The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anaknurlyssa, 2021-10-29 13:01:56

BUKU PROGRAM MESY AGUNG PIBG 2021_30102021

30 OKTOBER 2021






9.00 PAGI - 1.00 PETANG



SECARA ATAS TALIAN





:



En Wan Rozaini Bin Wan Ibrahim


(YDP PIBG SK Bandar Baru Sentul) 1

FALSAFAH PIBG




Menjadikan PIBG sebagai agen pembantu kepada semua

program peningkatan sekolah di samping menyediakan

prasarana perhubungan yang mantap antara waris dan semua

peringkat pengurusan pendidikan.





MATLAMAT PIBG


- Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) adalah komponen penting


dalam merealisasikan wawasan sekolah.


- Peranannya sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan

sekolah sebagai institusi masyarakat hendaklah diterjemahkan


melalui program peningkatan sekolah.


- Dalam semua keadaan program dan tindakan PIBG hendaklah

menjadi pelengkap program sekolah.




MOTO PIBG



PIBG GEMILANG, SEKOLAH CEMERLANG










2

ISI KANDUNGAN





PERKARA M/S


Kata-kata Aluan Penasihat 4

Kata-kata Aluan YDP PIBG 5



Notis Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2020/2021 7


Aturcara Mesyuarat Agung PIBG 9


Agenda Mesyuarat Agung PIBG 11


AJK PIBG Sesi 2020/2021 13



Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 15-30


Laporan Aktiviti Tahunan 2020 32-35


Laporan Kewangan PIBG Berakhir Pada 2020 37-47


AJK PIBG Sesi 2021/2022 49



Usul-Usul 2021 51-54


Senarai AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 56-59

kali ke-33


Lampiran 61-71


Penghargaan 73











3

Perutusan Tuan Guru Besar

SK Bandar Baru Sentul








Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh



Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia dan rahmat-Nya, kita dapat
bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-33. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta
besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah
ini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak
yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini.



Gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk
memastikan anak-anak dapat menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga
dengan pelbagai karenah dan cabaran. Oleh itu, sokongan dan sumbangan PIBG sekolah ini
dari segi material mahu pun idea-idea yang bernas, sokongan moral yang merupakan nadi
penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana sekolah telah
banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah dalam
pelbagai bidang.



Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Baru Sentul kali ke-33 ini. SELAMAT
BERSIDANG.



Sekian, terima kasih.







ABDUL RAHIM BIN ABU
Guru Besar,
SK Bandar Baru Sentul



4

Perutusan Yang Dipertua PIBG

SK Bandar Baru Sentul







Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah dan rahmat-Nya dapat kita sama-sama berkumpul pada
pagi yang berbahagia ini untuk meneruskan Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Baru Sentul kali ke-33
Tahun 2021. Sesungguhnya saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada semua pihak di atas
sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan mesyuarat agung pada kali ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada
pihak sekolah di atas kejayaan yang telah dicapai di dalam bidang akademik dan juga kokurikulum
sepanjang Tahun 2020. Semoga kejayaan yang lebih besar akan menjadi milik SK Bandar Baru Sentul
pada masa akan datang. Di sini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan
pentadbir dan juga semua guru SKBBS yang tidak jemu menjalankan peranan masing-masing demi
kejayaan sekolah dan anak-anak SKBBS. Semoga pihak sekolah akan terus berusaha tanpa jemu demi
menjadikan anak-anak SKBBS berjaya di dunia dan akhirat.

Jutaan terima kasih juga kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 yang telah sudi
berkhidmat secara sukarela demi kepentingan anak-anak di SKBBS. Semoga usaha murni ini akan
berterusan dan berkekalan. Saya juga ingin menyeru agar semua ibu bapa dapat bekerjasama dalam
menyalurkan idea-idea bernas mahupun tenaga dalam menggerakkan PIBG seterusnya menjadikan
sekolah SKBBS lebih cemerlang dan gemilang. Kesepaduan dalam permuafakatan yang tinggi daripada
ibu bapa amat diperlukan bagi menjayakan setiap program yang dirancang oleh pihak sekolah.

Akhir kata, saya dan barisan AJK PIBG Sesi 2020/2021 mengambil peluang ini untuk mengucapkan
terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang tempoh kami
menjalankan amanah tuan puan di sekolah ini.



Sekian, terima kasih.








WAN ROZAINI BIN WAN IBRAHIM
Yang DiPertua PIBG SK Bandar Baru Sentul
Sesi 2020/2021

5

NOTIS




MESYUARAT





AGUNG





PIBG




SESI 2020/2021




















6

7

ATURCARA




MESYUARAT





AGUNG




PIBG





2021





















8

ATURCARA

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)


SK BANDAR BARU SENTUL KALI KE-33 BAGI TAHUN 2021


SLOT 1

8.45 pagi : Kehadiran Ibu bapa dan Guru secara atas talian

9.00 pagi : Aluan Pengacara Majlis

: Bacaan Doa

: Lagu Negaraku, lagu Wilayah,lagu sekolah

SLOT 2

9.30 pagi : Ucapan Penasihat PIBG

: Ucapan dan Perasmian Yang DiPertua PIBG

: Tayangan Video Aktiviti PIBG Sepanjang Tahun 2020/2021

SLOT 3


10.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 dimulakan
: Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2020

: Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti

: Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan sesi 2020/2021

: Membentang dan Membahaskan Usul

: Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2021 dan Penyampaian Sijil

: Pelantikan AJK PIBG sesi 2021/2022

12.30 tengah hari : Mesyuarat ditangguhkan

SLOT 4

12.30 tengah hari : Taklimat Pengoperasian Sekolah 3.0

1.00 petang : Anugerah Apresiasi Penyertaan PdPR

1.30 petang : Majlis Bersurai





9

AGENDA






MESYUARAT





AGUNG




PIBG




2021






















10

AGENDA MESYUARAT AGUNG 2021








➢ Perutusan YDP PIBG
➢ Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2020

➢ Perkara Berbangkit
➢ Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti

➢ Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan 2020/2021

bagi Tahun Yang Berakhir 31 Disember 2020
➢ Membentang dan Membahaskan Usul

➢ Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2021 dan Penyampaian Sijil
➢ Pelantikan Pengerusi Sementara

➢ Pelantikan AJK baharu

➢ Ucapan penangguhan







































11

AHLI




JAWATANKUASA




PIBG






2020/2021






















12

AHLI JAWATANKUASA PIBG SKBBS 2020/2021




Yang Dipertua PIBG : En Wan Rozaini B Wan Ibrahim

Naib Yang Dipertua PIBG : En Jalaludin B Masot

Penasihat : En Abdul Rahim Bin Abu (Guru Besar)
: Pn Nooraishah Bt Bakar (PK 1)
: En Mohd Yusof Bin Mohamad (PK HEM)
: En Zulkifli B Mahmad (PK Kokurikulum)

Setiausaha : Pn. Habsah Bt Samdin
Naib Setiausaha : Pn Afzan Maslinda Bt Ab Manan
Bendahari : Pn. Nordiana Bt Bakar
Naib Bendahari : En. Muhammad Aidil Amri B Nor Hisham

AJK Ibu bapa : Pn. Sarah Ziehan Bt Md Sidek
: Pn. Khairuliza Bt Zainal Abidin
: Pn. Ramlah Bt Mohamad Salleh
: Pn. Zurina Bt Ismail
: Pn. Husnah Bt Rebil
: Dr Salpiah Bt Suradi
: En Mohd Rosdi B Azamudin
: En Mukri Izani B Mohd Shil
: En. Suriamurthy

AJK Guru : Pn. Zuraidah Bt Azman
: Pn. Nor haslina Bt Ismail
: Cik Norida Bt Ujang
: En. Mahadi B Elias
: Pn. Nik Zainab B Nik Ismail
: En. Adi bin Ramli
: Pn. Adriawati Bt Adenan (Ex-Officio)

Pemeriksa kira-kira : Pn. Husnah Bt Rebil (Ibu bapa)
: En Mohd Jundi Bin Zakaria (Guru)









13

MINIT






MESYUARAT




AGUNG





PIBG



KALI KE-32




















14

MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SK BANDAR BARU SENTUL KALI KE - 32 / 2020




TARIKH : 29 Februari 2020

HARI : Sabtu

MASA : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

TEMPAT : Dewan Sri Gemilang

KEHADIRAN : (Rujuk Lampiran)



1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran
semua hadirin ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32, SK Bandar Baru Sentul.



2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SKBBS



2.1 Yang dipertua mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis, Pn.
Norashikin Abdul Malek (Penolong Pengurus Co-OpBank Pertama)
sebagai perasmi mesyuarat agung pada kali ini, Guru Besar SK Bandar
Baru Sentul, guru-guru, barisan AJK PIBG SK Bandar Baru Sentul sesi
2019/2020, seterusnya ibu bapa yang hadir pada mesyuarat pada kali ini.



2.2 Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua ajk PIBG
sesi 2019/2020 yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu
pihak sekolah menjayakan beberapa program yang telah dirancang
dan beliau selaku wakil PIBG 2019 menyatakan telah sedaya upaya
menjalankan tugas sebaik mungkin dan kadang kala agak terbatas
kerana tugas dan kekangan masing-masing dan akan terus menyokong
segala aktiviti yang akan dijalankan di sekolah bagi memacu
kecemerlangan murid. Beliau juga menyatakan bahawa di dalam setiap
tindakan PIBG, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebaikan
untuk anak-anak di sekolah ini. Beliau berharap agar pertemuaan ibu
bapa yang hadir hari ini dapat menyumbang dari segi idea bagi
memantapkan lagi aktiviti-aktiviti membangunkan sekolah. Sumbangan
dari pihak tuan/puan telah digunakan sebaik mungkin untuk sekolah
15

dengan tujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah
murid-murid di sekolah ini.



2.3 Yang Dipertua PIBG menyatakan pada sesi 2019/2020, PIBG telah
meneruskan kesinambungan aktiviti kecemerlangan murid dan pelbagai
aktiviti seperti sukan sekolah, ceramah akademik, solat hajat, Hari
Anugerah Kecemerlangan dan sebagainya. Semua ini merupakan
perancangan untuk anak murid SKBBS ini. Selain daripada aktiviti yang
dilakukan ini, pihak PIBG dan sekolah telah melakukan beberapa perkara
iaitu naik taraf pembesar suara di Dewan Sri Gemilang, naik taraf bilik J-
QAF dan telah mendapat sumbangan juga pembesar suara untuk aktiviti
luar. Selain itu, pusat sumber juga sedang dalam proses naik taraf yang
masih memerlukan dana dari pelbagai pihak untuk menjadikannya lebih
kondusif dan selesa untuk anak-anak murid SKBBS ini. PIBG dan pihak
sekolah juga sedang merancang untuk proses naik taraf bilik komputer
dengan menambah alat pendingin hawa bagi menyokong alat
pendingin hawa sedia ada. Beliau menyeru kepada ibu bapa yang
berkemampuan atau yang memiliki kemahiran dalam bidang tertentu
untuk tampil memberi sumbangan membantu pihak sekolah bagi
memacu kecemerlangan anak-anak murid SKBBS.



