The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afrrrina, 2021-10-18 05:56:38

BULETIN MAULIDUR RASUL 1443H

BIL 4/2021

SALAM MAULIDUR RASULPANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Maulidur Rasul ,meniti permulaan penulisan buat semua sahabat dan anak
didik SMK Jugra.Semoga kalian semua berada dalam lindungan rahmat dan
redaNya selama mana kita berpijak di bumi Allah ini.Pantasnya masa berlalu,
sedar tak sedar kita telah tiba bulan Rabi’ul Awwal, iaitu bulan kelahiran
Rasulullah SAW.Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan
sempena kelahiran baginda Rasulullah SAW, bertujuan melahirkan rasa cinta dan
sayang kepada nabi Muhammad SAW.12 Rabiul’awal lahir junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.Semoga kita berusaha menanam kecintaan kepada Rasulullah
dengan sentiasa berselawat kepadanya. Berselawat adalah antara amalan yang
baik kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia.

Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah “Manhaj Rabbani, Ummah
Berkualiti”.Tema ini menjadi satu motivasi kepada semua umat islam agar
menjadikan Allah SWT segala-galanya dalam menghadapi apa jua keadaan.
Diinspirasikan daripada akhlak mahmudah Rasulullah SAW yang menjadi qudwah
hasanah dalam usaha menyebarkan dakwah Islam. Semoga hati-hati kita dididik
untuk mencontohi dan mencintai Rasulullah SAW meskipun kita tidak pernah
bersua dengan Rasulullah SAW.

“Kembara mencari ilmu, meniti ilmu, mencerakinkan antara yang hak dan
bathil, menjadi satu wahana kekuatan jiwa kerana segala ilmu itu adalah
hikmah”

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKJ

BIODATA NABI MUHAMMAD SAW

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim
Gelaran: Al-Amin
Tarikh lahir: 12 Rabiul Awwal tahun Gajah
Keturunan : Quraisy
Tempat lahir: Makkah al-Mukarramah
Ayah: Abdullah bin Abdul Muttalib
Ibu: Aminah Binti Wahab
Ibu susuan: Halimatus Sa’adiah
Tarikh wafat : 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah
Tempat wafat: Madinah al-Munawwarah

PERISTIWA MENAKJUBKAN SEMASA
KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

Api-api keramat kaum Majusi di Parsi yang
tidak pernah padam sejak beribu tahun
dihidupkan tiba-tiba terpadam dengan
sendirinya.

Pendeta Majusi mendapat mimpi yang
menakutkan.

Berlaku gegaran Iwan Kisra iaitu istana Raja
Parsi sehingga 14 anjung istananya runtuh

Tasik Sawwah di istana Raja Parsi tertimbus
dan berhala sekeliling Kaaabah retak

Cahaya daripada tubuh Rasulullah SAW
memancar dan naik ke langit menerangi tempat
yang dilaluinya.

DETIK KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW

Era kerasulan Nabi Muhammad SAW bermula ketika
baginda berumur 40 tahun
Ketika itu baginda suka menyendiri di Gua Hira’
memikirkan mengapa penduduk Mekah menyembah
patung berhala yang tidak boleh berbuat apa-apa kecuali
tegak diam membisu
Pada suatu hari dalam bulan Ramadan, baginda
didatangi oleh malaikat Jibril lalu memeluk baginda
dengan erat dan menyuruhnya membaca, tetapi baginda
menjawab “ Aku tidak tahu membaca”
Akhirnya malaikat jibril mengajar baginda membaca
surah Al-’Alaq ayat 1-5 yang merupakan wahyu pertama
diturunkan.
Setelah itu, baginda diperintahkan oleh Allah SWT untuk
menyampaikan dakwah kepada umat manusia melalui

surah al- Mudassir ayat 1-7.

AKHLAK RASULULLYAoHurStEeBxAt GheArIeQUDWAH HASANAH

PEMURAH DAN BERADAB
SUKA MENDERMA KETIKA MAKAN

FASIH DALAM SENTIASA
BERKATA-KATA BERKASIH
SAYANG
SIFAT BERLAPANG
DADA DAN PEMAAF SUKA MEMILIH
PAKAIAN

BERWARNA PUTIH

Maulidur Rasul
Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai ya Rasulullah
Kami merinduimu wahai penghulu An’bia’
Kini tibalah detik bersejarah
Hari kelahiran yang indah
Detik gemilang seluruh alam bergembira

SUMBER:
1) Buku teks Pendidikan Islam Tingkaran 1
2) http://tunasislam.blogspot.com
3) Bahagian penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM)


Click to View FlipBook Version