EDISI JAN-DIS 2020
e-Buletin
SIDANG PENGARANG e-BULETIN
ILKKM KUBANG KERIAN (KEJURURAWATAN)
Penaung
Puan Kim Ng Foo
Penasihat
Puan Nik Rabiah binti Nik Jaafar
Puan Khairuzani binti Mohamed
Penyelaras
Puan Fairani binti Mohd Yusoff
Pembantu Penyelaras
Puan Tuan Zuraini binti Tuan Mat
Puan Raja Nornazlima binti Raja Hussin
Encik Azman bin Abdullah
Ketua Editor
JP Hazwani Ayu Najihah binti Mohd Hazhari
(Semester 5)
Pembantu Ketua Editor
JP Siti Marhaini binti Ismail
(Semester 4)
Editor
JP Alis Balkis bt Zulkarnain (Semester 1)
JP Wan Nurul Aisyah binti Wan Norzlan (Semester 2)
JP Wan Norasma binti Wan Hassan @ Wan Abdullah (Semester 3)
JP Nur Fatihah binti Md Yusoff (Semester 3)
JP Nor Shuhada binti Mohd Aini (Semester 3)
JP Nur Azmila Syuhada binti Mat Zaid (Semester 4)
JP Zaizatul Husna binti Ghazalif (Semester 5)
AKTIVITI
JURURAWAT
PELATIH
ORIENTASI SEMESTER 1
Pada 2 Januari 2020 hingga 4 Januari
2020,sesi orientasi bagi pelatih baru sesi
Januari 2020 seramai 45 orang di Dewan
Bunga Raya, ILKKM Kubang Kerian
(Kejururawatan). Beberapa aktiviti
dilakukan seperti ice breaking, membina
pulau idaman dan memperkenalkan latar
belakang kawan. Perjumpaan bersama
pelatih semester 5 juga telah dilakukan
pada 3 Januari 2020. Majlis penutupan
orientasi diadakan pada 4 Januari 2020
dengan pelbagai aktiviti.
PROGRAM DERMA DARAH
Program ini telah dianjurkan
pada 11 Januari 2020 bermula
jam 8 pagi -12 tengahari.
Program ini disertai oleh
kakitangan dan jururawat pelatih
daripada semester 1 - semester
6 bertemakan 'Setitik Darah
Sejuta Harapan'. Program ini
dianjurkan oleh pihak ILKKM
bekerjasama dengan petugas
Tabung Darah, Hospital Raja
Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Objektif program ini adalah
untuk meningkatkan bekalan
darah sebagai persediaan
semasa kecemasan. Beberapa
orang pengajar dan jururawat
pelatih telah menghadiri
program ini dan sebanyak 118
beg darah berjaya dikumpulkan.
Perhimpunan bersama pelatih telah
Majlis diadakan pada 16 Januari 2020 di
Perhimpunan
Dewan Cik Siti Wan Kembang.
Pagi
Perhimpunan ini telah dikelolakan
oleh jururawat pelatih daripada
Semester 5. Semasa perutusan
pengarah, beliau telah menegaskan
agar semua jururawat pelatih dapat
meningkatkan usaha bagi
mengekalkan prestasi akademik dan
kokurikulum. Majlis ini disajikan
dengan persembahan dan
penyampaian Anugerah Pengarah
kepada jururawat pelatih yang
cemerlang dalam peperiksaan akhir
semester.
Majlis Anugerah
pelatih
cemerlang
MAJLIS ‘SEKALUNG BUDI DAN SEINDAH
KENANGAN’ BERSAMA PENGARAH
Pada 16 Januari 2020, majlis meraikan persaraan
pengarah iaitu Puan Mahani Binti Molok. Warga ILKKM
merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan
Pengarah di atas jasa dan dedikasi dalam
melaksanakan tugas dan komitmen yang telah
diamanahkan kepada beliau. Semoga dengan
persaraan ini beliau dianugerahkan kesihatan dan
kebahagiaan bersama keluarga tercinta.
LATIHAN Latihan kebakaran ini di adakan pada
KEBAKARAN 21 Februari 2020 pada jam 12 pagi – 3
pagi. Tujuan program ini diadakan
2020 dalam kalangan jururawat pelatih
untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan langkah-langkah yang
perlu dilakukan jika berlaku kebakaran
di kawasan asrama. Kesemua
jururawat pelatih berkumpul di
kawasan padang ILKKM bagi
melakukan demostrasi penggunaan
pemadam api bersama anggota
bomba.