2.4 Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak ibu
bapa yang telah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaaan UPSR
dan peperiksaaan di sekolah pada tahun 2019, semoga kejayaan yang
dicapai sekarang akan menjadi pendorong dan pencetus
kecemerlangan pada masa akan datang. Selain itu, pihak PIBG juga
telah bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan
pembangunan sahsiah murid-murid agar ia dapat menguruskan
kehidupan masa hadapan yang penuh cabaran dengan selamat.
Mudah-mudahan niat sebagai ibu bapa untuk melihat anak-anak
berjaya menjadi insan cemerlang tercapai yang selaras dengan visi dan
misi sekolah ini.



2.5 Beliau menyeru ibu bapa sama-sama memberi komitmen PIBG dalam
membantu pihak sekolah. PIBG bukan sahaja membantu dalam
memberikan sumbangan wang dan dana semata-mata, malah perkara
utama yang diharapkan beliau adalah pandangan dan pemikiran
membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi
anak-anak khususnya dalam bidang akademik dalam pendidikan.
Komitmen ibu bapa adalah kebanggaan bagi ajk PIBG.

16

2.6 Dikesempatan ini, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
buat mantan Guru Besar SKBBS, En. Mohd Zamri Bin Ahmad selaku
Penasihat PIBG yang lalu dan beliau mengucapkan selamat datang
kepada En. Abdul Rahim Bin Abu, Guru Besar SKBBS dan selaku Penasihat
PIBG yang baru. Ucapan tahniah dan syabas buat ajk PIBG 2019/2020
yang telah memberikan sepenuh komitmen mereka kepada pihak
sekolah merancang dan melaksanakan agenda kecemerlangan anak-
anak SKBBS ini. Sesungguhnya kerjasama daripada semua ibu bapa yang
dilantik amat saya hargai, beliau berharap agar ajk yang akan dilantik
dapat meneruskan legasi terdahulu dan menjadi lebih baik untuk
meneruskan kecemerlangan di SKBBS.



2.7 Beliau turut memberikan sekalung penghargaan kepada Pn. Norashikhin
bt Abdul Malek, Penolong Pengurus Co-Op Bank Pertama Malaysia
Berhad cawangan Kuala Lumpur , Guru Besar, ahli-ahli PIBG sesi
2019/2020, guru-guru dan semua ibu bapa kerana melapangkan masa
hadir ke majlis pada hari ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada
para penyumbang hadiah cabutan bertuah pada hari ini. Beliau
menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap
sepanjang memikul jawatan Yang Dipertua PIBG sesi 2019/2020



Makluman






3.0 UCAPAN GURU BESAR SK BANDAR BARU SENTUL



3.1 Ucapan dimulakan dengan kata-kata aluan dimana beliau
mengucapkan terima kasih kepada Pengacara Majlis, Cikgu Hani dan
Cikgu Wahida, Perasmi yang dialu-alukan, Pn. Norashikhin Bt Abdul Malek,
Penolong Pengurus Co-OpBank Pertama Malaysia Berhad cawangan
Kuala Lumpur, Yang Dipertua PIBG, En. Wan Rozaini Bin Wan Ibrahim, ahli
jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn.
Nooraishah Bt Abu Bakar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Rohaya
Bt Kadir, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Zulkifli Bin Mahmad, Setiausaha
PIBG 2019/2020, ustazah Syaqira, para guru yang disayangi, para sahabat
bapa dan guru anak-anak SK Bandar Baru Sentul untuk tahun ini dan
seterusnya. Beliau mengucap rasa syukur kerana hari ini 29 Februari 2020

17

untuk kali ke-32 Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Ucapan terima
kasih kepada jawatankuasa PIBG yang bertungkus-lumus bersama pihak
sekolah merancang dan mengurus pelbagai kaedah dan strategi
sehingga pertemuan hari ini. Ucapan setinggi-tinggi perhargaan kepada
Pn. Norashikhin Bt Abdul Malek, Penolong Pengurus Co-OpBank Pertama
Malaysia Berhad cawangan Kuala Lumpur, atas kesudian hadir ke
sekolah ini bagi merasmikan majlis pada hari ini. Ucapan terima kasih
kepada YDP PIBG, En. Wan Rozaini dan pasukan, kelompok bapa,
kelompok ibu dan para guru yang sentiasa membantu untuk menjadikan
sekolah ini sekolah yang dikenali.



3.2 Banyak memori telah tercipta khasnya pada perkembangan anak-anak
ini, untuk memastikan mereka prestasi dan potensi dikembangkan secara
menyeluruh. Beliau menyatakan hasrat agar anak-anak murid SKBBS ini
dalam bidang akademik, mereka dapat menguasai apa yang
sepatutnya dikuasai peringkat rendah, seterusnya apabila pergi ke
peringkat menengah, mereka melakukan yang terbaik dalam
pencapaiannya dalam aspek sahsiah dan juga penglibatan mereka
dalam ko-akademik dan kokurikulum. Sekalung penghargaan buat ibu
bapa yang hadir atas kesudian ‘masa emas’ pada hari Sabtu. Beliau
menyatakan keyakinan dengan kehadiran ibu bapa pada majlis kali ini
semata-mata untuk memastikan anak-anak murid SKBBS ini dapat
dibantu sebaiknya.




