BUKU PENGURUSAN DISIPLIN SK BANDAR PENAWAR 2 UNIT DISIPLIN SK BANDAR PENAWAR 2 SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI EDISI 2024 STARWAR2 #BERGERAKSEDERAP #INDAHNYAKEBERSAMAAN
1 PUNCA KUASA BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975 Disiplin Sekolah Peraturan-peraturan Sekolah Untuk Murid-murid. Para 4. Peraturan-peraturan Sekolah (School Rules) yang bertulis untuk murid-murid: Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah – Lampiran C. Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guruguru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah/ketuaketua murid (School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka ini bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib. 4.1:“……Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua bendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing. Para 6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.
2 Rujukan Kami : SKBP2.700-7/1/2 Tarikh : 1 Januari 2024 PERUTUSAN GURU BESAR Assalamualaikum dan Salam STARWAR2 Bergerak Sederap. Sekalung tahniah di atas inisiatif unit HEM SK Bandar Penawar 2 yang berjaya menghasilkan Buku Peraturan Sekolah yang sangat penting dalam mencorak hala tuju pembentukan sahsiah dan modal insan anak didik di sekolah ini. Bagi pihak sekolah mengharapkan agar intipati buku ini benar-benar menjadi panduan bukan sahaja kepada golongan sasar malah turut difahami oleh para ibu bapa dan penjaga murid dalam memelihara, menguatkuasa dan meningkatkan tahap disiplin di sekolah ini. Sekolah yang mempunyai disiplin yang baik akan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni. Justeru, gandingan bersepadu antara pihak sekolah, PIBG, PIBK, ibu bapa dan murid sendiri dalam memastikan pelaksanaan peraturan sekolah secara menyeluruh. Hal ini bakal memberi impak yang besar terhadap kemenjadian Anak murid STARWAR2 yang Baik lagi Cerdik (ABC). Semoga usaha murni ini diberkati dan dirahmati olehNya. GURU BESAR SK Bandar Penawar 2, 81930 Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2 SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI PETI SURAT 17, JALAN DATO’ JAAFAR 20 81930 BANDAR PENAWAR JOHOR NO TEL/FAX:07-8226587 E-MEL:[email protected]
3 ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT PROFIL SEKOLAH 4 DEFINISI DISIPLIN 10 ETIKA MURID-MURID 11 GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK MURID-MURID 1. PAKAIAN 2. RAMBUT 3. WAKTU HADIR KE SEKOLAH 4. PERHIMPUNAN 5. KEBERSIHAN DIRI 6. KAWASAN SEKOLAH 7. SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT 8. KAWASAN LARANGAN 9. KEBERSIHAN 10. KESELAMATAN 11.PELAWAT 12.TIDAK HADIR KE SEKOLAH & KELAS 13.KETUA MURID & PENGAWAS 14.WAKTU REHAT 15.LATIHAN KEBAKARAN & KECEMASAN 16.BAYARAN TAMBAHAN 17.KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH 18.KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM) 19.KATEGORI KESALAHAN 20.JENIS-JENIS SALAH LAKU 21.RUJUKAN SURAT PEKELILING IKHTISAS 13 13 18 20 20 20 20 21 21 21 22 22 23 25 25 26 26 26 26 28 30 33 PENGAKUAN MURID 34 PENGAKUAN IBU BAPA/PENJAGA 35
4 PROFIL SEKOLAH 1 KOD SEKOLAH : JBA 3063 2 NAMA SEKOLAH : SK BANDAR PENAWAR 2 3 ALAMAT : JALAN DATO JAAFAR 23, 81930 BANDAR PENAWAR, JOHOR. 4 DAERAH : KOTA TINGGI 5 NEGERI : JOHOR 6 PENEMPATAN : LUAR BANDAR 7 GRED SEKOLAH : B (BANDAR) 8 PELAJAR : 98% BANGSA MELAYU DAN 2% LAIN-LAIN 9 JARAK SEKOLAH : RADIUS 10 KM 10 MOTTO SEKOLAH : BERILMU, BERWAWASAN, BERETIKA BERSAMA KITA MEREALISASIKAN WAWASAN GEMILANG 11 DUN : PENAWAR 12 PARLIMEN : PENGERANG
5 PELAN SEKOLAH
6 LENCANA SEKOLAH KETERANGAN PERISAI Ketahanan diri SIMBOL MSC Pelajar yang sentiasa celik IT MATA PEN Kejituan menuju kearah wawasan BUKU TERBUKA Komponen ilmu pengetahuan LIMA GELANG BERANGKAI Sukan dan riadah yang menjadi salah satu teras utama pendidikan BIRU Perpaduan dan kedamaian MERAH Keberanian dan kecekalan KUNING Ketaatan dan keceriaan PUTIH Kesucian dan nilai murni
7 COGAN KATA BERILMU Setiap manusia dituntut untuk menimba ilmu pengetahuan BERWAWASAN Dengan memiliki wawasan yang jelas akan membawa kita ke landasan ilmu yang betul BERETIKA Dengan kesempurnaan etika akan membentuk insan yang seimbang dan berwatak BENDERA SEKOLAH KETERANGAN 1. Kuning melambangkan ketaatan dan keceriaan 2. Merah melambangkan keberanian dan kecekalan 3. Biru melambangkan perpaduan dan kedamaian 4. Putih melambangkan kesucian dan nilai murni 5. Logo di tengah adalah lencana sekolah
8 RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara kita Malaysia Mendukung cita-cita hendak : Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu Masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak Membina satu Masyarakat progresif yang akan menggunakan Sains dan teknologi moden MAKA KAMI, rakyat Malaysia Berikrar akan menumpukan Seluruh tenaga dan usaha kami Untuk mencapai cita-cita Negara Berdasarkan prinsip-prinsip berikut Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan
9 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. MISI MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI VISI SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG TAG LINE STAR WAR 2 BERGERAK SEDERAP
