MPU 23012 – PENGAJIAN ISLAM
SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM :
PANDANGAN SERONG MASYARAKAT NON-MUSLIM
TERHADAP MUSLIM DI MALAYSIA.
AHLI KUMPULAN : NAMA NO. MATRIK
BIL. 16DPM21F1008
1 WAN MUHAMMAD DANIEL HAIQAL BIN WAN 16DPM21F1004
16DPM21F1002
RASHIDE
2 MOHAMAD AKMAL RIZAL BIN MUHAIYUDI
3 HAIKAL AFIQ BIN HASRIZAL
KELAS : DPM2A
PENSYARAH : PUAN NURHIDAYU BINTI SALEH
JABATAN : JABATAN PERDAGANGAN
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Penghargaan 3
2. Objektif 4
3. Pengenalan 5
6
4. Pandangan serong masyarakat non-Muslim terhadap Muslim 8
di Malaysia 10
5. Cara mengatasi pandangan serong masyarakat nonMuslim
terhadap Muslim Malaysia
6. Kesimpulan
7. Rujukan 10
PENGHARGAAN
Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan
tenaga yang dianugerahkan kepada kami, dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, terima kasih tak terhingga kepada pensyarah kami, Ustazah Naimah Binti
Ismail kerana dengan penerangan dan tunjuk ajar daripadanya dapat kami selesaikan tugasan ini
dengan sukses. Begitu juga dengan rakan sekumpulan yang banyak berkongsi maklumat dan terus
memberikan kerjasama yang baik ketika menyelesaikan tugasan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan buat kedua ibu bapa kami yang terus memberi
dorongan dan semangat untuk kami menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, terima kasih kepada
rakan-rakan kami yang sentiasa mengingatkan kami mengenai tugasan ini dan membantu kami
dalam hal-hal yang kami kurang tahu.
Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada mereka yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan tugasan kami yang bertajuk
Pandangan Serong Masyarakat Non-Muslim Terhadap Muslim di Malaysia. Semoga tugasan ini
dapat memberikan manfaat dan pengajaran kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia.
Terima Kasih.
3
OBJEKTIF
Objektif E-folio ini adalah untuk menyelidik tentang pandangan serong masyarakat non-Muslim
terhadap Muslim di Malaysia. Melalui tugasan ini kami dapat mengenal pasti apakah pandangan
serong non-Muslim terhadap Muslim dan cara mengatasinya. Secara khususnya, penyelidikan ini
adalah seperti berikut :
1. Kami dapat mengetahui tentang permasalahan yang terjadi di negara kita, Malaysia.
2. Kami juga dapat mengetahui pandangan dan pemikiran tentang masyarakat bukan Islam
terhadap Islam.
3. Dapat mengetahui pandangan serong masyarakat bukan Islam terhadap Muslim di
Malaysia.
4. Dapat menambah ilmu tentang cara mengatasi pandangan serong masyarakat bukan Islam.
4
PENGENALAN
Muslim ialah gelaran bagi orang yang beragama Islam dan bermaksud seseorang yang telah
berserah kepada Allah. Muslim juga mempercayai bahawa terdapat hanya satu Tuhan, iaitu Allah.
Seterusnya, Non-Muslim bermaksud orang yang bukan beragama Islam atau yang mempunyai
kepercayaan dan agama selain dari agama Islam. Islam merupakan agama yang sering dipandang
serong oleh masyarakat terutamanya yang bukan Islam (non-Muslim). Pelbagai tuduhan, kutukan,
dan kejian dibuat terhadap Islam yang menggambarkan pandangan masyarakat non-Muslim
terhadap Muslim. Ini menyebabkan keindahan Islam dari segi ilmiah mahupun amaliah tidak
menyerlah. Ini juga dapat menjadi punca sebahagian masyarakat non-Muslim tidak tertarik, ragu-
ragu dan takut untuk mendekati dan mendalami Islam. Bahkan, mereka mengambil keputusan
untuk memusuhi Islam. Justeru, umat Islam ditegaskan untuk mempunyai kesedaran dan bangkit
untuk memperbetulkan keadaan.
Tugas umat Islam bukan sahaja untuk membersihkan imej Islam pada pandangan bukan
Islam, tetapi juga memberikan keyakinan di dalam diri umat Islam sendiri. Di samping itu, umum
diketahui Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, agama dan kepercayaan
yang berbeza. Oleh itu, pelbagai krisis dan cabaran yang perlu dihadapi masyarakat Islam untuk
terus menjadi contoh kepada masyarakat bukan Islam.
Kini, cabaran yang lebih kuat adalah apabila masyarakat lebih mempercayai apa yang
mereka dengar dan lihat di media sosial berbanding ulama’. Hal yang demikian menyebabkan
berlakunya banyak salah faham sehingga ramai umat Islam terpesong daripada akidah Islam.
