The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pergaulan Bebas Dalam Kalangan Pelajar Politeknik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdhafizulkamal, 2022-01-26 15:49:28

Pergaulan Bebas Dalam Kalangan Pelajar Politeknik

Pergaulan Bebas Dalam Kalangan Pelajar Politeknik

PERGAULAN MPU23012 – PENGAJIAN ISLAM
BEBAS DALAM ENCIK JAMALIZAMANI BIN JAMALUDDIN

KALANGAN Nama Pelajar:
PELAJAR Muhammad Hafizul Kamal bin Mohd Nizam
23DLS20F2045
POLITEKNIK Muhammad Adib Farhan bin Azmi
23DLS20F2049
[Document subtitle]

Pengenalan

asalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT telah lama dibincangkan dan
menjadi salah satu isu sosial penting di negara ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan
masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara
holistik kerana para remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara. Jika
kita tidak dapat melahirkan generasi akan datang yang berwibawa maka
pincanglah masa depan negara yang kita cintai ini. Daripada perspektif ibubapa dan
pensyarah pula, masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT mencerminkan
kegagalan kita untuk melahirkan anak-anak remaja yang bakal menyumbang kepada agama,
bangsa dan negara.
Islam telah mensyariatkan bahawa lelaki dan wanita wajib diasingkan bermula dari umur
sepuluh tahun lagi, lelaki dan wanita yang bersaudara pula perlu dipisahkan dari tempat tidur
mereka. Manakala bagi lelaki dan wanita yang bukan bersaudara pula perlu ditegah dari
bergaul setelah mereka mencapai akil baligh. Mengapa Islam mensyariatkan sedemikian
rupa? Apakah rahsia disebaliknya? Sesungguhnya setiap apa yang Allah S.W.T syariatkan
kepada umat manusia bukanlah suatu yang sia-sia bahkan disebaliknya penuh dengan
pelbagai hikmah dan kebaikan yang tidak dapat diketahui melainkan dengan penafsiran serta
penelitian yang tinggi. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku seandainya kita tidak menjaga
batasan di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita ini antaranya ia akan mengakibatkan
pelbagai masalah sosial sebagaimana yang ada disebut di atas bermula dengan zina,
kemudian membawa kepada hamil sebelum nikah dan akhirnya timbullah kes pembuangan
bayi yang tidak berdosa.

Apa yang menyedihkan ialah masalah sebegini sebenarnya telah tersebar dalam kalangan
para remaja serta muda-mudi di negara ini. Lebih mengejutkan lagi ianya turut melanda
mahasiswa dan mahasiswi di IPT yang mana mereka ini adalah dikategorikan sebagai
intelektual yang merupakan pelapis negara yang bakal menerajui kepimpinan sekaligus
diharapkan dapat membangunkan dan memajukan negara ini pada suatu masa akan datang.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dilihat menjadi penyumbang kepada masalah

kebejatan akhlak dalam masyarakat Malaysia kini khususnya di kalangan mahasiswa
Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Dalam konteks kehidupan mahasiswa, antara masalah yang
begitu ketara dihadapi oleh mereka ialah kegagalan menguruskan perasaan dan emosi
dengan betul dan berkesan.

Terdapat mahasiswa universiti atau kolej yang terlibat dalam perbuatan zina, kehamilan luar
nikah, seterusnya pengguguran bayi sehingga menjejaskan pelajaran yang sepatutnya
diutamakan. Malangnya ada antara mahasiswa yang terlibat dalam gejala tidak bermoral ini
terdiri dari pelajar pintar yang menjadi harapan semua pihak terutama ibu bapa dan
keluarga. Perbuatan yang dilakukan tidak hanya mencemar maruah diri tetapi turut
mencemarkan nama ibu bapa di mata masyarakat. Insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak
memperlihatkan bahawa mereka masih tidak mempunyai prinsip yang teguh dan benteng
diri yang kukuh untuk berdepan dengan cabaran dunia remaja.