10 DISIPLIN A. DEFINISI DISIPLIN Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai : “ …..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat”. B. MATLAMAT DISIPLIN Disiplin akan menjadikan seorang murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan. C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut: 1. Keadilan dan layanan sama rata 2. Pertimbangan minat dan keperluan pelajar 3. Kebebasan – tertakluk kepada undang-undang 4. Amalan menghormati seseorang individu 5. Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis 6. Perpaduan masyarakat dan Negara
11 ETIKA MURID-MURID A. TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP DIRI SENDIRI 1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental. 2. Bersopan santun, jujur dan amanah. 3. Menghargai masa dan menepati masa. 4. Berjimat cermat. 5. Bersifat sederhana dan tidak sombong. 6. Sabar dan bertolak ansur. 7. Menghormati hak asasi orang lain. 8. Berani dan cekal hati. 9. Bersikap dedikasi. 10. Bersifat berdikari 11. Bersifat rajin dan berusaha. B. TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP KELUARGA 1. Menghormati ibu bapa dan orang-orang yang lebih tua. 2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga. 3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang yang bermoral. 4. Menjaga nama baik keluarga. C. TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP RAKAN 1. Menghormati rakan. 2. Tolong menolong antara rakan. D. TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP SEKOLAH 1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah 2. Menghormati guru-guru 3. Belajar dengan bersungguh-sungguh 4. Menaikkan imej sekolah 5. Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi 6. Bekerjasama di antara satu sama lain 7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah E. TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP MASYARAKAT 1. Tolong menolong dan bekerjasama 2. Menghormati orang-orang yang lebih tua 3. Boleh bertolak ansur 4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain 5. Bersifat sederhana dan tidak sombong 6. Rasa kesefahaman dan sabra 7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan 8. Bersifat kasihan terhadap sesame manusia dan bukan manusia
12 F. TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP AGAMA 1. Taat kepada perintah Allah (Tuhan) 2. Mempertahankan kesucian agama 3. Mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan sehari-hari G. TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP NEGARA 1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara 2. Mematuhi undang-undang 3. Mengamalkan konsep Rukunegara 4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam 5. Menjaga dan menaikkan imej Negara PENGUATKUASAAN PERATURAN Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan- peraturan sekolah. KUASA MENGHUKUM Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Disiplin dan guru-guru diberi kuasa oleh Guru Besar.
13 GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK MURID-MURID Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 1. PAKAIAN Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang murid-murid berada di sekolah. Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas. 1.1. PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI 1.1.1. BAJU a) Kemeja lengan pendek berwarna putih sahaja. b) Ukuran kemeja tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan. c) Baju tidak boleh dikeluarkan ketika berada samada di dalam atau di luar sekolah. d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan. e) Pemakaian songkok pada hari-hari biasa tidak dibenarkan kecuali pada hari Khamis sahaja. 1.1.2. SELUAR a) Seluar panjang berwarna biru gelap. b) Pergelangan kaki seluar mestilah antara 20 cm – 23 cm ukuran lintang. c) Seluar kembang serta labuh atau seluar berkaki kecil serta singkat atas sebarang potongan yang tidak sesuai TIDAK DIBENARKAN. d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti butang besi TIDAK DIBENARKAN. 1.1.3. KASUT DAN STOKIN a) Kasut kanvas berwarna hitam dan kasut yang bertali hendaklah sentiasa diikat. b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan. c) Kasut plastik atau kasut kulit berwarna hitam tidak dibenarkan. d) Stokin hitam tanpa jalur atau corak sahaja dibenarkan. 1.1.4. LENCANA DAN TANDA NAMA a) Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa persekolahan. b) Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian luar poket atau di dada sebelah kiri. c) Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera. 1.1.5. TALI PINGGANG a) Tali pinggang yang dibenarkan ialah tali pinggang kanvas biru tua berukuran 3cm. b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong, tidak besar, berhias atau beraneka corak. c) Tali pinggang yang bercirikan budaya asing tidak dibenarkan sama sekali. 1.1.6. TALI LEHER a) Tali leher dipakai oleh murid biasa pada setiap hari persekolahan kecuali pada hari Khamis dan hari-hari lain yang diarahkan.
