The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ict.ppddungun, 2022-03-09 01:56:40

EBULETIN PPD EDISI 2

EBULETIN PPD EDISI 2

EDISI 2 FEBRUARI 2022

E-BULETIN PPD DUNGUN

Perkongsian Terbaik Informasi Terkini

SELAMAT Sebagaimana kita tahu, bulan Februari ini Dalam Siri Jelajah Sukses SPM,
merupakan bermulanya cabaran sebenar
Pegawai Pendidikan Daerah
BERJUANG kepada Calon SPM Daerah Dungun yang
CALON SPM berdaftar seramai 2274 orang kerana pada Dungun bersama-sama Timbalan
Februari inilah, mereka akan terlibat dengan
PPD Sektor Pembelajaran

2021 Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa berkesempatan untuk bertemu
Inggeris, dan Ujian Mendengar dalam Bahasa
dengan semua pelajar tingkatan

OLEH HAJI KASMAN BIN EMBONG Melayu dan Bahasa Inggeris. Manakala, bagi lima yang merupakan calon SPM
murid aliran sains tulen, mereka akan menjalani
2021 di 23 buah sekolah

Segala pujian hanya bagi Allah Ujian Amali Sains. Cabaran yang begitu hebat menengah. Alhamdulillah,

s.w.t., selawat dan salam kepada ini memerlukan kita untuk menyantuni calon- suntikan motivasi dan sokongan

junjugan Nabi Muhammad s.a.w dan calon SPM ini. Antaranya, dengan mengadakan jitu berjaya diberikan kepada

kaum keluarganya, para sahabat beberapa siri perjumpaan seperti Jelajah calon SPM kita dengan beberapa

dan para taabi’in seluruhnya. Sukses SPM oleh Pegawai Pendidikan Daerah tips sentuhan terakhir daripada

Alhamdulillah, syukur kita kerana serta pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah

dapat meneruskan penerbitan e- Daerah Dungun, Program Kolaborasi Pejabat Dungun agar mereka lebih

Buletin Pejabat Pendidikan Daerah Pendidikan Daerah Dungun bersama dengan bersemangat untuk meneruskan

Dungun siri kedua pada bulan komuniti melalui siri jelajah di masjid-masjid kecemerlangan dalam

dan juga Program Kolaborasi Pejabat menempuh perjuangan SPM ini.

Februari ini. Pendidikan Daerah Dungun bersama dengan

Pejabat Penerangan daerah Dungun Versi 2.0. bersambung di mukasurat 2

Untuk perkongsian info dengan komuniti, Program Kolaborasi Pejabat
Pendidikan Daerah Dungun bersama dengan komuniti telah dilaksanakan.
Melalui AJK masjid berkaitan, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah telah diberi
penghormatan untuk berucap kepada jemaah sebelum solat jumaat bermula.
Selain itu, program siri solat hajat turut dilaksanakan seusai solat isyak
berjemaah tersebut. Alhamdulillah enam siri program ini telah berjaya
dilaksanakan. Program ini bermula di Masjid Al Salikin, Kampung Sungai
Udang, diikuti di Masjid Hadhari Paka dan di Masjid Bukit Besi. Seterusnya,
program ini bersambung di Masjid Al Mustaqim Kerteh 3, Masjid Kampung
Seberang Dungun dan berakhir di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah.

Kolaborasi Pejabat Pendidikan Daerah Dungun bersama dengan Pejabat
Penerangan Daerah Dungun juga diteruskan untuk tahun kedua apabila
hebahan berkaitan maklumat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diwarwarkan
kepada komuniti untuk semua DUN di daerah Dungun ini. Hebahan ini
ternyata berjaya menarik perhatian komuniti sekali gus dapat memastikan
komuniti memahami info pendidikan yang disampaikan secara lebih
terperinci.

Sentuhan akhir Pejabat Pendidikan Daerah Dungun adalah dalam menjejaki
Butir-butir Permata sekolah-sekolah harian biasa yang mempunyai kekuatan
untuk membuahkan ‘Straight A’. Calon SPM yang terpilih dan bertuah ini telah
diberi sokongan penuh oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah untuk
membantu mereka mengatasi kelemahan dalam mata pelajaran tertentu.

Itulah antara usaha kita pada saat-saat akhir ini. Akhir kalam, sekali lagi
marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar semua calon SPM
2021 ini dapat mengharungi peperiksaan dengan tabah dan hati yang tenang.
Semoga mereka akan mendapat keputusan yang cemerlang, malah lebih
cemerlang daripada tahun lalu, Insya-Allah.
Sekian, terima kasih.

