The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by harimaugarang00, 2022-05-18 05:55:09

Ebookedp[1]

Ebookedp[1]

PERKAUMAN

ISU PERKAUMAN

Salah siapa?

PUNCA-PUNCA ISU PERKAUMAN

Punca isu perkauman adalah berpunca daripada sikap penting
diri antara kaum . hanya mementingkan kaum mereka tidak mahu

mengambil peduli semua kaum lebih mudah difahami mereka
bersifat racist .Selain itu iya juga berpunca daripada iaitu ahli
politik serta media sosial.ahli politik di negara ini adalah salah
satu punca timbulnya perbalahan dalam kalangan masyarakat

selain terdapat paparan yang sengaja mencetuskan isu
perkauman di media sosial. Sesetengah ahli politik bermain
dengan sentimen perkauman dan keagamaan serta yang kedua
ialah media sosial. Jadi dua ini adalah antara punca yang dapat
menggugat keharmonian kaum di negara ini masyarakat hari ini,
mereka lebih celik politik dan masyarakat kita menjadi satu
masyarakat yang semakin ‘politikal’.Kita berpolitik 24 jam, tidak
mengira masa, tempat dan waktu. Ia perkembangan yang bagus

sebenarnya kerana masyarakat sudah celik
politik.Bagaimanapun, apabila ia tidak dikawal, platform
kebebasan yang diberikan itu dibimbangi akan disalah guna dan
hari ini, kita sudah melihat beberapa kesannya.Sedikit sebanyak
masyarakat kita menjadi ‘terlebih politik berbanding ahli politik’
dan wujud juga golongan yang saya simpulkan sebagai
‘ekstremis politik’ atau ‘kefanatikan politik’ yang melampau-
lampau.Fenomena ini jika tidak dibendung di peringkat awal akan

membawa kepada proses radikalisasi dalam konteks
politik.Sebelum ini, kita melihat radikalisasi ini hanya berlaku
dalam kumpulan beragama, kini sudah merebak kepada konteks
politik..Seterusnya perdebatan tiada henti terutama menerusi
platform media sosial yang menyentuh isu sensitif seperti kaum
serta agama mengundang situasi kurang harmoni di negara
ini.Segelintir netizen lebih senang menzahirkan perselisihan
faham berkaitan sesuatu isu di laman sosial tanpa mengambil

kira kesannya.Senario ini dibimbangi mampu menggugat
kestabilan negara jika tiada usaha dilakukan untuk merapatkan

semula jurang antara kaum.Ia juga membuka ruang kepada
pelampau, tidak mengira agama, untuk mengeksploitasi isu
sekali gus menzahirkan tindakan radikal. Kesimpulannya ini
adalah antara penyebab besar berlakunya punca isu perkauman

di negara kita .

Kesan isu perkauman




Negara Malaysia merupakan salah satu negara
dengan kepelbagaian kaum yang terdiri daripada
Kaum Melayu, Cina dan India.Kepelbagaian kaum

yang unik ini sudah pasti akan mengundang
pelbagai masalah dan banyak kesan buruk
terhadap perpaduan negara .Perpaduan negara
Malaysia haruslah dilindungi dan dikekalkan
walau denga apa cara sekalipun setelah hasil
titik peluh tokoh-tokoh terdahulu yang berjuang
untuk mencapai perpaduan negara Malaysia
untuk mendapatkan kemerdekaan untuk negara
tercinta.Menurut kenyataan majlis Raja-Raja
“kita perlu mengambil kira asas mencapai

kemerdekaan negara oleh pemimpin
kemerdekaan negara oleh pemimpin terdahulu
menerusi Kerjasama,kesepakatan dan perpaduan

yang cukup kukuh bagi mencapai mencapai
kemerdekaan.Hal ini telah membuktikan bahawa
betapa pentingnya perpaduan dalam sesebuah

negara kerana tanpa perpaduan rakyat tidak
akan bersatu dan akan mengakibatkan negara

akan musnah.

