EDISI KE-11 NOVEMBER 2022
PPD DUNGUN
PENARAFAN KECEMERLANGAN
PPD DUNGUN TAHUN 2022
Pada 6 dan 7 November 2022 telah
INFOMENARIK:
berlangsung Bengkel Bimbingan Kualiti
Pejabat Pendidikan Daerah Dungun
2021/2022, dirasmikan oleh Timbalan
PPD Sektor Pengurusan Sekolah, Encik
Shamsul Bahri bin Shafie. Bengkel
tersebut telah dibimbing oleh 3 orang
verifikator daripada PPD Kemaman &
PPD Marang.
RENTETAN
PERISTIWA
Objektif
AAKKTTIIVVIITTII
SSEEPPAANNJJAANNGG
NNOOVVEEMMBBEERR
GALERI FOTO
AKTIVITI
TAKLIMAT FASILITATOR KEM BANTU
LULUS BI SPM DAERAH DUNGUN
Pada 3 November 2022 telah
berlangsung Taklimat
Fasilitator Kem Bantu Lulus BI
SPM Daerah Dungun 2022.
Program tersebut bertempat di
PKG Seri Dungun. Bengkel
berlangsung pada 11:00 pagi -
2:00 petang. Penataran bahan
bantu lulus BI kepada
fasilitator daerah. Perbincangan
turut diadakan tentang
perjalanan Kem Bantu Lulus BI
minggu hadapan
BENGKEL KERJA SISTEM
PENGURUSAN LATIHAN KPM
(SPLKPM)
Bengkel Kerja Sistem
Pengurusan Latihan KPM
(SPLKPM) Tahun 2022
diadakan pada 03 Nov 2022.
Bengkel berlangsung pada
11:00 pagi - 1:00 tengah hari.
Bengkel ini bertempat di
Bilik Seminar Chemerong dan
Nyireh, PPD Dungun.
Rumusan program Pemukiman
Daerah DUNGUN dan
pembentangan amalan terbaik
sekolah dalam penggunaan
sppma yang dihadiri oleh
Pengetua Sekolah Daerah
Dungun
PEPERIKSAAN SKM
PROGRAM MODULAR
KOHORT 1 SESI 2021/2022
Penataran ISPPK
KBAT
BENGKEL PEMURNIAN MODUL
KUINGIN SIJIL SPM (MoKISS)
SUBJEK BAHASA MELAYU DAN
SEJARAH SPM DI BAWAH PROGRAM
LAYAK SIJIL SPM DAERAH DUNGUN
TAHUN 2022
LET US TALK
FORUM
MAJLIS PELANCARAN
MODUL KUINGIN SIJIL
SPM (MoKISS) SUBJEK
BAHASA MELAYU DAN
SEJARAH SPM DI BAWAH
PROGRAM LAYAK SIJIL
SPM DAERAH DUNGUN
TAHUN 2022 SECARA
ATAS TALIAN
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan
oleh Tuan Haji Mohd Fadzilah bin Mohd
Ibrahim pada jam 2:30 petang, 27
November 2022. Pegawai Penyelaras
MoKISS ialah Tuan Haji Mohd Isham bin
Embong dan dibantu oleh En. Che Wan Abdul
Jamil bin Che Wan Abdullah.
BENGKEL PENANDAAN
KERTAS SPM BI DAERAH
DUNGUN
Bengkel Penandaan Kertas
SPM BI Daerah Dungun
yang diadakan pada 30
Nov 2022 di Bilik Seminar
Chemerong, PPD Dungun.
Bengkel ini telah dihadiri
oleh 56 orang guru dan 3
fasilitator.
TAKLIMAT PENYELARASAN KEMPEN
KESELAMATAN MURID - MURID DI
SEKOLAH
Taklimat Penyelarasan
Kempen Keselamatan Murid -
Murid di Sekolah diadakan
pada 30 Nov 2022 pada hari
Rabu. Taklimat ini
berlangsung pada 9:00 pagi
hingga 1:00 tengah hari.
Bertempat di Bilik Mesyuarat
Bidara
TEAM DUNGUN KE KARNIVAL
PRASEKOLAH NEGERI TERENGGANU
TAHUN 2022
Team Dungun Ke Karnival
Prasekolah Negeri Terengganu
Tahun 2022 diadakan pada 29
& 30 Nov dan 1 Dis 2022.
