The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wahida sidek, 2021-11-07 13:15:35

PEMBUKAAN SEKOLAH SKSB

PEMBUKAAN SEKOLAH SKSB

PEMBUKAAN SEKOLAH
SK SUNGAI BURONG

TARIKH :
08 NOVEMBER 2021

SK SUNGAI BURONG
45500 TANJONG KARANG
SELANGOR DARUL EHSAN

PEMBUKAAN SEKOLAH SK SUNGAI BURONG

JAWATAN KUASA PELAKSANAAN PEMBUKAAN SEKOLAH

Pengerusi : Pn. Hajah Isah bt Hj Bappu ( Guru Besar )
Naib Pengerusi I : En. Nordin b. Ramli (Pen. Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En. Mohd Rafie b. Mahari (Pen. Kanan Hem)
Naib Pengerusi III : En. Nor Mazlan b. Sabran (Pen. Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Nor wahida bt. Sidek
AJK : En. Adanan b. Daud ( Guru B&K)
: Pn. Nadiah Nur bt Ab Rahim (Penyelaras Tahun 1)
: En. Mohd Noor b. Mat Ain (Penyelaras Tahun 2)
: Pn. Surita bt Mamat (Penyelaras Tahun 3)
: Pn. Harlina bt Ismail (Penyelaras tahun 4
: En. Yusop b. Udin (Penyelaras tahun 5)
: En. Azrul Nizam b. Mat Khar (Penyelaras tahun 6)

Jadual penggiliran tugas

1. Jadual penggiliran tugas berkuatkuasa pada 08 November 2021.
2. Jadual penggiliran tugasan mingguan guru ini akan dilaksanakan

sepenuhnya bermula minggu 38 hingga 42 yang telah dipinda mengikut
norma baharu.
3. Melibatkan semua pentadbir dan semua guru Sk Sungai Burong.
4. Bermula pada pukul 7.00 pagi (menyambut kehadiran murid)
5. Pada 12.50 tengah hari murid pulang kecuali hari Jumaat 11.50 pagi.

6. Guru menyambut kehadiran murid dengan penuh keceriaan dan harapan dalam
suasana norma baharu / SOP agar murid juga dapat mematuhinya.

Jadual Perhimpunan Mingguan

Tarikh : 08.11.2021
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi – 8.00 pagi

Agenda Perhimpunan Rasmi

7.30 pagi - Bacaan doa
- Nyanyian lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu sekolah
- Ucapan guru bertugas mingguan ( Ketua kumpulan 1)
- Ucapan Guru Penolong Kanan Kurikulum / HEM
- Ucapan Guru Besar

* Murid berada di dalam kelas masing-masing ketika perhimpunan rasmi dijalankan.

Pintu Pagar A

Diketuai oleh :
Pn. Hjh . Isah Bt Hj Bappu ( Guru Besar )
En. Nordin Bin Ramli ( PK Kurikulum )

Kumpulan 1

1. En. Adanan bin Daud
2. Pn. Harlina binti Ismail
3. Pn. Nor wahida binti Sidek
 mengambil dan mencatat suhu murid

Pintu Pagar B

Diketuai oleh :

1. Tn. Hj Mohd Rafie bin Mahari (PK HEM)
2. EN. Nor Mazlan bin Sabran (PK KOKURIKULUM )

Kumpulan 8
1. Pn. Masroha binti Wayni
2. En. Nor fadzlie bin Ishak
3. Pn. Farhatul Khalida binti Zainal Abidin
 mengambil dan mencatat suhu murid

JADUAL BERTUGAS MINGGUAN GURU PENYANG MINGGU 38 HINGGA 42

MINGGU TARIKH KUMPULAN KETUA KUMPULAN BLOK A BLOK B & C BLOK D & E
BERTUGAS MINGGUAN

38 08.11.2021 KUMPULAN 1 (A) EN. ADANAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN
- KUMPULAN 8 (B) PN. MASROHA 2 34

12.11.2021

15.11.2021

39 - KUMPULAN 5 (A) EN. ISMAIL KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN

19.11.2021 KUMPULAN 6 (B) PN. SITI AISHAH 7 8 1

22.11.2021

40 - KUMPULAN 2 (A) EN. SAHARIN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN

26.11.2021 KUMPULAN 3 (B) PN. NURHIDAYAH 4 5 6

29.11.2021

41 - KUMPULAN 7 (A) PN. NOR AHRIZA KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN

03.12.2021 KUMPULAN 8 (B) EN. NORFADZLIE 1 2 3

06.12.2021

42 - KUMPULAN 4 (A) PN. SURITA KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN

10.12.2021 KUMPULAN 5 (B) PN. NADIAH NUR 6 7 8

PETUNJUK : (A) Pintu pagar hadapan (B) Pintu pagar belakang

*Kumpulan bertugas pintu pagar A akan mengendalikan perhimpunan serta mencatat
laporan perhimpunan dan buku laporan harian.