3.3 Untuk tahun 2020, pelbagai program telah dirancang bersama-sama
dengan PIBG dan pihak sekolah mengharapkan dikalangan ibu bapa
yang hadir pada hari ini akan terus memberikan kerjasama yang baik
kerana ibu bapa merupakan tulang belakang sekolah ini dan sayap kiri
dan kanan sekolah ini. Pihak sekolah akan cuba sedaya upaya
melakukan yang terbaik untuk membantu perkembangan anak-anak
dan apabila ada ibu bapa yang sudi bersama pihak sekolah, beliau yakin
potensi anak-anak mampu diperkembangkan. Kelebihan yang ada
pada anak-anak murid sekolah ini, tempat tinggal anak-anak tidak jauh
dengan sekolah, sekiranya dapat dimaksimumkan fungsi sekolah ini
sehingga malam dan diisi dengan pelbagai program, beliau yakin anak-
anak ini akan memiliki apa yang sepatutnya mereka ada. Beliau
menyatakan keyakinan dengan kepimpinan yang ada setakat ini
dengan semangat ibu bapa yang ada pada hari ini, dan jumlah murid
sekolah ini seramai 1200 orang termasuk pra sekolah. Beliau menyatakan
pihak sekolah mempunyai pelbagai kaedah untuk mengembangkan
potensi anak-anak mengikut minat dan potensi mereka agar ketika

18

melangkah ke peringkat menengah, persediaan untuk menghadapi
situasi pendidikan yang berbeza ini, mereka sudah cukup bersedia.



3.4 PIBG adalah satu aktiviti yang sangat penting untuk membantu pihak
sekolah. Antara objektif PIBG adalah sentiasa bersama pihak sekolah
ketika susah dan senang. Beliau memberi penekanan dan perhatian isu
iklim bilik darjah, keselesaan anak-anak, aspek pencahayaan dan
pengudaraan di dalam kelas. Sekiranya perkara ini diperbaiki, beliau
yakin anak-anak ini berasa gembira ketika berada di sekolah. Beberapa
aktiviti akan cuba dirancang bersama-sama melihat apa yang ada di
dalam bilik darjah, bilik khas, pusat sumber, makmal dan lain-lain.



3.5 Beliau turut menyatakan kebitaraan sekolah ini untuk tiga tahun pertama
ini adalah dalam tiga bidang utama iaitu berjaya dalam akademik, tinggi
sahsiahnya dan aktif kokurikulum dan ko-akademik. Beliau juga memberi
galakan kepada ibu bapa untuk sama-sama mengembangkan potensi
anak-anak seperti ibu bapa anak-anak pasukan hoki yang sentiasa
memberi galakan dalam satu pasukan. Terdapat anak-anak yang mahir
dalam permainan dalaman dan permainan padang yang akan cuba
diperkembangkan.



3.6 Beliau juga menyatakan hasrat agar sekolah ini dikenali dari segi
akademik, sahsiah, dan kokurikulum. Dengan bantuan ibu bapa semua,
beliau yakin sekolah ini dapat lakukan secara berperingkat bermula dari
tahun ini. Untuk makluman ibu bapa, beliau menyatakan jumlah
kehadiran keluarga pada hari ini lebih kurang 161 buah keluarga. Ini
merupakan pencapaian yang baik daripada tahun lepas dan beliau
menyatakan keyakinan kehadiran ini akan bertambah sebentar lagi.
Beliau turut memaklumkan bilangan guru yang ada di sekolah ini adalah
seramai 75 orang dan bilangan murid seramai 1200 orang, jumlah
kakitangan adalah seramai lapan orang dan dibantu dengan
kakitangan kebersihan yang sentiasa memastikan sekolah ini bersih,
pengawal keselamatan yang sentiasa menjaga keselamatan anak-
anak, pengusaha kantin yang baharu yang menyediakan makanan
untuk anak-anak murid sekolah ini.



3.7 Beliau menyatakan kesyukuran atas kehadiran ibu bapa pada hari ini
dan berharap agar dapat menjalinkan kerjasama yang erat dan dapat



19

berkongsi kepakaran yang pelbagai dari aspek tenaga, idea atau
pandangan untuk anak-anak sekolah ini.



3.8 Sebagai penutup, beliau mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada
Pn. Norashikhin Bt Abdul Malek, Penolong Pengurus Co-OpBank Pertama
Malaysia Berhad cawangan Kuala Lumpur kerana sudi merasmikan majlis
hari ini, Yang Dipertua PIBG sesi 2019/2020, En.Wan Rozaini Bin Wan
Ibrahim dan jawatankuasa PIBG yang telah banyak menyumbang idea
dan tenaga, terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang
dalam membangunkan kapasiti sekolah ini. Beliau juga mengalu-alukan
kedatangan ibu bapa ke sekolah untuk sebarang rundingan atau
permasalahan.



4.0 UCAPAN PERASMIAN (Puan Norashikin binti Abdul Malek)



4.1 Ucapan dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Perasmi, Pn.
Norashikin Binti Abdul Malek kepada YDP PIBG, Guru Besar, Guru-guru
Penolong Kanan, AJK PIBG, guru-guru SKBBS dan kepada ibubapa yang
sudi hadir. Pn. Norashikin memaklumkan serba sedikit tentang penubuhan
COOP Bank Pertama yang mana ia merupakan koperasi di bawah
seliaan Bank Negara dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Sejak pada
tahun 1950 Co-Op Bank adalah bank yang berlandaskan syariah. dan
telah melantik syariah compliance untuk melaksanakan produk-produk
yang berlandaskan syariah.



4.2 Beliau juga menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab mereka untuk
membangunkan bersama dengan masyarakat setempat serta SK Bandar
Baru Sentul ini. Pada Sabtu ini, telah diadakan promosi akaun simpanan
‘Mystar’ untuk murid-murid SK Bandar Baru Sentul. Murid-murid
berpeluang memenangi hadiah saguhati dari pihaknya.




