KERTAS KERJA
PERMOHONAN
MENAIK TARAF DAN
MENGUBAH SUAI
BILIK MESYUARAT
SK SUNGAI BURONG
KERTAS KERJA PERMOHONAN NAIK TARAF DAN MENGUBAH SUAI BILIK MESYUARAT
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BURONG
1.0 PENDAHULUAN
Projek ini bagi menaiktaraf dan mengubahsuai Bilik Mesyuarat atau lebih dikenali sebagai
Bilik Wawasan bagi Sekolah Kebangsaan Sungai Burong. Kertas kerja ini menggariskan pengisian
projek menaiktaraf dan mengubahsuai Bilik Mesyuarat dengan mengambilkira penglibatan semua
warga sekolah termasuk pekerja swasta. Projek naik taraf dan pengubahsuaian ini bertujuan
mewujudkan suasana yang menarik dan selesa serta lebih kondusif. Di samping mempamerkan
identiti SK Sungai Burong kepada tetamu-tetamu yang hadir seterusnya program-program yang
melibatkan penggunaan Bilik Mesyuarat .
2.0 OBJEKTIF
2.1 Bilik Mesyuarat ini merupakan bilik yang digunakan untuk menerima tetamu serta
mengadakan perbincangan di antara pihak sekolah dan juga pihak luar. Oleh hal
yang demikian, pihak jawatankuasa berpendapat bahawa peruntukan amat
diperlukan bagi tujuan di atas. Dengan adanya sebuah bilik mesyuarat yang lebih
selesa, diharap segala mesyuarat dan perbincangan dapat diadakan dengan lebih
selesa dan kondusif.
2.2 Bilik Mesyuarat yang terletak di bangunan utama Pejabat Sekolah merupakan bilik
yang digunakan bagi semua mesyuarat serta perbincangan di antara guru-guru serta
pihak pengurusan.
3.0 TUJUAN
3.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi menaiktaraf dan
mengubahsuai Bilik Mesyuarat Sekolah. Diserahkan kepada pihak pengurusan
atasan untuk tujuan pertimbangan selanjutnya dan memberi persetujuan bagi
peruntukan tersebut demi memastikan kelancaran pengurusan mesyuarat sekolah
dan juga kunjungan tetamu.
3.2 Keadaan Bilik Mesyuarat ini agak lama. Justeru itu, sudah tiba masanya bilik ini
dinaiktaraf dan diubahsuai.
3.3 Melalui peruntukan ini, diharapkan semua guru dan kakitangan serta pelawat akan
lebih selesa dalam menjalankan semua mesyuarat serta perbincangan bagi semua
aktiviti yang telah dirancangkan untuk sepanjang tahun dan tahun yang akan datang.
4.0 KUMPULAN SASAR
4.1 Kumpulan sasaran penggunaan bilik mesyuarat yang terletak di bangunan utama,
pejabat sekolah merupakan bilik yang digunakan bagi semua mesyuarat serta
perbincangan di antara guru-guru serta pihak pengurusan.
4.2 Bilik mesyuarat ini juga merupakan bilik yang digunakan untuk menerima tetamu atau
pelawat dari pihak luar yang berkunjung ke sekolah ini.
5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN
5.1 Satu projek jangka panjang yang akan digunakan agar bilik mesyuarat ini lebih
selesa dan kondusif memandangkan keadaan bilik ini agak sudah lama kerana pada
asalnya adalah kelas.
6.0 JAWATANKUASA KERJA
JAWATANKUASA MESYUARAT GURU & BILIK MESYUARAT
PENGERUSI PN. ISAH BINTI BAPPU (GURU BESAR)
TIMBALAN PENGERUSI
NAIB PENGERUSI 1 EN. NORDIN BIN RAMLI (PK PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI 2 EN. MOHD RAFIE BIN MATARI (PK HAL EHWAL MURID)
SETIAUSAHA
EN. NORMAZLAN BIN SABRAN (PK KOKURIKULUM)
BENDAHARI
PENYELARAS BILIK WAWASAN PN. NOR AHRIZA BINTI MOHD AROF
PN. NADIAHNUR BINTI AB RAHIM
AJK PN. NOR WAHIDA BINTI SIDEK
1. PN. SITI AISYAH BINTI KALIWON@LEWON
2. PN. FARHATUL KHALIDAH BINTI ZAINAL ABIDIN
3. EN. SAHRIN BIN RAMLI
4. EN. ADANAN BIN DAUD
5. PN. MASROHA BINTI WAYNI
7.0 ANGGARAN PERUNTUKAN
Bil Perkara Kuantiti Jumlah kos
1. Kain langsir
2. Rel besi dan cangkuk 24 helai langsir RM 3000.00
3. Skirting dan alas meja
4. Sarung kerusi Rel besi 7 batang dan cangkuk RM 500.00
5. Bunga hiasan
6. Rak kabinet skrin TV dan 30 meja RM 800.00
barang 30 helai X RM25 RM750.00
Jumlah
RM450.00
RM4500.00
RM10,000.00
8.0 PENUTUP
8.1 Besarlah harapan kami, agar pihak Yang Berhormat dapat meluluskan kertas
kerja ini supaya semua aktiviti pengubahsuaian dapat dilaksanakan mengikut
jangka masa yang telah telah ditetapkan.
8.2 Dengan kelulusan ini, diharap semua yang telah dirancangkan dapat
dilaksanakan dan direalisasikan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
…………………………………. …………………………..
(NOR WAHIDA BINTI SIDEK) ( ISAH BINTI BAPPU)
Penyelaras Bilik Wawasan
SK Sungai Burong. Guru Besar
SK Sungai Burong.
Tarikh : 26 OKTOBER 201