Kesan isu perkauman




Antara salah satu kesan isu perkauman terhadap perpaduan
negara ialah menyebabkan pecahan antara kaum dari segi

ekonomi.Seperti yang telah berlaku semasa zaman pemerintahan
British terdahulu,kaum di dalam negara dibahagikan kepada sektor

ekonomi yang berbeza mengikut kaum.Pecahan kaum di negara
kita akan berulang kembali jika isu perkauman di dalam negara
menjadi serius.Pepatah melayu juga mengatakan bahawa “buang
yang keruh ambil yang jernih”kerana kita perlu melupakan segalan
kesulitan yang dilalui oleh masyarakat pada pemerintahan british
terdahulu agar negara sentiasa aman dan harmoni sepanjang
masa.Pada zaman pemerintahan British terdahulu,walaupun bukan
daripada kerajaan ,perkara ini juga boleh dilakukan oleh majikan
atau orang yang berkuasa.Sebagai contoh,orang yang paling
berkuasa di sesuatu sektor seperti sektor perikanan berbangsa
cina,sudah semestinya hanya kaum cina sahaja yang dibenarkan
bekerja di sektor tersebut tanpa membenarkan kaum lain yang
berkerja di sektor tersebut.Pihak british bijak menggunakan tektik
untuk mengelak daripada rakyat untuk bersatu demi mengekalkan

kuasa pengaruhnya kerana meraka tahu bahawa jika rakyat
Malaysia bersatu mereka akan dapat menewaskan british kerana
rakyat Malaysia akan kuat jika perpaduan antara kaum lebih erat.

Selain itu,kesan isu perkauman terhadap perpaduan negara ialah
tercetusnya permusuhan atau pergaduhan antara kaum .Sebagai
contoh perasaan saling membenci akan wujud dan satu kesilapan
kesan akan mengundang satu pertelingkahan yang besar .Semasa
pertelingkahan Sesuatu topik kaum lain akan keluar daripada kaum
yang berbeza yang akan menyebabkan berlaku pergaduhan yang
besar dan akan mengambil masa yang lama untuk menjernihkan
Kembali silaturahim tersebut.Lebih teruk lagi apabila golongan
dewasa akan mempengaruhi minda remaja dan kanak-kanak untuk

turut membci dan tidak bergaul dengan kaum yang
berbeza.Pepatah ada menyatakan bahawa melentur buluh biarlah
dari rebungnya kerana merekalah generasi yang akan memimpin

negara pada masa akan datang..

Langkah-Langkah mengatasi isu

perkauman

1. Didikan Ibu Bapa

Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan
peribahasa Melayu yang sering kali digunakan apabila

melibatkan ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang
pertama yang paling awal mendekati anak-

anak.Diseebabkan itu, fikiran dan kelakuan anak-anak
dipengaruhi oleh sikap ibu bapa mereka. Sebagai

contoh, anak-anak mereka akan didedahkan tentang
kewujudan isu-isu kaum sejak mereka kecil

lagi.Terdapat segelintir ibu bapa di Malaysia ini masih
mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu-isu
perkauman, jadi mereka cenderung untuk memberi

fakta yang terpesong yang akan mempengaruhi anak-
anak terhadap bangsa-bangsa dan kaum-kaum yang

lain di Malaysia.Oleh itu, hal ini menyebabkan
perpaduan dan persepakatan antara kaum dan bangsa

sukar dicapai. Ibu bapa perlulah menunjukkan
keikhlasan kita dalam menjalin hubungan dengan
sesiapa pun terutama dengan jiran tetangga dan
anggota masyarakat yang berbeza warna kulit,

kebudayaan dan agama dalam kehidupan
seharian.Apabila ibu bapa mengamalkannya, justeru
dapat menunjukkan impak yang positif terhadap anak-
anak kerana ibu bapa merupakan ‘role model’ mereka
ketika mereka masih kecil.Selain daripada itu, jika kita
meneruskan amalan sikap kekitaan, kita semua dapat
mewujudkan satu suasana hidup yang baik dan dapat

menguntungkan kita semua di samping dapat
memelihara soal keselamatan hidup setempat yang
terdiri dengan pelbagai kaum dan budaya. Ini juga

dapat menjadikan satu contoh yang baik kepada
generasi muda akan datang dan mereka juga akan

terdorong untuk mengamalkannya.

