The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jane Wong, 2024-04-27 01:34:38

PENGAKAP

buku log pengakap

PENGAKAP 2024 BUKU LOG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH NAMA: WONG MEY JERN NO. MATRIK: P21241285 PROGRAM: PISMP JUN 2022 UNIT: X1 KUMPULAN: KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA (KLM22) IPGM KAMPUS IPOH, PERAK


ISI KANDUNGAN O1 O2O3 Perlembagaan & Pertubuhan Unit Beruniform Sejarah Unit Beruniform Struktur dan Organisasi Pertubuhan Pengurusan & Pentadbiran Pertubuhan 04


MUKA DEPAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN 1


01 Perlembagaan dan Pertubuhan Unit Beruniform


PENGENALAN Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para beliawan dan beliawanis. PPM merupakan sebahagian daripada pertubuhan kepanduan atau kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the Scout Movement. PPM adalah bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968 dan merupakan satu-satunya pertubuhan yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen. VISI DAN MISI PENGAKAP Visi Menjelang tahun 2023, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menjadi pertubuhan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari, yang akan melatih golongan muda negara menjadi warganegara aktif yang menjadi agen perubahan positif kepada masyarakat melalui nilai-nilai kepengakapan. Misi Misi kepengakapan adalah menyumbang kepada pendidikan generasi muda melalui satu sistem nilai yang berdasarkan kepada Persetiaan dan UndangUndang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana rakyatnya boleh berdikari sebagai idividu dan memainkan peranan yang berguna kepada masyarakat.


PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN MENGHAYATI KETAATSETIAAN KEPADA TUHAN. BERTINDAK UNTUK BERTIMBANG RASA HAK ASASI SERTA MENGELAKKAN DIRI DARI SIFATSIFAT KEKEJAMAN. BERKEYAKINAN DENGAN MENGGUNAKAN KEBOLEHANNYA UNTUK DIRI SENDIRI, KELUARGANYA DAN MASYARAKAT SEKELILINGNYA.


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 01 Mendorong perkembangan sikap yang cemerlang dalam mencapai tahap fizikal yang maksimum, berintelek dan menanam semangat berusaha sebagai seorang individu yang dapat memberi sumbangan yang positif terhadap masyarakat, negara dan antarabangsa. MATLAMAT 02 Taat kepada tuhan dan agama yang dianuti. Taat dan setia kepada negara. Mempunyai perasaan persaudaraan. Berkhidmat kepada masyarakat. OBJEKTIF KEAHLIAN Dibuka kepada semua murid Tahun 3 hingga 6 di sekolah ini. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. Setiap ahli dikehendaki membayar yuran keahlian sebanyak RM10.00. 03


Pemimpin Pengakap adalah terdiri daripada guru sekolah ini. Pemimpin mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. Pemimpin berhak memilih ahli pengakap untuk mewakili sekolah mengikuti acara yang dipertandingkan di peringkat jabatan atau kementerian. Guru Sebagai Pemimpin Aktiviti Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. Perkhemahan Pengakap peringkat sekolah wajib diadakan setiap tahun. Ahli Jawatankuasa Dilantik semasa Mesyuarat Agung. Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK. Pemilihan AJK secara undian. Ajk kecil boleh dilantik oleh Pemimpin tanpa mengadakan mesyuarat. Ajk yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada guru penasihat. Ajk persatuan terdiri : Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Ajk. Pemimpin boleh menambahkan bilangan Ajk jika perlu. AJK bertugas membantu Pemimpin melaksanakan aktiviti yang dirancang..


Derma Peraturan-peraturan Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. Ahli-ahli yang mematuhi peraturan adalah merupakan pengakap sejati. Sumber utama kewangan pengakap adalah melalui derma yang ditetapkan. Pengakap juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti. Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut. Sebarang derma yang dikutip hendaklah mendapat kelulusan dari Guru Besar Sekolah. Pindaan Perlembagaan Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, pemimpin-pemimpin atau pentadbir sekolah secara bertulis. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh guru besar.


TINDAKAN DISIPLIN Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan pengakap kanak-kanak dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: Amaran lisan. Amaran bertulis. Gantung keahlian. Pecat keahlian. Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat unit pakaian seragam, persatuan/kelab dan kelab sukan/permainan secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.