Mereka tidak cuba untuk kaji berdasarkan al-Quran dan hadis benar. Sikap masyarakat Islam yang
tidak mengamalkan ajaran Islam ini menyebabkan berlakunya salah faham oleh masyarakat bukan
Islam sehingga mereka memandang serong terhadap Muslim.
5
1. Pandangan serong masyarakat non-Muslim terhadap Muslim di Malaysia
1.1 Islam disebarkan melalui mata pedang.
Islam sering dipandang sebagai agama yang disebarkan melalui mata pedang iaitu melalui
kekerasan dan peperangan. Tuduhan tersebut tidak logik sama sekali kerana di dalam al-Quran
telah menyebut bahawa umat Islam dilarang melakukan kekerasan dan peperangan terhadap orang
bukan Islam untuk memaksa mereka memeluk Islam. Peperangan terhadap orang bukan Islam juga
hanya dibenarkan jika orang bukan Islam yang memulakan peperangan terdahulu, melakukan
kezaliman terhadap orang Islam atau menyekat usaha penyebaran dakwah Islamiyyah yang
dilakukan umat Islam secara aman. Malah, peperangan yang dilakukan umat Islam juga ada
batasnya untuk mengurangkan kerosakan harta benda dan kematian.
Seterusnya, penyebaran Islam juga dilihat dengan penerimaan Islam di tanah besar China
dan Tanah Melayu. Islam disebarkan melalui aktiviti perdagangan yang dilakukan di Nusantara
dan bukan secara paksaan. Hal ini membuktikan bahawa Islam disebarkan melalui contoh teladan
yang baik dan kebijaksaan yang tinggi.
1.2 Islam agama kolot dan ketinggalan.
Agama Islam dituduh sebagai agama yang kolot, mundur, ketinggalan dan hanya sesuai untuk
masyarakat yang tidak bertamadun sahaja. Tuduhan ini dilontarkan berpunca daripada hakikat
kedudukan umat Islam seluruh dunia hari ini yang secara umumnya sangat mundur, tidak berilmu
dan berpecah belah. Hal ini tidak dinafikan memadangkan ramai masyarakat Malaysia kini yang
sering melontarkan kata-kata kesat dan kurang beradab sehingga masyarakat nonMuslim
memandangkan mereka kolot dan tidak berilmu. Umat Islam khususnya di Malaysia sepatutnya
menggunakan bahasa yang sopan dan berperibadian yang baik untuk dijadikan contoh dan cermin
agama Islam terhadap masyakat bukan Islam supaya mereka menghormati dan memandang tinggi
agama Islam.
Walaubagaimanapun, jika kajian dilakukan secara jujur dan objektif terhadap isi kandungan
agama Islam sepanjang sejarah manusia, Islam merupakan satu agama yang progresif, dinamik dan
sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Hakikat kemunduran dan kekurangan ilmu pengetahuan
6
dalam kalangan masyarakat Islam hari ini tidak boleh dijadikan asas bagi membuktikan bahawa
agama Islam merupakan agama yang membelakangkan ilmu pengetahuan.
1.3 Islam tidak mementingkan kehidupan dunia.
Pada pandangan masyarakat bukan Islam, masyarakat Islam menumpukan sepenuhnya kepada
amal ibadat untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat sehingga tidak mengambil kisah
kepentingan kehidupan dunia. Mereka menganggap kesenangan dan kebahagian di dunia hanya
milik orang bukan Islam sahaja. Hal ini merupakan satu tanggapan yang salah dan sangat berbahaya
bagi umat Islam dan bercanggah dengan mesej Islam yang sebenarnya. Melalui alQuran dalam
surah al-Baqarah ayat 201 yang bermaksud, “Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan
hidup di dunia dan di akhirat, dan peliharakanlah kami daripada seksaan neraka”.
Ayat tersebut jelas mengajar umat Islam supaya sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Akan tetapi, umat Islam perlulah berusaha untuk mencapai
kejayaan di dunia dan akhirat, bukan hanya berdoa sahaja. Ini bermakna, umat Islam mestilah
berusaha melakukan amalan yang baik sesuai dengan apa yang diajar agama Islam. Contoh,
berpuasa di bulan Rmadhan, membayar zakat, mendirikan solat, menolong orang yang memerlukan
dan meninggalkan amalan yang salah dan tidak diredai Allah.
7
2. Cara mengatasi pandangan serong masyarakat non-Muslim terhadap Muslim di
Malaysia.