*Kumpulan bertugas pintu pagar B akan memastikan info covid / SOP melalui siaraya
semasa hadir di sekolah, waktu rehat dan waktu pulang.

SENARAI KUMPULAN GURU BERTUGAS MINGGUAN /
GURU PENYAYANG 2021

KUMPULAN 1 KUMPULAN 5
1. EN. ADANAN B DAUD 1. PN. NADIAH NUR BT ABDUL RAHIM
2. PN. HARLINA BT ISMAIL 2. PN. NORAZIMAH BT ABD MANAN
3. PN. NOR WAHIDA BT SIDEK 3. EN. ISMAIL B ABD MUNIR

KUMPULAN 2 KUMPULAN 6
1. EN. SAHARIN B RAMLI 1. EN. MOHD NOOR B MAT AIN
2. EN. AZRUL NIZAM B MAT KHAR 2. TN. HJ. MOHD MOKHTAR SURATIN B SURATIN
3. PN. NURHIDAYAH BT MAZLAN 3. PN. SITI AISHAH BT KALIWON @ LEWON

KUMPULAN 3 KUMPULAN 7
1. PN. NOR HAFIZAN BT MOHD ZIN 1. PN. ALIA BT BAHARUN
2. PN. NORAZIZAH BT CHON 2. PN. NOR AHRIZA BT MOHD AROF
3. PN. HENDON BT JERKAASI 3. EN. MOHD YUSOP B UDIN

KUMPULAN 4 KUMPULAN 8
1. PN. SURITA BT MAMAT 1. PN. MASROHA BT WAYNI
2. EN. SHAHRUL AZLAN B BUJANG 2. EN. MOHD NORFADZLIE B ISHAK
3. PN. NURUL HIDAYAH BT APANDI 3. PN. FARHATUL KHALIDAH BT ZAINAL ABIDIN

NORMA BAHARU DI SK SUNGAI BURONG 2021

Covid 19 boleh berjangkit daripada individu kepada individu melalui titisan
pernafasan dan sentuhan. Antara gejala penyakit ini adalah demam, batuk,
selesema dan sukar bernafas. Demi memutuskan rantaian virus ini, langkah-
langkah pencegahan perlu diambil

SEBELUM KE SEKOLAH

1. Jika murid bergejala tidak perlu ke sekolah. Maklumkan kepada guru kelas
ketidakhadiran

2. Amalkan kebersihan diri dan lindungi diri.
3. Ibubapa dan penjaga perlu sentiasa peka dengan jadual penggiliran anak ke

sekolah.
4. Pastikan murid memakai baju sekolah bersih setiap hari
5. Digalakkan membawa bekal makanan sendiri termasuk sudu dan garfu jika perlu
6. Pelajar wajib memakai pelitup muka setiap hari ke sekolah.

KETIKA DI SEKOLAH/PAGAR SEKOLAH

1. Datang awal mengikut masa yang telah ditetapkan. ( Sebelum 7.30 pagi )

2. Pintu masuk pelajar di Gate A atau Gate B. Bagi pelajar prasekolah, pintu
masuk telah ditetapkan. Arahkan mereka bergerak ke hadapan pintu untuk
beratur bagi diambil suhu oleh guru yang bertugas. Ibubapa bagi murid tahun
1 hingga 6 perlulah terus beredar setelah menghantar anak kecuali ibu
bapa murid pra sekolah yang perlu menunggu sehingga anak mereka
dibenarkan masuk oleh guru.
3. Setiap pelajar tahap 1 akan diberikan sekeping kertas bacaan suhu yang
diberi oleh guru bertugas. Kertas tersebut akan diserahkan kepada guru
matapelajaran pertama di dalam kelas setiap hari untuk dicatatkan di dalam
buku bacaan suhu harian pelajar. Manakala pelajar tahap 2, selepas check

suhu terus bergerak ke kelas dan mengisi bacaan suhu di dalam buku rekod
bacaan suhu.
4. Amalkan penjarakan sosial 1 meter sepanjang waktu tidak kira di dalam mahu
pun di luar kelas.
5. Dilarang rapat atau bersentuhan sesama rakan.

