7/8/2023
NOTA PENULISAN SYAIR Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Keseluruhan para sarjana sependapat bahawa perkataan syair berasal daripada istilah Arab shi’r (a poem) yang bererti puisi sedangkan sha’ir (a poet) bermaksud penulis puisi, penyair, penyajak. D a l am pui s i M e l a yu tr adi s iona l , bentuk s y a ir diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri melalui Syair Burung Pungguk dan Syair Perahu sekitar abad ke-16. APA ITU SYAIR ?
CONTOH-CONTOH PENULISAN SYAIR Pertama mula pungguk merindu, Berbunyilah guruh mendayu-dayu, Hatinya rawan bercampur pilu, Seperti diiris dengan sembilu. Inilah gerangan suatu madah, mengarangkan syair terlalu indah, membetuli jalan tempat berpindah, di sanalah i'tikat diperbetuli sudah. SYAIR BURUNG PUNGGUK SYAIR PERAHU syair diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri
CIRI-CIRI SYAIR 1.Empat baris serangkap. 2. Seluruh empat baris merupakan satu unit kesatuan idea. 3. Setiap baris merupakan maksud. 4. Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan dasar. 5. Jumlah suku kata bagi setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata.
PROSES DALAM PENGKARYAAN SYAIR Dengar anakku pesan berguna, a Benci membenci amalan hina, a Hindari diri dari durjana, a Agar menjadi insan sempurna. a PROSES IDEA BILANGAN KATA SUKU KATA RIMA AKHIR pesan berguna, 4 10 na amalan hina 4 10 na durjana, 4 10 na insan sempurna 4 10 na MURNIKAN BAIK BAIK BAIK
Dengarkan tuan ayahanda berperi, Kepada anakanda muda bestari, Nasihat kebajika ayahanda beri, Amalkan jangan malas dan ngeri, Ayuhai anakanda muda remaja, Jika anakanda menjadi raja, Hati yang betul hendak disahaja, Serta rajinpada bekerja. Kerja kebajikan janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Sepertiair di dalam gelas. CONTOH SYAIR LENGKAP
TERIMA KASIH KESIMPULAN Kesimpulannya, syair sebagai puisi Melayu tradisional merupakan warisan berharga yang tidak boleh dipandang sepi oleh generasi kini. Syair bukan sahaja kaya dengan pemikiran tinggi dan mesej bermakna, tetapi juga membawa citra masyarakat Melayu dahulu yang luhur peribadi dan berupaya menjadi suri teladan kepada generasi madani meneruskan kehidupan. Marilah kita mencipta dan mengapresiasi syair asalkan kita tidak menyimpang dari agama, adat, dan norma-norma sosial masyarakat.