4.3 Selain itu, turut ditawarkan akaun simpanan untuk kanak-kanak berumur
satu hari sehingga 18 tahun . Minimum pembukaan akaun simpanan
serendah RM 20.00, murid-murid akan menerima hadiah saguhati.
Sekiranya pembukaan akaun berjumlah RM200.00, murid-murid akan
menerima beg sekolah. Bagi murid-murid sekolah ini, sekiranya akaun
mereka melebihi RM300.00 pada akhir bulan Jun, pihak Co-Op Bank akan
menyediakan program Cemerlang bersama CBP yang akan diadakan

20

pada bulan Julai sekiranya tiada apa-apa halangan dan tempatnya
masih dalam perbincangan serta akan ditaja sepenuhnya. Program ini
juga melibatkan sekolah-sekolah lain yang di bawah Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibawah seliaan bersama.



4.4 Seterusnya, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul
dengan lafaz Bismillah.



Makluman





5.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS



5.1 Yang Dipertua PIBG membentang Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke –
31/2019.




5.2 Puan Sarah Ziehan binti Md Sidek mencadangkan agar minit tersebut
diterima dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat agung.





6.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


5.1 Tiada perkara berbangkit.




7.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN TAHUNAN PIBG BERAKHIR PADA
31 DISEMBER 2018



7.1 Cik Nursajidah bt Abdul Aziz membentangkan penyata kewangan
tahunan PIBG yang berakhir 31 Disember 2019.





21

7.2 YDP PIBG memaklumkan bahawa sumbangan yang diterima sedikit,
maka perlu berjimat-cermat. Seterusnya, beliau memohon ibu bapa
untuk memberi kerjasama dalam pembayaran sumbangan PIBG bagi
kelangsungan program yang dirancang.

7.3 Puan Ramlah binti Mohamed Salleh mencadangkan agar penyata
kewangan tahunan PIBG yang berakhir 31 Disember 2019 diterima dan
disokong oleh Puan Husna binti Rebil.



8.0 USUL DAN CADANGAN



8.1 Usul



8.1.1 Bayaran Tambahan 2020 (Pembawa Usul: En Khusaini Johari)



8.1.1.1 Usul bayaran tambahan 2020 (Bayaran tambahan PIBG
adalah sama seperti tahun lepas).




8.1.1.2 Puan Ramlah Mohamed Salleh meminta ibu bapa agar
ibu bapa memberi kerjasama untuk membuat bayaran
sumbangan PIBG.




8.1.1.3 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Puan
Ramlah atas keberanian bersuara di mesyuarat agung ini
tentang bayaran sumbangan PIBG.



8.1.1.4 Tahun lepas, seramai 628 keluarga iaitu 80% telah
membuat bayaran PIBG. Tahun ini beliau mensasarkan
90% bilangan keluarga membuat bayaran sumbangan
PIBG dan mengharap untuk mencapai 100%.
Pendapatan tahun lepas adalah sebanyak RM18,840.



8.1.1.5 Beliau menyatakan perbelanjaan sudah melebihi
daripada pendapatan yang sepatutnya. Fokus kita
bukan sahaja kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum
malah juga kepada fizikal dan lain-lain.
22

8.1.1.6 Beliau menyatakan keyakinan kepada kepimpinan dan
ibu bapa yang hadir dan tidak hadir untuk beri kerjasama.



8.1.1.7 Dalam perancangan adalah Hari Kantin, Bacathon,
Saturday Night, pusat sumber alaf 21, kelas pemulihan
abad 21 supaya anak-anak seronok untuk ke sekolah.



8.1.1.8 Usul diterima dan disokong sebulat suara oleh ahli
mesyuarat.



8.1.2 Usul kepada ibu bapa turun padang membaiki padang sekolah
(Pembawa Usul: Puan Kalsom Dol Moin, Ibu Nurul Ain Najihah, 5
AR)



8.1.2.1 Guru Besar menerima baik cadangan ini. Beliau meminta
sokongan ibu bapa tentang hal ini. Pihak sekolah akan
usahakan dan laksanakan sebelum sukan sekolah. Pihak
sekolah juga akan cuba mengatur dan berharap ibu
bapa akan memberikan kerjasama. Usul diterima dan
disokong sebulat suara.




8.1.2.2 En. Mohd Suhairy Abd Rahman memberikan cadangan
untuk bekerjasama dengan pihak sekolah menengah
memandangkan beliau merupakan YDP PIBG sekolah
tersebut.



8.1.3 Keselamatan di sekolah (Pembawa usul: Pn. Marzuin Bt Mahat: Ibu
Muhammad Caliph Ayisy Zhafran, 2 AR)



8.1.3.1 Puan Marzuin memaklumkan siar kaki tertutup dan
membaiki siar kaki berlubang di kawasan luar sekolah.
Mohon surat sokongan daripada sekolah dengan segera
untuk diusahakan. YDP PIBG memberikan maklum balas
bahawa surat akan disediakan dengan segera.


23

8.1.3.2 Pn. Noorul Azirah Jaafar memohon supaya guru-guru
memaklumkan sekiranya anak-anak mengalami
kecederaan semasa di sekolah. Guru Besar mewakili guru-
guru memohon maaf sekiranya maklumat tidak
disampaikan kepada ibu bapa.



8.1.4 Pantauan terhadap kedai buku sekolah (Pembawa usul: En. Ramli
Bin Mokhtar Bapa Nur Amelyana Basyirah, 1 AR)



8.1.4.1 Encik Ramli Mokhtar mengusulkan kepada pihak sekolah
supaya membuat pemantauan terhadap kedai buku
sekolah. Beliau dapat mengenalpasti kedai buku sekolah
menjual barangan yang tidak berfaedah. Guru Besar
memohon maaf dan akan membuat rundingan semula
dengan kedai buku sekolah bagi memastikan barangan
tersebut tidak dijual di situ.