Langkah-Langkah mengatasi isu

perkauman

. 2.Sistem Pendidikan

Sistem pendidikan juga dapat memainkan peranan yang
berkesan untuk menjamin keamanan sesebuah negara yang
mempunyai pelbagai golongan etnik, kaum dan budaya. Sistem
pendidikan ini boleh menjadi satu medium sosialisasi bagi
memupuk keperibadian dan kesedaran semua di kalangan

rakyat negara-negara yang terlibat.

Sistem pendidikan jugalah yang menjadikan sesebuah negara
itu dapat melahirkan satu generasi yang menghormati satu

sama lain, perpaduan harmoni dan persefahaman antara
golongan etnik, budaya dan kaum.


Budaya pemikiran dan sikap perkauman ini dapat dikikis dan
juga dihapuskan di kalangan para pelajar dengan pendidikan
yang berkesan. Melalui pendidikan juga, pengenalan identiti

kaum mengikut jenis pekerjaan dapat dihilangkan.

Sebagai contoh, kerajaan perlu memikirkan satu cara di mana
mereka dapat meletakkan pelajar-pelajar daripada pelbagai
kaum disatu sekolah supaya matlamat untuk menyatukan dan
mengintegrasikan kaum dapat dicapai. Justeru, ia juga dapat

mengubah persepsi generasi muda dan menghapuskan isu
perkauman.


Selain daripada itu, Malaysia juga boleh mencapai perpaduan
dan kesepakatan kaum melalui ko-kurikulum di peringkat

sekolah rendah, menengah mahupun pengajian tinggi. Sebagai
contoh, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti kesenian,

kebudayaan dan juga sukan dapat dilakukan bagi
menampakkan hasil yang lebih positif. Tambahan juga, ia juga
membantu lagi untuk merapatkan ukhuwah di antara pelajar-

pelajar yang berlainan kaum dan bangsa.

Aktiviti-aktiviti yang sebegini boleh juga membangkitkan
semangat tolong-menolong dan setia kawan serta saling
percaya antara satu sama lain di antara pelajar-pelajar

pelbagai kaum dan budaya yang terlibat.

Penglibatan pelajar secara terbuka dan aktif dalam bidang ko-
kurikulum ini akan melahirkan individu yang berfikiran terbuka

dan matang dalam pergaulan, perhubungan dan bersosial
antara pelajar berlainan kaum.

Langkah-Langkah mengatasi isu

perkauman

3. Media Sosial/ Media Massa

Media sosial iniataupun media massa bukan sahaja sumber pencarian

atau maklumat utama kita, ia juga merupakan medium yang
membekalkan fakta dan data tertentu. Dalam masa yang sama,
setiap manusia di pelusuk muka bumi ini menggunakan teknologi

yang paling terkini dan canggih di mana media sosial ini juga
merupakan satu perkara yang tidak asing lagi buat masyarakat.




Tambahan juga, ia juga memberikan maklumat tentang pelbagai
perkara, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa. Sebagai
contoh, peristiwa pergaduhan di Plaza Low Yat pada 2015 yang telah
memaparkan bagaimana satu insiden yang kecil bertukar mejadi satu
insiden yang besar dan diketahui oleh masyarakat di negara ini
khasnya dan juga di seluruh dunia menerusi penyebarannya yang

meluas menerusi media sosial.








Kejadian ini juga tercetus yang telah membabitkan pergaduhan
antara dua kumpulan pembeli dan peniaga di pusat jualan itu dan
melibatkan kaum yang berbeza dan ini menimbulkan kebimbangan

terutama antara kaum yang lambat laun boleh membawa
pergaduhan yang lebih besar di seluruh negara.