LAMBANG PENGAKAP DUNIA Pecahan tiga kelopakmelambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga Warna unguwarna Biro Pengakap Sedunia. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kananmelambangkan Undangundang Pengakap yang sepuluh itu. Lingkaran tali berwarna putihmelambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. Ikatan putihmenunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. Warna putihkesucian dan kebersihan.


LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undangundang Pengakap yang sepuluh. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Warna kuning, hijau, merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. - Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", - Hijau - "Pengakap Muda", - Merah - "Pengakap Remaja"


COGAN KATA Pengakap Kanak-kanak Pengakap Muda Pengakap Remaja Pengakap Kelana Buat Habis Baik Selalu Sedia Pandangan Luas Berkhidmat Selalu


BENDERA PENGAKAP


LAGU PENGAKAP MALAYSIA


PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, Yang saya, Dengan seberapa daya upaya saya, Akan: 1) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara 2) Menolong orang pada setiap masa 3) Menurut Undang-Undang Pengakap CAMP TOILET


ISYARAT TANGAN PERSETIAAN PENGAKAP Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undangundang pengakap Sebagai seorang ahli Pengakap, kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 undang undang Pengakap


Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 1. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orangorang di atas dan orang-orang yang dibawahnya. 2. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 3. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 4. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 5. 6.Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apaapa soalan. 7. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. 8. 9.Pengakap itu jimat dan cermat. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. 10. UNDANG-UNDANG PENGAKAP


DASAR KEAGAMAAN Menghormati kepercayaan orang lain Tugas pemimpin dan pelaksanaan amalan keagamaan Memahami dasar keagamaan dalam Persekutuan OBJEKTIF


DASAR KEAGAMAAN 1 2 3 4 5 Tidak terhad kepada sesuatu agama Mengamalkan ajaran masingmasing Menghormati agama orang lain Kumpulan mengandungi ahli-ahli yang mengamalkan agama sama boleh mengatur ibadat dan pelajaran agama mereka Galakkan mereka melakukan ibadat mengikut cara agama masingmasing


02 Sejarah Unit Beruniform


SEJARAH PENGASAS Nama: Lord Baden Powell of Giwell Nama Penuh: Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell Tempat Lahir: Hype Park, London Pangkat: Leftnan Muda (1876), Leftnan Jeneral (1907) dan Ketua Inspektor (1963) Bapa: Reveremd H.G Baden Powell (Maha Guru di Universiti Oxford) Tahun Kematian Bapa: Tahun 1910 Ibu: Anak kepada Laksamana British yang bernama W.T Smyth Bilangan adik-beradik: Tujuh


SEJARAH PENUBUHAN (1899-1914) 1899 1907 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwa ini, BP telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda. BP menubuhkan perkhemahan percubaan di Brownsea Island. Beliau merupakan “Scout Master” atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut manakala G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell. Selepas perkhemahan tersebut, BP menulis dan mengemaskini semula buku “Aids to Scouting” kepada “Scouting for Boys” sebagai pandu asas pergerakan Pengakap serta diterjemahkan dalam lima bahasa di serata dunia. Beliau meneruskan perjuangannya sebagai Pengakap dan berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral.


Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England seperti pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia. Jambori pertama diadakan di Richmond Parkdi di Olympia, London dan sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World. Sewaktu usia BP pada 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya telah berhijrah ke Kenya, Afrika dan bermastautin di sana selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun. BP meninggal dunia di Paxtu, Kenya dan disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya pada 8 Januari. Batu nisan beliau turut diukir “Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941.” Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud “Gone Home“. Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu. 1914 1919 1920 1937 1941


SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA Pengakap mula diperkenalkan di Malaysia. Pasukan percubaan dimulakan di Pulau Pinang tetapi tidak aktif. 1908 Pasukan percubaan kedua diadakan di Selangor tetapi tidak aktif juga. Ketika Singapura masih di sebahagian daripada Malaya, satu pasukan yang mempunyai 30 orang ahli termasuklah F.C. Sands (tokoh pendidikan England) telah ditubuhkan. Sejak penubuhan pasukan percubaan di Pulau Pinang, Selangor dan Singapura ini, pergerakan pengakap terus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kaum belia dan orang dewasa terutamanya dalam kalangan pelajar dan kaum guru di negeri - negeri lain. 1909