TUAN HAJI KASMAN BIN EMBONG
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN
28 FEBRUARI 2022

EDISI 2 / 2022 MUKA SURAT 2

Program Kolaborasi Pejabat Pendidikan Daerah
Dungun bersama dengan Komuniti 2022 dan
Solat Hajat SPM 2021



Tarikh & Hari: 4 Februari 2022, Jumaat.

Tempat : Masjid Bukit Besi, Dungun



Tarikh & Hari: 11 Februari 2022, Jumaat.
Tempat : Masjid Al-Mustaqim, Felda Kerteh 3, Dungun



Tarikh & Hari: 18 Februari 2022, Jumaat.
Tempat : Masjid Kampung Seberang Dungun



Tarikh & Hari: 25 Februari 2022, Jumaat.
Tempat : Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun

EDISI 2 /2022 MUKA SURAT 3

TUAN HAJI KASMAN BIN EMBONG, MUKA SURAT 4
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN
MENYANTUNI CALON-CALON SPM 2021

7 Februari 2022
Tuan PPD menghadiri Jemputan ke
Program 30 Hari Menjelang SPM SMK
Teja Putra.

14 Februari 2022
Tuan PPD menghadiri perjumpaan
dengan Calon SPM SM Agama Sultan
Ismail.

15 Februari 2022
Tuan PPD menghadiri perjumpaan
dengan Calon SPM SMK Kuala Jengal.

17 Februari 2022
Tuan PPD menghadiri Perjumpaan
dengan Calon SPM SM Agama Sultan
Ismail.

20 Februari 2022
Tuan PPD menghadiri perjumpaan
dengan Calon SPM SMK Jerangau dan
SMK Ketengah Jaya.

21 Februari 2022
Tuan PPD menghadiri perjumpaan
dengan Calon SPM SMK Durian Mas.

23 Februari 2022
Tuan PPD menghadiri perjumpaan
dengan Calon SPM SMK Bukit Besi.

“Education is the power to think
clearly and the power to
appreciate life.”

–Haji Kasman bin Embong

EDISI 2 /2022

PROGRAM
MENARIK
SEPANJANG

BULAN

EDISI 2 /2022

Program Kolaborasi Pejabat Pendidikan Program Bimbingan Guru Perpustakaan Media
Daerah Dungun bersama dengan Komuniti (GPM)/ Guru Penyelaras Bestari/ ICT (GPBICT)/
Bil. 3/2022 dan Solat Hajat SPM 2021 Admin GC/ Penyelaras NILAM/ Penyelaras TV PSS

4 Februari 2022, Jumaat 6 - 23 Februari 2022
Program kolaborasi Pejabat Pendidikan Daerah Penolong PPD Unit Sektor Teknologi
Dungun bersama dengan komuniti dan solat Pendidikan (USTP) PPD Dungun
hajat SPM 2021 telah diadakan di Masjid Bukit mengadakan bimbingan berfokus secara
Besi, Dungun. Program ini telah dihadiri oleh 'one to one' kepada GPM/GPBICT/Admin
Pegawai Pendidikan Daerah Dungun; Tuan Haji GC/Penyelaras NILAM/Penyelaras TV PSS.
Kasman bin Embong yang telah menyampaikan Penilaian kendiri dibuat oleh guru
amanat dan mesej ilmu kepada komuniti. berkenaan bersama dengan pegawai USTP
Selain itu, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran; dan seterusnya menyenaraikan cadangan
Tuan Haji Mohd Fadzilah bin Mohd Ibrahim aktiviti tambah baik yang sesuai. Lawatan
turut menghadiri program ini. lokasi turut dibuat seperti ke PSS/bilik-bilik
khas/makmal komputer/pusat akses.
Program Bimbingan Profesional Pengetua Program ini melibatkan 12 buah sekolah
PRIME (Program Residency dan Immersion) iaitu SK Tok Kah, SJKC Sin Chone, SK LKTP
Jerangau, SK Felda Seri Rasau, SK Bandar
Dungun, SK Felda kerteh 1, SK Kompleks
Rantau Abang, SK Durian Mas 1, SK
Seberang Dungun, SK Balai Besar, SK Bukit
Besi dan SK Kampung Nyior.

