cif Inspektor Polis di atas kecemerlangan tugas semasa di dalam
Pasukan Polis Diraja Malaysia. Cif Inspektor bermaksud pegawai polis yang tidak
diwartakan. Pada 1 April 2008, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah dinaikkan
pangkat oleh Polis Diraja Malaysia dari Cif Inspektor Kepada Asisten Supritenden
Polis atau nama singkatannya adalah ASP. Pangkat Asisten Supritenden Polis boleh
diwartakan sebagai pegawai polis di dalam Polis Diraja malaysia. Beliau telah
dinaikkan pangkat kerana diatas kecermelangan beliau dalam menjaga keselamatan
sesebuah daerah semasa dalam jawatan Cif Inspektor.

Pada 1 Mei 2016, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah dinaikkan pangkat
ke Deputy Supritenden Polis dalam pasukan Polis Diraja Malaysia. Pangkat Asisten
Supritenden Polis boleh diwartakan sebagai pegawai polis di dalam Polis Diraja
Malaysia. Beliau telah dinaikkan pangkat tersebut kerana diatas kecemerlangan beliau
dalam menjaga keselamatan sesebuah daerah semasa dalam jawatan Asisten
Supritenden Polis.

PENCAPAIAN SUPERITENDEN AZMI BIN MAHMOOD DARI TAHUN 1998
SEHINGGA 2006

Pada tahun 1 mei 1998, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah melaporkan diri
di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang yang bertempat di Kuantan, Pahang yang
mana menandakan bermulanya kerjaya beliau sebagai seorang anggota polis.
Sepanjang beliau berkhidmat di IPK Pahang, beliau telah berkhidmat dengan sangat
cemerlang dan telah menunjukkan perkhidmatan serta prestasi yang sangat baik
kepada Ketua Polis Pahang dan Ketua Polis Negara. Sebagai buktinya ialah dengan
menjaga keselamatan awam pada setiap pilihan raya kecil dan pilihan raya umum
daripada sebarang ancaman keganasan, iaitu seperti Pilihan Raya Umum 1999 yang
bertempat di daerah Pekan dengan memantau daerah Pekan dengan teliti supaya
keselamatan awam terjamin ketika Pilihan Raya Umum 1999 berlangsung. Beliau
juga telah menjaga keselamatan orang yang ternama seperti KDYMM Sultan Haji
Ahmad Shah ketika baginda melawat ke Cameron Highlands, Pahang. Oleh itu,
dengan komitmen yang telah diberikan oleh beliau sangat baik sepanjang
menjalankan tugas sebagai Inspektor Polis beliau telah dinaikkan pangkat kepada
Assistent Supritenden Police (ASP) oleh Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Haji Ismail
Bin Haji Omar pada 1 April 2008.

Pada tahun 1 April 2008, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah melaporkan
diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands sebagai Assistent Supritenden
Polis. Sepanjang beliau berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands.
Beliau telah berkhidmat dengan sangat cemerlang dan telah menujukkan
perkhidmatan serta prestasi yang sangat baik kepada Ketua Polis Pahang dan Ketua
Polis Negara. Sebagai buktinya dengan menjaga keselamatan awam pada setiap
pilihan raya kecil dan pilihan raya umum daripada sebarang ancaman keganasan, iaitu

Pilihan Raya Umum 2012 dan 2013 di Daerah Cameron Highlands dengan memantau
Daerah Cameron Highlands dengan cekap supaya keselamatan awam terjamin
sepanjang Pilihan Raya Umum 2012 dan 2013 berlangsung. Beliau juga telah
menjaga keselamatan orang yang ternama seperti Menteri Besar Pahang iaitu YAB
Dato ‘ Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob ketika Menteri Besar Pahang melawat
ke Daerah Cameron Highlands untuk Menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama
Rakyat. Oleh hal yang demikian, sepenuh komitmen telah diberikan oleh beliau
sepanjang menjalankan tugas sebagai Assistant Supritendent Police (ASP), beliau
telah dinaikkan pangkat kepada Deputy Supritendent Police (DSP) pada 16 Mei 2016.

