SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL AZIZ SHAH KAJANG SELANGOR PENULISAN KAJIAN IMPAK TAJUK: KAJIAN IMPAK PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING SECARA NORMA BAHARU DI SMKSAAS SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) TAHUN 2021 PENGKAJI: ROZITAH SAIRI GURU BIMBINGAN & KAUNSELING DG52 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PENGHARGAAN DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-NYA , saya dapat menyiapkan penulisan kajian impak dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK. Sultan Abdul Aziz Shah (Integ) Kajang Selangor bagi tahun 2021. Namun penulisan kajian ini berjaya di siapkan dengan lengkap pada tahun 2022 atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada banyak pihak terutamanya murid-murid saya yang sentiasa bekerjasama dengan saya sepanjang melaksanakan kajian ini.Begitu juga dengan ahli keluarga saya yang sentiasa berada di samping saya dalam saya memperuntukkan masa yang banyak dalam menyiapkan pelaporan dan melengkapkan pendokumentasian kajian tindakan ini. Alhamdulillah.
KAJIAN IMPAK UBKSAAS 2021 3 1.0 PENDAHULUAN Kajian impak ini adalah satu aktiviti yang di laksanakan oleh sesebuah organisasi khususnya dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sultan Abdul Aziz (Integ) dalam menilai keberkesanan sesebuah program, aktiviti atau pendekatan yang telah di guna pakai sepanjang sesuatu tempoh yang telah di tetapkan. Kajian ini berkeperluan untuk menambah baik program atau pendekatan yang telah di guna pakai ini di samping meningkatkan kompetensi dan potensi ahli-ahli di dalam unit tersebut. Secara tidak langsung, kajian impak ini dapat menambah baik amalan perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling sebagai seorang penyelidik yang lebih kritis dan kaya dengan idea baharu. 2.0 KEPERLUAN KAJIAN Ketika dunia berdepan dengan krisis wabak COVID-19 , guru kaunseling memainkan peranan yang amat penting dan mereka memerlukan kreativiti dalam membantu pelajar berdepan dengan cabaran sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Guru kaunseling perlu memastikan wujudnya komunikasi yang melibatkan antara guru kaunseling dengan murid-murid bagi membantu mereka berdepan dengan sesi pembelajaran yang mencabar. Secara hakikatnya, murid-murid tidak dapat menggunakan perkhidmatan bimbingan & kaunseling seperti kebiasaannya, sedangkan pada ketika itu mereka paling banyak di uji dari tekanan emosi dan mental yang pasti menjejaskan kehidupan seharian mereka. Dalam pada itu juga mereka agak terhad mendapatkan info-info yang penting seperti kerjaya dan penjagaan kesihatan emosi dan minda. Bagi membantu dan memastikan murid-murid yang terkesan dengan wabak ini tidak tersasar dan terkapai-kapai tanpa bantuan, guru kaunseling mengambil inisiatif mewujudkan satu pendekatan yang sesuai ketika situasi kita semua berada dalam zon wabak pendemik COVID-19. Guru kaunseling memikirkan dan memastikan bagi mewujudkan seolah-olah guru kaunseling sentiasa berada dekat dengan murid-murid dan perkhidmatan kaunseling boleh di perolehi bila-bila masa sahaja bila diperlukan. Selain itu penggunaan media sosial di perhebatkan secara maksima dalam menyebarluas dan berkongsi info berguna untuk semua murid . Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu mampu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Oleh itu,Unit Bmbingan & Kaunseling SMKSAAS
KAJIAN IMPAK UBKSAAS 2021 4 merangka program-program mengikut keperluan semasa murid dan melaksanakan mengikut kesesuaian dan kebolehcapaian murid Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling ,wabak COVID-19 bukanlah satu halangan untuk mengimplimenkan perkhidmatan kaunseling, sebaliknya kreativiti dan kesabaran serta komitmen dari semua pihak perlu digembleng bagi memenuhi keperluan murid-murid itu sendiri. Oleh itu, saya selaku ketua Unit Bimbingan & Kaunseling telah terpanggil untuk merangka dan melaksanakan perkhidmatan bimbingan & kaunseling menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan seiring dengan situasi semasa. Rentetan dari itu maka terhasillah penulisan kajian impak ini sebagai satu bahan dokumentasi dan pelaporan untuk di jadikan satu bahan bukti dan rujukan oleh pihak-pihak yang berkeperluan. 3.0 TUJUAN KAJIAN IMPAK Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana pelaksanaan perkhidmatan bimbingan & kaunseling di sekolah sebagai perkhidmatan yang mesra murid, guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang di berikan mengikut kesesuaian situasi dan keperluan semasa akan mampu membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan daya bertindak secara positif dan berkesan. 4.0 RASIONAL KAJIAN IMPAK Murid merupakan aset penting yang perlu di bantu dan di bimbing menerusi perkhidmatan bimbingan & kaunseling agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya. Pelaksanaan menggunakan kaedah dan saluran yang sesuai perlu di laksanakan seiraing dengan situasi pada ketika itu tanpa menjejaskan kefungsian dan peranan unit itu sendiri. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN 5.1 OBJEKTIF UMUM Memastikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMKSAAS telah dapat di laksanakan mengikut panduan dan arahan BPHKPM. 5.1 OBJEKTIF KHUSUS Membincangkan 4 skop bidang utama yang telah membantu mengukur impak pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling oleh guru bimbingan & kaunseling SMKSAAS.