6 Februari 2022, Ahad MUKA SURAT 5
Siri bimbingan profesional pengetua PRIME
oleh barisan SIP+ telah diadakan di SMK Teja
Putra. Perbincangan melibatkan bimbingan
perkongsian amalan terbaik sekolah dan isu-
isu yang berlaku di sekolah.

EDISI 2 /2022

Program Bimbingan Profesional Program Program Bimbingan Follow Up Follow Through
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort (FUFT) Pengurusan Panitia (SKPMg2 3.0) dan
3 bersama dengan barisan MLT sekolah. Pengurusan Fail PanitiaTS25 Ketua-ketua
PanitiaBidang Kemanusiaan Sekolah-sekolah
Rendah Daerah Dungun Sesi 2021.

7 Februari 2022, Isnin 8 - 22 Februari 2022
Bimbingan profesional Program Transformasi Siri Bimbingan Berfokus Follow Up Follow
Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 bersama dengan Through (FUFT) Pengurusan Panitia (SKPMg2
barisan MLT sekolah oleh pasukan SIP+ di SMK 3.0) dan PengurusanFail Panitia TS25
Kompleks Rantau Abang. Siri bimbingan ini kepada Ketua-ketua Panitia Bidang
turut membincangkan amalan-amalan terbaik Kemanusiaan Sekolah-sekolah Rendah
sekolah, perkembangan program TS25 dan Daerah Dungun Sesi 2021 telah
persiapan sekolah untuk proses akreditasi dilaksanakan oleh Pegawai SISC+ Sains
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Sosial, Sektor Pembelajaran PPD Dungun,
Encik Mohd Isham bin Embong. Turut hadir
Program Kunjung Bantu dan Bimbingan bersama-sama siri bimbingan ini ialah
Profesional Sekolah Pegawai SIP+: Dr. Tajulldin bin Mohamad
dan Pegawai SISC+ Bahasa: Encik Che Wan
8 Februari 2022, Selasa Abdul Jamil bin Che Wan Abdullah. Siri
Program kunjung bantu dan bimbingan bimbingan ini melibatkan lapan buah
profesional sekolah telah diadakan di SK sekolah iaitu SK Ketengah Jaya II, SK Durian
Tanjung Pati bagi membincangkan Mas 1, SK LKTP Jerangau, SK Kampung Baru
pelaksanaan pelaziman pendekatan bertema Kuala Abang, SK Bukit Besi, SK Kampung
bagi sekolah rintis. Nyior, SK Paka dan SK Durian Mentangau.

EDISI 2 /2022 MUKA SURAT 6

EDISI 2 /2022 Program Bimbingan Coaching and Mentoring
Program Transformasi Sekolah (TS25) Kohort 6

9 Februari 2022, Rabu
Bimbingan Coaching and Mentoring Program
Transformasi Sekolah (TS25) Kohort 6 telah
diadakan di SK Sura oleh pasukan SIP+ bagi
membincangkan perkongsian amalan terbaik
sekolah dan isu-isu semasa.

Program Kolaborasi Pejabat Pendidikan
Daerah Dungun bersama dengan Komuniti
Bil. 4/2022 dan Solat Hajat SPM 2021.

11 Februari 2022, Jumaat
Program kolaborasi Pejabat Pendidikan Daerah
Dungun bersama dengan komuniti dan solat
hajat SPM 2021 telah diadakan di Masjid Al
Mustaqim, Felda Kerteh 3, Dungun. Program ini
telah dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah
Dungun; Tuan Haji Kasman bin Embong yang
turut menyampaikan amanat dan mesej ilmu
kepada komuniti. Selain itu, Timbalan PPD
Sektor Pembelajaran; Tuan Haji Mohd Fadzilah
bin Mohd Ibrahim turut menghadiri program
ini.

Program Majlis Pengalungan Rambu PKK
Peringkat Daerah Dungun

13 Februari 2022, Ahad
Majlis Pengalungan Rambu Peringkat Daerah
Dungun telah diadakan di SK Tanjung Pati.
Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan
Daerah Dungun; Tuan Haji Kasman bin Embong.

MUKA SURAT 7

EDISI 2 /2022 Bengkel Bimbingan Kurikulum Vokasional
Spesifik (KVS) PPKI secara Berkelompok
Daerah Dungun

13 Februari 2022, Ahad
Bimbingan Kelompok Kurikulum Vokasional
Spesifik (KVS) kepada Guru-guru PPKI Sekolah
Menengah telah diadakan di Dewan Seminar
Chemerong, Pejabat Pendidikan Daerah Dungun
pada jam 2:00 petang.