6. Tiada perhimpunan bersemuka dijalankan buat sementara waktu

7. Segala aktiviti sukan ditangguhkan.

8. Jika hari hujan, semua ibubapa HANYA DIBENARKAN masuk mengikut pintu
Gate B dan menurunkan anak di Dataran Tan Sri Noh lalu terus keluar melalui
Gate A sahaja. Gate A TIDAK DIBENARKAN MASUK ketika hari hujan. Begitu
juga semasa waktu balik jika hari hujan.

SEMASA MENUJU KE KELAS

1. Berjalan dalam jarak 1 meter di antara satu sama lain
2. Perjalanan mengikut tanda arah yang dilabelkan
3. Pelajar perlu mengikut tanda arah yang telah dilabelkan untuk bergerak ke kelas

masing-masing mengikut blok kelas mereka.
4. Pelajar dikehendaki mendengar arahan guru yang bertugas sepanjang blok ke

kelas
5. Di tangga, pelajar bergerak dalam satu barisan. Pergerakan naik dan turun ikut

laluan terarah.

SEMASA DI DALAM KELAS

1. Pelajar perlu duduk di meja dan kerusi yang telah dilabelkan nama murid sahaja
mengikut penggiliran mingguan.

2. Hanya seorang pelajar sahaja yang dibenarkan ke tandas pada waktu
PdPc.

3. Pergerakan pelajar hendaklah mengikut tanda arah yang telah ditetapkan.
4. Pelajar tidak dibenarkan meminjam peralatan daripada murid lain dan perlu

mengasah pensel di tempat masing-masing.
5. Pelajar perlu mengangkat tangan untuk bertanya soalan semasa PdPc.
6. Pelajar perlu sentiasa mematuhi penjarakan sosial (Jarak 1 Meter).
7. Pelajar tidak dibenarkan berbual dalam kedudukan yang rapat (kurang 1 meter) di

dalam kelas.
8. Sila maklumkan kepada guru dengan kadar segera jika berasa tidak sihat.

SEMASA WAKTU REHAT

1. Makan bekal yang dibawa di dalam kelas
2. Jika tidak membawa bekal makanan, pelajar boleh membeli secara tempahan pada

waktu pertama di dalam kelas. Guru kelas akan mengambil tempahan 1 hari awal
( sehingga 9.00 mlm ) melalui Whatsapp Sarana Kelas masing-masing.
3. Sepanjang tempoh ini, hanya makanan berbungkus disediakan oleh pengusaha
kantin
4. Waktu rehat akan ada 2 sesi mengikut jadual persekolahan yang baharu.

Tahun 1,2 dan 3 ( 10.00 – 10.20 pagi )
Tahun 4,5 dan 6 ( 10.30 – 10.50 pagi )
5. 10 - 15 minit sebelum rehat bermula, pengusaha kantin akan mula mengedarkan
makanan yang ditempah oleh murid-murid mengikut kelas.

6. Menu kantin telah disusun dan hanya sejenis menu makanan dan air mineral yang
akan dijual setiap hari. Menu akan berubah setiap hari mengikut ketetapan pihak
sekolah dan pengusaha kantin.

7. Senarai menu harian beserta harga menu akan dimasukkan dalam aplikasi whats
App sarana ibubapa dan kelas.

8. Pelajar yang menerima RMT juga akan dibekalkan makanan mengikut menu yang
telah ditetapkan

9. Pelajar hanya dibenarkan untuk makan di tempat duduk masing-masing di dalam
kelas.

10. Setelah makan, murid membuang bungkusan makanan ke dalam
tongsampah yang disediakan di dalam kelas dengan menjaga
penjarakan sosial 1 Meter.