14 1.2. PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM 1.2.1. BAJU KURUNG a) Berbaju kurung putih teluk belanga yang labuh paras lutut dan berkain sarung susun tepi berwarna biru gelap. b) Baju mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk badan. c) Murid Perempuan juga diwajibkan memakai anak baju. d) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali mestilah terlindung tetapi tidak mencecah lantai. 1.2.2. MINI TELEKUNG a) Setiap murid perempuan Islam diwajibkan memakai mini telekung berwarna putih tanpa renda, bersulam atau berfesyen. b) Bentuk yang dibenarkan ialah tiga segi atau rata di bahagian bawah tudung. c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada dan jangan terlalu nipis. d) Anak tudung yang berwarna hitam atau putih sahaja boleh dipakai bersama mini telekung. e) Pemakaian "brooch‟ samada pada baju atau tudung dilarang sama sekali. f) Bagi murid perempuan tahap satu digalakkan memakai tudung sarung yang 'awning' lembut sahaja. 1.2.3. KASUT DAN STOKIN Sama seperti 1.1.3 1.2.4. LENCANA DAN TANDA NAMA Sama seperti 1.1.4 1.2.5. BARANG KEMAS/PERHIASAN a) Murid-murid perempuan DILARANG memakai barang-barang kemas, alatalat solek dan lain-lain perhiasan. 1.3. PAKAIAN MURID PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM a) Baju lengan pendek dan pinafore biru gelap yang labuhnya di bawah lutut. b) 1.3.2 lain-lain pemakaian sama seperti 1.2.3 , 1.1.4 dan 1.2.5 1.4. PAKAIAN PENGAWAS 1.4.1. LELAKI a) Kemeja lengan panjang berwarna biru muda, seluar panjang berwarna biru gelap dan vest berwarna biru gelap. b) Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam dan berstokin hitam. c) Tali leher, lencana dan tanda nama hendaklah sentiasa dipakai setiap waktu di sekolah. 1.4.2. PEREMPUAN a) Berkemeja berwarna biru muda dan berkain sarung susun tepi berwarna biru gelap dan bermini telekung biru gelap serta vest berwarna biru gelap. b) Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam dan berstokin hitam. c) Tali leher, lencana dan tanda nama hendaklah sentiasa dipakai pada setiap waktu di sekolah. Segala perubahan pakaian pengawas sekolah adalah tertakluk kepada persetujuan pihak pentdbiran sekolah dan ianya difikirkan sesuai
15 CONTOH PAKAIAN PEMIMPIN PEWARIS LELAKI DAN PEREMPUAN Pengawas Sekolah (Lelaki) Pengawas Sekolah (Perempuan) Students Leader Board ( Lelaki) Students Leader Board (Perempuan) Pengawas Pusat Sumner ( Lelaki) Pengawas Pusat Sumber (Perempuan)
16 Pembimbing Rakan Sebaya (Lelaki) Pembimbing Rakan Sebaya (Perempuan) Ketua Kelas (Lelaki) Ketua Kelas (Perempuan)
17 1.5. BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA Murid-murid hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju Tsekolah, berseluar sekolah dan berkasut semasa hadir ke sekolah untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar. 1.5.1. KELAS/AKTIVITI TAMBAHAN Pakaian sekolah atau baju T sekolah dan seluar slack atau trek. 1.5.2. PENDIDIKAN JASMANI LELAKI Baju T sekolah dan seluar senaman/trek berwarna gelap PEREMPUAN Baju T sekolah lengan panjang, seluar senaman/trek berwarna gelap. Tudung hitam tanpa logo atau corak. 1.5.3. LATIHAN SUKAN DAN PERMAINAN LELAKI Baju T sekolah atau baju rumah sukan dan seluar senaman/trek berwarna gelap PEREMPUAN Baju T sekolah atau baju rumah sukan lengan panjang, seluar senaman/trek berwarna gelap. Tudung hitam tanpa logo atau corak. CONTOH PAKAIAN SUKAN MURID LELAKI DAN PEREMPUAN Pakaian Pendidikan Jasmani (Lelaki) Pakaian Pendidikan Jasmani (Perempuan)
18 Pakaian KRMJ (Lelaki) Pakaian KRMJ (Perempuan) 1.5.4. BADAN BERUNIFORM/PERSATUAN/KELAB Murid-murid hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing. 2. RAMBUT 2.1. RAMBUT MURID LELAKI a) Rambut murid lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang dinipiskan, tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk (Rujuk Lampiran) b) Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah ditengah. c) Murid lelaki dilarang berambut botak dan berfesyen. d) Murid lelaki digalakkan memotong rambut mengikut potongan rambut KARAKTER MURID JOHOR. 2.2. RAMBUT MURID PEREMPUAN a) Rambut murid perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu. b) Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya sentiasa kemas. c) Hanya reben berwarna putih dan hitam sahaja dibenarkan. d) Murid tidak dibenarkan mewarna, mengerinting, menyapu gel, menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen mengikut tafsiran sekolah.