Program Pemantauan Prosedur Operasi
Standard (SOP) dan Tinjauan Kes Covid-19 di
Asrama

13 Februari 2022, Ahad
Pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP)
dan tinjauan kes Covid-19 di asrama SMK Padang
Pulut. Tinjauan dan perbincangan berkaitan
pelaporan kes dan prosedur kuarantin murid-
murid yang positif Covid-19 di asrama
perempuan

Dialog Prestasi PPD Dungun Bilangan 4
Tahun 2021

13 Februari 2022, Ahad
Dialog Prestasi berfokus (Kluster 2 – Kemenjadian
Murid) berkaitan peratus layak sijil SPM dan
peratus lulus subjek Sejarah. Dialog prestasi ini
melibatkan sebelas buah sekolah menengah
Daerah Dungun yang mempunyai pencapaian di
bawah 50% (layak sijil SPM dan subjek Sejarah)
dalam peperiksaan percubaan SPM 2021
(MPP3/OTI2). Semua sekolah ini membentangkan
program intervensi yang telah dilaksanakan di
peringkat sekolah masing-masing bagi
membantu murid-murid tingkatan lima
meningkatkan pencapaian mereka dalam SPM
2021 nanti.

MUKA SURAT 8

EDISI 2 /2022 Taklimat Pentaksir Ujian Mendengar
Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia
2021

13 Februari 2022, Ahad
Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua
Pentaksir Ujian Mendengar Bahasa Melayu Sijil
Pelajaran Malaysia 2021 kepada semua
pentaksir daerah Dungun bertempat di Dewan
Seminar Chemerong, Pejabat Pendidikan
Daerah Dungun.

Program Khidmat Bantu ICT

14 Februari 2022, Isnin
Program khidmat bantu ICT telah diadakan di
Makmal Komputer SK Pulau Serai bagi
membaik pulih peralatan ICT yang rosak,
instalasi os terbaru dan penyambungan kabel
rangkaian LAN di dalam makmal komputer
sekolah.

Program Pemantauan Prosedur Operasi
Standard (SOP) dan Tinjauan Kes Covid-19 di
Asrama

14 Februari 2022
Pasukan SIP+ telah membuat tinjauan dan
perbincangan tentang pelaporan kes dan
proses kuarantin murid-murid yang positif
Covid-19 di asrama bersama dengan Tuan
Pengarah dan pihak pengurusan Kolej
Vokasional. Sesi perbincangan turut
merangkumi isu-isu murid di asrama dan
program intervensi.

MUKA SURAT 9

EDISI 2 /2022 Taklimat Keselamatan dan Pengurusan
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) 2021

14 Februari 2022, Isnin
Taklimat Keselamatan dan Pengurusan Ujian
Bertutur Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran
Malaysia 2021 telah diadakan di Bilik
Mesyuarat SK Batu 48, Dungun.

Program Bimbingan Pengurusan SK Paka II

16 Februari 2022, Rabu
Program Bimbingan Pengurusan SK Paka II
telah dijalankan oleh pasukan SIP+ bagi
membincangkan perkongsian amalan
terbaik sekolah dan isu-isu semasa.

Program Motivasi Kembara Juara SPM 2021

16 Februari 2022, Rabu
Program motivasi untuk membina semangat
juang calon SPM 2021 dalam mencapai
kecemerlangan SPM telah diadakan di SM Imtiaz
Yayasan Terengganu Besut. Majlis tersebut telah
dihadiri oleh 129 orang murid tingkatan lima. Sesi
ceramah dalam program ini telah disampaikan
oleh kaunselor PPD Dungun, Encik Wan Mohd
Annuar bin Wan Musa.

MUKA SURAT 10

Program Intensif Aku Nak Sijil SPM 2021 (Subjek Bahasa Melayu)

16 Februari 2022, Rabu
Program Intensif Aku Nak Sijil SPM 2021 di bawah Task Force Layak Sijil SPM bagi subjek
Bahasa Melayu SPM telah diadakan serentak di 21 buah sekolah menengah Daerah
Dungun. Kelas intensif subjek Bahasa Melayu ini telah diajar oleh guru bahasa Melayu
sekolah masing-masing menggunakan Modul MoKISS, Modul YaPEIM, Modul MoJUL atau
Modul Intervensi Pembelajaran (MIP). Sasaran murid yang mengikuti kelas intensif ini ialah
murid berpotensi lulus subjek Bahasa Melayu SPM. Pegawai Penyelaras bagi Program
Intensif Aku Nak Sijil SPM 2021 ialah Encik Mohd Isham bin Embong dan Encik Che Wan
Abdul Jamil bin Che Wan Abdullah.

