EBOOK KELANA SISWA NOORKAMARIAH BINTI MATGUL (D20211100618 ) KUMPULAN A ENCIK ALIFF ASHRAF BIN ABDUL RAZAK SESI 2021/2022
NAMA NOORKAMARIAH BINTI MATGUL UMUR 22 TAHUN TARIKH LAHIR 4 OKTOBER 2001 PROGRAM AT58- ISMP PENGAJIAN MALAYSIA SEMESTER 3 HOBI MENONTON DRAMA/MOVIE KOREA CITA-CITA MENJADI SEORANG GURU YANG CEMERLANG
SEJARAH PENGAKAP DUNIA Diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth BadenPowell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell. Beliau berbangsa Inggeris yang dilahirkan pada 22 Februari 1857 di London, England dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G.Baden-Powell adalah seorang maha guru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana.
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki,beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British SAMBUNGAN...
Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai KetuaPengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakaptelah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84 SAMBUNGAN...
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Sejarah Pengakap di Malaysia Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap KanakKanak(cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskanPergerakan ini di England).Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia
L A G U P E N G A K A P K a m i P e n g a k a p M ala y s i a H a r a p a n n u s a d a n b a n g s a B e r i k r a r s e t i a P a d a p e r t i w i t e r c i n t a M ela t i h g e n e r a s i m u d a M e n j a d i i n s a n y a n g b e r g u n a P e r s e t i a a n p e n g a k a p T e r a s d i p e g a n g b e r s a m a M e n olo n g o r a n g s e t i a p m a s a M e n a b u r b a kt i d i m a n a s a h a j a D e m i T u h a n , R a j a d a n n e g a r a B e r b u d i , b e r s a u d a r a T a a t , m e n u r u t p e r i n t a h K a m i b a n g g a j u n j u n g c i t a - c i t a P e n g a k a p M ala y s i a K a m i b a n g g a j u n j u n g c i t a - c i t a P e n g a k a p , P e n g a k a p M ala y s i a
PERSETIAAN PENGAKAP
UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya (Dipercayai) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya (Taat) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa (Berguna) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun (Bersaudara) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi (Berbudi) Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang (Kasihkan Binatang) Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan (Menurut Perintah) Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah (Tabah Hati) Pengakap adalah jimat dan cermat (Berjimat) Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya danperbuatannya (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
PINTU GERBANG KARNIVAL KOKURIKULUM UPSI Pembinaan pintu gerbang bersempena Hari Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 26 November 2022 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh pelajar-pelajar Kelana Siswa. Justeru, pembinaan pintu gerbang ini juga merupakan tugasan yang diberikan oleh Encik Aliff Ashraf bin Abdul Razak selaku tenaga pengajar kepada para pelajar bagi memenuhi kehendak dan rancangan pembelajaran Kelana Siswa. Seterusnya, pembinaan pintu gerbang ini telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 22 November hingga 25 November 2022 dengan melibatkan semua pelajar Kelana Siswa dari Kumpulan A dan C. Waktu pembinaan dijalankan pada dua waktu iaitu petang dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam dan waktu malam iaitu dari jam 8.00 malam hingga 10.30 malam. Para pelajar datang dan berkumpul di Padang Kawad UPSI bagi menjalankan proses pembinaan pintu gerbang tersebut.
SAMBUNGAN... Encik Aliff Ashraf dan beberapa orang pembantu telah menyediakan semua bahan untuk pembinaan pintu gerbang seperti buluh, tali, gergaji, jaring hitam, dan cangkul bagi memudahkan kerja. Para pelajar dikehendaki untuk mencantumkan buluh-buluh membentuk pintu gerbang dengan menggunakan Ikatan Manuk dan Ikatan Seraya dengan bantuan dan pantauan oleh Encik Aliff Ashraf. Pembinaan pintu gerbang ini terbentuk dengan berdirinya dua buah Menara dengan dihubungi jaring hitam yang ditarik merentasinya. Kedua-dua buah Menara tersebut dibina dengan kukuh di mana pelajar dapat memanjat dan berdiri di atasnya. Akhirnya, pembinaan pintu gerbang ini tamat dengan jayanya dihiasi bendera UPSI dan banner Hari Kokurikulum.