Pada tahun 21 Julai 2011 Superitendan Azmi Bin Mahmood telah mendapat
sijil penghargaan daripada Datuk Seri Akhil Bin Bulat iaitu Pengarah Cawangan Khas
PDRM kerana beliau telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan oleh Datuk Seri Akhil Bin Bulat dengan penuh komitmen yang tinggi,
berdedikasi dan cemerlang serta menyumbang tenaga tanpa mengira waktu dan masa
demi memastikan kejayaan operasi tersebut terlaksana dengan jayanya. PADAM III
yang berhubung dengan perhimpunan haram oleh sebuah pertubuhan yang tidak
berdaftar, telah merosakkan imej negara. Oleh itu, dengan pencapaian yang amat
memberangsangkan Superitendan Azmi Bin Mahmood telah menerima sijil
penghargaan daripada Datuk Seri Akhil Bin Bulat iaitu Pengarah Cawangan Khas
PDRM.

Pada tahun 22 Mei 2013,Superitendan Azmi Bin Mahmood telah menerima
sijil penghargaan daripada Pengarah Cawangan Khas PDRM iaitu Datuk Seri Akhil
Bin Bulat kerana beliau telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan oleh Datuk Seri Akhil Bin Bulat iaitu Pengarah Cawangan Khas PDRM
dengan penuh komitmen yang tinggi, berdedikasi dan cemerlang serta kesanggupan

dan kerelaan beliau ketika Pilihan Raya Umum ke 13 berlangsung. Bukan itu sahaja,
beliau juga berjaya menangani pelbagai ancaman yang dicetuskan oleh pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab yang cuba menganggu dan menggugatkan ketenteraman
awam proses Pilihanraya Umum ke 13 yang telah berlangsung di Daerah Cameron
Highlands, Pahang. Oleh itu, dengan pencapaian yang amat memberangsangkan
Superitendan Azmi Bin Mahmood telah menerima sijil penghargaan daripada
Pengarah Cawangan Khas PDRM iaitu Datuk Seri Akhil Bin Bulat.

Pada sekitar September 2013, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah
menerima sijil penghargaan daripada Ahmad Hairuddin Bin Mokhtar ACP iaitu Ketua
Cawangan Khas Terengganu kerana beliau telah berjaya melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan oleh ACP Ahmad Hairuddin Bin Mokhtar dengan
penuh komitmen yang tinggi, berdedikasi dan cemerlang serta kesanggupan dan
kerelaan beliau ketika Pilihanraya Kecil N01 Di Kuala Besut, Terengganu. Bukan itu
sahaja, beliau juga berjaya menangani pelbagai ancaman yang dicetuskan oleh pihak-
pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menganggu dan menggugatkan
ketenteraman awam dan proses Pilihanraya Kecil N01 yang telah berlangsung di
Kuala Besut, Terengganu. Oleh itu, dengan pencapaian yang amat
memberangsangkan Superitendan Azmi Bin Mahmood telah menerima sijil
penghargaan daripada ACP Ahmad Hairuddin Bin Mokhtar.

Pada tahun 30 Disember 2014, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah
menerima sijil kepujian daripada Pengarah Cawangan Khas PDRM iaitu Datuk Seri
Akhil Bin Bulat kerana sikap dedikasi, amanah, ikhlas, berdisiplin,dan taat setia
beliau yang telah banyak membantu melicinkan penugasan serta operasi yang

dijalankan oleh Bahagian Ancaman Ekstrimis Politik E4 (M) dalam menangani
pelbagai isu dan ancaman yang ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Kesediaan beliau bekerja lebih masa dan meletakkan kepentingan tugas melebihi
keluarga secara konsisten amatlah dihargai dan menjadi teladan kepada pegawai yang
lebih muda untuk bekerja lebih tekun.