Program Intensif Aku Nak Sijil SPM 2021 (Subjek Sejarah

17 Februari 2022, Khamis
Program Intensif Aku Nak Sijil SPM 2021 di bawah Task Force Layak Sijil SPM bagi subjek
Sejarah SPM telah diadakan serentak di 23 buah sekolah menengah Daerah Dungun.
Kelas intensif subjek Sejarah ini telah diajar oleh guru Sejarah sekolah masing-masing
menggunakan Modul MoKISS, Modul YaPEIM, Modul MoJUL atau Modul Intervensi
Pembelajaran (MIP). Sasaran murid yang mengikuti kelas intensif ini ialah murid berpotensi
lulus subjek Sejarah SPM. Pegawai Penyelaras bagi Program Intensif Aku Nak Sijil SPM
2021 ialah Encik Mohd Isham bin Embong dan Encik Che Wan Abdul Jamil bin Che Wan
Abdullah.

EDISI 2 /2022 MUKA SURAT 11

Program Intensif All Must A (ALMA) SPM 2021 (Subjek Matematik Tambahan)

18 Februari 2022, Jumaat
Program Intensif All Must A (ALMA) SPM 2021 bagi subjek Matematik Tambahan telah
diadakan serentak di 18 buah sekolah menengah Daerah Dungun. Kelas intensif subjek
Matematik Tambahan ini telah diajar oleh guru Matematik Tambahan sekolah masing-
masing menggunakan Modul PERMATA atau Modul Intervensi Pembelajaran (MIP).
Sasaran murid yang mengikuti kelas intensif ini ialah calon aliran sains tulen yang masih
kritikal dalam subjek Matematik Tambahan SPM. Pegawai Penyelaras bagi Program Intensif
All Must A (ALMA) SPM 2021 ialah Puan Fatimah Syam binti Ghazali.

Program Intensif All Must A (ALMA) SPM 2021 (Subjek Biologi/Fizik/Kimia)

19 Februari 2022, Sabtu
Program Intensif All Must A (ALMA) SPM 2021 bagi subjek Biologi/Fizik/Kimia telah
diadakan serentak di 18 buah sekolah menengah Daerah Dungun. Kelas intensif subjek
Biologi/Fizik/Kimia ini telah diajar oleh guru Biologi/Fizik/Kimia sekolah masing-masing
menggunakan Modul ALMA, Modul Intervensi Pembelajaran (MIP) atau sebarang modul
yang diperoleh daripada sumber yang lain. Sasaran murid yang mengikuti kelas intensif ini
ialah calon aliran sains tulen yang masih kritikal dalam subjek Biologi/Fizik/Kimia SPM.
Pegawai Penyelaras bagi Program Intensif All Must A (ALMA) SPM 2021 ialah Puan Fatimah
Syam binti Ghazali.

EDISI 2 /2022 MUKA SURAT 12

EDISI 2 /2022 Program Kolaborasi Pejabat Pendidikan
Daerah Dungun bersama dengan Komuniti
dan Solat Hajat SPM 2021

17 Februari 2022, Khamis
Program Kolaborasi bersama dengan komuniti
dan solat hajat anjuran PIBG SM Agama Sultan
Ismail dan Jawatankuasa Masjid Nurul Ehsan.
Program ini bermula dengan bacaan Surah
Yasin dan diikuti dengan ucapan aluan Naib
Yang Di-Pertua PIBG SM Agama Sultan Ismail,
En Rusdi bin Muda. Atur cara seterusnya
adalah penyampaian amanat daripada Pegawai
Pendidikan Daerah Dungun, Tuan Haji Kasman
bin Embong dan program solat hajat selepas
solat Isyak. Program ini turut dihadiri oleh para
pegawai PPD, guru-guru dan ibu bapa yang
berjumlah sekitar 200 orang jemaah.