Program ini berlangsung pada
Selasa hingga Khamis. Program
berlangsung pada 10:00 pagi.
Bertempat di Dewan Tertutup
Gong Badak, Kuala Nerus.
TRIVIA
SUDUT AGAMA
SUDUT KAUNSELING
APA ITU KAUNSELING
oleh : Cikgu Wan Mohd Annuar bin Wan Musa
Apa itu Kaunseling?
· Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang
diberikan. Malah Pegawai Kaunseling tidak memberi jawapan secara langsung
kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk Pegawai
Kaunseling tidak semestinya baik juga untuk klien. Keistimewaan khidmat
kaunseling ialah Pegawai Kaunseling membimbing klien mencari sumber
dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan
perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
· Hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Pegawai Kaunseling cuba
memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang
baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami
dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi
antara Pegawai Kaunseling dan klien turut membantu klien mengenali diri
dan persoalan yang dihadapinya.
· Kaunseling menggerakkan klien memahami dirinya sendiri dari segi
kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien
terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu, fokus perbincangan adalah
pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya, bukan masalahnya.
· Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran
semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan.
Mitos Khidmat Kaunseling
· Kaunseling adalah nasihat.
· Hubungan kaunseling hanya sehala.
· Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia (klien).
· Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup.
Rumusan
Kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan
membantu individu memahami dirinya dan persekitarannya. Teknik-Teknik
dalam teori kaunseling boleh digunakan oleh kaunselor untuk membantu
klien memahami dirinya sendiri. Oleh yang demikian, dicadangkan agar
berjumpa dengan Kaunselor anda untuk mendapatkan bantuan selanjutnya
dari aspek, psikologi, emosi, pembangunan kerjaya dan lain-lain lagi.
PAHALA YANG MENGALIR
oleh : Ustaz Saipul Bahri bin Ab. Ghani
Setiap Muslim menghasratkan agar amal yang dilakukan semasa hidup akan berpanjangan ganjaran
pahalanya.
Ibarat orang yang menanam pokok, menanamnya sekali namun memetik hasilnya bertahun-tahun
tidak berhenti malah semakin lama tanaman yang asalnya ditanam sepohon telah berkembang biak
beratus malah beribu pokok dan hasilnya tidak putus-putus dinikmati bukan hanya oleh manusia
malah juga binatang.
Begitulah perumpamaan sebahagian daripada amalan seseorang, walaupun dia telah meninggal
dunia, namun ganjaran pahala tetap diraih setiap masa hasil daripada peninggalan amalnya semasa
hidupnya.
Rasulullah SAW bersabda:
ِع ْلًم ا َع َّلَم ُه َبْع َد َم ْو ِتِه َناِتِه ِم ْن َع َم ِلِه َوَحَس َن ا َيْلَحُق اْلُم ْؤ ِم ِم َّم َّلَم ِإَّن َع َلْيِه َوَس ُهَّللا َم ىَّل ِهَّللا َص وُل َأِبي ُهَرْيَرَة َق اَل َق اَل َرُس َع ْن
ْن َم اِلِه ِفي َأْخَرَجَه ا ِم َدَق ًة َنْه ًرا َأْجَراُه َأْو َص َأْو الَّس ِبيِل َبَناُه ْبِن َبْيًتا اِل ًدا َبَناُه َأْو ْس ِج َأْو ا َوَّرَثُه َحًف َوَوَلًدا َص اِلًحا َتَرَكُه َوُم ْص َوَنَش َرُه
ِص َّحِتِه َوَحَياِتِه َيْلَحُقُه ِم ْن َبْع ِد َم ْو ِتِه
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara perkara yang
akan mengikut orang-orang mukmin dari segi amalan dan kebajikannya sesudah mati antaranya Ilmu
(berguna) yang diajar dan disebarkan, anak yang soleh yang ditinggalkan (memohon istighfar dan
berdoa untuknya), al-Quran yang diwariskan, masjid yang ia bangun, rumah yang ia dirikan untuk ibnu
sabil, sungai yang ia alirkan (untuk orang, tumbuhan atau binatang mengambil manfaatnya), sedekah
yang ia keluarkan dari harta miliknya dimasa sihat dan masa hidupnya, semuanya (ganjaran pahala)
akan mengiringinya setelah ia meninggal dunia" (HR Ibnu Majah No: 238) Status: Hasan
Dalam hadis di atas menerangkan antara amalan seorang Mukmin yang akan berterusan ganjaran
pahalanya walaupun pemiliknya telah meninggal dunia antaranya:
1. Ilmu berguna yang diajar dan disebarkan kepada orang lain sama ada melalui lisan seperti ceramah
juga tulisan dalam bentuk buku, artikel, jurnal, termasuk dalam bentuk e-book, dalam FB, Laman
Sesawang, telegram, WhatsApp, TikTok dan sebagainya. Ilmu tersebut tersebar terus menerus serta
diamalkan oleh orang lain.
