The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizulhaneff, 2022-07-19 21:47:01

Laporan Akhir_Hafizul

Laporan Akhir_Hafizul

UTHM/FPTV/LM-Ver.1/03a

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL

LAPORAN AKHIR LATIHAN MENGAJAR 1

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
VOKASIONAL (Elektrik dan Elektronik)

KOD SUBJEK: BBP 40408

Nama guru pelatih : Muhammad Hafizul Haneff Bin Abdullah

No.matrik : DB180134
No.telefon dan email : 018-7874147/[email protected]

Nama Institusi : Sekolah Menengah Teknik Melaka
Alamat institusi : Bukit Piatu, 75150, Melaka
Nombor telefon : 06-2822936
Email institusi : [email protected]

Nama pembimbing : Pn Hjh Kamariah Binti Tomiran
Nombor telefon : 012-6590352

Nama penyelia : Ts. Dr. Anizam Binti Mohamed Yusof
Nombor telefon : 019-7570272

**Salinan perlu dihantar kepada penyelia dan muat naik ke Sistem Author https://author.uthm.edu.my/

SENARAI SEMAK LAPORAN AKHIR LM1

Bil Perkara Semakan
()

1. Jadual Waktu dan senarai kursus/subjek yang diajar √

Senarai semak oleh pembimbing √
2. UTHM/FPTV/LM-Ver.1/07

3. Kertas kerja Program/Aktiviti Pembangunan Pelajar √

4. Laporan Program/Aktiviti Pembangunan Pelajar √

Laporan Institusi/Kokurikulum/Pengurusan dan √
Sahsiah √

• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/04
• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/05
• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/06

5. ** sertakan borang-borang yang telah disahkan oleh
pembimbing/penyelaras kokurikulum/Pengarah/Pengetua

LAMPIRAN

**LAMPIRAN adalah terdiri daripada dokumen yang boleh

6. menyokong Laporan Akhir LM seperti rekod kehadiran
(terperinci), penglibatan dalam kokurikulum/aktiviti lain

(Bukti berkaitan seperti : salinan surat lantikan/sijil, kertas

kerja, kertas program, gambar penglibatan dan lain–lain

yang sesuai.

Penghantaran laporan hardcopy/softcopy kepada
penyelia dan upload juga di

https://author.uthm.edu.my/

PENGESAHAN LAPORAN AKHIR:

Tandatangan Pelatih Tandatangan Penyelia FPTV

Nama : Muhammad Hafizul Haneff Nama: :
Tarikh :
Bin Abdullah Cop rasmi

Tarikh : 18 Julai 2022

MUHAMMAD HAFIZUL

SM Teknik Melaka, 75150 Bukit Piatu, Melaka JW SMTM 2022.1 ( BERKUATKUASA : 9 MEI 2022 )

1 23456
7:30 - 8:00 8:00 - 8:30 8:30 - 9:00 9:00 - 9:30 9:30 - 10:00 10:00 - 10:30 10:

ISNIN PKEE

4E1

SELASA

RABU 4A1

LK

KHAMIS

JUMAAT Subject Teacher

Timetable generated:5/4/2022 PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK ELEKTRONIK MUHAMMA
LUKISAN KEJURUTERAAN MUHAMMA
ANALISIS :

Kod

PKEE
LK

HANEFF BIN ABDULLAH

HAFIZUL

7 8 9 10 11 12 13 14
:30 - 11:00 11:00 - 11:30 11:30 - 12:00 12:00 - 12:30 12:30 - 1:00 1:00 - 1:30 1:30 - 2:00 2:00 - 2:30

LK

4A1

PKEE

4E1

aSc Timetables

rs Total

AD HAFIZUL HANEFF BIN ABDULLAH 6
AD HAFIZUL HANEFF BIN ABDULLAH 6

LAPORAN PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR
PROGRAM LATIHAN MENGAJAR

(Muka depan laporan penuh program)

