• -untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. TEKNIK JADUAL TUKAR GANTI: Perbezaan Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif Penilaian Formatif merupakan penilaian yang berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala, penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian untuk membezakan antara peringkat pencapaain pelajar. Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan yang boleh dilihat dari pelbagai aspek iaitu konsep, tujuan, aktiviti, masa, bentuk, sasaran, liputan, rekod dan tindakan. Jadual berikut menjelaskan ciriciri perbezaan antara kedua-dua jenis penilaian tersebut. Aspek Penilaian Formatif Penilaian Sumatif Konsep Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan. Tujuan Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan pengajaran dan pembelajaran dengan kadar segera. Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas. Aktiviti Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh. Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas atau tingkatan. Masa Semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan. Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun). Bentuk Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soal jawab), atau formal (melibatkan ujian kertas Formal (ujian kertas pensel atau ujian lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut
pensel dalam masa yang singkat). kesesuaiannya. Sasaran Secara individu, kumpulan atau kelas. Secara kelas atau tingkatan Liputan Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal) Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan Rekod Tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian formal) Penggunaan rekod profil atau pensijilan. Tindakan Memperbaiki kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan di dalam kelas. i. Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai. ii. Merancang dan mengubah suai pelajaran atau kurikulum. iii. Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan. PENTAKSIRAN FORMATIF Tidak membanding murid dengan murid lain Tidak meletakkan murid pada suatu skala nombor/abjad/band/skor/markah yang menunjukkan kedudukan tinggi/rendah Hasil pentaksiran ialah maklum balas (feedback) PENTAKSIRAN SUMATIF Di hujung unit pembelajaran Membuat pertimbangan menggunakan pelbagai maklumat dan membuat penilaian (bertulis) tentang prestasi, pencapaian dan keperluan murid untuk meneruskan pembelajaran Maklumat dlm bentuk kualitatif dan/atau kuantitatif mengikut standard yang ditetapkan oleh sekolah Tidak membandingkan murid dgn murid TEKNIK SIMULASI Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Rujukan: Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Asraf. (2012). Petunjuk tatabahasa bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Berk, R.A. (2009). Multimedia teaching with video clips: TV, movies, YouTube, and mtvU in the college classroom. International Journal of Technology in Teaching and Learning. 5(1), pp. 1-21.
Bhavani Sridharan & Kinshuk (2003). "Reusable Active Learning System for Improving the Knowledge Retention and Better Knowledge Management," Third IEEE International Conference on Advanced Learning Technologies (ICALT'03), icalt, pp.72. Brown, J.D. & Hudson T. (2002). Criterion-reference language testing. Cambridge: Cambridge University Press. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Bentong: PTS Publication & Distributors. Juriah Long. (2010). Kaedah pengajaran dan. pembelajaran bahasa Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Elemen KBAT dalam Kurikulum. Retrieved from https://www.moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/kbat/1.%20KURIKULUM.pdf Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan Inkuiri. Retrieved from http://file:///C:/Users/HP/Downloads/002%20panduan%20pelaksanaan%20pp %20berasaskan%20inkuiri.pdf Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Malaysia 2013-2025. (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan Inkuiri. Retrieved from http://file:///C:/Users/HP/Downloads/002%20panduan%20pelaksanaan%20pp %20berasaskan%20inkuiri.pdf Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Malaysia 2013-2025. (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Mok Soon Sang. (2009). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Nik Safiah, Hashim Haji Musa, Farid M. Onn & Abdul Hamid Mahmood. (2014). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noor Rohana. (2009). Soalan dan penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Nurul Huda. Abd. Rahman & Md. Nasir Ibrahim. (2013). Pemikiran kritis dan kreatif: konsep, pendekatan dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Read, C. (2007).500 Activities for the primary classroom. Macmillan Books for Teachers. Macmillan Publishers: Oxford. Shahabudddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad. 2003. Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Shah Alam: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
Tay, L. K. (2000, November). Kaedah Pembelajaran Koperatif: Ke Arah Pembelajaran Bacaan Pemahaman Teks Yang Berkesan. Jurnal Akademik MPSAH, 8, 1-8. Yahya Othman, Roselan Baki & Nafii Mat. (2009). Pemerkasaan pendidikan bahasa Melayu dari teori ke praktik. Selangor: Utusan Publication.