The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosmaisarah7, 2022-11-07 04:13:24

Salah Faham Terhadap Islam

MPU 23102 PENGAJIAN ISLAM

TAJUK:
SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

NAMA NOMBOR MATRIK

ROS MAISARAH BINTI KAMALUDDIN 23DBS21F2007
NOR AINA SOFEA BINTI AHMAD NIZAM 23DBS21F2017
NUR SYAHIDATUL BALQIS BINTI CHE MAT 23DBS21F2031
23DBS21F2040
FATIN SYAKIRAH BINTI ZAIMI

PESYARAH: PUAN NOR WAHIDA BINTI DZALIHU’ZZABIR

Perkara Muka
Surat
PENGHARGAAN
1
1.0 PENGENALAN 2
3
2.0 OBJEKTIF 4-7
8
3.0 RUMUSAN ARTIKEL
9
4.0 ISU-ISU MENGENAI SALAH FAHAM 10
TERHADAP ISLAM
11
5.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SALAH 12
FAHAM TERHADAP ISLAM 13

6.0 LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN
BAGI MENGATASI MASALAH SALAH
FAHAM TERHADAP ISLAM

7.0 KESIMPULAN

8.0 RUJUKAN

9.0 LAMPIRAN

PENGHARGAAN

‫➣ بِ ْســــــــــــــــــ ِم اللهِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬
Alhamdulillah, bersyukur ke atas hadrat Ilahi dengan limpah
kurnia rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang
dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya walaupun terlalu banyak kekangan yang kami
hadapi.
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Puan Nor Wahida binti Dzalihu’zzabir, pensyarah kursus
MPU 23102 yang telah memberikan tunjuk ajar serta bimbingan
untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang telah memberikan kami
segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sehingga kami berjaya menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa kepada rakan seperjuangan yang sama –sama
menyiapkan tugasan ini sehingga ke penghujungnya walaupun
mempunyai kekangan masa.
Akhir sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan
tugasan ini.

1

1.0 PENGENALAN

Islam adalah agama yang sering disalahtafsir oleh orang bukan
Islam dan orang Islam. Hal ini telah menyebabkan keunggulan
Islam tidak terserlah dan indah dari segi ilmiah dan amaliahnya.
Ini menjadi punca orang bukan Islam tidak tertarik mendekati
bahkan memusuhinya dan lebih malang ada di kalangan umat
Islam meragui dan keliru terhadap Islam. Rasulullah(SAW)
pernah menegaskan : “Islam akan ‘digelapkan’ oleh orang Islam”.
Justeru itu, umat Islam perlu ada kesedaran dan bangkit
memperbetulkan keadaan. Tugas umat Islam bukan sahaja untuk
memulihkan imej Islam pada pandangan bukan Islam, tetapi juga
mengembalikan keyakinan di dalam diri umat Islam sendiri. Islam
adalah agama yang indah dari segi teori dan praktikal (amaliah)
dalam kehidupan. Tetapi realitinya, keunggulan Islam tidak
berlaku secara ilmiah dan amaliah, kerohanian dan material –
menghadapi krisis sepertit gejala sosial, rasuah, jenayah, ditindas
dan diserang dari pelbagai sudut – budaya, ekonomi dan
ketenteraan. Seorang sarjana Barat yang memeluk Islam pernah
menyebut: “Subhanallah yang mengenalkan aku Islam sebelum
aku mengenal orang Islam”.

2

2.0 OBJEKTIF

Objektif utama dalam menyiapkan tugasan e-folio ini adalah
untuk:

i. Mengenal pasti isu-isu mengenai salah faham terhadap
Islam.

ii. Mengetahui punca-punca berlakunya salah faham terhadap
Islam.

iii. Menyenaraikan langkah-langkah penyelesaian bagi
mengatasi masalah salah faham terhadap Islam.