KAJIAN IMPAK UBKSAAS 2021 5 6.0 INSTRUMEN KAJIAN 1. Borang soal selidik menggunakan google form 2. Pemerhatian 3. Temubual berfokus 7.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana impak pelaksanaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara norma baharu di SMKSAAS Kajang sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) 2021 bermula April 2020 hingga Mac 2022 iaitu dalam tempoh hampir 2 tahun. Kajian impak ini hanya memfokuskan dengan 3 elemen iaitu aplikasi, topik atau bidang dan kaedah maklum balas daripada pelaksanaan. 8.0 KUMPULAN SASARAN Semua program yang di rancang serta pelaksanaan aktiviti dan perkhidmatan tersasar kepada semua murid SMKSAAS daripada kumpulan murid tingkatan 1 hingga pelajar-pelajar tingkatan 6 termasuklah kumpulan sasaran murid-murid Pendidikan Khas (PPKI) . Namun untuk pelaksanaan dan kutipan data Kajian impak ini hanya melibatkan kumpulan murid yang di pilih secara rawak . Responden kajian ini terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang ke semuanya berada dalam pelajar tahun semasa. 9.0 ELEMEN KAJIAN 3 elemen yang di fokuskan dalam kajian impak ini adalah: 1. Penggunaan Aplikasi 2. Kesesuaian topik/bidang/isu. 3. Medium maklum balas perkhidmatan
KAJIAN IMPAK UBKSAAS 2021 6 10.0 PELAKSANAAN KAJIAN Model yang di gunakan sebagai panduan untuk melaksanakan kajian impak ini adalah Model Empat (4) Tahap Penilaian Latihan/Pembelajaran yang di perkenalkan oleh Donald L.Kirkpatric dan James D. Kirkpatrick dalam tahun 2006. TAHAP 1 - TINJAUAN MASALAH - Pemerhatian situasi - kumpul isu-isu yang di bangkitkan TAHAP 2 - PEMBELAJARAN (LEARNING) - Menilai apa yg berlaku TAHAP 3 - PELAKSANAAN PENDEKATAN - Program - Penggunaan media sosial TAHAP 4 -KEPUTUSAN - Soal selidik keberkesanan program
KAJIAN IMPAK UBKSAAS 2021 7 10.1 PENGGUNAAN APLIKASI Aplikasi adalah alat atau kaedah yang di gunapakai dalam menyampaikan maklumat atau menjalankan aktiviti. Jenis-jenis aplikasi yang di gunakan adalah. 1. Telefon. 2. Telegram App 3. Google Meet 4. WhatsApp 5. Youtube Channel 6. Instagram a.Telefon Semua pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di laksanakan secara atas talian dalam tempoh pandemik tanpa mengira masa dan tempat. b. Whatsap App dan Telegram App Merupakan satu kaedah yang paling popular. Semua bahan-bahan infografik untuk perkongsian dengan pelajar-pelajar mudah untuk di muat turun dan pengunaannya secara meluas hampir setiap masa. Selain itu, aplikasi ini menjadi satu medan perbincangan berkaitan isu-isu semasa dan peribadi selain menjadi alat untuk memberi respon dan pendapat . c. Google Meet Google Meet merupakan satu kaedah yang biasa di gunakan oleh semua GBK khususnya apabila melaksanakan aktiviti dan program yang dirancang. Melalui penggunaan google meet penyampaian jadi mudah dan berfokus kepada kumpulan sasaran. Selain itu bahan-bahan seperti gambar dan slide dapat di kongsi semasa ssi perkongsian. Murid-murid dapat melihat atau mendengar perkongsian secara terus malah turut sekali melemparkan pertanyaan dan terlibat dalam ruang sesi soal jawab di ruang yang di sediakan. Namun begitu terdapat juga kelemahan dalam penggunaan Google meet di mana kurang penyertaan bagi sesetengah program kerana penggunaan data internet yang agak banyak serta masalah capaian internet yang tidak mencukupi. d.Youtube Channel, Facebook, Instagram dan Tik Tok Channel Youtube, Facebook, Instagram dan Tik Tok merupakan rangkaian media sosial rasmi di bawah label UBKSAAS yang di bangunkan dan aktifkan bagi memenuhi keperluan semasa murid pada ketika itu. Melaluinya di wujudkan rakaman-rakaman video yang merangkumi topik-topik atau bidang dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Penggunaan video pautan melalui perkongsian youtube link pada aplikasi watsap dan telegram untuk perkongsian bersama murid-murid. Impaknya, rangkaian media sosial rasmi UBKSAAS ini menjadi satu bentuk media yang paling popular di kalangan murid-murid. Murid-murid amat mudah menonton dengan berulang-ulang kali selain menjadi
