The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ict.ppddungun, 2022-06-21 07:20:33

APC 2021 (LATEST)

APC 2021 (LATEST)

Majlis Penyampaian



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh /
Salam Sejahtera.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Kerja Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas
usaha yang telah diambil untuk mengadakan majlis ini.
Saya amat berbesar hati dapat bersama-sama menyempurnakan majlis ini bagi meraikan 249 orang penerima APC 2021. Penganugerahan yang diberikan ini menunjukkan bahawa usaha dan
pengorbanan warga pendidik dan AKP daerah ini dihargai. Semoga APC ini memberikan motivasi kerja dan impak positif bukan sahaja kepada penerima APC tetapi kepada semua warga
pendidik serta AKP daerah Dungun dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang cemerlang selaras dengan hala tuju JPNT dan KPM. Sebagai penjawat awam yang telah dilantik untuk
berKhidmat dalam kerajaan, kita harus sedar bahawa kita diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Amanah dalam konteks ini bermaksud
rela dan berusaha untuk melaksanakan tugas dalam batas kuasa yang ditetapkan dengan penuh gigih selain ikhlas bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Tahniah dan Syabas sekali lagi
kepada semua penerima APC. Semoga momentum kejayaan dan kecemerlangan dapat dikekalkan pada masa akan datang demi merealisasikan visi dan misi JPNT dan KPM.
Sekian, terima kasih.

Haji Abdul Muie bin Ngah
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh /
Salam Sejahtera.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 249 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2021. Anugerah ini adalah sebagai penghargaan atas usaha dan
kegigihan warga pendidikan yang telah menunjukkan mutu perkhidmatan yang hebat dan cemerlang.
Saya berharap penganugerahan yang diberikan ini dapat meningkatkan lagi prestasi kerja semua penerima APC seterusnya menjadi pemangkin kepada rakan-rakan yang lain untuk
bersama-sama meningkatkan kualiti dan perkhidmatan yang dilaksanakan di organisasi masing-masing.
Saya juga merakamkan sekalung penghargaan kepada ahli jawatan kuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan Majlis APC 2021 ini sehingga terlaksana dengan jayanya. Diharapkan kita
semua akan terus bergerak maju sederap demi merealisasikan ‘dungunLEADS’.
Sekian, terima kasih.

Haji Kasman bin Embong
Pegawai Pendidikan Daerah Dungun

1.45 Petang : Pendaftaran Penerima APC
: Ketibaan para jemputan
: Ketibaan Dato’ Wan Munadi bin Wan Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB)

2.00 Petang : Sesi Penerangan Oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB)

3.15 Petang : Ketibaan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
: Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolahku Sejahtera
: Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan Tuan Haji Kasman bin Embong, Pegawai Pendidikan Daerah Dungun
: Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
: Penyampaian Sijil APC dan Geran Simpanan SSPN-i bagi penerima APC Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Dungun
: Penyampaian Anugerah Cabaran Kinabalu kepada pendaki-pendaki Gunung Kinabalu Daerah Dungun

5.30 Petang : Majlis bersurai


























































































Click to View FlipBook Version