3

3.0 RUMUSAN ARTIKEL

Isu salah faham ini banyak dibicarakan teruatama dalam media
sosial. Ruangan ini akan membincngakan 2 artikel berkaitan topik
ini. Antara artikel yang kami dapati adalah seperti berikut:

1. Memahami isu Islamofobia: Antara Persepsi dan Realiti
2. Manifestasi Islamofobia di Malaysia
3. Salah Konsep Jihad

4

3.1 MEMAHAMI ISU ISLAMOFOBIA:
ANTARA PERSEPSI DAN REALITI

Islamofobia pada hakikatnya terbina melalui pembentukan
persepsi berdasarkan kepada fakta yang tidak tepat atau kurang
lengkap. Ditambah dengan propaganda dan gerakan
memburukkan imej Islam termasuk sikap dan tindakan segelintir
Muslim juga telah meningkatkan persepsi negatif terhadap Islam.
Sekiranya dirujuk kepada kajian, laporan dan maklumat
mengenai keganasan dan jenayah, persepsi umum mengatakan
bahawa Muslim sinonim dengan ’terrorism’ adalah tidak tepat.
Fakta membuktikan bahawa keganasan dilakukan juga oleh
penganut agama lain. Walaupun hanya melalui persepsi,
kebencian terhadap Islam ini telah diterjemahkan ke dalam
pelbagai bentuk dan memberikan implikasi yang tidak baik
kepada umat Islam dan imej Islam itu sendiri. Islamofobia mampu
memberi implikasi yang amat signifikan kepada kehidupan umat
Islam dan keharmonian masyarakat umumnya dan ianya juga
memberi kesan kepada pembangunan sosio-ekonomi termasuk
kesan mental dan fizikal individu.

3.2 MANIFESTASI ISLAMOFOBIA DI MALAYSIA

Manifestasi Islamofobia di Malaysia berlaku dalam pelbagai
bentuk. Umpamanya, parti DAP dalam keadaan bekerjasama
dengan parti PAS masih tetap tidak bersetuju dengan
perlaksanaan hukum hudud. Ini ditambah dengan kenyataan
keras Dato’ Seri Chua Soi Lek, Presiden Parti MCA yang terang-
terangan telah menghina undang-undang Islam. Dilaporkan juga
terdapat segelintir pihak termasuk pimpinan agama lain yang
menghina Islam seperti anggapan undang-undang Islam
terlampau bodoh dan kuno dan sebagainya. Beberapa akhbar
harian juga ada yang menerbitkan gambar yang sensitif kepada
umat Islam seperti masakan babi dalam ‘Ramadhan Delights’ di
akhbar ’the Star’. Didapati juga kes-kes melibatkan penghinaan
terhadap Islam lebih-lebih lagi melalui laman sosial seperti
’Facebook’ dan ’Twitter’ yang semakin hari semakin menjadi-jadi.
Manifestasi Islamofobia di Malaysia ini juga dizahirkan dalam
bentuk yang lain iaitu dengan menafikan hak berpakaian muslim
dalam pertandingan renang di sebuah kompleks sukan di
Selangor.

6

3.3 SALAH FAHAM KONSEP JIHAD

Terdapat juga salah faham terhadap hadis dan juga ayat al-Quran
yang menerangkan konsep jihad dalam Islam. Umat Islam sering
menafsir jihad sebagai berperang menentang orang bukan Islam
menggunakan persenjataan semata-mata. Sebuah artikel yang
dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur menolak kefahaman ini dan menerangkan bahawa istilah
jihad secara umum ditakrifkan sebagai ‘bersusah payah’ dan
‘mengerah tenaga’ (Laman Web Rasmi Mufti Wilayah
Persekutuan, 2018). Oleh itu, dalam konteks jihad dalam agama
Islam, ia lebih luas daripada sekadar berperang. Bersusah payah
melawan nafsu syahwat, bersusah payah dalam menyebarkan
kebaikan (amar bil ma’ruf), bersusah payah dalam mencegah
kemungkaran (nahi-‘anil-mungkar), bersusah payah dalam
berdakwah, dan bersusah payah dalam menuntut ilmu juga
termasuk dalam pengertian jihad.