Maka dengan ini, sewajarnya kita dekatilah mereka dan bimbinglah mereka yang bermasalah
agar mereka ini tidak terus dilalaikan dengan maksiat. Dengan itu, gejala sosial dalam
kalangan mahasiswa dapat ditangani dengan lebih efektif. Pihak politeknik terutamanya
bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) perlulah memainkan peranan yang sewajarnya dalam
menangani gejala sosial dalam kalangan mahasiswa dah mahasiswi. Justeru, dasar
pengasingan penginapan mengikut jantina diharapkan dapat dilaksanakan secara
menyeluruh untuk setiap kolej kediaman mahasiswa dan mahasiswi oleh pihak politeknik.
Inilah langkah asas yang dilihat paling praktikal dalam menangani gejala sosial dalam
kalangan mahasiswa selain penguatkuasaan peraturan tatatertib politeknik terhadap pelajar
dengan konsisten dan berhemah.

Punca-Punca Pergaulan Bebas

i. Diri Remaja Sendiri

Semasa di peringkat remaja, manusia mengalami perkembangan fizikal dan emosi yang
sangat ketara berbanding di peringkat kanak-kanak. Waktu remaja merupakan titik
permulaan kepada kemahuan untuk merasai kebebasan. Kebebasan yang dimaksudkan
adalah dari aspek fizikal dan emosi, yang mana remaja tidak mahu dikongkong
pergerakannya serta pemikirannya. Kemahuan sedemikian seringkali menjadi punca remaja
mudah terpengaruh dengan pergaulan bebas yang akhirnya mendatangkan kemudaratan
kepada diri sendiri.
Pada usia remaja juga kita akan mengalami perasaan ingin tahu serta kehendak mencuba
perkaraperkara baru dalam hidup. Dorongan perasaan ini jika tidak dibimbing dengan
pemikiran yang waras akan menyebabkan remaja mencuba perkara-perkara negatif
walaupun telah mengetahui kesan buruknya sejak awal lagi.
Seorang anak remaja sering dianggap boleh berdikari serta tidak memerlukan pengawasan
daripada ibubapa berbanding semasa di peringkat kanak-kanak. Tanggapan ini kadangkala
menyebabkan ibubapa terlepas pandang untuk memberikan perhatian kepada anak remaja
terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak lain yang masih kecil. Oleh itu remaja
yang menginginkan perhatian ini telah beralih kepada individu lain bagi mengisi kekosongan
tersebut.

ii. Keluarga

Keluarga mempunyai peranan yang sangat besar terhadap perkembangan anak remaja.
Remaja yang sering menerima tekanan dan tidak mendapat kepercayaan daripada ahli
keluarga sering memilih untuk keluar dari rumah bagi mengelakkan masalah. Sebaliknya,
keluarga yang mampu memberikan kasih sayang yang mencukupi akan menyebabkan
remaja merasai dirinya lengkap bersama-sama dengan keluarga.
Kaedah penjagaan anak-anak yang terlalu mudah menghukum atau pilih kasih akan
menyebabkan remaja memberontak serta memilih untuk menjauhkan diri dari ahli keluarga.
Berbeza dengan ibubapa yang cuba memahami anak remaja serta berusaha untuk menjadi
rakan kepada anak mereka sendiri, akan mendapat kepercayaan daripada anak-anak untuk
menjadi tempat perluahan masalah sekaligus mengurangkan risiko anak-anak untuk
bergaul rapat dengan orang lain yang tidak dikenali.
Konflik dalam keluarga turut memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi remaja
untuk menjauhi keluarga serta mencari teman rapat atau pasangan di luar. Masalah dalam
perkahwinan, kewangan, pekerjaan ibubapa dan ahli keluarga lain adalah antara isu yang
dikenalpasti menjadi konflik dalam keluarga. Kegagalan ibubapa dan ahli keluarga
menangani permasalahan yang wujud menyebabkan remaja lebih selesa untuk berada di
luar rumah.
Kekurangan masa yang diperuntukkan oleh ibubapa terhadap anak-anak remaja juga
menyebabkan mereka memilih untuk menjalinkan hubungan dengan pasangan. Senario
kehidupan hari ini yang memerlukan ibubapa bekerja lebih masa, menjalankan lebih dari satu
pekerjaan serta pekerjaan jarak jauh mengurangkan lagi masa berkualiti yang mampu
diluangkan oleh ibubapa bersama dengan anak-anak.