KAJIAN IMPAK UBKSAAS 2021 8 satu medium yang amat sesuai bagi yang berkongsi peranti atau gadjet. 10.1.1 INOVASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING Bagi memaksimakan dan memudahkan kepenggunaan segala bentuk media sosial kepada para pengguna khususnya murid-murid SMKSAAS, maka terhasillah satu Inovasi iaitu e-EZYKaunseling D’SAAS. Inovasi ini merupakan satu one stop centre dimana semua info dan sesi temujanji boleh di buat di hujung jari sahaja dan bila-bila masa sahaja. 10.2 KESUAIAN TOPIK/BIDANG/ISU Empat fokus bidang kaunseling yang di laksanakan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di laksanakan secara sepenuh masa sepanjang PKP dan berfokus kepada program dan aktiviti seperti berikut: A. Fokus 1 : Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid Tujuan: untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri dari segi sikap penyayang, budi bahasa, konsep kendiri, kepimpinan, komunikasi, kekemasan diri dan ketepatan masa. Outcome: Perwatakan murid yang berketrampilan dan terpuji. B. Fokus 2 : Peningkatan Disiplin Diri Murid Tujuan : Untuk memupuk daisiplin diri murid termasuk intervensi yang di lakukan bagi mencegah terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti sosial yang lain-lain. Outcome: Murid yang berdisiplin dan menjalani kehidupan dengan aman dan sejahtera. C. Fokus 3 : Pendidikan kerjaya murid Tujuan: Untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Pe;aksanaan pendidikan kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya.
KAJIAN IMPAK UBKSAAS 2021 9 Outcome: Murid tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan. D. Fokus 4 : Psikososial dan kesejahteraan mental murid Tujuan: Untuk membimbing murid supaya dapat mengekalkan dan mengurus kan kesejahteraan diri dan mental. Murid-murid akan di bimbing dalam beberapa aspek seperti proses sosialisai dan interaksi, pengurusan emosi dan pengembangan pemikiran yang positif. 10.3 MEDIUM MAKLUM BALAS PERKHIDMATAN Sepanjang tempoh wabak pandemik COVID-19, perkhidmatan bimbingan & kaunseling tetap di laksanakan oleh GBK mengikut kesesuaian dengan menggunakan peranti dan dan keperluan data internet dengan sasaran kepada semua murid SMKSAAS dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Malah, program-program kaunseling turut di jalankan tanpa gagal mengikut keperluan murid pada ketika itu. Seolah-olah dalam tempoh itu, GBK sedaya upaya memaksimakan setiap ruang dan peluang yang ada untuk memberikan satu perkhidmatan yang terbaik dan berfungsi. Rentetan itu, satu medium atau cara perlu di lakukan bagi mendapatkan maklum balas dari murid-murid untuk mengetahui sejauh mana impak ke atas perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKSAAS sepanjang tempoh pandemik tersebut. Dengan itu di reka dan di wujudkan satu bentuk penilaian iaitu borang soal selidik impak pelaksanaan perkhidmatan bimbingan & kaunseling sepanjang tempoh PKP. Borang soal selidik ini dibentuk dalam google form dan di edarkan kepada kumpulan sasaran melalui perkongsian link untuk di jawab oleh mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Kemudian data di analisis daripada respon murid yang di sasarkan.