LAMPIRAN GAMBAR PINTU GERBANG
UNIFORM PENGAKAP KELANA CARA PEMAKAIAN (LELAKI)
CARA PEMAKAIAN (PEREMPUAN)
CARA PEMAKAIAN LENCANA PADA LENGAN
LENCANA PENGAKAP LENCANA KEAHLIAAN PENGAKAP
LENCANA PENGAKAP LENCANA WAJIB Lencana Kemahiran Pengakap Lencana perkhidmatan Pengakap Lencana pengembaraan
LENCANA PENGAKAP LENCANA pilihan Lencana Kepimpinan Lencana aktiviti ekstrem Lencana penyelamat nyawa
LENCANA PENGAKAP LENCANA pilihan Lencana ict Lencana keusahawanan
ikatan asas pengakap ikatan buku sila Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz Menyambung tali khemah / bungkusan hadiah atau ikatan anduh 1. 2.
ikatan bunga geti Untuk menyambung dua tali yang tidak sama saiz Mengikat tali ke suatu tanjul 1. 2.
i k a t a n s e r a y a M e n g i k a t d u a b a t a n g k a y u / d u a b a t a n g b u l u h y a n g b e r s i l a n g b a g i m e m b u a t j a m b a t a n , g aj e t , m e n a r a , t i a n g b e n d e r a d a n l a i n - l a i n .
simpul manok Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak Permulaan dan mematikan ikatan seraya 1. 2.
simpul tindih kasih Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut Untuk menyelamatkan orang dengan memasukkan tanjul keliling badan mangsa 1. 2.
kawad kaki asas pengakap 1.sedia 2. senang diri
kawad kaki asas pengakap 3. rehatkan diri 4. Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
kawad kaki asas pengakap 5. ke kanan pusing 6. ke kiri pusing
kawad kaki asas pengakap 7. Ke Belakang Pusing 8. Buka Barisan ⇐ ⇐ ⇒⇒
malam kebudayaan pengakap Dikenali sebagai Malam Pengakap adalah nama bagi satu temasya yang dipersembahkan oleh kumpulan pengakap untuk bersukaria sebagai menghilangkan kebosanan dan melupakan segala kerja yang telah dibuat semasa berkhemah dan sebagainya.Malam Pengakap mungkin ada perhubungan dengan seni budaya Pengakap atau Kebudayaan Pengakap itu sendiri, sebagaimana yang dialami. Aturcara yang dipersembahkan dalam Malam Pengakap itu adalah datangnya dari pengakap itu sendiri seperti seni tari, seni lakon, nyanyian dan sebagainya. Semua itu bercorakkan seni budaya pengakap. Untuk perhatian bahawa setiap persembahan yang dibuat oleh pengakap tidaklah seperti persembahan yang diadakan di atas pentas. Persembahan Malam Pengakap itu hanyalah apa yang terdaya oleh setiap kumpulan pengakap itu sendiri.
Untuk menghilangkan rasa bosan dan melupakan segala kerja di siang hari dalam perkhemahan Melatih diri berdisiplin, terutama mematuhi arahan dan perintah ketua- ketua dengan taat setia Mencungkil bakat seseorang pengakap Melatih bekerjasama dan tolong menolong Menghormati orang lain (baik pada kawan atau orang tua) Melatih supaya menjauhi perasaan malu dan percaya pada diri sendiri 1. 2. 3. 4. 5. 6. tujuan
Lakonan Nyanyian Tarian Pertunjukan Fesyen 1. 2. 3. 4. contoh aktiviti
Secara keseluruhannya, dapat saya katakan bahawa kelas kelana siswa yang diajar oleh Encik Aliff Ashraf bin Abdul Razak ini banyak membantu dalam bidang pelajaran saya di mana tenaga pelajarnya sentiasa memberikan kata-kata motivasi tanpa henti untuk terus melakukan sesuatu kebaikan dalam kehidupan. Selain itu, melalui kelas ini pelbagai aktiviti telah dikongsikan oleh tenaga pelajarnya yang boleh digunakan dalam kelas terutamanya dalam bidang saya sendiri yang akan menjadi seorang pendidik . rumusan kelas kelana siswa Sekian, Terima kasih...