19 CONTOH POTONGAN RAMBUT KAREKTER MURID JOHOR
20 3. WAKTU HADIR KE SEKOLAH 3.1. Sesi pagi a) Waktu hadir adalah sebelum 7.15 pagi. Pagar masuk pelajar akan ditutup pada jam 7.25 pagi setiap hari dan pelajar perlu melalui pintu masuk utama selepas itu. b) Pengawas bertugas berhak mencatat nama pelajar yang hadir lewat di pondok pengawal keselamatan sekolah. c) Masa pembelajaran di kelas akan bermula tepat jam 7.30 pagi. 3.2. Sesi petang a) Waktu hadir bagi sesi petang adalah bermula jam 12.30 tengahari. Pelajar hadir melalui pintu masuk berhampiran kantin sekolah. b) Masa pembelajaran di kelas akan bermula tepat jam 1.00 petang. 4. PERHIMPUNAN a) Perhimpunan rasmi akan diadakan pada hari Ahad setiap minggu mulai jam 7.20 pagi bagi sesi pagi dan 1.00 petang bagi sesi petang. b) Perhimpunan harian pula diadakan pada hari Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis mulai jam 7.15 pagi. Bagi sesi petang, perhimpunan harian akan diadakan bermula jam 12.50 petang. c) Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan. d) Murid-murid dilarang berbual dan bermain semasa perhimpunan. e) Murid-murid dikehendaki menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat. 5. KEBERSIHAN DIRI a) Semua murid hendaklah menjaga kebersihan diri. b) Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan. c) Gigi hendaklah sentiasa bersih. 6. KAWASAN SEKOLAH 6.1. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH a) Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Murid yang dibenarkan mestilah memakai “PAS KELUAR” b) Sewaktu pembelajaran sedang berjalan, murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan mendapat kebenaran guru. c) Murid-murid tidak dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam waktu belajar, murid-murid tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting. d) Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu contohnya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua darjah bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru berikutnya tiba untuk mengajar. e) Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran dari guru kelas. f) Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, murid berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru kelas. g) Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, waris murid tersebut hendaklah mendapatkan kebenaran dari Guru Besar atau Guru Penolong Kanan dengan mengisi BUKU REKOD KELUAR.
21 7. SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT a) Murid-murid yang sakit / cedera hendaklah segera memberitahu guru bertugas, pengawas atau ketua kelas. b) Murid-murid yang menghidap penyakit berjangkit mesti menjalani kuarantin di rumah sehingga sembuh. c) Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapatkan rawatan di hospital atau klinik setelah mendapat kebenaran daripada waris murid. d) Murid-murid mestilah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah untuk tinggal di bilik rawatan. e) Guru bertugas akan menguruskan penghantaran murid ke hospital kerajaan jika sakit teruk dengan diiringi waris murid. 8. KAWASAN LARANGAN a) Tempat letak kenderaan guru dan kakitangan b) Kawasan tangki septik c) Bilik Guru d) Pejabat Sekolah e) Bilik Peperiksaan f) Kawasan Tangki Air dan bilik-bilik pam g) Bilik PA Sistem sekolah h) Bilik-bilik pencawang elektrik i) Bilik-bilik Khas j) Kawasan cerun di sekitar kawasan sekolah 9. KEBERSIHAN Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983,SPI Bil.1/1999 dan SPI Bil. 6/1997 9.1. TONG SAMPAH a) Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah b) Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja. 9.2. KANTIN SEKOLAH a) Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari kawasan kantin sekolah. b) Murid-murid hendaklah beratur semasa membeli makanan dan minuman. c) Murid-murid dikehendaki duduk semasa makan dan minum. d) Sinki-sinki yang disediakan untuk kemudahan membasuh tangan sahaja. e) Murid-murid dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki atau parit disekeliling kantin. f) Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempat- tempat yang disediakan setelah selesai digunakan. g) Murid-murid dilarang membeli makanan dan minuman pada waktu belajar kecuali selepas Pendidikan Jasmani hanya dengan kebenaran guru. 9.3. BILIK DARJAH a) Bilik-bilik darjah adalah kawasan larangan kecuali waktu belajar atau dengan kehadiran dan kebenaran guru. b) Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan selamat, bersih, kemas dan teratur. c) Papan putih, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar, dikotorkan dan diconteng.