Pada tahun 2014, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah menerima sijil
anugerah perkhidmatan cemerlang daripada Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Dato’
Khalid Bin Abu Bakar IG PDRM kerana sikap beliau yang dedikasi, amanah, ikhlas,
berdisiplin, serta tahap integriti yang mantap telah banyak membantu melicinkan
penugasan yang telah diamanahkan oleh Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Dato’
Khalid Bin Abu Bakar IG PDRM. Oleh itu, dengan pencapaian yang amat
memberangsangkan Superitendan Azmi Bin Mahmood telah menerima sijil anugerah
perkhidmatan cemerlang daripada Ketua Polis Negara iaitu IG Tan Sri Dato’ Khalid
Bin Abu Bakar PDRM.

Pada 26 September 2014, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah
menerima sijil penghargaan daripada DCP Dato’ Mazlan Bin Lazim iaitu Ketua Polis
Kelantan kerana beliau telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan oleh DCP Dato’ Mazlan Bin Lazim iaitu Ketua Polis Kelantan dalam
Pilhanraya Kecil N0.1 yang bertempat di Pengkalan Kubor, Kelantan Pada 1
September 2014 hingga 25 September 2014 dan beliau juga telah berjaya
melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi serta beliau juga
berjaya menangani pelbagai ancaman yang dicetuskan oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab yang cuba menganggu dan menggugatkan ketenteraman awam dan
proses Pilihanraya Kecil N0.1. Oleh itu, dengan pencapaian yang amat

memberangsangkan Superitendan Azmi Bin Mahmood telah menerima sijil
penghargaan daripada DCP Dato’ Mazlan Bin Lazim iaitu Ketua Polis Kelantan.

Pada 5 April 2015, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah menerima
sijil penghargaan daripada SAC Dato’ Abdul Rahman Bin Haji Ahmad iaitu Ketua
Penolong Pengarah E7 PDRM kerana beliau telah memberi kerjasama dan komitmen
kepada Bahagian E7, Cawangan Bukit Aman dalam membuat kajian kawasan dan
lawatan ke tempat-tempat sasaran penting di Cameron Highlands, Pahang Pada 2
hingga 5 April 2015. Oleh itu, dengan pencapaian ini, Superitendan Azmi Bin
Mahmood telah menerima sijil penghargaan daripada SAC Dato’ Abdul Rahman Bin
Haji Ahmad iaitu Ketua Penolong Pengarah E7 PDRM.

Pada 9 oktober 2015, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah dipilih oleh
PDRM untuk mengikuti suatu program yang dapat memberikan peluang yang amat
cerah kepada beliau untuk menjadi seorang ketua polis negara pada suatu hari nanti.
Nama program yang telah beliau ikuti ialah Regional Executive Leadership program
yang telah dianjurkan oleh Australia Federal Police. Program ini direka untuk
membangunkan satu rangkaian pemimpin kanan polis di rantau ASEAN untuk
bekerjasama dan usaha sama menangani cabaran penguatkuasaan undang-undang
serantau khususnya dalam bidang keganasan dan jenayah transnasional.

Regional Executive Leadership program adalah pembangunan bersama Polis
Indonesia Negara (INP), Polis Australia Persekutuan (AFP) , Institut Australia
Pengurusan Polis (AIPM), Jakarta Pusat Kerjasama Penguatkuasaan Undang-Undang
(JCLEC), Kolej Policing (UK) dan Charles Sturt University (CSU),

Regional Executive Leadership program juga merupakan program kursus
untuk pengurus dan pemimpin kanan dengan memberi tumpuan kepada pembangunan

kemahiran kepimpinan, hubungan penguatkuasaan undang-undang, inovasi
akuntibiliti dan dasar awam. Tujuan utama program ini ada untuk membangunkan
perkongsian kepimpinan untuk menangani ancaman keganasan di rantau ini dengan
berkesan.

Selanjutnya, Regional Executive Leadership program ini juga dicipta untuk
meningkatkan kemahiran penyelidikan dan pemikiran secara kritikal pemimpin
kanan. Peserta akan didedahkan dengan pelbagai idea-idea baru, kaedah yang lebih
baik amalan dan teori kepimpinan. Regional Executive Leadership program ini juga
memberi tumpuan kepada keperluan kepimpinan pembangunan dan pelaksanaan dasar.