Program Kolaborasi Pejabat Pendidikan
Daerah Dungun bersama dengan Komuniti
Bil. 5/2022 dan Solat Hajat SPM 2021

18 Februari 2022, Jumaat
Program kolaborasi Pejabat Pendidikan
Daerah Dungun bersama dengan komuniti
dan solat hajat SPM 2021 telah diadakan di
Masjid Kampung Seberang Dungun. Program
ini telah dihadiri oleh Pegawai Pendidikan
Daerah Dungun; Tuan Haji Kasman bin
Embong yang telah menyampaikan amanat
dan mesej ilmu kepada komuniti. Selain itu,
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran; Tuan Haji
Mohd Fadzilah bin Mohd Ibrahim turut
menghadiri program ini.

MUKA SURAT 13

Taklimat Katering Sihat bersama dengan
Pejabat Kesihatan Daerah Dungun (PKDD) dan
Pengusaha Kantin Daerah Dungun Tahun 2022

19 Februari 2022, Sabtu
Program ini dilaksanakan secara kolaborasi
antara PKDD, PPD Dungun dan pihak pengurusan
kantin sekolah yang terdiri daripada 72 buah
sekolah termasuk Pengusaha kantin, Tukang
Masak dan Pembantu Tukang Masak. Program ini
diadakan di Pusat Latihan Kerteh pada jam 8:30
pagi.

Majlis Pelancaran Program Santunan Kasih
CBK

20 Februari 2022, Ahad
Program Santunan Kasih kepada Calon-
calon Berkeperluan Khas (CBK) SPM dan
STPM sesi 2021 telah diadakan secara
dalam talian Google.Meet. Program yang
bermula pada jam 2:00 petang ini telah
dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah
Dungun, Tuan Haji Kasman bin Embong.

Dialog Prestasi Pendidikan Khas Bilangan
2/2022

21 Februari 2022, Isnin
Sesi Dialog Prestasi yang berfokuskan
kemudahan mesra OKU berjaya dilaksanakan
oleh Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran
PPD Dungun secara bersemuka di Dewan
Seminar Chemerong, Pejabat Pendidikan Daerah
Dungun.

EDISI 2 /2022 MUKA SURAT 14

EDISI 2 /2022 Program Bimbingan Berkelompok Sektor
Pengurusan Sekolah Bilangan 1 Tahun 2022

21 Februari 2022, Isnin
Program bimbingan berkelompok Sektor
Pengurusan Sekolah berjaya diadakan di SK
Kampung Wa. Program Bimbingan berkelompok
ini telah diketuai oleh Timbalan PPD Sektor
Pengurusan Sekolah; Encik Shamsul Bahri bin
Shafie. Program bimbingan berkelompok turut
dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah
Dungun; Tuan Haji Kasman bin Embong.

Program Mari Mewarna Bersama dengan
Nuri anjuran SK Durian Mentangau dan Bank
Kerjasama Rakyat Cawangan Dungun

21 Februari 2022, Isnin
Program Mari Mewarna Bersama dengan Nuri
anjuran SK Durian Mentangau dan Bank
Kerjasama Rakyat Cawangan Dungun telah
dijalankan bagi mencungkil bakat murid dalam
mewarna sekali gus menarik minat murid untuk
hadir ke sekolah. Program ini melibatkan 172
orang murid sekolah yang bermula pada jam 9:45
pagi.

Program Santunan Kasih Calon Berkeperluan
Khas (CBK)

21 Februari 2022, Isnin
Program Santunan Kasih Murid Calon
Berkeperluan Khas (CBK) STPM, Adik Nurzahirah
bt Nasroon dari SMK Ketengah Jaya telah
diadakan bersama dengan Pegawai Pendidikan
Daerah Dungun; Tuan Haji Kasman bin Embong
dan Timbalan PPD Sektor Pembelajaran; Tuan
Haji Mohd Fadzilah bin Mohd Ibrahim bertempat
di SMK Ketengah Jaya.

MUKA SURAT 15

EDISI 2 /2022 Program Siri Kunjung Bantu ICT

21 - 22 Februari 2022, Isnin – Selasa
Program Siri Khidmat dan Kunjung Bantu ICT
telah diadakan di SMK Pulau Serai. Siri khidmat
dan kunjung bantu ini dijalankan bagi
pelaksanaan kerja-kerja penyambungan
rangkaian kabel LAN dan penyelenggaraan
komputer yang rosak di dalam makmal komputer
sekolah.

Pemantauan Program Vaksinasi SK Kuala
Dungun

22 Februari 2022, Selasa
Penolong PPD dari Sektor Pembangunan Murid,
PPD Dungun, Encik Abdul Razak bin Jusoh dan
Encik Sabudin bin Mahmud telah membuat
pemantauan program vaksinasi di SK Kuala
Dungun.