Media massa pula perlu lebih peka terhadap sesuatu perkara dalam
menyampaikan sesuatu dasar, lebih-lebih lagi apabila melibatkan

perkara dan isu yang sensitif di mana, media massa juga merupakan
satu bentuk medium semua masyarakat termasuk yang kecil ke yang

lebih tua.




Ini juga dapat mengelakkan timbulnya konflik dalam kalangan
masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia ini. Melalui matlamat
yang tepat dan benar, masyarakat akan dapat memahami kehendak
dan matlamat suatu kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.




Selain daripada itu juga, kepelbagaian dan ledakan teknologi kini
juga merupakan satu cabaran dalam mengekalkan persepaduan
kaum. Seperti yang kita tahu, kemudahan media sosial dan media
massa mampu dan pantas untuk menyampaikan suatu teks atau

video.

Langkah-Langkah mengatasi isu

perkauman

Penyebaran fitnah dan juga berita palsu juga semakin berleluasa dan menular
terutamanya apabila ia melibatkan sensitiviti perkauman, budaya atau agama.
Setiap individu perlulah berfikir dan menyahihkan tentang berita itu terlebih

dahulu sebelum menyebarkannya. Setiap individu bertanggungjawab dalam
menyampaikan atau berkongsi maklumat terutama yang menyentuh sensitiviti

dan berkemungkinan tidak sahih.

Pihak berkuasa wajar untuk menguatkuasakan undang-undang kepada pesalah
yang mencetuskan isu atau sesuatu yang dapat mencetuskan pertelingkahan
antara kaum dan masyarakat. Rantaian berita di aplikasi WhatsApp juga amat
membimbangkan kerana kebanyakan masyarakat berandaian berita tersebut

sahih dan menyebarkan secara rantaian kepada setiap kumpulan di dalam
aplikasi tersebut.


Oleh kerana itu, sekiranya sesiapa yang ternampak sesuatu perkara yang akan
menimbulkan kemarahan sesebuah kaum atau penganut agama, adalah sangat

wajar untuk kita laporkan kepada polis.

Walaubagaimanapun, di sebalik penularan video yang berunsur negatif, kita
juga dapat peroleh penularan yang dapat dijadikan bahan bukti pihak berkuasa.
Sebagai contoh, sebelum ini pernah tular beberapa video di mana terdapat
seorang pelajar yang telah teruk dibelasah pelajar lain telah dijadikan bahan

bukti.

Selain daripada itu, terdapat juga di luar negara di mana “#StopAsianHate” dan

“#BlackLivesMatter” digunakan oleh semua pengguna media sosial di seluruh
dunia bagi membuka mata sesetengah pihak yang masih menganggap kaum,
budaya atau agama satu perkara yang perlu dibenci dan dihina.

“#SaveUghyur” dan “#SavePalestine” juga telah tular selama beberapa

minggu tentang kekejaman satu pihak negara terhadap penduduk Islam di sana.
Kita dapat simpulkan di mana penggunaan teknologi dan media sosial ini

terdapat positif dan negatifnya dalam kehidupan harian kita. Penularan isu-isu
yang menyentuh tentang perpaduan kaum telah menjadi satu isu yang

tersangatlah besar dan menjadi satu bahan perbualan masyarakat hari ini.

Secara konklusinya pelbagai cabaran dan perkara yang timbul apabila

melibatkan perpaduan kaum dalam negara kita. Pelbagai usaha dan cara yang
telah diambil tetapi belum cukup untuk mengekalkan perpaduan kaum yang
sangat mudah untuk dimusnahkan.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia perlulah menghindari sebarang

Tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum lain. Walaupun kita sebagai
rakyat telah diberi hak kebebasan bersuara, kita tidak harus mengambil

kesempatan ini dengan mencetuskan sensitiviti dan kontroversi yang dapat
merosakan kesepaduan yang telah dibentuk di Malaysia ini.


Dapat saya simpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara
perlulah bergantung kepada perpaduan kaum oleh seluruh rakyatnya. Bak kata

pepatah “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” .


Click to View FlipBook Version