8.1.5 Pemantauan guru makanan murid-murid ketika waktu rehat
(Pembawa usul: Puan Kalsom Dol Moin (Ibu Nur Ain Najihah, 5 AR)



8.1.5.1 Puan Kalsom mengusulkan untuk guru-guru memantau
murid pada waktu rehat terutamanya murid Tahun 1 dan
turut mencadangkan untuk menukarkan minuman milo
dengan minuman koko (produk muslim) serta makanan
ringan ditukar kepada makanan sunnah seperti kismis.

8.1.5.2 Guru Besar memberi maklum balas bahawa guru-guru
akan cuba sedaya upaya untuk memantau murid-murid
namun guru-guru juga mempunyai masa yang terhad
dan terikat dengan waktu pengajaran dan
pembelajaran. Berkaitan dengan produk muslim, pihak
sekolah akan cuba berunding dengan pihak kantin.

8.2 Cadangan



8.2.1 Puan Rozana Abdullah, Puan Rozita Ab Karnim, Puan Norzailin
Abdul Rani, dan Puan Nor Asiah Basri memohon agar melarang
kenderaan memarkir di pintu pagar sekolah bagi mengelakkan
24

kesesakan lalu lintas dan memudahkan ibu bapa menghantar
anak-anak. (Rujuk m/s 27)



YDP mencadangkan pintu pagar A diletakkan palang berkunci
manakala pagar B diletakkan kon kerana berhampiran dengan
kawasan perumahan. Selanjutnya akan dibincangkan bersama
DBKL.

Makluman



8.2.2 Encik Razinor Ab Raham dan Pn Nor Azian Yusuf memohon agar
menyediakan kipas dinding di dewan perhimpunan. (Rujuk m/s 27)



Pihak sekolah akan pertimbangkan dan melihat kepada kos.


Makluman



8.2.3 Puan Salina Zakaria, Puan Nazimah Mustafa, Puan Nurul Anis Khalid,
Encik Mohd Rosdi Azamuddin, Puan Ruhaida Abas, Encik Shahrir
Abu Bakar dan Puan Rashidah Norbi mencadangkan agar almari
berkunci atau berkotak (ruangan) disediakan di setiap kelas untuk
meletakkan buku teks murid. (Rujuk m/s 28, no 4)



Guru Besar memberi maklum balas bahawa telah terdapat kelas
yang telah melaksanakannya atas inisiatif daripada ibu bapa kelas
tersebut sendiri. Sekiranya ibu bapa bantu mengusahakan, pihak
sekolah tiada halangan. Pihak sekolah akan perincikan sekiranya
semua ibu bapa setuju. Pihak ibu bapa sebulat suara bersetuju
untuk meletakkan almari buku di dalam kelas.

Makluman



8.2.4 Encik Shahizam Hamidon mencadangkan agar mengadakan
program bersemuka dengan pelajar yang masih lemah dalam
bacaan terutama murid Tahun 1. (Rujuk m/s 28 no 5)




25

Guru Besar memberi maklum balas bahawa sudah berlaku
perjumpaan bersama ibu bapa mengikut aliran bermula dengan
Tahun 6 dan akan diikuti oleh tahun-tahun yang lain dan juga pra
sekolah. Bukan sahaja murid lemah, malah murid yang cemerlang
juga akan diadakan perjumpaan.



Makluman



8.2.5 Puan Sarimah Sharif dan Puan Norazlin Mohd Tahir mencadangkan
kelas kafa di sesi petang di SKBBS memandangkan kekosongan
sekolah di sebelah petang untuk memberi peluang kepada murid-
murid yang tidak berpeluang/mendapat tempat di SRA Amru.
Mungkin boleh diberi peluang kepada pengurusan dan tenaga
pengajar berasingan daripada SKBBS. (Rujuk m/s 29, no 7)



Guru Besar memberi maklum balas bahawa pihak sekolah akan
cuba usahakan dengan kerjasama PIBG. Ia melibatkan banyak
prosedur dan akan cuba diusahakan. Jika tidak dapat pada tahun
2021, mungkin tahun 2022.
Makluman




8.2.6 Encik Mohd Firdaus Amran mencadangkan waktu balik sekolah hari
Isnin hingga Khamis diselaraskan iaitu pada pukul 1.00 petang.
(Rujuk m/s 39 no 8).




Guru Besar memberi maklum balas bahawa sekolah terikat dengan
masa kurikulum. Terdapat aktiviti sekolah yang dimasukkan ke
dalam sesi persekolahan. Dalam kurikulum, ada kemahiran yang
perlu dikuasai murid. Guru Besar memaklumkan bahawa pihak
sekolah akan cuba dilaksanakan kerana ia perlu kepada
penyusunan yang teliti dan ia terikat dengan masa kurikulum. Jika
boleh dilaksanakan, akan dilaksanakan, tetapi jika tidak dapat,
maka waktu balik persekolahan seperti biasa.

Makluman





26

8.2.7 Puan Nurul Afniza mencadangkan agar memperbaiki kerosakan
yang boleh membahayakan keselamatan murid. Contohnya
seperti kabel elektrik yang longgar tergantung di kedai sekolah.
(Rujuk m/s 29 no 9)



Guru Besar memberi maklum balas bahawa pihak sekolah akan
mengambil perhatian tentang hal ini.

Makluman



8.2.8 Encik Mohd Zaidi Mohamed, Puan Farah Hidayu dan Puan Sharizan
Shahuddin mencadangkan untuk mencantikkan tandas dan
membaiki kerosakan yang berlaku. (Rujuk m/s 30 no 10)



Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah dan PIBG telah
mengambil tindakan. Tandas blok B telah dibuat
penambahbaikan. Akan dilihat dan dipantau dari semasa ke
semasa.