Selain itu juga, program ini juga menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa
utama atau sebagai bahasa komunikasi dan semua aktiviti penilaian adalah dalam
bahasa inggeris, kerana kemahiran berkomunikasi dalam bahasa lisan dan bertulis
dengan menggunakan bahasa inggeris amat penting kepada setiap peserta yang
mengikuti program ini. Program ini juga sesuai untuk pempimpin dan pengurus yang
baru dilantik atau yang berpengalaman berurusan dengan jenayah berat termasuk
keganasan dan siasatan jenayah transnasional. Ia juga merupakan satu keperluan
bahawa peserta telah menamatkan perintah atau program kanan pegawai dalam negara
asal mereka dan mempunyai 10 tahun perkhidmatan polis minimum.

Antara peserta yang terlibat adalah dari kepolisan agensi-agensi di Asia
Pasifik dan kawasan ASEAN. Antara negara ASEAN dan Asia Pasifik ialah seperti
Indonesia, Australia, Brunei, Kemboja, Hong kong, Korea, Laos, Malaysia, Republik
Rakyat China, Singapura, Thailand, Filipina, dan Vietnam. Kepada peserta yang yang
berjaya mengikuti menyertai program ini dan berjaya menamatkannya mereka akan
mendapat satu unit kredit terhadap pelajaran peringkat ijazah lanjutan di CSU.

Oleh itu, di dalam kursus Regional Executive Leadership program
Superitenden Azmi Bin Mahmood telah menjadi semakin mahir dalam bidang
kepimpinan dan belilau juga turut professional dalam menangani dalam menangani
jenayah transnasional. Jenayah transnasinal adalah seperti keganasan, pengubahan
wang haram, jenayah siber, penyeludupan manusia, dadah dan senjata api

SUMBANGAN SUPERITENDEN AZMI BIN MAHMOOD DARI TAHUN 1998
SEHINGGA 2015

Dari Segi Keselamatan

Pada 16 november 20133, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah dipilih
oleh PDRM untuk menjadi Pengawal keselamatan Timbalan Perdana Menteri
Malaysia iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin ke Paris dalam menghadiri ke majlis
mesyuarat Agung UNESCO. UNESCO bermaksud pertubuhan pendidikan, sains dan
kebudayaan PBB serta UNESCO juga ialah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa
bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhan adalah untuk
menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama
antarabangsa melalui Bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.

Seramai 15 orang pegawai polis telah dipilih oleh PDRM untuk menjadi
pengawal keselamatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan salah seorangnnya
ialah Superitendan Azmi Bin Mahmood. Di dalam tugas rasmi beliau untuk menjadi
pengawal keselamatan Timbalan Perdana Menteri ini, beliau perlu memastikan
keselamatan Timbalan Perdana Menteri sentiasa terjamin daripada sebarang bahaya
supaya majlis ke mesyuarat agung UNESCO itu berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah atau gangguan. Hal Ini dikatakan demikian kerana Timbalan
Perdana Menteri Malaysia memainkan peranan yang amat penting dalam UNESCO
ini.

Superitendan Azmi Bin Mahmood telah berjaya melaksanakan tugas beliau
di Paris dengan begitu sempurna sekali kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia
berjaya menghadiri ke majlis mesyuarat UNESCO tanpa sebarang masalah dan

gangguan serta selamat dibawa pulang ke tanah air setelah selesai semua urusannya
di paris.

Pada 5 November 2014, telah berlakunya kejadian tragis iaitu banjir lumpur di
Ringlet kampung Baru, Kampung Ulu Merah Ringlet dan Lembah Bertam yang mana
telah menyebabkan tiga orang mangsa terbunuh manakala lima orang lagi mangsa
mengalami kecederaan. Kejadian banjir lumpur berlaku akibat daripada perlepasan air
kerana takungan yang berlebihan dari empangan Sultan Abu Bakar yang terletak di
Habu Ringlet.Kesan daripada kejadian tersebut juga telah menyebabkan kemusnahan
harta awam dan juga kebun-kebun sayur di persekitaran tempat kejadian.Selepas
menerima laporan mengenai kejadian itu, Superitendan Azmi Bin Mahmood bersama
pasukannya yang terlibat dalam bantuan misi menyelamatkan mangsa yang
dinamakan SAR (Search and Resque) segera ke tempat kejadian bagi mencari mangsa
yang masih hilang dan dikatakan hanyut di dalam banjir lumpur.