iii. Sekolah

Waktu persekolahan memberikan impak besar dalam kehidupan remaja kerana dalam sehari
sekurang-kurangnya 6 jam akan diperuntukkan oleh remaja di sekolah. Kaedah pengajaran,
kawalan disiplin serta persekitaran di sekolah amat menyumbang kepada pembentukan
sahsiah diri remaja seterusnya menjauhi mereka dari perlakuan negatif seperti ponteng
sekolah dan pergaulan bebas. Namun begitu dalam perkara ini tidak dinafikan disiplin serta
jati diri remaja sendiri diperlukan untuk mereka memilih antara yang baik dan yang buruk
terutamanya kerana pelajaran adalah jaminan untuk masa depan.
Selain itu pihak sekolah yang gagal memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar yang telah
dikenalpasti bermasalah dalam pelajaran serta kelakuan menyebabkan golongan remaja ini
terpinggir dan tiada bimbingan. Hubungan rapat di antara pihak sekolah dan ibubapa
seharusnya menjadi kekuatan untuk menangani pelajar yang bermasalah agar pelajar
mencari penyelesaian di dalam dua sistem sokongan ini sahaja dan bukannya mencari
individu lain sebagai jalan keluar.

iv. Rakan Sebaya

Rakan sebaya yang baik akan mengajak serta mempengaruhi remaja ke arah perkara-
perkara yang berfaedah. Namun begitu, rakan sebaya yang juga terlibat dalam masalah
sosial sering berjaya mempengaruhi rakan yang lain kerana usia yang hampir sama
membolehkan kepercayaan diperolehi dengan mudah. Rakan sebaya yang berkongsi
masalah yang sama menyebabkan remaja merasakan rakan adalah orang yang paling
memahami dirinya dan mengetahui jalan penyelesaian terbaik, sedangkan tidak semuanya
berkeadaan begitu.
Sebagai anak remaja yang kebanyakannya gemar berkawan secara berkumpulan, remaja
juga didapati mudah mengikut ajakan rakan sebaya agar mereka mudah diterima dalam
kumpulan. Remaja mahu dikatakan mudah mengikut arus perubahan yang ditunjukkan oleh
rakan-rakan. Oleh yang demikian walaupun adakalanya mereka telah mengetahui keburukan
perlakuan tersebut namun remaja masih melakukannya kerana ingin mendapatkan
kepercayaan daripada rakan-rakan.

V. Pengaruh Media

Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja amat mudah terdedah
kepada pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari sahaja, namun
tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan akhlak
termasuklah pergaulan bebas adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa
sempadan yang diperolehi oleh remaja. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk
menapis maklumat dengan rasional, remaja akan terpengaruh dengan keseronokan yang
dipamerkan serta mengambil keputusan untuk berpasangan serta terlibat dalam pergaulan
bebas.

Penyebab Sekeliling Pergaulan Bebas

alam melalui fasa ini, remaja seringkali mengalami isu pertumbuhan fizikal yang
pesat, ketidakstabilan emosi, krisis autonomi dan kebergantungan, krisis identiti,
krisis keyakinan dalam beragama, penghargaan kendiri, masalah seksualiti, konflik
dengan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya. Keadaan ini menyebabkan remaja
sering berada dalam keadaan tertekan. Bagi yang tidak mampu menanganinya
dengan baik akan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan mencari
teman untuk mencari kebebasan dan keseronokan sendiri sehingga mendorong mereka
terjebak dengan gejala dadah, seks bebas, lari dari rumah, melepak dan jenayah.

1. Pertumbuhan fizikal
Malu dengan perubahan yang berlaku menyebabkan remaja cenderung untuk merasa rendah
diri, mengasingkan diri dan lebih suka menyendiri. Contohnya kemunculan jerawat,
perubahan bentuk badan dan sebagainya. Mereka juga mula membuat perbandingan di
antara dirinya dengan sesiapa sahaja yang diingininya dan mengharapkan mempunyai fizikal
seperti yang diingininya.