22 d) Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan untuk memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor. e) Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti televisyen, kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar ganti rugi. f) Kipas dan lampu hendaklah digunakan apabila perlu. g) Meninggalkan lampu dan kipas terpasang sewaktu ketiadaan murid di dalam kelas merupakan satu kesalahan. 9.4. TANDAS a) Semua murid perlu membersihkan tandas selepas digunakan. b) Tidak dibenarkan membuat bising dan bersorak dalam tandas. c) Murid-murid tidak dibenarkan menconteng dinding tandas. d) Murid- murid dilarang membuang sampah ke dalam mangkuk tandas. e) Pastikan semua paip air ditutup selepas digunakan. 10. KESELAMATAN Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002 10.1. BERATUR a) Semua murid mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum permulaan kelas. b) Murid-murid dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat sumber ataupun mana-mana bilik khas yang lain. c) Murid-murid perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana- mana tempat. 10.2. WAKTU BALIK a) Lima minit sebelum loceng terakhir, murid mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu dan kipas jika digunakan. b) Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan teratur. c) Masuk dan keluar kawasan sekolah dengan menggunakan pintu yang dikhaskan sahaja. d) Sila ikuti laluan balik yang telah ditetapkan. e) Murid yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan. f) Basikal yang digunakan hendaklah dilengkapkan dengan kunci, brek, loceng, kaki penongkat dan lain-lain. g) Murid-murid hendaklah meletakkan basikal di tempat yang ditetapkan. h) Dilarang menaiki atau menunggang basikal di kawasan sekolah. i) Murid yang balik menaiki kereta atau kenderaan lain hendaklah menunggu di tempat menunggu yang telah disediakan dan sentiasa patuh kepada arahan guru bertugas. 10.3. MAKMAL a) Murid dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran/kehadiran guru berkenaan. b) Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah disediakan. c) Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan alat-alat yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau arahan guru berkenaan. d) Murid dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari makmal. e) Murid dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru berkenaan. f) Barang-barang seperti mancis dan bahan-bahan pepejal yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata tempat.
23 10.4. BILIK-BILIK KHAS a) Murid dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bilik Guru Besar, bilik Guru Penolong Kanan, pejabat, Bilik Guru, bengkel, Pusat Sumber, bilik tayang, bilik-bilik khas dan makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan. b) Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan. c) Murid dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru. d) Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah mengikut arahan guru berkenaan. 11. PELAWAT a) Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu Rehat. b) Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan pelajar. c) Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan. d) Pada hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu. e) Ibu bapa dan pelawat dilarang untuk terus menuju ke kelas tanpa kebenaran. f) Setiap pelawat perlu hadir ke pejabat sekolah terlebih dahulu dan akan dibantu oleh staf untuk bertemu dengan anak masing-masing semasa waktu persekolahan. g) Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan. 12. TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS a) Murid yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa murid itu tidak hadir. b) Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab dan kenyataan rasmi dianggap ponteng dan boleh dikenakan tindakan seperti keterangan berikut: SURAT AKUAN HARI PONTENG (BERTURUT-TURUT) HARI PONTENG (TIDAK BERTURUT) AMARAN 1 Pada Hari ke - 3 Pada hari / kali ke - 10 AMARAN 2 7 hari selepas AMARAN 1 10 hari / kali selepas AMARAN 1 AMARAN 3 7 hari selepas AMARAN 2 20 ari / kali selepas AMARAN 2 c) Murid tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari kawasan sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran khas dari guru besar.