Pada 1 januari 2015, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah menerima satu
panggilan daripada Ibu Pejabat Balai Polis Cameron Highlands yang mencemaskan
kerana beliau dimaklumkan bahawa terdapat seorang warga india telah lemas di
sungai bertempat di Habu,Ringlet4. Mangsa dikatakan berada dalam keadaan mabuk
ketika berada di tepi tebing sungai setinggi 30 kaki lalu terjatuh ke dalam sungai
tanpa sengaja. Hal ini telah menyebabkan mangsa lemas di tempat kejadian. Mangsa
yang lemas itu bernama Suresh A/L M Selvantharan. Selepas menerima panggilan
tersebut beliau bergegas ke pejabat untuk melakukan tindakan lanjut susulan tentang
kejadian tersebut.

Pada hari tersebut Superitendan Azmi Bin Mahmood telah mengerahkan
setiap anggota polis untuk membantu dalam operasi mengesan dan menyelamatkan
mangsa yang lemas. Pada masa yang sama, beliau telah meminta bantuan daripada
anggota keselamatan yang lain iaitu Bomba supaya bergegas ke tempat kejadian.
Seramai 2 pegawai polis dan 4 anggota polis terlibat dalam operasi ini manakala
jumlah bilangan anggota bomba yang terlibat dalam operasi ini ialah 3 pegawai
bomba dan 7 anggota bomba.

Pasukan polis yang mengikuti operasi ini diketuai oleh Superitendan Azmi Bin
Mahmood dan faktor beliau dipilih menjadi ketua adalah disebabkan oleh kepakaran
beliau dalam mencari mangsa lemas. Selain itu juga, pasukan bomba yang mengikuti
operasi ini di ketuai oleh pegawai bomba iaitu Tuan Haziq Bin Hashim.

Operasi yang dijalankan ini telah dinamakan sebagai OPS MENCARI
MANGSA LEMAS. Mangsa yang lemas tersebut telah dijumpai berhampiran dengan
tempat yang jatuh tergelincir iaitu 30 meter daripada tempat kejadian. Kejayaan
dalam menemui mangsa tersebut adalah disebabkan idea Superitendan Azmi Bin
Mahmood yang memberi arahan bahawa kawasan pencarian perlu dilakukan kawasan
dimana tempat mangsa jatuh tergelincir dan tidak perlu mencari di tempat yang lebih
jauh kerana kelajuan air sungai tidak begitu deras. Hal ini dilakukan oleh beliau
kerana jika kelajuan air sungai tidak begitu deras mangsa tidak akan dibawa arus air
sungai tidak terlalu jauh. Keluarga mangsa amat berterima kasih kepada beliau dan
juga seluruh pasukan keselamatan yang turut serta dalam operasi ini kerana berjaya
menemukan mayat mangsa.

Pada bulan Mac 2015, Superitendan Azmi Bin Mahmood telah
merancang suatu operasi untuk menangkap golongan pendatang tanpa izin di

Cameron Highlands. Perbincangan tersebut dilakukan bersama 5 pegawai di bawah
beliau yang berjawatan Inspektor dan 35 anggota polis berpangkat konstabel. Operasi
untuk menangkap pendatang tanpa izin ini dilakukan adalah untuk membendung
masalah pendatang tanpa izin yang semakin meningkat di Cameron Highlands. Hal ini
telah mendorong lagi Superitendan Azmi Bin Mahmood untuk menjalankan operasi
ini. Operasi ini dikenali sebagai Ops Kesan.

Pada pukul 12.00 tengah malam, taklimat akan diberikan terlebih dahulu oleh
Superitendan Azmi Bin Mahmood tentang operasi Op Kesan yang telah ditubuhkan
oleh beliau. Operasi bermula pada pukul 1 pagi sehingga 4 pagi itu diketuai
pemangku Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputy Supritendent Polis Azmi
Bin Mahmood bersama 5 pegawai dan 35 anggota.