2. Ketidakstabilan emosi
Remaja juga mengalami banyak masalah perubahan emosi, kebolehan kognitif, tanggapan
terhadap diri sendiri, krisis identiti, konflik autonomi dan bersandar serta keraguan bagi
memulakan perkaraperkara baru dalam kehidupan serta sering tidak dapat mengendalikan
emosi dengan baik & rasional. Mereka sering mengalami perasaan marah, takut, gembira,
risau, sedih, gelisah dengan pengalaman yang baru dilalui dalam hidup.

3. Krisis autonomi & pergantungan

Inginkan kebebasan tetapi masih terikat dengan ibu bapa/ penjaga dan tidak berkeupayaan.
Pergantungan juga berlaku terhadap rakan untuk mendapat pengiktirafan, harga diri.

4. Krisis identiti

Di dalam fasa ini remaja mula membentuk identiti diri. Pada fasa ini, sekiranya mereka
berjaya menangani krisis tersebut dengan baik, maka mereka akan berupaya membentuk
identiti diri dan personaliti yang berjaya. Sebaliknya, sekiranya mereka gagal menangani
krisis pada fasa ini, maka mereka akan berdepan dengan kecelaruan dan konflik identiti diri.
Di dalam proses mencari identiti ini, mereka mula mencari idola menyebabkan mereka
mudah meniru perkara yang dikagumi seperti cara berfikir, berpakaian, bergaul, bercakap
dan lain-lain. Pada fasa inilah berlakunya pertembungan di antara keinginan dan
kebimbangan yang membuak-buak untuk menempuh ke alam dewasa. Tambahan pula, akses
remaja bandar kepada media amatlah mudah. Media kini menjadi satu unsur proses
sosialisasi remaja pada masa kini. Perkembangan di dalam bidang ICT negara yang pesat
seperti kewujudan laman-laman sosial, siaran televisyen yang pelbagai menyebabkan
sebahagian besar daripada waktu rehat remaja bandar dihabiskan dengan penggunaan
media.

Sikap remaja yang menginginkan keseronokan. Ditambah lagi apabila kurang pengawasan
dalam aktiviti mereka menyebabkan remaja lebih bebas dalam mengakses laman sesawang
lucah dan sebagainya. Kematangan remaja juga masih kurang untuk menilai baik dan buruk
sesuatu perkara menyebabkan mereka lebih terdedah kepada masalah salah laku seksual.
Justeru, remaja perlu dididik untuk menanam kepercayaan terhadap diri dan orang lain,
berautonomi dan berinisiatif, agar mereka mampu dan yakin menyelesaikan krisis identitinya
secara positif

5. Krisis keyakinan beragama

Kebanyakan remaja yang bermasalah dari segi pegangan agama biasanya tidak yakin dengan
adanya hukuman tuhan. Mereka akan menyalahkan tuhan apabila ditimpa sesuatu kesusahan
dan akan keluar mencari jalan penyelesaian sendiri. Justeru, para ibu bapa diseru agar
memberikan didikan agama yang sewajarnya dan memastikan penghayatan agama perlu
diterapkan di dalam diri anakanak. Agama boleh dijadikan pegangan moral dalam diri remaja
agar mereka dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu yang tidak bermoral.

6. Penghargaan kendiri

Penghargaan kendiri ini adalah bagaimana remaja melihat diri sendiri. Apabila melihat diri
secara positif remaja akan mempunyai penghargaan kendiri tinggi dan berkembang secara
positif. Contohnya; melihat diri sebagai cantik, sopan, lemah, tidak berguna adalah berkaitan
dengan penghargaan yang ada di dalam diri seorang remaja itu terhadap diri mereka sendiri.

7. Masalah seksualiti

Perkembangan biologi dan psikologi mendorong kepada perkembangan seksual. Nafsu atau
dorongan seksual perlu disalurkan dengan cara yang betul dan dapat diterima oleh agama
dan masyarakat. Kegagalan remaja untuk mengawal masalah ini akan menyebabkan
berlakunya pelbagai jenayah lain seperti pergaulan bebas yang mendorong kepada jenayah
pembuangan bayi, lari dari rumah dan sebagainya. Pergaulan bebas di antara remaja lelaki
dan perempuan yang mendorong kepada permasalahan jenayah seperti seks bebas yang
mendorong kepada maslaah jenayah lain

8. Konflik dengan ibu bapa dan keluarga

Ibu bapa merupakan peneraju terpenting dalam sesebuah sistem keluarga. Kualiti
pembangunan dan kesejahteraan hidup golongan remaja amat dipengaruhi oleh kualiti
persekitaran di mana mereka dibesarkan.