Makluman



8.2.9 Puan Norain Farah Aida binti Ismail dan Puan Rozita Ab Karnim
mencadangkan agar menyediakan warden trafik sekolah semasa
waktu pagi dan balik sekolah untuk mengawal keselamatan murid
semasa melintas jalan. (Rujuk m/s 30 no 11)



Guru memaklumkan bahawa ia meupakan cadangan yang baik.
Skop pengawal keselamatan bukan skop kerja mengawal trafik.
Pengawal trafik perlu ada kursus/ilmu yang perlu diikuti dan
dipelajari. Ia memerlukan kos dan sekiranya ada peruntukan dari
PIBG. Pn Ramlah mencadangkan khidmat RELA.

Makluman



8.2.10 Puan Tuan Masliza Tuan Yacob mencadangkan agar kelas mentari
seharusnya diberi kepada semua murid Tahun 6. (Rujuk m/s 30 no
12)


27

Guru Besar memberi maklum balas bahawa kelas mentari ada
peringkat-peringkatnya. Murid pertengahan dan cemerlang akan
ada susulannya. Bilangan murid yang akan menyertai adalah
secara beransur-ansur.

Makluman



9.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2019



9.1 Yang Dipertua PIBG secara rasminya membubarkan AJK PIBG 2019. Ahli
mesyuarat bersetuju melantik En. Wan Rozaini bin Wan Ibrahim sebagai
pengerusi sementara.



10.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2020


10.1 Mesyuarat telah bersetuju memilih dan melantik secara undian bagi

jawatan-jawatan berikut:



YANG DIPERTUA

En. Wan Rozaini bin Wan Ibrahim



NAIB YANG DIPERTUA

En. Jalaluddin bin Masot



SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG

Pn. Habsah Bt Samdin



NAIB SETIAUSAHA PIBG

Pn. Afzan Maslinda Bt Ab Manan



BENDAHARI KEHORMAT PIBG

Pn. Nordiana Bt Bakar
28

NAIB BENDAHARI KEHORMAT PIBG

En. Muhammad Aidil Amri Bin Nor Hisham



AJK GURU

i. En. Adi Bin Ramli

ii. Pn. Norhaslina Bt Ismail

iii. Cik Norida Bt Ujang

iv. En. Mahadi Bin Elias

v. Pn. Zuraidah Bt Azman

vi. Pn. Nik Zainab Bt Nik Ismail

vii. En. Mohd Jundi (Juru Audit)



AJK IBU BAPA

i. Pn. Sarah Zeihan Bt Md Sidek

ii. Pn. Ramlah Bt Mohamed Saleh

iii. Dr Salpiah Bt Suradi

iv. En. Mukri Izani Bin Mohd Shil

v. En. Mohd Rosdi Bin Azamudin

vi. Pn. Zurina Bt Ismail

vii. En. Suriamurthy

viii. Pn. Khairuliza Bt Zainal Abidin

ix. Pn. Husna Bt Rebil

JURUAUDIT

i) En. Mohd Jundi

ii) Pn. Husna Bt Rebil






29

11.0 UCAPAN PENANGGUHAN



YDP mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang baharu dilantik. YDP
berharap agar AJK yang dilantik dapat memberikan kerjasama yang
baik. Selain itu, diharapkan ibu bapa dapat memberikan komitmen untuk
kecemerlangan anak-anak dalam merealisasikan misi dan visi sekolah. Di
samping itu, beliau berharap agar dapat merancang aktiviti untuk
kecemerlangan PIBG SKBBS. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00
tengah hari.





Disediakan oleh, Disemak oleh,





……………………………… …………………………………….
Pn Siti Nor Syaqira binti Mohd Zain Wan Rozaini Bin Wan Ibrahim


Setiausaha Kehormat PIBG 2019 Yang Dipertua PIBG
SK Bandar Baru Sentul SK Bandar Baru Sentul




























30

LAPORAN




AKTIVITI





TAHUNAN





2020


























31

LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI AJK PIBG SKBBS 2020/2021


Bilangan mesyuarat yang telah dijalankan sepanjang tahun 2020/2021:

BIL. MESYUARAT TARIKH
1 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali 1/2020 10 Julai 2020

2 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali 2/2020 25 September 2020

3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali 1/2021 22 Januari 2021
4 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali 2/2021 6 Mac 2021

5 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali 3/2021 8 Mei 2021
6 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali 4/2021 22 Ogos 2021




Carta Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2020/2021

BIL. NAMA TARIKH
AJK
10.7.20 25.9.20 22.1.21 6.3.21 8.5.21 21.8.21 J

1 En Wan Rozaini B Wan Ibrahim √ √ √ √ √ √ 6

2 En Jalaludin B Masot x √ √ √ √ √ 5

3 Pn. Khairuliza Bt Zainal Abidin √ √ √ √ √ √ 6

4 Pn. Sarah Ziehan Bt Md Sidek √ √ √ √ √ √ 6

5 √ √ √ √ √ √ 6
Pn. Ramlah Bt Mohamad Salleh
6 Pn. Zurina Bt Ismail √ √ √ √ √ √ 6

7 Pn. Husnah Bt Rebin √ √ √ √ √ √ 6

8 Dr Salpiah Bt Suradi √ x √ √ √ √ 5

9 En Mohd Rosdi B Azamudin X X X X √ √ 2
10 En Mukri Izani B Mohd Shil X X X X X X 0
11 En. Suriamurthy X X X X X X 0

12 √ √ √ √ √ √ 6
Pn. Habsah Bt Samdin
13 Pn Afzan Maslinda Bt Ab Manan x √ √ √ √ √ 5