KEM PENINGKATAN JATI DIRI
Pada 21 Februari 2020 - 22 Februari 2020, semua pelatih ILKKM Kubang
Kerian (Kejururawatan) telah mengikuti kem peningkatan jati diri di Tanjung
Demong Beach Resort, Kampung Raja, Terengganu. Kem ini disertai oleh
semua pelatih dari semester 1 - semester 6 bersama dengan pengajar dan
kakitangan yang terlibat. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan
motivasi dan keunggulan diri. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang
program ini diadakan diantaranya adalah ceramah motivasi, aerobic, futsal dan
volleyball serta karaoke.
MAJLIS MAKAN MALAM
Majlis makan malam merupakan majlis
yang akan diadakan setiap sesi bagi
meraikan jururawat pelatih Semester 6
yang akan menamatkan latihan. Bagi sesi
ini majlis makan malam telah diadakan
pada 13 Mac 2020 bertemakan 'Malam
Gala Klasik' bertempat di Hotel Perdana.
Majlis ini dihadiri oleh semua kakitangan
dan jururawat pelatih Semester I hingga
Semester 6. Semua hadiri telah disajikan
dengan menu Chinese Cuisine. Majlis ini
berjalan dengan lancar dan diserikan
dengan pelbagai acara seperti tarian,
nyanyian dan cabutan bertuah kepada
semua hadirin. Semoga ikatan ukhwah
antara jururawat pelatih dan kakitangan
institusi ini kekal utuh selamanya.
AKTIVITI KELAS ONLINE SEMASA PKP
Pada Mac 2020, negara telah dikejutkan pandemic Covid 19 di
mana bermulanya perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) diseluruh negara dan semua ILKKM diarah untuk
penutupan buat sementara waktu. Semua jururawat pelatih
dibenarkan pulang ke rumah dan bermula sesi pembelajaran
secara atas talian (online). Ini merupakan norma baharu bagi
semua jururawat pelatih di ILKKM. Keberlangsungan
pembelajaran ini berlaku secara berterusan sehingga Ogos
2020.
UCAPAN HARI
PENGAJAR 2020
16 Mei 2020, merupakan sambutan
Hari Pengajar di seluruh ILKKM di
Malaysia. Sambutan kali ini diadakan
secara atas talian (online) kerana
penularan pendemik Covid-19. Setiap
semester diwakili oleh presiden untuk
memberi ucapan kepada semua
pengajar. Tema Hari Pengajar adalah
New Norms: Evolution in us dan
pertandingan video pendek telah di
adakan di seluruh ILKKM di Malaysia
semperna tema tersebut.
New Norms:
Evolution in us
TAKLIMAT PASCA
COVID-19
Setelah kembali reda pandemic Covid-19 di negara ini, kesemua
jururawat pelatih telah diarahkan untuk kembali semula ke ILKKM
masing-masing. Satu sesi taklimat telah di lakukan sebelum
jururawat pelatih menghadiri latihan amal. Taklimat tersebut
menerangkan tentang pelaksanaan Standard of Precaution
(SOP) ketika sesi latihan amal, di asrama dan di luar asrama.
Beberapa SOP perlu dipatuhi seperti pemakaian topeng muka,
cuci tangan atau menggunakan hand sanitizer dan menjaga
penjarakkan fizikal.
PEMASANGAN BENDERA
Pada 30 Ogos 2020, ahli Biro Keceriaan telah berganding bahu
memasang bendera Malaysia bagi menyambut Hari
Kebangsaan dan Hari Malaysia. Tema Hari Kebangsaan dan
Hari Malaysia adalah 'Malaysia Prihatin'. Tujuan diadakan untuk
memeriahkan sambutan bulan kebangsaan, memupuk
kesedaran dan semangat patriotisme serta cintakan negara
dalam kalangan semua warga ILKKM Kubang Kerian
(Kejururawatan).
PENYUSUNAN DAN
PENJAGAAN POKOK
BUNGA
Pada 18 September 2020, aktiviti
penyusunan pokok bunga seperti
bunga orkid telah dijalankan
bertempat di hadapan Dewan Cik
Siti Wan Kembang. Aktiviti ini
berlangsung pada jam 8 pagi dan
disertai oleh ahli Biro Keceriaan.
Tujuan utama aktiviti ini diadakan
adalah untuk menceriakan kawasan
dan mewujudkan landskap yang
menarik di kawasan ILKKM.