1919 Kumpulan pertama ahli pengakap anak Melayu yang mampu berbahasa Inggeris ditubuhkan di Singapura pada tahun 1919 oleh Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Alsagoff. Penubuhan pengakap di Malaysia telah dimulakan oleh pegawai Inggeris oleh pegawai pentadbiran atau pendidik sebelum merdeka sehingga tahun 1970, Sebelum merdeka sehingga tahun 1970, keahlian pengakap hanya dibuka kepada lelaki, namun keahlian mula dibuka kepada ahli perempuan pada tahun 1972 di beberapa buah sekolah di Kelantan (SMK Kubang Kerian & SMK Kota Bharu). Lama - kelamaan, pergerakan pengakap semakin berkembang di setiap negeri sebagaimana jadual di sebelah :


Negeri Tahun Penubuhan Pulau Pinang 1908 Selangor 1909 Pahang 1912 Sabah 1913 Sarawak 1915 Perak 1920 Kedah & Perlis 1922 Melaka & Negeri Sembilan 1925 Terengganu 1926 Kelantan 1927 Johor 1928


TUJUAN PENUBUHAN Membentuk Warganegara yang Taat kepada Negara Mengeratkan Persaudaraan antara Pengakap-pengakap Sedunia Persaudaraan Aktivitiaktiviti Luar Fikiran Progresif antara Belia Khidmat Masyarakat Berdikari Perlindungan Alam


Kedudukan peserta dalam keadaan bulatan manakala jurulatih perlu sebaris di belakang tiang bendera, menghadap peserta, ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua. Kemudian, bendera pula dalam keadaan sudah bergulung dan terikat di puncak tiang. Dari segi perjalanan upacara pula peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih, petugas berdiri di tengah-tengah. Bila jurulatih masuk (perintah ) “ baris sedia ”, bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara. Petugas mara ke hadapan memberi hormat dan memberi ucapan seperti “Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara”. Kemudian petugas memberi hormat, pusing belakang dan bergerak ketempat asal lalu petugas memberi arahan. Setelah itu, petugas bergerak menghadap bendera dan pengibar bendera terus tarik tali bendera lalu peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik. Istiadat Mengibarkan Bendera


Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera. Petugas memberi arahan menyanyi lagu “Negara ku ” dan semua menyanyi. Petugas memberi perintah membaca Doa - isyarat “ Ap ”. Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “ Ap ” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia. Petugas memberi arahan persetiaan - isyarat “ Ap ” Petugas terus angkat tangan,diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan. Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua dan memberi hormat lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepadatuan” pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) perintah “Baris senang diri” lalu jurulatih bertugas melaksanakan tugasnya apabila selesai barulah arahan “Baris keluar baris”.


Istiadat Menurunkan Bendera Kedudukan peserta mestilah dalam bulatan manakala jurulatih berada di belakang tiang bendera menghadap peserta. Berikut merupakan aturan upacara: 1. Petugas : (Beri arahan ) “PEK ! Sedia ” 2. Petugas : (Beri arahan ) “ Bendera ” semua mengadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera 3. Petugas : (Beri arahan ) “ Serahkan bendera kepada ketua ” PKK bergerak(arahan ) “ Ap ” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak mengadap ketua,beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balikke sekawan 4. Petugas : (beri arahan ) “ Doa ” - “ Ap ” - angkat tangan. Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “ Ap ” - turun tangan 5. Petugas : (beri arahan ) “PEK ! Bersurai ”


Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin. Mula-mula, Laung Agung dijalankan terlebih dahulu kemudian, Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera lalu Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya(di tengah bulatan). Seterusnya, Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima lalu Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat. Akela menyematkan lencana(Lencana Kemajuan di kiri lengan baju- Lencana Kepandaian di kanan lengan baju, Akela bersalam dan ucapan “ Syabas ”). PKK tabik hormat dan apabila selesai semua - Pek beri sorakan “ Tahniah ” dan dijawab oleh penerima lencana. PKK balik ke sekawan masing-masing. Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan


PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolong-penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela .Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya. Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri disebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian Akela : “ Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak ” PKK baru : “ Ya, Akela ” Akela : “ Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap ” PKK baru : “ Ya, Akela ” Istiadat Melantik


03 Struktur dan Organisasi Pertubuhan


Persekutuan Pengakap Malaysia


Peringkat Negeri Kumpulan Latihan Malaysia


Peringkat Negeri


Peringkat Daerah


Jawatankuasa Tadbir Kumpulan Latihan Malaysia Institut Pendidikan Guru (KLMIPG)


Carta Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Sekolah Rendah


04 Pengurusan dan Pentadbiran Pertubuhan


Pakaian seragam Pengakap & Protokol serta pemakaian lencana Pakaian seragam Pengakap Pemimpin Lelaki Pakaian seragam Pengakap Pemimpin Perempuan


Pakaian seragam Pengakap Kanakkanak, Muda & Remaja Lelaki Pakaian seragam Pengakap Kanakkanak, Muda & Remaja Perempuan


Tanda pangkat Hak memakai: Ketua Pengakap Negara Hak memakai: Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Hak memakai: Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negara Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.


Hak memakai: Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Latihan Negara Pesuruhjaya Program Negara. Hak memakai: Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa; Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negara Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pesuruhjaya Pengakap Daerah. Hak memakai: Setiausaha Latihan Negara Setiausaha Program Negara Jurulatih.


Hak memakai: Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah. Hak memakai: Penolong Jurulatih. Hak memakai: Penolong Pemimpin Pengakap. . Hak memakai: Pemimpin Pengakap.


Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak Untuk menjadi Pengakap Kanak-kanak, budak itu hendaklah telah berumur 8 tahun dan belum sampai 13 tahun. Ia tidak boleh terus kekal menjadi Pengakap Kanak-kanak apabila umumnya sampai 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Rendah. Bahagian ini dijalankan di bawah seorang Pemimpin Pengakap Kanak-kanak dengan dibantu oleh seorang atau beberapa orang Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak atau perempuan dewasa. Bahagian ini dibahagikan menjadi beberapa unit kecil, tiap-tiap satu terdiri dari Sekawan 6 hingga 8 orang dengan seorang daripadanya menjadi Ketua Sekawan. Atas dasar inilah wujud Sistem Sekawan di dalam Unit Pengakap Kanak-kanak. Setiap Sekawan dikenali dengan nama wama seperti Sekawan Biru, Sekawan Merah, Sekawan Hijau, Sekawan Kuning. Sekawan Kelabu dan Sekawan Perang. Sistem Sekawan menekankan kopada kepimpinan kanak-kanak berdasarkan kepada idea perkongsian kepimpinan.


1 23 Skim Lencana Pengakap Kanak-kanak Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak. kanak ini akan dianugerahi dengan lencanalencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya. Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu adalah Lencana Keahlian. Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilh SATU Lencana Wajlb iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahill Renang. Dalam peringkat Pengakap Kanak-kanak ini, TIGA (3) Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahtl yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu: 1. Lencana Keris Gangsa 2. Lencana Keris Perak 3. Lencana Keris Emas


Pengakap Kanak-kanak perlu juga memperolehi Lencana Kepandaian dengan DUA dalam Kategori Kegemaran, DUA dalam Kategori Pengetahuan dan DUA dalam Kategori Perkhidmatan. Lencana Keahlian Lencana Wajib (Ahli Renang) Lencana Wajib (Penunggang Basikal) Lencana kemajuan (Keris Gangsa) Lencana KepandaianKategori Kegemaran (Ahli Koleksi Hobi)


Lencana KepandaianKategori Kegemaran (Ahli Kraftangan) Lencana KepandaianKategori Kegemaran (Peladang Kecil) Lencana KepandaianKategori Kegemaran (Pelukis) Lencana KepandaianKategori Kegemaran (Pembaca Buku) Lencana KepandaianKategori Kegemaran (Penghibur)


Click to View FlipBook Version