Ekoran daripada pertumbuhan ekonomi yang drastik dan keperluan terhadap keperluan
untuk memenuhi keperluan ekonomi keluarga menyebabkan semakin ramai ibu bapa yang
terpakasa bekerja. Kesibukan terhadap pekerjaan ini menyebabkan semakin ramai ibu bapa
yang kurang menyedari fungsi mereka sebagai ibu-bapa dan gagal untuk memberi
pengawasan moral kepada anak-anak. Kajian yang dijalankan oleh Selvaratnam, Noraini dan
Norlaila (2010) mendapati kekurangan di dalam perhubungan ini telah memberikan kesan
kepada jiwa remaja anak-anak. Tambahan pula adanya harapan dan matlamat atau
peraturan ibu-bapa yang dirasakan bertentangan dengan nilai remaja menyebabkan mereka
mula memberontak dan mencari kelompok yang dirasakan sesuai dengan jiwa mereka dan
akhirnya terjebak dengan pergaulan bebas.

9. Pengaruh rakan sebaya

Remaja yang tidak mendapat perhatian dari rumah terutamanya daipada ibu bapa akan
mencari rakan sebaya yang boleh memenuhi ego dan keperluan tersebut. Mereka akan
menggabungkan diri mereka membentuk satu kumpulan remaja. Mudah terpengaruh dengan
rakan sebaya. Lebih mempercayai rakan daripada ahli keluarga sendiri.

Kesan Pergaulan Bebas

1. Pembuangan Bayi
Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini
menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut,
remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu
meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong
sampah, tepi longkang dan sebagainya.

2. Penceraian & Keruntuhan Rumahtangga
Kebanyakan pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan rumahtangga
adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Sekiranya sebelum proses
perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka
selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur,
walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes
perceraian yang berlaku di Malaysia.

3. Tersebar Penyakit Yang Membawa Maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan
wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS dan STD.
Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

4. Kes Pelacuran
Mengikut surat khabar jurnal, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Pulau Pinang
dikatakan mencari wang sampingan turut menjadi "ibu ayam" di sebuah pusat hiburan. Kajian
turut mendapati kes pelacuran remaja yang berusia 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko
untuk terjerumus ke dalam pengaulan seks bebas. Selain itu, sesetengah golongan yang
terlibat dalam aktiviti pelacuran adalah berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu

bapa masing-masing mempunyai masalah psikologi. Oleh itu, mereka memilih untuk menjadi
pelacur supaya menarik tumpuan ibu bapa mereka.

5. Keruntuhan Akhlak

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Akibat daripada pergaulan anak-anak yang
terlalu bebas,mereka mudah sahaja berkawan dengan individu-individu yang tidak
dikenali.Para remaja masa ini amat terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang tidak baik
seperti kumpulan 'mat rempit', gangster dan sebagainya.Hal ini menyebabkan golongan
remaja ini berubah sikap dan kelakuan mereka.Terdapat ramai remaja yang terlibat dengan
kumpulan yang tidak berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu bapa mereka terutamanya
apabila ditegur.Mereka akan memberontak dan memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan
mereka tidak dituruti.Malah, tidak kurang juga ada anak-anak yang sudah berani mencuri
wang ibu bapa sendiri untuk keperluan yang tidak berfaedah.Dalam konteks yang
sama,ubun-ubun remaja yang masih lembik menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh
rakan yang runtuh akhlak sehingga mereka gagal dalam membezakan dosa dan pahala
ketika melakukan sesuatu.