TEST RUN PEPERIKSAAN
AKHIR ONLINE
Tahun 2020 merupakan cabaran bagi semua jururawat pelatih di
ILKKM seluruh Malaysia akibat penularan pandemik Covid-19.
Salah satu cabaran yang dihadapi adalah menjalani peperiksaan
secara atas talian (online). Semasa sesi peperiksaan, jururawat
pelatih akan menggunakan peranti seperti telefon pintar dan
komputer riba. Setelah itu, jawapan peperiksaan dihantar
menggunakan aplikasi Google Classroom. Test Run telah
dilakukan di dewan peperiksaan bagi memastikan kejayaan
semasa peperiksaan online. Garis panduan Standard of
Precaution (SOP) semasa test run dilakukan telah dipatuhi.
PROGRAM PENYELIAAN
BERKESAN
Sesi Perasmian
Program ini dianjurkan pada 27 Oktober 2020 hingga 28 Oktober
2020. Seramai 24 orang jururawat pelatih semester 6 menghadiri
program ini. Objektif program ini dilakukan untuk mewujudkan Etika
dan Profesionalisme Kejururawatan, Integriti, soft skill serta
penyeliaan yang bermutu dalam kalangan jururawat pelatih
semester 6.
Aktiviti Ibadah solat
Ceramah oleh Penyelia
Jururawat
PROGRAM
TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 1/2020
Program ini bermula pada 1 November
2020 hingga 3 November 2020
berlangsung ILKKM Kubang Kerian
(Cawangan Kota Bharu). Program ini
dianjurkan untuk memenuhi keperluan
peserta daripada ILKKM Kubang Kerian
(Kejururawatan), ILKKM Kuantan
(Kejururawatan) dan ILKKM Kuala
Terengganu (Kejururawatan). Tujuan
program ini diadakan untuk memberi
pendedahan konsep kenegaraan,
memupuk nilai budaya kerja dan
persediaan pegawai dengan minda
kelas pertama. Program ini berlangsung
dengan jayanya dan memberi impak
yang tinggi kepada semua peserta.
CUTI AKHIR SEMESTER
Pada 11 November 2020, semua jururawat pelatih dibenarkan pulang ke
kampung sempena cuti akhir semester 2020. Kesemua jururawat pelatih
di hantar pulang ke negeri masing-masing seperti Kedah, Terengganu,
Perak, Selangor dan lain-lain negeri dengan kerjasama agensi
pengangkutan swasta. Terdapat 2 sesi perjalanan iaitu pagi dan petang
dimana jururawat pelatih akan menunggu di premis ILKKM. Surat
kebenaran merentas negeri juga telah diluluskan oleh Pihak Polis Diraja
Malaysia. Semua jururawat pelatih diingatkan agar mematuhi Standard
of Precaution (SOP) sepanjang perjalanan pulang ke negeri masing-
masing.
AKTIVITI
PESERTA LDP
PENDAFTARAN
PESERTA
KURSUS LDP
MAC 2020
TEMPAT : ILKKM KUBANG KERIAN
(CAWANGAN KOTA BHARU)
TARIKH : 3 MAC 2020
AKTIVITI : Seramai 101 orang peserta kursus Semester 1 telah
melapor diri di institusi ini.
Peserta kursus terdiri daripada:
i. Diploma Lanjutan Kebidanan (49 orang)
ii. Diploma Lanjutan Penjagaan Diabetes (20 orang)
iii. Pengkhususan Kawalan Infeksi (32 orang).
ORIENTASI PESERTA KURSUS SEMESTER 1
AMBILAN MAC 2020
TEMPAT : TAMAN TENGKU ANIS, PENGKALAN CHEPA & PANTAI D’ AUR,
MELAWI, BACHOK.
TARIKH : 4 – 5 MAC 2020
AKTIVITI : Program orientasi dikendalikan sepenuhnya oleh pengajar
ILKKM Kubang Kerian (CKB) di mana melibatkan peserta kursus
dari kumpulan Semester I dan Semester II. Pelbagai aktiviti
diadakan sepanjang program orientasi ini.
OBJEKTIF : 1) Mendedahkan peserta kursus kepada suasana
persekitaran dan pembelajaran.
2) Membina ukhwah antara staf dan peserta kursus.
3) Memberi pendedahan kepada peserta berkaitan
peraturan di institusi ini.
Wow!