JABATAN Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri
NAMA PROGRAM/PROJEK Sesi Perkongsian bersama Guru Pelatih
TARIKH 11 April 2022
LOKASI Dewan Wawasan SMTM
PENGARAH PROGRAM Muhammad Hafizul Haneff Bin Abdullah
NO. STAF/ NO. MATRIK DB180134
EMAIL [email protected]
JUMLAH PESERTA
(a) Bilangan Staf UTHM - orang
(b) Pelajar UTHM 3 orang
(c) Bilangan Komuniti Luar 198 orang

INSTITUSI TERLIBAT Sekolah Menengah Teknik Melaka

PENGANJUR UTAMA Jawatankuasa Kaunselor SMT Melaka

PENGANJUR BERSAMA

(jika ada)

JUMLAH KOS TERLIBAT

(a) Wang tunai RM -
(b) Kos Pengangkutan RM -
(c) Tempahan Ruang/Fasiliti RM -
(d) Lain-lain RM -

JUMLAH SUMBANGAN PIHAK RM
LUAR

i) LAPORAN RINGKAS PROGRAM (MINIMUM 250 PATAH PERKATAAN):

Program ini dijalankan antara Guru pelatih yang terdiri daripada Mohamad Fahmi bin
Talib (DB170164), Muhammad Hafizul Haneff Bin Abdullah (DB180134), dan Ahmad Afiq
Bin Zulkifli (DB180002) bersama semua pelajar Tingkatan 4 di SMT Melaka. Program ini
dijalankan bertujuan untuk memberikan sedikit maklumat semasa sesi perkongsian cerita
dijalankan yang berkaitan dengan hala tuju pelajar apabila mereka telah tamat sekolah
di samping menyajikan sedikit aktiviti-aktiviti selingan bagi memberikan pelajar lebih
bersemangat dan fokus semasa program ini dijalankan. Antara aktiviti yang telah
dijalankan adalah seperti “Datang dengan Harapan, Pulang dengan Kejayaan” yang
diketuai oleh Cikgu Hafizul, Stop Song yang diketuai oleh Cikgu Fahmi dan slot aktiviti
yang terakhir adalah “sembang santai (hala tuju selepas sekolah)” yang diketuai oleh
Cikgu Afiq. Program yang dijalankan selama tiga jam ini adalah atas permintaan guru
kaunseling SMT Melaka iaitu Cikgu Zawiah yang menginginkan semua pelajar Tingkatan
4 mendapat sedikit maklumat bekenaan hala tuju selepas tamat tempoh persekolahan di
samping dapat memupuk sifat berani dan bekerjasama antara satu sama lain semasa
aktiviti selingan dijalankan. Selain itu, program yang dijalankan ini juga secara tidak
langsung dapat memberikan kesedaran kepada pelajar untuk memilih hala tuju mereka
apabila mereka telah tamat sesi persekolahan sama ada menyambung pelajaran ke
matrikulasi, Tingkatan 6, mengambil diploma di IPTA/IPTS dan lain-lain lagi mengikut
keinginan dan kebolehan mereka sendiri. Rentetan daripada program ini, secara tidak
langsung program ini akan memberikan kelebihan kepada kami bertiga sebagai guru
pelatih yang dikehendaki menjalankan satu program mengikut kriteria yang telah
ditetapkan bagi melepasi syarat Latihan Mengajar.

ii) LAMPIRAN:







SENARAI SEMAK PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR

Bil Semakan ()
Perkara √

1. Borang Kelulusan Permohonan

2. Kertas kerja Program/Aktiviti Pembangunan Pelajar

3. Borang Penilaian Program/Aktiviti Pembangunan √
Pelajar √

4. Laporan penuh pelaksanaan program

5. Lampiran A: Poster Hebahan Program √

6. Lampiran B: Gambar Aktiviti √

Penghantaran laporan penuh program bagi tujuan √

7. pengesahan penyelia dan muatnaik laporan
dalam Sistem Author.

https://author.uthm.edu.my/

Tandatangan Pelatih Tandatangan Penyelia Fakulti

Nama : Muhammad Hafizul Haneff Nama :

Bin Abdullah Cop Rasmi :

Tarikh : 18 Julai 2022

Tarikh :

28

UTHM/FPTV/LM-Ver.1/03b

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL

http://www.uthm.edu.my

LAPORAN AKHIR LATIHAN MENGAJAR 2

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
VOKASIONAL (Elektrik & Elektronik)