2. Anak soleh yang mendoakan dan memohon keampunan untuknya
3. Al-Quran yang diwariskan berbentuk mushaf atau yang diajar
4. Masjid yang dibangunkan
5. Rumah yang didirikan untuk kemudahan musafir yang terputus bekalan.
6. Sungai yang dibina untuk manfaat manusia dan makhluk lain
7. Sedekah yang kita lakukan ke atas harta semasa kita sihat dan masih hidup seperti yang diwakaf,
diderma juga disedekahkan untuk manfaat orang ramai. Contohnya wakaf Pendidikan.
Ada amalan soleh yang kita lakukan semasa hidup, terputus apabila kita meninggal dunia, namun ada
amal soleh yang akan berterusan mengalir ganjarannya sampai hari kiamat.
Rebutlah peluang untuk melakukan amalan soleh yang faedah keuntungannya dalam bentuk pahala
akan berterusan mengalir walaupun kita telah meninggal dunia.
SELAMAT BERSARA
HAJI MOHD FADZILAH BIN
MOHD IBRAHIM
HAJI MOHAMAD BIN IBRAHIM
MOHD HARIRI BIN MAT ZIN
SSIIDDAANNGG
RREEDDAAKKSSII
PENGERUSI MOHD AZMAN BIN ALI
-KOSONG- (SEKTOR PERANCANGAN)
TIMBALAN PENGERUSI 1 ABD. RAZAK BIN JUSOH
SHAMSUL BAHRI BIN SHAFIE (SEKTOR PEMBANGUNAN MURID)
TIMBALAN PENGERUSI 2 WAN MOHD ANNUAR BIN WAN MUSA
RAMLI BIN JUSOH (SEKTOR PSIKOLOGI DAN
KAUNSELING)
TIMBALAN PENGERUSI 3
MOHD FADZILAH BIN ABDUL WAHID BIN MOHAMMAD
MOHD IBRAHIM (SEKTOR PENTAKSIRAN DAN
PEPERIKSAAN)
TIMBALAN PENGERUSI 4 MOHD YUSOF BIN AHMAD
ALIAS BIN SULAIMAN (SEKTOR PENGURUSAN)
PENYELARAS
USTAZ SAIPUL BAHRI BIN ABD GHANI
AHMAD ANUAR BIN ABDUL RAHMAN (AGAMA)
PENOLONG PENYELARAS KETUA EDITOR
RUSLI BIN MAT NOR MOHD ISHAM BIN EMBONG
SETIAUSAHA
PENOLONG EDITOR
ADIBAH BINTI ABDUL HAMID CHE WAN ABDUL JAMIL BIN CHE WAN
ABDULLAH
PENOLONG SETIAUSAHA NURHANIS BINTI MOHD
SITI SURINA BINTI ABDUL RAHMAN NADIA BINTI MUSTAFA
AJK WAKIL SEKTOR GRAFIK
NAMIZAM BIN NGAH
ADIBAH BINTI ABDUL HAMID
WAN ABDUL JABBAR BIN WAN SALLEH NORLIZA BINTI MAJNUN @ MOHD NOR
(PENYELARAS SEKTOR)
ROSDI BIN HUSSIN
(SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH)
AHMAD ZULKARNAIN BIN YAHYA
(SEKTOR PEMBELAJARAN)