6. Peningkatan Kes Keguguran

Perlakuan seks bebas semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam
kalangan remaja yang tidak berfikiran matang. Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita
tersebut terjejas dan berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti
kemandulan,jangkitan pada organ pembiakan dan kematian. Pengguguran juga akan
mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan, perasaan rasa bersalah
dan hilang keyakinan diri. Individu tersebut akan mengalami gangguan mental dan emosi
tidak tenteram serta rasa bersalah.

7. Kekurangan Kadar Perkahwinan

Perlakuan seks bebas semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam
kalangan remaja yang tidak berfikiran matang. Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita
tersebut terjejas dan berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti
kemandulan,jangkitan pada organ pembiakan dan kematian. Pengguguran juga akan
mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan, perasaan rasa bersalah
dan hilang keyakinan diri. Individu tersebut akan mengalami gangguan mental dan emosi
tidak tenteram serta rasa bersalah.

8. Kemerosotan Pelajaran

Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan
yang sah, mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak,
tingkahlaku ini telah menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka
kepada berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan.

Langkah-Langkah Mengelak Pergaulan Bebas

1. Memperkukuh Ilmu Agama

Anak yang mempunyai dasar pendidikan agama serta moral yang kokoh tidak akan mudah
terjerumus ke dalam pergaulan bebas, karena ia tahu dan bisa membedakan hal yang benar
dan salah. Pendidikan agama dan moral dapat memperkuat iman seseorang sejak dini. Jika
sejak kecil seseorang telah tertanam mengenai pengertian benar dan salah, biasanya ia akan
dapat menghindari pergaulan bebas yang jelas – jelas merupakan hal yang tidak benar.

2. Membentuk karakter yang positif

Pembentukan 4 karakter manusia sejak kecil sangat diperlukan agar ia dapat menjadi
peribadi yang kuat dan berpendirian kukuh, sehingga walaupun mempunyai kesempatan
untuk hidup bebas, ia dapat mengendalikan dirinya. Teguh berpegang pada prinsip hidup
merupakan salah satu cara untuk menghindari pergaulan bebas.

3. Mempererat hubungan orang tua dan anak-anak

Hubungan orang tua dan anak yang erat secara langsung akan memberikan pengawasan
yang lebih baik kepada anak. Jika anak dekat dan terbuka dengan orang tua, mereka akan
dapat langsung bertanya mengenai berbagai macam persoalan bahkan yang dianggap
sensitif dan tabu seperti seks bukannya mencari informasi yang bisa jadi menyesatkan pada
pihak lain.

4. Memberikan pendidikan seks pada anak dan remaja

Keingin tahuan remaja mengenai hal yang berkaitan dengan seksualitas terkadang tidak
mendapatkan penyaluran yang benar, sehingga mereka terkadang akan mencari tahu
melalui jalan yang salah. Informasi yang berkaitan dengan seksualitas sepatutnya
didapatkan anak sejak dini, tentu saja disesuaikan dengan bahasa yang cocok dengan usia
anak. Dengan demikian mereka juga dapat mengetahui bahaya dan akibat dari pergaulan
bebas

5. Mengisi waktu lapang

Salah satu faktor yang turut memberi kesempatan bagi remaja dengan kehidupan bebas
adalah tersedianya banyak waktu luang. Apabila waktu luang tersebut diisi dengan kegiatan
yang positif dan berguna, maka tidak akan ada waktu untuk memikirkan hal – hal yang
menyimpang. Cara bergaul bagi orang pendiam dapat dilakukan dengan mengisi waktu
melalui kegiatan positif.

6. Memperluas pengetahuan

Ada yang menyatakan bahawa knowledge is power, dimana pengetahuan adalah kekuatan
yang akan membuka minda dan wawasan yang luas. Seseorang akan mudah menentukan
pilihan hidupnya karena ia sudah mengetahui banyak tentang berbagai sisi dan dampak dari
pilihan – pilihan yang dia buat. Sebaliknya, apabila seseorang hanya memiliki sedikit pilihan,
ia tidak akan tahu bahwa ada banyak pilihan yang lebih baik untuk kehidupannya. Misalnya,

jika ia tidak mempunyai pilihan lain selain gaya hidup bebas, maka ia tidak akan dapat
melakukan cara menghindari pergaulan bebas.