KOD SUBJEK: BBP 40408

Nama guru pelatih : Muhammad Hafizul Haneff Bin Abdullah
No.matrik : DB180134
No.tel dan email : 018-7874147/[email protected]

Nama Institusi : Sekolah Menengah Teknik Melaka
Alamat institusi : Bukit Piatu, 75150, Melaka

Nombor telefon : 06-2822936
Email institusi : [email protected]

Nama pembimbing : Pn Hjh Kamariah Binti Tomiran
Nombor telefon : 012-6590352

Nama penyelia : Ts. Dr. Anizam Binti Mohamed Yusof
Nombor Telefon : 019-7570272

**Salinan perlu dihantar kepada penyelia dan muat naik ke Sistem Author https://author.uthm.edu.my/

SENARAI SEMAK LAPORAN AKHIR LM2

Bil Perkara Semakan
()
1. Jadual Waktu Individu dan Kelas dan senarai √
kursus/subjek yang diajar

2. Senarai semak oleh pembimbing
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/07

3. Laporan Jurnal Refleksi Akhir √

Laporan Institusi/Kokurikulum/Pengurusan dan
Sahsiah

• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/04
• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/05
4. • UTHM/FPTV/LM-Ver.1/06

** sertakan borang-borang yang telah disahkan oleh pembimbing/

penyelaras kokurikulum/Pengarah/Pengetua

5. LAMPIRAN √

LAMPIRAN adalah terdiri daripada dokumen yang boleh menyokong
Laporan Akhir LM seperti rekod kehadiran (terperinci), penglibatan
dalam kokurikulum/aktiviti lain (Bukti berkaitan seperti : salinan
surat lantikan/sijil, kertas kerja, kertas program, gamabar
penglibatan dan lain–lain yang sesuai.

Tandatangan Pelatih Tandatangan Penyelia FPTV

Nama : Muhammad Hafizul Haneff Nama :

Bin Abdullah Tarikh :

Tarikh : 18 Julai 2022

Cop rasmi

ANALISIS MASALAH KEFAHAMAN MURID TERHADAP LITAR SIRI-SELARI DALAM
MATAPELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Muhammad Hafizul Haneff bin Abdullah1,
Kamariah Binti Tomiran2 Anizam Binti
Mohamed Yusof3

1,3 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2Sekolah Menengah Teknik Melakan Bukit Piatu, Melaka

[email protected], [email protected], [email protected]
(1Muhammad Hafizul Haneff Bin Abdullah, 2Kamariah Binti Tomiran,3Anizam Binti Mohamed

Yusof)

Abstrak

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang sangat
penting dalam membentuk dan melahirkan insan yang cemerlang serta memberikan
pendidikan kepada murid. Oleh itu, proses penyampaian isi sewaktu sekolah atau lebih
dikenali sebagai Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) amat penting untuk
memastikan murid faham akan isi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pada
konteks sekolah yang mempunyai aliran teknikal, terdapat beberapa bidang yang
ditawarkan kepada murid iaitu bidang Elektrik dan Elektronik, Mekanikal, Awam, Sains
Pertanian, dan Perdaganagan. Berdasarkan pengalaman guru pelatih dalam mengajar
subjek Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) selama empat bulan, ia
dapat memberikan pengalaman yang cukup bermakna buat guru pelatih dalam
memberi ilmu terhadap murid dan meningkatkan lagi kemahiran guru pelatih dalam
menyampaikan ilmu sewaktu PdPC yang dilaksanakan. Melalui pengalaman tersebut
juga, guru pelatih dapat menganalisis masalah-masalah yang dihadapi oleh murid
untuk memahami konteks pengajaran. Antara masalah yang paling ketara adalah
murid sukar untuk memahami litar siri-selari yang merupakan salah satu subtopik
dalam matapelajaran PKEE. Disebabkan masalah tersebut, ia memberi cabaran yang
besar kepada guru pelatih dalam memastikan murid memahami isi pengajaran yang
disampaikan.

Kata Kunci: Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC), Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik (PKEE).