2.1 Semangat cintakan pendamaian dan kasih mengasihani.
Semangat cintakan pendamaian, bertolak ansur dan saling kasih mengasihani mestilah dipupuk
dalam jiwa masyarakat di Malaysia. Islam mengajarkan supaya umatnya bertoleransi terhadap
masyarakat bukan Islam apatah lagi yang beragama Islam. Menurut Dr. Muzammil Siddiqi, bekas
Presiden Islamic Society of North America (ISNA) menyatakan sikap tidak bertolenrasi semakin
meningkat di dunia menyebabkan berlakunya banyak kematian, pergaduhan, keganasan dan
pencabulan keagamaan.
Di Malaysia sendiri, banyak perselisihan yang berlaku berpunca dari etnik, agama, ideologi,
masalah politik dan masalah sosial dan rasis perkauman. Dalam apa jua situasi, perbuatan tersebut
merupakan perbuatan yang cela dan menyakitkan. Oleh itu, semangat cintakan pendamaian perlu
dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia.
2.2 Para cendekiawan Islam perlu bersuara.
Para cendekiawan Malaysia khususnya yang beragama Islam perlulah bersuara dan menjelaskan
tentang salah faham masyarakat terhadap Islam. Orang Islam sendiri perlulah pro-aktif di dalam
membuat penjelasan tentang Islam. Penulisan dalam bidang agama oleh cendekiawan juga perlu
ditingkatkan untuk mengelakkan daripada berlakunya salah faham sehingga agama dipandang
serong oleh agama lain.
Penjelasan dan penerangan tentang Islam perlu dilakukan supaya pihak yang menyebarkan
diayah Islamophobia ini sedar bahawa Islam bukanlah seperti apa yang disangkakan. Antara cara
terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah menerangkan bahawa al-Quran bukanlah kitab
yang hanya mengandungi ayat-ayat tentang peperangan semata-mata tetapi mempunyai ayat lain
yang terkandung didalamnya. Ayat-ayat yang menyentuh tentang jihad juga perlu diberikan
penjelasan supaya masyarakat bukan Islam tidak terus takut dan ragu pada agama Islam dan orang
Islam.
8
2.3 Peranan media massa.
Media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat sama ada berunsurkan positif
atau negatif. Dalam era globalisasi, media merupakan ejen yang paling berpengaruh untuk
menyebarkan ideologi, ilmu pengetahuan, agama dan budaya berbanding dengan masyarakat
zaman dahulu yang sukar untuk mendapatkan maklumat dan hanya bergantung kepada media
seperi majalah, radio, televisyen dan buku-buku.
Oleh itu, masyarakat Islam mestilah mengambil peluang ini dan manfaatkannya sebaik
mungkin dalam menyebarkan dan menjelaskan tentang agama Islam. Masyarakat Islam akan
mendapat faedah dan kebaikan jika mereka menggunakan media massa sebagai cara mendapatkan
ilmu penyetahuan, menyebarkan ajaran Islam dan budaya yang baik serta menjelaskan salah faham
yang berlaku antara masyarakat bukan Islam terhadap Muslim sehingga menimbulkan banyak
kesan negatif.
9
KESIMPULAN
Kejayaan dalam menjelaskan dan membetulkan pandangan serong yang terjadi dalam kalangan
masyarakat bukan Islam terhadap Muslim bergantung kepada umat Islam itu sendiri. Kitalah yang
memastikan agama Islam tidak disalah erti lagi, baik dari segi ilmiah mahupun amaliyah. Setiap
umat Islam memainkan peranan penting dalam memastikan agama Islam sentiasa dihormati dan
dipandang tinggi khususnya di Malaysia yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat dengan
budaya, agama, bangsa dan fahaman yang berbeza.
Selain itu, kita tidak boleh hanya bergantung kepada mereka yang mempunyai ilmu agama
yang tinggi sahaja. Malah, kita seharusnya cuba untuk belajar dan kaji tentang agama kita demi
masa depan yang terjamin dan aman damai. Kita mestilah cuba mencari jalan penyelesaian untuk
mengatasi agama Islam daripada terus dipandang serong oleh masyarakat bukan Islam.
Akhir kata, kita hendaklah mengelakkan diri kita daripada menjadi punca wujudnya salah
faham masyarakat bukan Islam terhadap umat Islam. Akan tetapi, semoga kita menjadi asbab
agama Islam itu disanjung tinggi dan dijadikan contoh baik bukan sahaja di Malaysia malah di
negara-negara lain.
10
RUJUKAN
Sumber Internet :
▪ https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/salah-faham-terhadap-islam/
▪ https://fliphtml5.com/imeml/tlpf/basic
▪ https://mhafizrahman91.blogspot.com/2013/07/islamophobia.html
▪ https://www.yadim.com.my/v2/pengaruh-media-terhadap-pemikiran-dan-jiwa-umatislam/
11