7. Membatasi pergaulan

Pergaulan bebas bukanlah cara hidup yang baik kerana banyaknya kerugian yang akan
ditimbulkan pada seseorang jika menjalaninya. Untuk menghindari pergaulan bebas, ada
baiknya jika membatasi pergaulan kepada lingkungan atau teman yang hanya akan
memberikan pengaruh positif.

9. Menetapkan tujuan hidup

Orang yang tidak memiliki tujuan dalam hidupnya akan sangat mudah tersesat. Termasuk
terjerumus pada pergaulan bebas. Maka sangat penting bagi seseorang untuk mengetahui
apa tujuan hidupnya dengan tepat, agar dapat memfokuskan diri pada hal yang diperlukan
untuk mencapainya dan tidak teralihkan oleh hal – hal yang buruk.

10. Membatasi waktu di luar rumah

Terlalu banyak waktu yang digunakan untuk melakukan kegiatan di luar rumah yang kurang
bermanfaat, membuka peluang bagi pengaruh buruk untuk masuk. Sebaiknya, batasilah
kegiatan di luar rumah yang kurang penting agar dapat memfokuskan diri kepada cara hidup
yang positif.

Rumusan

Akhir kalam sebagai penutup bicara, hati kita ini adalah punca segala perbuatan dan sifat-
sifat manusia yang tercela. Individu yang berdampingan dengan perbuatan maksiat dan zina
adalah manusia yang memiliki hati yang kotor dan mati. Perintah Tuhan diabaikan sebaliknya
cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya syaitan. Pergaulan bebas dalam
kalangan remaja yang melibatkan pelajar sekolah mahupun pelajar universiti ini banyak
memberi keburukan berbanding kebaikan. Sebenarnya, usaha yang komprehensif dan
proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada
pengemblengan tenaga dalam kalangan ahli masyarakat.Oleh hal yang demikian, peranan
semua pihak seperti keluarga, institusi pendidikan, peranan komuniti, media massa dan
peranan pelaksana undang-undang adalah amat diperlukan dalam usaha membendung
pergaulan bebas remaja pada hari ini. Kesemua pihak ini harus mencegah gejala ini bermula
dengan pendidikan dan penghayatan kepada nilai-nilai agama, budaya dan moral. Hal ini
demikian adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga
boleh mencemarkan imej sebagai sebuah negara Islam yang terkemuka di dunia. Usaha
kerajaan mendidik mahasiswa yang mampu berdaya saing perlulah dilaksanakan segera. Ini
akan memberi ruang yang lebih luas kepada mahasiswa untuk terbabit dengan aktiviti belia
dan tidak tertumpu dalam alam kampus saja. Langkah ini dilihat sebagai satu pelaburan
dalam pembinaan modal insan. Pelaksanaan ini akan memberi faedah kepada negara dalam
menyediakan masyarakat khususnya mahasiswa dan mahasiswi yang bukan sahaja
berpengetahuan dan berkemahiran malah mempunyai rasa tanggungjawab terhadap
masyarakat. Peranan semua pihak sememangnya diperlukan dalam mengurangkan
seterusnya membendung gejala yang tidak sihat ini dari terus merebak ke dalam saraf-saraf
sosial mahasiswa pada masa akan datang.

Lampiran



Rujukan

http://www.myhealth.gov.my/pergaulan-bebas-di-kalangan-remaja-bandar/

http://penyiaranislamkumpulan1.blogspot.com/2017/03/pergaulan-bebas.html?m=1

https://www.google.com/amp/s/dosenpsikologi.com/cara-menghindari-pergaulan-
bebas/amp
http://web.usm.my/km/KM%20XIX,2-
2001/PERKEMBANGAN%20DAN%20PEMBENTUKAN%20%20REMAJA%20MENURUT%20PERS
PEKTIF%20ISLAM.pdf
http://www.myhealth.gov.my/cabaran-dalam-menangani-masalah-pergaulan-bebas-di-
kalangan-remaja-sekolah/
http://stoppergaulanbebasremajakini.blogspot.com/2014/04/kesan-kesan-pergaulan-
bebas.html?m=1


Click to View FlipBook Version