Satu serbuan telah dilakukan di tapak pembinaan bangunan Cameron
Fair di persiaran Camelia, Tanah Rata. Setelah serbuan itu dilakukan hasil mendapati
bahawa terdapat seramai 87 pendatang tanpa izin telah ditahan yang terdiri daripada
80 lelaki dan 7 wanita telah berjaya diberkas.

Tangkapan adalah membabitkan warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan
Mynmmar. Kesemua yang telah ditahan telah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron
Highlands untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut. Proses dokumentasi
dilakukan adalah untuk mendapatkan semua maklumat tentang seorang tahanan
supaya tindakan lanjut dapat dikenakan, dengan mempunyai dokumen tentang
seseorang yang telah ditahan amat mudah bagi pihak PDRM untuk mengenal pasti
tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh seorang tahanan sebelum ini dan
sekarang.

Setelah proses dokumentasi dilakukan pendatang tanpa izin akan dikenakan
tindakan selanjutnya seperti hukuman yang perlu dikenakan kepada mereka kerana
telah menceroboh negara Malaysia yang amat dan makmur ini. Antara hukuman yang
bakal dikenakan oleh mereka jika disabitkan kesalahan ialah denda RM 10000 atau
Penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh dikenakan enam sebatan jika
sabit kesalahan.

Selain itu juga, setelah penangkapan tersebut telah dilakukan oleh
Superitendan Azmi Bin Mahmood golongan pendatang tanpa izin di Cameron
Highlands semakin berkurangan dan keselamatan masyarakat dari setiap lapisan juga
terjamin kerana golongan pendatang tanpa izin telah berkurang. Jika nak
dibandingkan sebelum ini, keselamatan masyarakat dari setiap lapisan tidak terjamin
kerana banyak aktiviti jenayah ini dilakukan oleh golongan pendatang tanpa izin yang
datang di Cameron Highlands.

Kesimpulannya, kemunculan Superitenden Azmi Bin Mahmood sebagai
pegawai kanan PDRM bukanlah satu jalan yang mudah kerana terdapat pelbagai
cabaran yang perlu dihadapi salah satunya adalah dengan sentiasa bersedia
mengorbankan masa dan menyumbangkan kepakaran demi kepentingan keselamatan
negara. Segala informasi mengenai beliau pasti akan menyedarkan masyarakat
bahawa tugas sebagai seorang pemimpin tidak semudah yang disangkakan kerana
kualiti kepemimpinan yang tinggi, pemikiran yang strategik serta memiliki visi dan
misi yang jelas amat mempengaruhi kelancaran tugas ke arah kecemerlangan.

BIBILIOGRAFI

SUMBER PRIMER

 Sijil kelahiran Tuan Azmi Bin Mahmood

 Sijil Pelajaran Malaysia

 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

 Sijil Ijazah Sarjana Muda Sains Social (hons) (Major Sains Politik dan Minor

Antropologi dan sosiologi)

 Sijil Pencapaian

SUMBER SEKUNDER

BUKU :

Dato’ Shahbudin bin Abdul Wahab, Memoir Seorang Pemimpin, Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd, 2018
Mohd Reduan Hj. Aslie, Mohd. Radzuan Hj. Ibrahim, 1984. Polis Diraja Malaysia:
Sejarah, Peranan dan Cabaran, Kuala Lumpur: Kumpulan Karangkraf
PDRM: Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada. Kuala Lumpur: Syarikat Multi Mobile
Solutions Sdn Bhd, 2016
PDRM, Merintis Kecemerlangan HRMISPDRM-Satu Perjalanan,2013

INTERNET:
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2016/03/131632/87-pati-ditahan-
dalam-ops-kesan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2014/11/15951/banjir-lumpur-landa-
beberapa-kawasan-di-cameron-highlands
https://www.sinarharian.com.my/article/18508/BERITA/Nasional/TPM-pengerusi-
dua-mesyuarat-berkaitan-UNESCO-di-Paris

TEMU BUAL
 Temu bual bersama Tuan Azmi Bin Mahmood

 Temu Bual bersama Asikin Binti Jazi (isteri kepada tokoh)


Click to View FlipBook Version