Pemantauan Program Vaksinasi SK Gong
Pasir, Dungun.

23 Februari 2022, Rabu
Penolong PPD dari Sektor Pembangunan Murid,
PPD Dungun, Encik Abdul Razak bin Jusoh dan
Encik Sabudin bin Mahmud telah membuat
pemantauan program vaksinasi di SK Gong Pasir.

MUKA SURAT 16

Program Santunan Kasih

23 Februari 2022, Selasa
Program Santunan Kasih Pejabat Pendidikan
Daerah Dungun telah dilaksanakan kepada adik
Tengku Aziz bin Tengku Fauzi dari SM Imtiaz
Yayasan Terengganu Dungun, murid Calon
Berkeperluan Khas (CBK) SPM 2021. Kunjungan
tersebut dihadiri oleh Pegawai Pendidikan
Daerah Dungun; Tuan Haji Kasman bin Embong
dan Timbalan PPD Sektor Pembelajaran; Tuan
Haji Mohd Fadzilah bin Mohd Ibrahim.

Taklimat Pengurusan dan Pengendalian SPM
Bertulis 2021

23 dan 24 Februari 2022, Rabu – Khamis
Taklimat Pengurusan dan Pengendalian
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bertulis
kepada Ketua Pengawas (KP) dan Timbalan Ketua
Pengawas (TKP) telah diadakan di Dewan Seminar
Chemerong, Pejabat Pendidikan Daerah Dungun.

EDISI 2 /2022 MUKA SURAT 17

Program Bacaan Surah Yasin dan Solat
Hajat Perdana DUN Paka

24 Februari 2022, Khamis
Program Bacaan Surah Yasin dan Solat Hajat
Perdana DUN Paka telah diadakan di Masjid
Jamek Paka selepas solat Maghrib. Program ini
telah dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah
Dungun; Tuan Haji Kasman bin Embong yang
turut menyampaikan amanat dan mesej ilmu
kepada komuniti. Selain itu, Timbalan PPD Sektor
Pembelajaran; Tuan Haji Mohd Fadzilah bin Mohd
Ibrahim dan YB Ustaz Satiful Bahri bin Mamat;
Exco Pendidikan Negeri Terengganu turut
menghadiri program ini.

Program Kolaborasi Pejabat Pendidikan
Daerah Dungun bersama dengan Komuniti
Bil. 6/2022 dan Solat Hajat SPM 2021.

25 Februari 2022, Jumaat
Program kolaborasi Pejabat Pendidikan Daerah
Dungun bersama dengan komuniti dan solat
hajat SPM 2021 telah diadakan di Masjid Tengku
Ampuan Intan Zaharah Dungun. Program ini
telah dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah
Dungun; Tuan Haji Kasman bin Embong yang
turut menyampaikan amanat dan mesej ilmu
kepada komuniti. Selain itu, Timbalan PPD Sektor
Pembelajaran; Tuan Haji Mohd Fadzilah bin
Mohd Ibrahim turut menghadiri program ini.

EDISI 2 /2022 MUKA SURAT 18

SIDANG REDAKSI

PENGERUSI TALIAN ADUAN
TUAN HAJI KASMAN BIN EMBONG EBULETIN PPD
TIMBALAN PENGERUSI 1
EN. SHAMSUL BAHRI BIN SHAFIE Emel :
TIMBALAN PENGERUSI 2 [email protected]
TUAN HAJI RAMLI BIN JUSOH Borang :
TIMBALAN PENGERUSI 3 https://bit.ly/34vSx7i
TUAN HAJI MOHD FADZILAH BIN MOHD IBRAHIM
TIMBALAN PENGERUSI 4
EN. ALIAS BIN SULAIMAN
PENYELARAS
EN. AHMAD ANUAR BIN ABD RAHMAN
PENOLONG PENYELARAS
EN. RUSLI BIN MAT NOR
SETIAUSAHA
ADIBAH BT ABDUL HAMID
PENOLONG SETIAUSAHA
SITI SURINA BT ABDUL RAHMAN

AJK WAKIL SEKTOR
WAN ABDUL JABBAR BIN WAN SALLEH
(PENYELARAS SEKTOR)
ROSDI BIN HUSSIN
(SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH)
AHMAD ZULKARNAIN BIN YAHYA
(SEKTOR PEMBELAJARAN)
MOHD AZMAN BIN ALI
(SEKTOR PERANCANGAN)
ABD. RAZAK BIN JUSOH
(SEKTOR PEMBANGUNAN MURID)
WAN MOHD ANNUAR BIN WAN MUSA
(SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING)
ABDUL WAHID BIN MOHAMMAD
(SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN)
SHARIFAH ANISAH BT SYED OTHMAN
(SEKTOR PENGURUSAN)