KAJIAN IMPAK UBKSAAS 2021 10 BORANG SOAL SELIDIK IMPAK PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Nama: Tingkatan: No Keterangan Respon Ya Tidak 1 Maklumat dan info yang di kongsikan oleh UBK sangat berguna kepada saya 2 Aplikasi yang di gunakan oleh UBK sangat membantu saya dalam mendapatkan maklumat yang berkaitan. 3 Aplikasi yang di gunakan oleh UBK menjadi bahan medium perantaraan kaunselor dan murid. 4 Bahan yang di kongsikan amat mudah di akses sepanjang PKP melalui penggunaan aplikasi. 5 Saya mudah untuk akses maklumat daripada aplikasi yang di gunapakai oleh pihak UBK. 6 Saya boleh menghubungi guru kaunseling bila-bila masa sepanjang PKP dengan penggunaan aplikasi yang di wujudkan. 7 Input-input dan info yang di kongsikan oleh pihak UBK dapat meningkatkan motivasi saya. 8 Program-program dan aktiviti yang di rancang oleh UBK amat berguna dan mudah di ikuti oleh murid-murid. 9 Saya mengikuti setiap program yang di laksanakan oleh UBK sepanjang tempoh PKP. 10 Saya rasa tenang dan kekal bermotivasi sepanjang tempoh PKP.
KAJIAN IMPAK UBKSAAS 2021 11 11.0 .DAPATAN SOAL SELIDIK Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada impak pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling SMKSAAS sepanjang tempoh PKP. Seramai 48 orang murid telah mengisi google form untuk memberikan maklumbalas. KETERANGAN SOALAN BILANGAN RESPON PERATUS RESPON (%) YA TIDAK YA TIDAK SOALAN 1 48 - 100 - SOALAN 2 48 - 100 - SOALAN 3 44 4 92 8 SOALAN 4 35 13 73 27 SOALAN 5 33 15 69 31 SOALAN 6 42 6 88 12 SOALAN 7 48 - 100 - SOALAN 8 48 - 100 - SOALAN 9 37 11 77 27 SOALAN 10 43 5 90 10 11.1.1 ANALISIS MAKLUM BALAS SOAL SELIDIK Item-item dalam soal selidik memberi keterangan berkaitan impak yang diperolehi oleh murid-murid hasil daripada pelaksanaan perkhimatan bimbingan dan kaunseling sepanjang tempoh PKP. Dapatan dari maklum balas soal selidik soalan atau keterangan , soalan 1, soalan 2, soalan 7 dan soalan 8 menunjukkan 100% iaitu semua respon yang menjawab soal selidik ini memberikan pilihan jawapan “Ya”. Ini jelas menunjukkan bahawa maklumat dan info-info yang di kongsikan melalui aplikasi yang di wujudkan oleh pihak UBKSAAS sasngat-sangat berguna dan membantu mereka. Selain itu maklum balas yang di berikan oleh kumpulan respoden ini menunjukkan bahawa program-program yang di rancang dan di jalankan oleh pihak UBKSAAS telah berjaya meningkatkan tahap motivasi mereka walaupun dalam situasi yang mencabar. Kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini, didapati hampir keseluruhan responden murid yang menjawab soal selidik menunjukkan skor yang tinggi memberikan keterangan bahawa responden-responden ini mendapat impak yang positif daripada pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta program-program dan aktiviti yang di laksanakan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SMKSAAS Kajang.
KAJIAN IMPAK UBKSAAS 2021 12 12.0 IMPAK DAN RUMUSAN KAJIAN Berikut merupakan rumusan hasil daripada impak pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara norma baharu di SMKSAAS sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun 2021. 1. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sangat penting kepada pelajar walaupun berada dalam situasi pandemik. 2. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat di laksanakan secara maya dengan di bantu secara sokongan menggunakan aplikasi teknologi seperti whatsap ataupun telegram. 3. Pelajar dapat di bimbing secara berfokus melalui perkongsian info di medium aplikasi. 4. Pelajar dapat banyak info-info berguna yang merangkumi 4 fokus utama kaunseling seperti kemahiran belajar, kerjaya, pengurusan diri, masa serta pengurusan emosi. 5. Pelajar mudah menggunakan aplikasi teknologi yang di gunakan oleh pihak unit bimbingan dan kaunseling seperti whatsap, telegram,Facebook, Instagram, Tik Tok dan Youtube Channel dalam mendapatkan perkhidmatan dan info. 6. Jenis aplikasi yang di gunakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKSAAS amat mudah di akses dan di guna oleh pelajar. 7. Murid-murid mudah menghubungi kaunselor untuk mendapatkan perkhidmatan. 8. Guru kaunseling mudah memberikan respon dan bantuan apabila di perlukan oleh murid-murid tanpa mengura masa dan tempat. 9. Program-program yang di rancang dan di laksnakan oleh guru-guru bimbingan dan kaunseling sepanjang tempoh PKP amat berguna kepada pelajar. 10. Pelajar mendapat input yang berguna dan membantu meningkatkan motivasi dan mengurus kesejahteraan diri dan mental dengan baik.
KAJIAN IMPAK UBKSAAS 2021 13