1.0 Pengenalan

Sepanjang menjalani tempoh Latihan Mengajar di Sekolah Menengah Teknik Melaka
(SMTM) selama 14 minggu bermula dari 21 Mac 2022 hingga 8 Julai 2022. Terdapat
banyak pengalaman yang telah diperoleh oleh guru pelatih daripada pelbagai sudut
terutamanya dari aspek pengajaran dan pembelajaran. pengurusan masa, tugasan
akademik dan bukan adakemik, dan lain-lain. Berdasarkan aspek Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPC), syukur pada kali ini kerana pembelajaran secara bersemuka
telah boleh dilaksanakan dan ianya memudahkan proses PdPC secara dua hala untuk
berlangsung. Antara dapatan dari aspek tersebut adalah guru pelatih dapat
menganalisis murid dari segi tingkah laku dan penerimaan murid terhadap
matapelajaran baru yang dipelajari. Ini membuatkan guru pelatih sedar bahawa untuk

memastikan murid-murid ini menimbulkan rasa minat terhadap matapelajaran yang
ingin dipelajari, Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) yang bersesuaian sewaktu PdPC
amat penting dalam memastikan murid tertarik untuk mengetahui dan
mempelajarinya. Oleh itu, guru pelatih telah menggunakan beberapa ABBM yang sering
digunakan sewaktu PdPC iaitu slaid pengajaran, komputer riba, pen penanda, kertas
mahjong dan LCD projector. Selain itu, guru pelatih juga telah mewujudkan sebuah
model litar siri dan litar selari untuk memastikan murid faham akan ciri-ciri litar siri dan
litar selari. Dari aspek pengurusan masa pula, semasa menjalani Latihan Mengajar ini,
guru pelatih dapati bahawa tugas dalam menjadi seorang guru ini bukanlah hanya
untuk mengajar semata-mata, tetapi guru-guru juga turut terlibat dengan tugas bukan
akademik seperti pengurusan asset, pengurusan disiplin, dan pelnagai lagi program
yang melibatkan sekolah yang dapat membantu menaikkan lagi nama sekolah. Oleh
itu, pengurusan masa disini amatlah penting supaya guru-guru dapat membahagikan
tugas hakiki dan bukan tugas hakiki. Sepanjang tempoh 14 minggu ini juga, guru
pelatih telah memperoleh banyak pengalaman dan kemahiran yang dapat membantu
apabila telah bergelar seorang guru kelak. Menurut John Dewey, pengalaman merujuk
kepada keseluruhan kegiatan dan hasil kompleks serta bersegi banyak dari interasi aktif
manusia, sebagai makhluk hidup yang sadar dan bertumbuh, dengan lingkungan dan
sekitarnya yang terus berubah dalam perjalanan sejarah manusia (Ashiddiqie, 2020).

2.0 Bisikan hati/ Latar belakang masalah (1-2 perenggan)

Setelah menjalani Latihan Mengajar dalam tempoh 14 minggu di Sekolah Menengah
Teknik Melaka, reaksi pertama guru pelatih adalah berasa bangga dan seronok dapat
kembali ke sekolah kerana guru pelatih merupakan alumni pada tahun 2013/2014
dahulu. Oleh itu, kembalinya guru pelatih sebagai seorang pendidik amat menerujakan
kerana guru-guru yang pernah mengajar guru pelatih dahulu masih lagi berkhidmat
tertutamanya guru pembimbing iaitu Pn Hjh Kamariah Binti Tomiran. Beliau merupakan
guru PKEE dahulu dan sekarang beliau merupakan guru pembimbing pelatih. Ia
merupakan sebuah penghormatan kepada guru pelatih untuk sekali lagi menuntut ilmu
dibawah beliau sebelum beliau menamatkan tempoh perkhidmatan pada bulan 12 ini.
Dalam tempoh Latihan Mengajar ini juga, guru pelatih telah ditugaskan untuk mengajar
matapelajaran PKEE bermula dari Modul 1 yang merangkumi keseluruhan Modul 1
sehingga Modul 2 sehingga Litar Arus Terus (AT). Sewaktu guru pelatih mengajar
berkenaan dengan Litar Arus Terus (AT), guru pelatih dapati bahawa murid amat sukar
untuk memahami litar berkenaan dengan litar siri-selari dimana ia melibatkan gabungan
dari litar siri dan litar selari.