24 CARTA ALIR AMARAN PONTENG PONTENG PONTENG BERTURUT PONTENG TAK BERTURUT AMARAN1 PADA HARI KE 3 PADA HARI KE 10 7 HARI SELEPAS AMARAN 1 (HARI KE 10 ) 10 HARI SELEPAS AMARAN 1 (HARI KE 20 ) 7 HARI SELEPAS AMARAN 2 (HARI KE 17 ) 20 HARI SELEPAS AMARAN 2 (HARI KE 40 ) 14 HARI SELEPAS AMARAN AKHIR (HARI KE 31 ) 20 HARI SELEPAS AMARAN AKHIR (HARI KE 60 ) SEKOLAH SEKOLAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR AMARAN2 AMARANAKHIR BUANGSEKOLAH SEKOLAHRENDAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI
25 13. KETUA MURID DAN PENGAWAS a) Pelantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Penolong Kanan HEM dengan dibantu oleh Guru Pengawas dan atas cadangan dari guru-guru kelas. b) Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang Guru Penasihat, Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan pengawas-pengawas Tahap 2. c) Jawatan Pengawas bukanlah hakiki dan Guru Besar dan Guru Pengawas boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu. d) Guru Besar ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu. 13.1. SIFAT-SIFAT DAN KELAYAKAN UNTUK DILANTIK SEBAGAI PENGAWAS a) Mempunyai perangai dan kelakuan yang elok. b) Prestasi akademik yang baik. c) Mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah. d) Bertanggungjawab dengan sepenuhnya. e) Berwibawa dan bekerjasama. f) Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan. g) Jujur dan berakal. h) Menepati masa. i) Kemas dan berkepimpinan. 13.2. TUGAS-TUGAS PENGAWAS a) Membantu Jawatankuasa Tatatertib Sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan, semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dengan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi. b) Membantu mengawasi semua harta benda sekolah terutamanya di bilik komputer, Laman Nurani dan bilik-bilik khas tidak dirosakkan. c) Pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa perhimpunan sekolah, waktu rehat dan upacara-upacara rasmi dan majlis-majlis sekolah. d) Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut: • bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan murid-murid lain. • tidak boleh berkelakuan kasar. • menjaga keharmonian murid-murid. • sekiranya ada murid melanggar peraturan sekolah, pengawas mestilah: o memberi amaran sebanyak 2 kali. o Melaporkan kepada Guru Disiplin pada amaran ke-3. 14. WAKTU REHAT a) Waktu rehat rasmi adalah 30 minit atau mengikut keperluan dan kesesuaian jadual waktu sekolah apabila diperlukan. b) Murid-murid mestilah mematuhi tatacara berikut semasa rehat : a. Semasa rehat murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas. b. Berbaris dan berjalan dengan senyap dari kelas ke kantin dan ketika membeli makanan. c. Makan secara tertib di kantin. d. Jangan tinggalkan sisa makanan dan minuman di atas meja. e. Bekas makanan dan minuman yang telah digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan oleh pengusaha kantin. f. Buangkan segala bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. g. Dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
26 h. Murid dilarang membawa makanan dan air (plastik) ke kawasan bangunan sekolah, Laman Nurani, tapak perhimpunan serta ke dalam bilik darjah. 15. LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN a) Apabila loceng isyarat kebakaran dibunyikan, murid-murid mestilah berbaris di luar bilik darjah dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat) b) Murid-murid mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru, berlari atau berlumba-lumba antara satu sama lain. c) Guru-guru darjah hendaklah berada bersama barisan murid-muridnya di tempat berkumpul yang telah ditetapkan dan memastikan setiap murid di dalam kelasnya berada di situ dengan menggunakan Buku Daftar Kedatangan Murid. d) Guru kelas hendaklah melaporkan kepada Guru Besar dengan serta merta sekiranya ada murid yang tidak ada di situ dan hendaklah mencari murid tersebut dengan segera. e) Tidak ada sesiapa pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku dan lain-lain. f) Sekiranya ada murid tidak ada di dalam bilik darjah semasa loceng isyarat kebakaran berbunyi, mereka hendaklah terus pergi ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru kelas dan berada bersama-sama rakan-rakan sekelasnya. 16. BAYARAN TAMBAHAN Bayaran tambahan adalah berdasarkan kepada pakej yang dipilih oleh PIBG sekolah dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung PIBG. 17. KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH a) Murid-murid mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti: • Kerusi meja murid jangan diukir / diconteng. • Dinding bangunan sekolah jangan diconteng / dilukis • Buku yang dipinjam dari perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik • Tandas hendaklah diguna dengan betul • Cermin tingkap jangan dipecahkan • Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir • Alatan Pendidikan Jasmani, alatan Bilik Sumber dan alatan bengkel hendaklah digunakan dengan baik b) Murid-murid yang didapati merosakkan harta benda sekolah seperti memecahkan cermin tingkap, pasu bunga, kerusi, meja dan lain-lain dikehendaki menggantinya mengikut nilai barang yang dirosakkan. 18. KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM) a) Setiap murid diwajibkan menyertai: • Satu pasukan beruniform • Satu persatuan / kelab atau lebih • Satu kegiatan sukan dan permainan b) Ketidakhadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum dianggap sebagai ponteng sekolah. c) Seorang murid dibenarkan menyandang maksima 2 jawatan tertinggi sahaja dalam kesemua persatuan atau kelab sekolah yang dianggotai. d) Murid-murid tidak dibenarkan turut serta dalam kegiatan kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah. e) Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar sekiranya murid ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di di dalam kegiatankegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan atau lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.
