The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazikri08-926, 2021-07-12 02:09:06

JURNAL MINGGU 1

JURNAL MINGGU 1

   

  JURNAL PRAKTIKUM

  Nama Pelajar  
  No Kad Pengenalan
  Program : FAZIKRI BIN AB RAZAK
  Pengkhususan / Opsyen : 980326025651
  Sekolah : PISMP
  Minggu Praktikum : PISMP AMBILAN JUN 2018/ RBT1
  Tarikh : SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KETIL, KEDAH
  Tajuk :1
  Kategori : 01-07-2021
  Pensyarah Penyelia : PERATURAN-PERATURAN KETIKA SESI PDP
  Guru Pembimbing : Pengurusan Bilik Darjah
: MOHD ALI BIN SIDEK
  : SANIAH BINTI AHMAD RAZALY
 
 
1. Isu Yang Difokuskan :

Bermula minggu pertama, saya akan mengambil alih tiga kelas bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan satu kelas bagi
subjek Pendidikan Jasmani(PJ). Jumlah kesemua murid yang diajar oleh saya adalah seramai 98 orang. Salah satu isu yang saya
kenalpasti adalah persepsi guru terhadap kelas-kelas tersebut. Oleh itu, saya menjalankan sesi suai kenal ringkas bersama murid dan
juga menetapkan beberapa peraturan kelas, yang mana pada hemat saya murid telah sedia faham namun kurang mengamalkannya
semasa sesi PdPR dijalankan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Berdasarkan apa yang telah berlaku, saya dapati beberapa pengajaran yang perlu diketahui oleh semua guru yang baru menjejakkan
kaki ke sekolah baru, terutama guru praktikum. Antaranya ialah mengenai budaya belajar yang diamalkan oleh sekolah berkenaan.
Perkara ini penting bagi mengetahui bagaimanakah budaya dan cara mereka didik untuk menjaga adab mereka sebagai seorang
murid.

Masalah disiplin murid mungkin akan timbul semasa proses PdPR, oleh itu penerapan peraturan ketika menggunakan Google Meet
perlu diambil berat. Walaupun ini merupakan kali kedua saya menjalani praktikum, saya sedar bahawa lain sekolah, lain budayanya.
Saya juga tidak boleh menganggap bahawa prestasi dan sahsiah murid-murid di SK Kuala Ketil adalah sama dengan SK Lavender
Heights di mana saya menjalani praktikum fasa pertama dahulu

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Suhaimi Taat (2012), pengurusan yang berkesan akan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran,
interaksi dan penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan segala objektif dan
matIamat yang ingin dicapai menjadi kenyataan, seorang guru hendaklah mengetahui dan memahami prinsip-prinsip pengurusan bilik
darjah. Prinsip-prinsip ini adalah gabungan daripada sikap guru, rutin dan peraturan, iklim bilik darjah, dan aspek pengurusan yang
mengutamakan pengajaran dan pembelajaran.

Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan ialah seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar ketika guru
mengajar, bagaimana prosedur menjawab pertanyaan guru dan juga peraturan khusus apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Oleh itu,
guru pelatih perlu tegas dan konsisten dengan apa yang telah ditetapkan dalam prosedur peraturan tanpa ada pengecualian kepada
mana-mana pelajar.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Cadangan yang boleh diambil ialah dengan menetapkan beberapa peraturan ketika sesi PdP menggunakan Google Meet. Peraturan
yang ditetapkan perlulah dipersetujui bersama murid-murid agar murid-murid dapat menerima peraturan yang telah guru tetapkan.
Selain itu, peraturan yang diwujudkan perlu diingatkan sentiasa iaitu setiap kali kelas ataupun setiap kali murid berkelakuan
melanggar peraturan yang dibina bersama. Pelaksanaan peraturan ini adalah agar pengajaran yang akan datang lebih berjalan dengan
lebih sistematik dan keadaan kelas akan lebih terkawal. Contoh peraturannya ialah murid wajib menutup mikrofon masing-masing
ketika guru mengajar supaya murid-murid yang lain dapat memberi sepenuh perhatian ketika belajar.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan Susulan :

Menetapkan dan melaksanakan peraturan di dalam bilik darjah. Peraturan yang telah ditetapkan tersebut adalah peraturan yang
ditetapkan oleh guru, akan tetapi sebaiknya peraturan yang hendak dibina haruslah dengan persetujuan bersama antara murid
dengan guru. Peraturan yang ditetapkan perlulah ringkas dan mudah difahami oleh murid. Hanya dua peraturan yang saya tetapkan
ketika sesi PdP iaitu murid perlu menjaga adab antara murid dengan guru dan kedua, segala tugasan yang diberikan oleh guru
perlulah dihantar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

08-07-2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Berdasarkan pemerhatian, dengan menetapkan beberapa peraturan ketika sesi PdPR, murid dilihat mematuhi peraturan tersebut.
Namun, peraturan tersebut perlulah diingatkan sentiasa. Hal ini kerana, murid tetap akan melanggar peraturan tersebut jika tidak
diingatkan dalam tempoh yang lama. Pelaksanaannya juga perlu konsisten dan guru tidak boleh melonggarkan peraturan tersebut
tanpa sebab yang kukuh, guru perlu tetap dengan pendirian agar murid tidak mengambil ringan akan peraturan yang telah ditetapkan

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Dengan menetapkan beberapa peraturan dalam bilik darjah, tingkah laku murid dapat dikawal. Peraturan yang ditetapkan perlulah
dipersetujui bersama murid-murid agar murid-murid dapat menerima peraturan yang telah guru tetapkan. Selain itu, peraturan yang
diwujudkan perlu diingatkan sentiasa iaitu setiap kali kelas ataupun setiap kali murid berkelakuan melanggar peraturan yang dibina
bersama. Pelaksanaan peraturan ini adalah agar pengajaran yang akan datang lebih berjalan dengan lebih sistematik dan keadaan
kelas akan lebih terkawal. Peraturan yang hendak dibina haruslah dengan persetujuan bersama antara murid dengan guru. Peraturan
yang ditetapkan perlulah ringkas dan mudah difahami oleh murid.

Rujukan :

Suhaimi Taat (2012). "Pengurusan bilik darjah berkesan". Kuala Lumpur: Utusan Malaysia

 

 


Click to View FlipBook Version