Sumber : Zoom-a.com
https://www.zoom-a.com/
.Pada suatu hari, seekor anak
bangau bersiar-siar di tepi sawah.
Anak bangau melihat bayangnya di
dalam air. Anak bangau terkejut
melihat bayang dirinya.
“Wah, rupa-rupanya leherku ini
sangat panjang! Kakiku juga sangat
panjang,” kata anak bangau dalam
hatinya.
Anak bangau berasa sangat
sedih. Anak bangau berasa dirinya
sangat hodoh. Anak bangau
berasa malu kerana lehernya
panjang dan kakinya juga panjang.
“Ibu, mengapakah rupa saya
sangat hodoh?” anak bangau
bertanya kepada ibunya.
Ibunya terkejutnya mendengar
kata-kata itu.
.anaIkbnuyab,a“nWgaauhalailuanbaekrkkua,tatidkaekpada
baik berkata begitu! Janganlah
menyangka dirimu sangat hodoh.
Rupamu sangat cantik.”
Tetapi anak bangau tetap tidak
percaya pada kata-kata ibunya.
Anak bangau menyangka dirinya
sangat hodoh.
Lama-kelamaan, besarlah anak
bangau. Dengan kaki panjangnya,
anak bangau mudah mengharung
air dan lumpur di dalam sawah.
Dengan leher panjangnya, anak
bangau mudah menangkap ikan.
“Benarlah kata ibuku. Aku
seekor bangau yang cantik.
Dengan kaki panjang dan leher
panjangku, aku mudah mencari
makanan,” kata anak bangau
dalam hatinya.
. “Jikalau kakiku pendek,
tentulah aku tidak dapat berjalan
di dalam air dan lumpur. Jikalau
leherku pula pendek, tentulah aku
tidak dapat menangkap ikan,” fikir
anak bangau lagi.
Pada suatu hari, anak bangau
berehat di tepi kolam. Anak
bangau dapat melihat bulunya
putih, bersih, dan cantik.
“Aku memang seekor bangau
yang cantik,” katanya dalam hati
dengan perasaan sangat gembira.
Sesungguhnya, setiap kejadian
yang diciptakan oleh Tuhan
mempunyai kelebihandan
keistimewaan masing-masing.