Ia memberi masalah terhadap murid untuk memahami konteks pengajaran
tersbeut kerana matapelajaran PKEE ini merupakan sebuah matapelajaran yang baru
buat mereka. Oleh itu, ia memerlukan kefahaman dan fokus yang tinggi untuk
membolehkan murid menerima perkara baru ini. Selain itu, murid-murid ini perlu
membahagikan kefahaman mereka terhadap matapelajaran lain kerana bagi murid
yang berada di sekolah teknik, mereka perlu mengambil 10 matapelajaran dan jika
murid-murid ini tidak boleh membahagikan masa mereka dengan betul untuk
mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah, ia akan menganggu konsentrasi
murid dalam memahami sesuatu matapelajaran tersebut. Hal ini adalah kerana guru
dapati bahawa murid-murid seringkali mengadu kepada guru bahawa mereka agak
keletihan dalam mengharungi hari persekolahan ditambah dengan duduk diasrama.
Oleh itu, Guru pelatih seringkali mengingatkan anak murid untuk sentiasa pandai
membahagikan masa supaya kesemua 10 matapelajaran itu dapat difahami dengan
baik dan cemerlang. Menurut Tracey, kemahiran pengurusan masa membawa konotasi
yang sama dengan kemahiran pengurusan kehidupan. Ini adalah kerana kemahiran

pengurusan masa adalah satu kemahiran teras yang kerap digunakan dalam hampir
kesemua aspek kehidupan manusia (Wan Ali et al., 2008).

3.0 Menganalisis dan menilai (1-2 perenggan)

Menurut Kok (2009), keberkesanan dalam proes pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan apabila kawalan kelas dapat dikawal yang mana ia merupakan elemen
penting dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Guru pelatih tidak menghadapi
sebarang masalah dalam kawalan kelas kerana sepanjang tempoh guru pelatih
mengajar, anak murid sentiasa memberikan kerjasama yang baik serta menunjukkan
komitmen yang tinggi di dalam kelas dimana mereka kerapkali memberikan respon
yang baik apabila ditanya soalan, diminta untuk menjawab di depan, membuat
pembentangan dan sebagainya. Guru pelatih berasa amat senang apabila murid-murid
ini memberikan kerjasama tersebut kerana kelancaran PdPC dapat dijalankan dengan
baik. Masalah utama murid-murid ini adalah mereka tidak dapat memahami isi
pengajaran dengan baik.

Walaupun sewaktu kelas murid-murid telah memberikan kerjasama yang bagus
dengan dapat menjawab sebarang persoalan yang ditanya, tetapi apabila habis kelas
murid-murid ini mudah lupa akan sesuatu yang baru dipelajari kerana mereka perlu
memahami dan mempelajari matapelajaran seterusnya. Oleh itu, penyelesaian terbaik
untuk murid-murid ini mengatasi perkara tersebut adalah dengan membahagikan masa
sebaik mungkin dan juga mengulangkaji pelajaran pada waktu prep untuk memastikan
ilmu yang diterima pada hari tersebut tidak akan lupa.

4.0 Kesedaran baru (1-2 perenggan)

Pada tempoh 14 minggu Latihan Mengajar ini juga, guru pelatih telah menerima
pelbagai kesedaran baru yang membawa kepada hasil analisis yang telah guru pelatih
merasakan bahawa murid-murid ini memerlukan suatu dorongan yang dapat membantu
mereka untuk lebih bersemanangat dalam menuntut ilmu. Menurut konteks Islam,
menuntut ilmu dianggap sebagai sebuah titik tolak yang dapat menumbuhkan
kesedaran sikap (Noer, 2014). Apabila murid-murid ini sedang menuntut ilmu, sikap
sebenar mereka dapat ditonojolkan dan guru pelatih dapat memerhatikan cara
perubahan tersebut. Oleh itu, pada setiap kali kelas PdPC diadakan, guru pelatih akan
membuat kuiz atau bertanyakan soalan kepada murid dan jika murid dapat menjawab
dengan betul, mereka akan diberikan ganjaran yang berbentuk makanan atau minuman
supaya mereka mempunyai dorongan untuk memahami sesuatu perkara itu.