11. Setelah selesai mencuci tangan, pelajar duduk di kerusi mereka
kembali. Pelajar digalakkan membawa sudu dan garfu sendiri

12. Pelajar dilarang berkongsi makanan dengan murid yang lain.
13. Pelajar dilarang berkumpul atau melepak semasa waktu rehat.
14. Murid beratur secara penjarakan 1 meter untuk mencuci tangan di tong

air yang disediakan.

SEMASA DI DALAM TANDAS

1. Hanya seorang pelajar sahaja yang dibenarkan ke tandas pada waktu pdpc dengan
izin guru.

2. Pelajar tidak dibenarkan ke tandas jika tiada guru di dalam kelas terutama waktu
pertukaran masa pdpc.

3. Elakkan bersesak di tandas. Baca arahan kemasukan tandas yang ditampal
dihadapan pintu masuk tandas. Ikut tanda jarak yang telah disediakan.

4. Pelajar mesti mengikut tatacara masuk ke dalam tandas yang telah
ditetapkan.

5. Pelajar hendaklah mencuci tangan dengan air dan sabun mengikut
langkah-langkah basuh tangan yang betul.

6. Selesai ke tandas, pelajar dikehendaki terus masuk ke dalam kelas.

SEMASA BALIK

1. Waktu balik : Tahap 2
Tahap 1 Isnin ( 1.20 )
Isnin – Selasa ( 12.50 ) Selasa – Khamis (12.50)
Rabu – Khamis ( 12.20 ) Jumaat ( 11.50 )

Jumaat ( 11.50 )

1. Ibubapa dan penjaga perlu mengambil pelajar mengikut masa balik yang
ditetapkan secara pandulalu.

2. Mohon tiada kelewatan pengambilan pelajar kerana pihak sekolah bimbang
pelajar akan melanggar sop penjarakan sosial. Mohon ibubapa tepati masa dan
hadir awal 5 minit sebelum waktu balik pelajar

3. Pihak sekolah berharap tiada pelajar tahap 1 yang menunggu abang atau
kakak mereka di tahap 2 untuk balik bersama. Mohon kerjasama ibubapa
dan penjaga tentang perkara ini.

4. Guru di dalam kelas akan mengarahkan pelajar untuk bergerak secara penjarakan
sosial keluar kelas mengikut label keluar. Pelajar akan bergerak ke arah Tempat
Menunggu Murid ( Keberadaan Murid Waktu Balik ) di Dataran Tan Sri Noh
sebelum ibubapa/penjaga masuk secara pandulalu.

5. Sepanjang berada di Tempat Menunggu Murid, pelajar dilarang bermain- main,
bersentuhan dan berlari-lari.

6. Setiap ibubapa/penjaga yang hadir mengambil anak mereka, perlulah mengikuti
arahan pengawal keselamatan dan guru bertugas sepanjang proses pandulalu bagi
melancarkan pergerakan.

HAL-HAL LAIN

1. Jika pelajar semasa dalam kelas didapati bergejala, mereka akan dimasukkan
ke dalam bilik isolasi dan diberi ujian kit covid. Jika Ujian Positif, Ibubapa
akan dihubungi dengan kadar segera dan tindakan seterusnya akan dilakukan.
Mohon ibubapa dan penjaga kemaskini nombor telefon bimbit terkini
dalam sarana ibubapa. ( Borang kebenaran ibubapa/penjaga berkaitan akan
diberi kepada semua pelajar )

2. Bagi pelajar yang tidak hadir sekolah, ibubapa dan penjaga perlulah membuat
sepucuk surat maklumat rasmi kepada guru kelas berkenaan
ketidakhadiran anak mereka. Maklumkan juga kepada guru kelas melalui
panggilan telefon atau aplikasi whatsapp

3. Jika ada pelajar yang berimunisasi rendah dan mempunyai penyakit kronik
( asthma, jantung berlubang dan penyakit yang melibatkan pernafasan),
pihak sekolah memerlukan surat akuan doktor sebagai rujukan kami.

4. Kelonggaran kepada murid yang mempunyai kesukaran memakai pakaian
seragam sekolah. Murid tersebut diberi pilihan untuk memakai pakaian
lain yang bersesuaian, kemas dan sopan. Kelonggaran ini diberi mulai
Oktober 2021 hingga Februari 2022

#staysafe
#kitajagakita
#normabaharu

UNIT HEM
SK SUNGAI BURONG

# SESUBUR GEMILANG, SESUBUR PENYAYANG.


Click to View FlipBook Version