27 f) Murid-murid DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap. g) Murid-murid yang mewakili sekolah dalam kegiatan kokurikulum tidak dibenarkan menarik diri kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.
28 19. KATEGORI KESALAHAN 19.1. KESALAHAN RINGAN • Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu. • Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. • Mengguna atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran. • Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu. • Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (PdPC) tanpa kebenaran. • Menyimpan dan menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. • Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran guru Besar atau wakilnya. • Memasuki makmal / bilik khas / bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan makmal / bilik khas / bengkel. • Memakai barang kemas atau alat solek kecuali jam tangan. • Makan dan minum di dalam bilik darjah. • Melakukan pembaziran air atau elektrik. • Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau tidak memakai pakaian sekolah dengan kemas. • Semua kesalahan yang berkaitan dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru dan lain-lain). • Lewat ke sekolah. • Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal / bilik-bilik khas. • Membuat bising di dalam kelas sehingga mengganggu kelas lain. • Menunggang basikal atau motosikal di dalam kawasan sekolah. • Berjalan-jalan tanpa tujuan di dalam kawasan sekolah. • Tidak membuat tugasan yang diarahkan. • Mengganggu kawan. • Mengganggu guru. • Lewat masuk kelas. • Mengotorkan kelas. • Berada dalam kawasan larangan. • Keluar kelas waktu PdPC tanpa kebenaran. • Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin. • Membuang sampah merata-rata. • Meludah atau membuang barang-barang dari tingkat atas bangunan. • Berniaga tanpa kebenaran pihak sekolah. • Memakai cermin mata berfesyen. • Membawa gajet. 19.2. KESALAHAN SEDERHANA • Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali. • Menyalahgunakan / menggunakan peralatan sekolah tanpa kebenaran. • Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenatan. • Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan. • Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. • Tidak menghormati lagu-lagu / bendera negeri dan kebangsaan. • Fesyen rambut yang keterlaluan seperti punk, skin head atau berwarna.
29 • Menconteng atau merosakkan harta benda sekolah. • Memakai barang kemas ke sekolah. • Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 19.3. KESALAHAN BERAT • Melakukan mana-mana kesalahan sederhana melebihi 3 kali. • Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. • Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan atau mengkhayalkan. • Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau. • Menyebab atau melakukan pergaduhan atau kekerasan. • Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan muridmurid lain, pengawas atau guru. • Biadap terhadap guru, pengawas atau murid-murid lain. • Memeras ugut guru, pengawas atau murid-murid lain. • Membawa atau menggunakan senjata atau alat berbahaya. • Melakukan buli, penderaan atau gangguan seksual terhadap murid lain. • Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. • Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. • Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan multimedia yang dilarang. • Membabitkan diri dalam kumpulan haram. • Mencabul kahormatan guru atau murid lain. • Melakukan zina, liwat atau hubungan luar tabii. • Melacur atau menjadi bohsia / bohjan / pondan. • Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. • Mengintai murid lelaki / perempuan. • Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. • Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid. • Membawa atau menggunakan bahan letupan. • Menulis perkataan atau melukis gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. • Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. • Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia. • Membawa atau menggunakan alat yang boleh menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran atau ujian. • Menganjur atau membabitkan diri dalam acar kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. • Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Pelajaran. • Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) dalam 60 hari atau berkala • (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan. • Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang menjalankan tugas. • Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