Selain itu, antara kesedaran baru yang lain yang guru pelatih peroleh adalah
penggunaan ABBM yang betul dalam menyampaikan isi pengajaran. Sewaktu
melangsungkan PdPC, guru pelatih telah menggunakan pelbagai ABBM yang
bersesuaian dengan kelas dalam memastikan murid-murid berminat untuk mengetahui
tentang perkara yang dipelajar dengan lebih mendalam lagi. Antara ABBM yang telah
guru pelatih wujudkan adalah model litar siri dan litar selari yang menggunakan perspek
, suis, mentol, bateri yang dibentuk menjadikan model dan dapat ditunjukkan di dalam
kelas sewaktu penyampaian topik berkenaan dengan Litar Arus Terus (AT).

5.0 Cadangan dan tindakan (2-3 perenggan)

Untuk menggalakkan murid-murid untuk lebih aktif dan mengambil bahagian di dalam
kelas PKEE, guru pelatih telah melaksanakan beberapa cadangan iaitu:

a. Membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan menyediakan komputer
riba terhadap kumpulan tersebut dan memastikan komputer riba tersebut
mempunyai aplikasi berkenaan dengan membuat penyambungan litar elektrik.

b. Mempelbagaikan lagi aktiviti berkumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas
dan murid dapat membuat pembentangan.

c. Memfokuskan lebih terhadap murid yang mempunyai masalah pembelajaran dan
murid yang seringkali mendiamkan diri supaya mereka tidak rasa terasing.

d. Memberikan dorongan, semangat, dan motivasi apabila murid selesai menjawab
soalan yang ditanya.

Cadangan-cadangan ini perlu dititikberatkan dan perlu diambil perhatian untuk memberi
manfaat kepada murid pada masa akan datang. Kaedah pengajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan menggunakan ABBM
berdasarkan matapelajaran yang diajar yang dapat memberikan gamabrab sebenar
kepada murid tentang apa yang dipelajari (Azhari et, 2014).

6.0 Kesimpulan (1 perenggan)

Kesimpulannya, dalam dunia pendidkan ini untuk mengukur keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran seorang guru, ianya adalah terletak pada anak muridnya. Sebagai
contoh, jika sekumpulan murid tersebut memahami akan isi pengajaran yang
disampaikan oleh gurunya dan juga cemerlang didalam matapelajaran tersebut, ia
memberi gambaran bahawa guru tersebut telah berjaya dalam mendidik anak murid
itu. Walaubagaimanapun, tugas menjadi seorang guru ini amat berat dan tidak semua
orang boleh merealisasikannya dengan baik, oleh itu latihan dan pengalaman yang
banyak dapat membantu seseorang itu dalam menyampaikan isi pengajaran dengan
baik.

7.0 Rujukan

Ashiddiqie, Hasbi. (2020). Pendidikan Pengalaman dalam Perspektif Islam. Dipetik daripada
https://jurnal.kopertais5aceh.or.id/index.php/AIJKIS/article/view/105

Kok, N. M. (2012). Menigkatkan Keberkesakan Kawalan Kelas Menggunakan Kaedah
Ganjaran dan Hukuman untuk Murid Tahun 3. Jurnal Seminar Penyelidikan Tindakan
IPG KBL. Tahun 2012, 132-146

Noer, M. (2017). Menuntut Ilmu Sebagai Transformasi Perubahan
Paradigma. Qathrunâ, 1(01), 1 - 22

Wan Ali, W. Z., Md. Yunus, A. S., Hamzah, R., Abu, R., Ahmad Tarmizi, R., Md. Nor, S.,
Abu Bakar, K., & Ismail, H. (2008). Kemahiran Pengurusan Masa Pelajar
Universiti Tempatan: Status Dan Hubungannya Dengan Pencapaian. Sains
Humanika, 49(1). Https://Doi.Org/10.11113/Sh.V49n1.298

Lampiran






Click to View FlipBook Version