The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN PELAJAR PELAKSANAAN PEPERIKSAAN SECARA DALAM TALIAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zurina79.zulkifli, 2021-10-28 23:14:43

GARIS PANDUAN PELAJAR PELAKSANAAN PEPERIKSAAN SECARA DALAM TALIAN

GARIS PANDUAN PELAJAR PELAKSANAAN PEPERIKSAAN SECARA DALAM TALIAN

GARIS PANDUAN PELAJAR
PELAKSANAAN PEPERIKSAAN

SECARA DALAM TALIAN

OBJEKTIF

• Memastikan peperiksaan secara dalam talian dapat diuruskan
dengan lebih teratur dan lancar.

• Menerapkan budaya integriti bagi peperiksaan secara dalam talian
dalam kalangan pelajar.

PERANAN PELAJAR

• Bersedia secara dalam talian sekurang-kurangnya 30 minit sebelum
peperiksaan bermula.

• Pelajar hendaklah mengisi Borang Akujanji Integriti Pelajar terlebih
dahulu sebelum peperiksaan bermula dalam tempoh yang ditetapkan oleh
BPM/ UPPM.

• Pelajar hendaklah menghantar jawapan dalam masa yang ditetapkan
untuk mengelakkan sebarang masalah.

Sekiranya terdapat masalah berkenaan capaian internet, akses dan gangguan elektrik:

• Pelajar hendaklah memaklumkan kepada guru dengan kadar segera.
• Sekiranya, masalah capaian/ akses dapat diselesaikan dalam tempoh tiga puluh (30)

minit atau kurang daripada tempoh peperiksaan, pelajar dibenarkan untuk meneruskan
peperiksaan tersebut dengan masa tambahan diberikan selama tempoh gangguan yang
berlaku.
• Sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tiga (30) minit atau
lebih setelah peperiksaan bermula, pelajar perlu memaklumkan kepada guru subjek dan
membuat permohonan peperiksaan khas kepada pihak UPPM.

Pelajar yang lewat hadir tetapi tidak melebihi 30 minit daripada waktu peperiksaan
dimulakan, dibenarkan mengambil peperiksaan, tetapi waktu tamat peperiksaan bagi
subjek tersebut adalah sama dengan pelajar lain. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar
hadir melebihi 30 minit daripada waktu peperiksaan dimulakan, adalah atas budi bicara
guru sama ada ingin membenarkan pelajar menduduki peperiksaan atau tidak.

KAEDAH PENGHANTARAN
JAWAPAN

• Para pelajar perlu menggunakan platform dalam talian yang digunakan
semasa peperiksaan untuk memuat naik jawapan atau kaedah-kaedah
lain yang dibenarkan oleh pihak maktab.

• Tempoh masa dan kaedah penghantaran jawapan adalah seperti yang
ditetapkan oleh UPPM. (15 MINIT SELEPAS TAMAT WAKTU YANG
DITETAPKAN)

PEPERIKSAAN KHAS

• Tertakluk kepada Buku Peraturan dan Panduan Peperiksaan UPPM, Peperiksaan Khas boleh
diadakan untuk kes-kes berikut:
• Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan kerana disahkan sakit oleh pegawai perubatan
Swasta atau Kerajaan; atau
• Pelajar yang kematian ibu/ bapa/ penjaga; atau
• Pelajar yang perlu memberi penjagaan rapi kepada ibu/ bapa/ penjaga yang mengalami sakit
tenat; atau
• Sebab-sebab lain yang boleh diterima pihak maktab.

• Pelajar yang gagal menduduki peperiksaan seperti yang telah ditetapkan hendaklah melampirkan Sijil
Cuti Sakit dan dokumen sokongan yang berkaitan. Sekiranya tiada pemakluman diterima dalam
tempoh yang ditetapkan mengenai kes di atas, pelajar dianggap Gagal dalam peperiksaan tersebut.

• Tarikh peperiksaan Khas akan ditetapkan oleh UPPM. Peperiksaan tersebut bagi kes-kes yang
mendapat kelulusan Pengetua/ Timbalan Pengetua.

KETIDAKPATUHAN AKADEMIK

• Amalan tidak beretika oleh pelajar seperti meniru, menipu atau berkelakuan mengikut
cara yang boleh ditafsirkan sebagai meniru atau menipu dan sebagainya semasa
peperiksaan secara dalam talian dijalankan adalah TIDAK DIBENARKAN dan akan
dikenakan tindakan berdasarkan Peraturan Disiplin Maktab Rendah Sains MARA dan
Buku Panduan Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab.

• Sekiranya guru subjek/ pengawas mendapati terdapat mana-mana pelajar yang cuba
meniru, menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai
meniru atau menipu dan sebagainya semasa peperiksaan secara dalam talian
dijalankan, guru subjek/ pengawas boleh membuat laporan kepada UPPM berserta
dengan bukti dan dokumen sokongan yang berkaitan.


Click to View FlipBook Version