KETUA EDITOR
MOHD ISHAM BIN EMBONG
PENOLONG EDITOR
CHE WAN ABDUL JAMIL BIN CHE WAN ABDULLAH
NURHANIS BT MOHD

GRAFIK
NAMIZAM BIN NGAH
ADIBAH BT ABDUL HAMID

EDISI 2 /2022 MUKA SURAT 19

SANTAPAN NURANI

OLEH USTAZ FIRDAUS BIN NGAH @ SALIM

Ucapkan Kalimah Yang Baik

Dalam kehidupan kita seharian, kita sering melihat sesuatu yang kita suka dan tidak
kurang juga kadang kala kita melihat sesuatu yang kita tidak suka.

Rasulullah SAW mengajar kita mengungkapkan kalimah yang mulia sama ada ketika kita
melihat sesuatu yang mengembirakan mahupun yang kita tidak sukai.

‫َع ْن َع اِئَش َة َق اَلْت َكاَن َرُس وُل ِهَّللا صلى الله عليه وسلم ِإَذا َرَأى َم ا ُيِح ُّب َق اَل اْلَحْم ُد ِلَّلِه اَّلِذ ى ِبِنْع َم ِتِه‬
‫ َو ِإَذا َرَأى َم ا َيْكَرُه َق اَل اْلَحْم ُد ِلَّلِه َع ىَل ُكِّل َحاٍل‬. ‫َتِتُّم الَّص اِلَحاُت‬.

Daripada 'Aisyah RA, kebiasaannya Rasulullah SAW jika menyaksikan hal-hal yang
baginda sukai, baginda mengucapkan “Alhamdulillah alladzi bi ni’matihi tatimmus
solihat” (segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal soleh sempurna).
Sedangkan jika baginda menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan baginda
mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal“ (segala puji bagi Allah atas segala keadaan)”
(HR Ibn Majah, no. 3803) Status: Hadis Hasan.

Jika kita melihat atau dikhabarkan sesuatu perkara yang kita sukai, maka ucapkanlah
kalimah:

‫اْلَحْم ُد ِلَّلِه اَّلِذ ى ِبِنْع َم ِتِه َتِتُّم الَّص اِلَحاُت‬.

(segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal soleh sempurna)

Jika kita mendapat khabar atau melihat sesuatu yang tidak menyenangkan hati, maka
ucapkanlah kalimah:

‫اْلَحْم ُد ِلَّلِه َع ىَل ُكِّل َحاٍل‬.

(segala puji bagi Allah atas segala keadaan)

‫والله أعلم‬

EDISI 2 /2022 MUKA SURAT 20

PSIKOLOGI & KAUNSELING

OLEH WAN MOHD ANNUAR BIN WAN MUSA

Apa itu Kaunseling?
·Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah Pegawai
Kaunseling tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa
yang baik untuk Pegawai Kaunseling tidak semestinya baik juga untuk klien. Keistimewaan
khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang
kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam
menghasilkan perubahan diri.
·Hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Pegawai Kaunseling cuba memahami
dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien
memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan
masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara Pegawai Kaunseling dan klien turut membantu
klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
·Kaunseling menggerakkan klien memahami dirinya sendiri dari segi kelemahan yang
menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya.
Oleh itu, fokus perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya,
bukan masalahnya.
·Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku
melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan.
Mitos Khidmat Kaunseling
·Kaunseling adalah nasihat.
·Hubungan kaunseling hanya sehala.
·Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia (klien).
·Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup.

Rumusan
Kaunseling adalah proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu

individu memahami dirinya dan persekitarannya. Teknik-Teknik dalam teori kaunseling boleh
digunakan oleh kaunselor untuk membantu klien memahami dirinya sendiri. Oleh yang
demikian, dicadangkan agar berjumpa dengan Kaunselor anda untuk mendapatkan bantuan
selanjutnya dari aspek, psikologi, emosi, pembangunan kerjaya dan lain-lain lagi.

# Sudut Kaunseling @ PPD Dungun

EDISI 2 /2022 MUKA SURAT 21


Click to View FlipBook Version