30 • Mengedar, memiliki, membawa, melukis atau mempamerkan bahan lucah. • Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. • Melakukan hubungan yang dicurigai. • Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 20. JENIS-JENIS SALAH LAKU Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai. Menurut Buku Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, (DPM,1982) salah laku ini dapat dibahagikan kepada 5 kumpulan besar. 20.1. TINGKAH LAKU JENAYAH • Mendera dan mencederakan • Bertindak ganas dan mencederakan • Memeras ugut • Bergaduh • Mencuri • Menipu dan memperdayakan • Menimbulkan kegelisahan di kalangan murid • Menyalahgunakan dadah • Khalwat • Segala perbuatan jenayah mengikut undangundang Negara • Menyertai kumpulan kongsi gelap 20.2. TINGKAH LAKU LUCAH • Mencarut • Berdua-duaan • Bercumbu-cumbuan • Melihat / membaca bahan lucah • Melukis / menulis bahan lucah • Menyimpan / meminjamkan bahan lucah • Bersubahat dalam perbuatan sumbang • Berpakaian tidak senonoh 20.3. TINGKAH LAKU ANTI SOSIAL • Tidak mahu bergaul • Merosakkan harta benda individu / sekolah • Membuat bising • Menjerit-jerit tidak tentu pasal • Mengganggu orang lain • Menulis dan menconteng bangunan • Membuang sampah merata-rata • Mendendam / hasad dengki / cemburu • Memaki hamun • Sombong, bongkak dan biadap 20.4. TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR • Meniru dalam ujian dan peperiksaan • Meniru tandatangan orang lain • Bercakap bohong • Mengubah markah yang dicatat oleh guru
31 • Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah • Menganiayai sesama rakan • Tidak Amanah • Mengampu • Memperdayakan ibu bapa dan orang lain • Mengambil barang orang lain tanpa izin • Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab • Berdolak-dalik • Membuat kerja tanpa keikhlasan diri 20.5. TINGKAH LAKU TIDAK SOPAN • Berbahasa kasar • Tidak menghormati guru • Menghisap rokok • Berambut Panjang • Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar • Lalai dan cuai terhadap pelajaran • Mempermain / memperlekehkan guru • Selalu lewat • Suka bertengkar • Pakaian tidak sesuai
32 KESALAHAN DAN HUKUMAN Kategori Kesalahan Jenis Kesalahan Tindakan/ Hukuman Penentu dan Pelaksana Hukuman/Tindakan Jenayah • Jenayah tafsiran polis di luar sekolah. • Jenayah tafsiran polis berlaku di luar sekolah tetapi dimaklumkan kepada sekolah • Jenayah yang berlaku dalam Kawasan sekolah. Siasatan Polis Mahkamah Berat • Salahlaku seperti yang dinyatakan dalam 19.3. • Salahlaku sederhana kali ke 3 • Sebatan dengan rotan atau pembaris 2 kali • Melakukan kerja kebajikan Jawatankuasa Unit Disiplin Sekolah Sederhana • Salahlaku seperti yang dinyatakan dalam 19.2 • Salahlaku ringan kali ke 3 Ringan • Salahlaku seperti yang dinyatakan dalam 19.1 • Salahlaku biasa kali ke 3 Hukuman yang adil, setimpal dan bersifat mendidik seperti nasihat, surat akur kesalahan, kerja-kerja kebajikan dan seumpamanya. Guru-guru Biasa Salahlaku semasa proses PdPc berlaku sama ada di dalam atau di luar bilik darjah seperti dalam 19.0.
33 21. RUJUKAN SURAT PEKELILING IKHTISAS 1. Pakaian Seragam • SPI Bil. 12/1978 • SPI Bil. 8/1985 • SPI Bil. 2/1993 • SPI Bil. 3/1983 • SPI Bil. 3/1992 • SPI Bil. 9/1975 • SPI Bil. 14/1976 • SPI Bil. 6/1993 2. Kesihatan Murid • SPI Bil. 2/1982 • SPI Bil. 6/1998 3. Perhimpunan Sekolah • SPI Bil. 4/1984 4. Keselamatan • SPI Bil. 8/1988 • SPI Bil. 8/1999 • SPI Bil. 7/2000 5. Kesihatan • SPI Bil. 4/1989 • SPI Bil. 1/1996 6. Ponteng • SPI Bil.6/1995 7. Sekolah Selamat • SPI Bil.4/2002 8. Kuasa Merotan • SPI Bil.7/2003 9. Disiplin/Peraturan Sekolah • SPI Bil.9/1975 10. Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan • SPI Bil.13/2007 11. Larangan Membawa Telefon Bimbit • SPI Bil.1/2006 12. Potongan Rambut Murid • SPI Bil.2/1976 13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok • SPI Bil.4/1997 14. Peraturan Tatatertib • SPI Bil. 8/1968 • SPI Bil. 6/1968 • SPI Bil. 11/1972 • SPI Bil. 9/1975 15. Penyalahgunaan Dadah • SPI Bil. 7/1975 16. Kempen Anti Merokok • SPI Bil.1/1983 17. Mengenakan Hukuman Biasa • SPI Bil.8/1983 18. Perhimpunan Sekolah • SPI Bil.4/1984 19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah • SPI Bil.7/1986
34 PENGKUAN MURID Bahawasanya saya ………………………………………………….…………………………………………………. murid Tahun …………………...……………. SK Bandar Penawar 2 telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan murid, ………………………………………….. ( )
35 PENGAKUAN IBU BAPA Bahawasanya saya ..………………………………………………….……………..………………………….. ibu bapa / penjaga murid di atas telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan ibu bapa / penjaga, …………………………………………. ( )