14 Pn. Nordiana Bt Bakar √ √ √ √ √ √ 6

15 √ √ √ √ √ √ 6
Pn. Zuraidah Bt Azman

32

16 Pn. Nor Haslina Bt Ismail √ √ √ √ √ √ 6

17 Cik Norida Bt Ujang √ √ √ √ √ √ 6


18 En. Muhammad Aidil Amri √ √ √ √ √ √ 6
B Nor Hisham
19 √ √ √ √ √ √ 6
En. Mahadi B Elias
20 Pn. Nik Zainab B Nik Ismail √ √ √ √ √ √ 6

21 En Adi Bin Ramli √ X √ √ √ √ 5

22 En Mohd Jundi B. Zakaria √ X √ √ √ √ 5







LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2020/2021


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun sesi 2020/2021:





❖ UNIT PENTADBIRAN & KURIKULUM :-

Bil Perkara Tarikh

1 Sambutan Hari Guru i - 21 Mei 2020

ii -28 Mei 2021

2 Anugerah bulanan sumbangan PIBG 28 Mei 2021

3 Taklimat Pengoperasian Pembukaan Pra Sekolah 3.0 8 Oktober 2021

4 Taklimat Pengoperasian Pembukaan Sekolah 7 Februari 2021

17 Julai 2021

5 Perjumpaan bersama ibu bapa / waris murid 8 Oktober 2021
Pemulihan 1/2021
6 Menyambut kehadiran murid di pagar 8 Mac 2021

7 Perjumpaan sesi libat urus Pengoperasian Pembukaan 5 Oktober 2021
Semula Persekolahan 3.0
8 Mesyuarat Agung PIBG 29 Februari 2020

9 Taklimat Pendaftaran Tahun 1 19 Disember 2020
10 Graduasi Pra Sekolah 2020 12 Disember 2021

33

11 Perjumpaan sesi libat urus jawatankuasa Bencana 13 Oktober 2021

12 Sambutan Kemerdekaan Sekolah 20 September 2021

13 Perkongsian Motivasi Bersama Dr. Salpiah - 31 Julai 2021
BERDAMAI DENGAN TAKDIR
14 Majlis Angerah Perkhidamatan Cemerlang 2020 26 Julai 2021

15 Pentaksiran Psikometrik Tahun 6 - (BNK) 30 Ogos 2021

16 Mesyuarat PIBG bersama pihak sekolah

i – Mesyuarat PIBG Kali 1/2020 10 Julai 2020

ii – Mesyuarat PIBG Kali 2/2020 25 September 2020

iii – Mesyuarat PIBG Kali 1/2021 22 Januari 2021

iv - Mesyuarat PIBG Kali 2 26 Julai 2021

V – Mesyuarat PIBG Kali 3/2021 21 Ogos 2021

❖ HAL EHWAL MURID (HEM)


Bil Perkara Tarikh


1 Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang 22 Februari 2021

2 Program Mentor Mentee Guru Penyayang Sepanjang tahun

3 Program Gerobok Rezeki dan Ziarah Cakna Sepanjang tahun

4 Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 7 April 2021
Sekolah

5 Kempen Anti Buli, Vape dan Rokok 28 April 2021

6 Pemugaran Emosi Minda Sihat Sepanjang tahun


7 Program Keremajaan Bersama Laurier 4 Jun 2021

8 Program Saringan Minda Sihat 28 Julai 2021 hingga 23 Ogos
2021

9 Program Jalinan dan Jaringan Minda Sihat-7 buah 19 Jun 2021 hingga 7 Ogos
Sekolah kejiranan Sentul dan Keramat 2021

10 Program Keremajaan Bersama Libress 23 Ogos 2021 hingga 11
September 2021

11 Info Cakna Hadir PDPR-HEM Sepanjang tahun


34

12 Poster-poster Pencegahan Covid 19 Sepanjang tahun mengikut
keperluan

13 Sesi bimbingan dan kasunseling individu dan kelompok Sepanjang tahun

14 Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sepanjang tahun



❖ KOKURIKULUM


Bil Perkara Tarikh

1 Pertandingan Career Booster Kebangsaan- Kuiz Kerjaya, 16 Julai 2021 hingga 24 Julai
Model Kerjaya dan Tik Tok Kerjaya (BNK) 2021

2 Pertandingan Model Kerjaya dan Ikon Kerjaya Peringkat 8 September 2021 hingga 10
Sekolah (BNK) September 2021

3 Kem Bestari Solat SIRI 2/2021 25 September 2021

4 Kem Cemerlang Jawi Siri 1/2021 9 Oktober 2021

5 Karnival Sukan & Permainan Permainan SKBBS Tahap 1 23 hingga 28 Oktober

6 Kejohanan E-Merentas Desa SKBBS 23 hingga 38 Oktober





❖ PRA SEKOLAH


Bil Perkara Tarikh

1 Majlis Graduasi Prasekolah secara dalam talian 12.12.2020

2 Taklimat Ibubapa Pendaftaran Prasekolah Tahun 2021 19.12.2021
secara dalam talian

3 Taklimat Pengurusan Pengoperasian Sekolah 3.0 8.10.2021
bersama ibu bapa, waris dan penjaga

Prasekolah SKBBS









35

LAPORAN





KEWANGAN




PIBG BERAKHIR






PADA 2020






















36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

AHLI




JAWATANKUASA




PIBG






2021/2022






















48

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022


JAWATAN NAMA


YDP



Naib YDP


Setiausaha Kehormat


Naib Setiausaha Kehormat


Bendahari Kehormat



N/Bendahari kehormat


AJK wakil Ibu Bapa 1.

2.

3.

4.

5.

AJK wakil guru 1.

2.

3.

4

Juru Audit 1.

2.









49

USUL-USUL







2021


























50


Click to View FlipBook Version