SKRIP BANTU MULA: PATAH TERTUTUP
Salam sejahtera. Kami daripada KRS SMK Tebong akan menunjukkan demonstrasi Bantu Mula bagi rawatan tangan kanan jenis Patah Tertutup iaitu bahagian yang melibatkan di antara pergelangan tangan dan siku.
Bagaimanakah cara kita untuk mengenali patah tertutup? Di antara tanda-tandanya ialah seperti sakit bengkak lebam
Sekarang, mari kita lihat cara merawat patah tangan kanan yang melibatkan patah tertutup.
Bagi rawatan patah tulang, konsep ‘DRI’ akan digunakan bagi merawat pesakit iaitu D-Don’t move (kurangkan pergerakan anggota yang patah) R-Rest (pastikan mangsa berehat bagi menguranngkan banyak pergerakan) I-Immobilize (mencegah pergerakan anggota yang patah
Langkah 1: D- Don’t move Untuk peringkat permulaan, kita perlu mengenalpasti anggota yang mempunyai symptom seperti sakit, bengkak, lebam dan terdapat perubahan bentuk. Minta mangsa pegang di bahagian lengan anggota yang terkesan bagi mengurangkan pergerakan. Sila pastikan pesakit kurang membuat pergerakan bagi anggota yang patah untuk mengelakkan keadaan semakin teruk
Langkah 2: R-Rest Pegang berhampiran bahagian tangan mangsa yang patah Secara perlahan-lahan gerakkan tangan mangsa ke bahagian badan selesa dan minta mangsa ampu bahagian pergelangan tangan untuk sementara waktu bagi mengelakkan pergerakan.
Langkah 3: I-Immobilize Gunakan anduh besar untuk merawat mangsa. Bucu pertama kain anduh hendaklah diletakkan di atas bahu anggota tangan yang tercedera. Pastikan puncak berada seiring dengan siku mangsa Bawa bucu kedua kain anduh di belakang leher mangsa Buat ikatan buku sila di antara bucu pertama dan kedua di atas bahu dan bersetentangan bawah telinga serta selitkan ikatan untuk kelihatan kemas.
Puncak kain anduh yang berseiringan pada siku tadi digulung dan dilipat kebahagian dalam untuk lebih kemas. Pastikan sekurang-kurang tiga hujung jari tangan yang dibalut dikeluarkan sedikit bertujuan sebagai petunjuk aliran darah yang lancar.
Langkah terakhir Bawa mangsa ke hospital atau klinik terdekat untuk rawatan selanjutnya. Sekian, terima kasih