4.0 ISU-ISU MENGENAI SALAH FAHAM
TERHADAP ISLAM

Ajaran Islam dianggap tidak sesuai dengan dunia moden yang
inginkan kebebasan dan keseronokan. Selain itu, Islam dituduh
menindas wanita seperti soal poligami, menutup aurat dan
sebagainya. Dalam pada itu juga, hukum Islam dianggap zalim
kepada kaum manusia. Ajaran Islam dianggap kolot dan tertutup.
Seterusnya, melakukan amalan-amalan yang salah seperti
bidaah, ajaran sesat, amalan khurafat, menolak peranan hadis
dan sunnah serta fahaman sempit seperti tidak memahami
maksud jihad

5.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SALAH
FAHAM TERHADAP ISLAM

Pemikiran umat Islam telah dijajah oleh idealisme barat sehingga
mengabaikan ajaran al- Quran dan al-Sunnah. Selain itu,
mengekalkan sistem pendidikan sekular yang diperkenalkan
barat melalui pejajahan. Seterusnya, wujud golongan yang
beranggapan Islam adalah ajaran berbentuk ritual dan pentingkan
akhirat sahaja. Terpengaruh dengan fahaman (isme) Barat –
Sekularisme, komunisme, liberalisme, pluralisme dan
menganggapnya sebagai yang terbaik. Inilah agenda Barat untuk
memesongkan umat daripada Al-Quran dan al-Sunnah. Dalam
pada itu, menerima bentuk sistem pendidikan sekular yang
diperkenal oleh negara-negara penjajah dahulu iaitu memisahkan
ilmu agama dengan ilmu-ilmu keduniaan. Maka lahirlah generasi
Islam yang ragu dan salah faham terhadap agamanya –
Liberalisme. Penyelewengan terhadap ajaran al-Quran dan al-
Sunnah dengan melakukan tafsiran salah terhadap ayat-ayat al-
Quran dan Hadis- hadis Rasulullah. Terpengaruh dengan
kepentingan dunia iaitu harta. Menerima sebahagian ajaran Islam
dan menolak sebahagiannya berdasarkan kehendak dan
kesesuaian. Akhir sekali, taksub dengan pemimpin yang jahil dan
sesat

6.0 LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN BAGI
MENGATASI MASALAH SALAH FAHAM
TERHADAP ISLAM

Memantapkan ilmu pengetahuan – Fardhu Ain dan fardhu
Kifayah. Selain itu, meningkatkan amal ibadat untuk ketahanan
rohani dan jati diri muslim. Seterusnya, menilai sebarang
maklumat dan pembaharuan yang datang dari pihak bukan Islam
atau Barat dari sudut kesesuaiannya dengan ajaran Islam. Dalam
pada itu, mempraktiskan cara hidup Islam sebenar berlandaskan
al-Quran dan al- sunnah. Akhir sekali, menyebarluaskan
maklumat yang benar tentang ajaran Islam menerusi pelbagai
saluran

7.0 KESIMPULAN

“Islam bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali
menjadi (sesuatu yang) asing seperti awalnya. Maka
berbahagialah orang-orang yang asing itu”. (Sahih Muslim, Hadis
145, Bab Iman) Hadis ini secara jelas membuktikan bahawa
Islam juga akan digambarkan dengan pelbagai perkara yang
negatif sepertimana ianya terjadi ketika awal dakwah Rasulullah.
Persepsi melihat Islam sebagai ajaran yang asing dan tidak
sesuai dengan budaya, hak asasi manusia dan nilai-nilai murni
adalah perkara yang telah dijangkakan oleh Rasulullah. Hadis ini
memberikan tanggungjawab kepada umat Islam untuk berusaha
memperbetulkan persepsi ini dan seterusnya meletakkan Islam
itu di tempat yang sepatutnya serta difahami oleh masyarakat.
Berdasarkan kepada manifestasi dan implikasi Islamofobia
kepada kehidupan, mental, fizikal dan sosio ekonomi umat Islam,
usaha-usaha ke arah menangani isu ini perlu digembleng secara
berhikmah dan berterusan. Inisiatif bersepadu melalui kerjasama
di setiap peringkat menerusi jaringan kerja yang mantap akan
dapat memastikan usaha mengatasi Islamofobia dapat dicapai.
Segala gerakan, usaha, inisiatif dan program ini merupakan salah
satu cabang jihad demi menegakkan Islam di muka bumi ini.

8.0 SUMBER RUJUKAN

➢ https://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/05/memahami-isu-
islamophobia1.pdf

➢ http://conference.kuis.edu.my/pasak5/images/eprosidingpasak2020/051_I
D154_Isu-Isu_Salah_Faham_Hadith_Di_Malaysia_Satu_Tinjauan.pdf

➢ https://anyflip.com/kzfnh/stjo/basic

9.0 LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version