DIPLOMA LANJUTAN KEBIDANAN AMBILAN SEPTEMBER 2019 (47 ORANG)
TEMPAT : KLINIK-KLINIK KESIHATAN (KEDAI LALAT, KUBANG KERIAN)
TARIKH : NOVEMBER – DISEMBER 2020
AKTIVITI : Sesi Lawatan ke rumah melibatkan 3 orang peserta kursus untuk
setiap sesi di bawah pemantauan pengajar yang menjaga.
OBJEKTIF : 1) Meningkatkan kemahiran dalam pengendalian kes-kes berisiko
tinggi dan penilaian Ibu mengandung.
2)Membina hubungan dengan masyarakat setempat dengan agensi
lain bagi menjayakan pendidikan kesihatan kepada masyarakat.
Lawatan
ke rumah
Add a subheading
Basic Life
Support
Meningkatkan kemahiran
dalam kendalian kes
kecemasan fasa
perioperatif
DIPLOMA LANJUTAN PERAWATAN PERIOPERATIF
AMBILAN SEPTEMBER 2019
(21 ORANG)
BILIK SEMINAR A&E, HRPZ II & ILKKK KUBANG KERIAN (CKB)
MAC – DISEMBER 2020
Memenuhi pengetahuan dan kemahiran
dalam mengendalikan kes
sub speciality surgery dalam
aspek prosedur dan penjagaan pesakit
Sesi Teori Sub
Speciality
DIPLOMA LANJUTAN
PERAWATAN PEDIATRIK
AMBILAN SEPTEMBER 2019
(28 ORANG)
Pediatric Advance
Life Support (PALS)
Meningkatkan kemahiran peserta
mengendalikan kes kecemasan
dalam kalangan kanak-kanak.
ILKKM KUBANG KERIAN
(KEJURURAWATAN)
Lawatan
Sambil
Belajar
Meningkatkan pengetahuan
peserta tentang jagaan kanak-
kanak semasa berada PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI
di hospital. KEBANGSAAN MALAYSIA, CHERAS
KURSUS PENGKHUSUSAN KAWALAN INFEKSI
AMBILAN MAC 2020 (32 ORANG)
Pendidikan Meningkatkan
Kesihatan pengetahuan dalam
kawalan
penyakit berjangkit
di fasiliti kesihatan
ILKKM KUBANG KERIAN
(KEJURURAWATAN)
lAWATAN Melakukan
pemerhatian di fasiliti
kesihatan dalam
sAMBIL aspek persekitaran
yang selamat dan
bELAJAR bersih
UNIT FARMASI, HRPZ II
LATIHAN KEBAKARAN
ILKKM KUBANG KERIAN (KEJURURAWATAN)
CAWANGAN KOTA BHARU
21 SEPTEMBER 2020
Program ini dijalankan untuk
memberikan kesedaran kepada
pelatih untuk bersedia semasa
berlaku kebakaran.
PENGKHUSUSAN JURURAWAT KESIHATAN AWAM
AMBILAN SEPTEMBER 2019 (20 ORANG)
KLINIK-KLINIK KESIHATAN (MACHANG, KUBANG KERIAN)
NOVEMBER – DISEMBER 2020
Sesi aktiviti Riadah
bersama
warga emas
Meningkatkan pengetahuan peserta
tentang keperluan fizikal, psikologi dan
sosial serta pendidikan kesihatan dalam
kalangan warga emas
Sesi Pengendalian
latihan Kanak-kanak
Keperluan Khas (4K)
Memberi pengetahuan dan
kemahiran kepada peserta bagi
mengendalikan kanak-kanak
keperluan khas.
Aktiviti Klinik
Kesihatan
AKTIVITI
KAKITANGAN
HARI SUKAN
DAN KELUARGA
7 Mac 2020
PETUGAS COVID DI KAWASAN KLINIKAL
31 Mac 2020 - 11 April 2020
Pengajar PPKP
dan Jururawat
Klinikal
PERSONAL
PROTECTIVE
EQUIPMENT (PPE)
11 April 2020 -
23 April 2020
Persediaan PPE untuk
Frontliner
GOTONG ROYONG
PERPUSTAKAAN
31 Mei 2020 - 02 Jun 2020
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2020
29 Julai 2020
LAWATAN EKSA KE
MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN
23 Ogos 2020
PROJEK PEMBANGUNAN 2020
PROJEK PEMBANGUNAN 2020
GOTONG ROYONG
PERDANA
9 November 2020
SAMBUTAN
HARI LAHIR
JANUARI - DISEMBER
2020
9 November 2020
AUDIT
KESELAMATAN
17 November 2020
AMALAN
NORMA
BAHARU
PASCA COVID-19