The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arisyah17-1001, 2021-12-28 01:02:23

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT SEMASA

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT SEMASA

PROGRAM GAYA
HIDUP SIHAT
SEMASA

NUR ARISYAH BINTI MANSOR
PISMP SEMESTER 7/TESL 3

M ES ECNHAARNAI ICPSR OSGERCATMI O N

1 PROGRAM SUSU SEKOLAH
2 PROGRAM SISWA SIHAT (PROSIS)
3 PROGRAM KBS FIT & ACTIVE

4 KEMPEN BERJALAN 10,000 LANGKAH
5 PROGRAM PEMBANGUNAN TAMAN AWAM
6 PROGRAM VAKSINASI HPV
7 HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN
8 PROGRAM ALAT SUNTIKAN

PROGRAM SUSU SEKOLAH

Dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) untuk makanan seimbang
Bertujuan meningkatkan taraf kesihatan dan
pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan
pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan
umum murid sekolah bertambah baik
Bertujuan menggalakkan murid meminum susu di
peringkat awal

Program Susu Tambahan RMT, SK Pasir Kelang
Sumber: Laman sesawang SK Pasir Kelang

PROGRAM SISWA SIHAT

Bermula sebagai projek rintis pada tahun 2011 di
beberapa Universiti Awam yang terpilih sahaja namun
kini telah diperluaskan ke Kolej Komuniti, Politeknik, Kolej
Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru
Bertujuan membudayakan amalan cara hidup sihat
dalam kalangan siswa siswi IPT yang meliputi makan
secara sihat, lakukan aktiviti fizikal, tidak merokok,
pupuk minda sihat dan sihat tanpa alkohol

Sumber:
Portal Infosihat,
Bahagian Pendidikan
Kesihatan

PROGRAM KBS FIT & ACTIVE

Objektif bagi program KBS Fit and Active:

Melatih masyarakat dalam pendidikan tentang pemakanan yang
sihat
Meningkatkan pengetahuan pelbagai aktiviti kecergasan dan
gaya hidup aktif
Menggalakkan masyarakat untuk mengetahui mengenai cara-
cara menyediakan pelan diet
Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan memberi
lebih keseronokan

Program Fit & Active 2020
di Dewan Serbaguna
Podium, Menara KBS
Putrajaya

Sumber: Portal Rasmi
Jabatan Belia dan Sukan
Negara

KEMPEN BERJALAN 10,000 LANGKAH

Menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang
aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas
Mulanya disasarkan kepada golongan wanita berumur 18 tahun
ke atas memandangkan golongan ini merupakan kumpulan yang
tidak aktif berbanding lelaki berdasarkan hasil Tinjauan
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS III) pada tahun 2006
yang lalu (47.3 % tidak aktif)
Turut diperluaskan kepada semua golongan bagi menjadikan
budaya aktif dalam kehidupan sebagai rutin termasuklah warga
emas dan golongan bekerja

Poster Gegar 10,000 Langkah yang dilaksanakan

PROGRAM PEMBANGUNAN TAMAN AWAM

Menyediakan ruang dan persekitaran berkualiti untuk
menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi
Taman awam dibangunkan dengan pelbagai kemudahan
rekreasi percuma dan disulami dengan pokok-pokok
dan tanaman landskap yang menarik
Bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat
Destinasi pelbagai aktiviti sosial di kawasan
perbandaran



PROGRAM VAKSINASI HPV

Pemberian vaksinasi HPV secara percuma kepada
wanita bujang/belum pernah berkahwin, warganegara
malaysia atau penduduk tetap yang lahir pada tahun
1992 hingga 1996 serta wanita dalam kumpulan
klasifikasi pendapatan B40 dan M40
Bertujuan mencegah kanser serviks akibat jangkitan
HPV pada masa akan datang yang berisiko dihidapi oleh
golongan wanita

Poster Program Vaksinasi HPV

HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN

Menekankan konsep pencegahan yang mana kita
hendak mencegah mereka yang belum terlibat dengan
penagihan dadah bagi mengelakkan munculnya penagih-
penagih baharu menerusi pelbagai aktiviti
Memberi penekanan kepada usaha mencegah
seseorang daripada terjebak semula dalam aktiviti
penyalahgunaan dadah kerana kita percaya bahawa
mencegah itu lebih baik daripada merawat

Poster dan sambutan Hari
Antidadah Kebangsaan

PROGRAM ALAT SUNTIKAN

Melibatkan pertukaran jarum suntikan serta picagari terpakai
yang digunakan oleh penagih dadah dengan jarum suntikan
dengan yang baru
Bertujuan mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV dan juga
penyakit berjangkit lain yang menular melalui darah dan
hubungan kelamin
Membolehkan pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan
mendekati klien yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah
untuk memberi khidmat nasihat kesihatan dan perubatan

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS).
Diambil dari https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-
menu/program-susu-sekolah-pss

Bahagian Pendidikan Kesihatan. (2017). Program Siswa Sihat (PROSIS).
Diambil dari https://www.infosihat.gov.my/projek-khas/prosis.html

Kementerian Belia dan Sukan. (2021). Program KBS Fit & Active #2. Diambil
dari https://www.kbs.gov.my/program-kbs-fit-active-2.html

Bahagian Pendidikan Kesihatan. (2017). Kempen Berjalan 10,000 Langkah.
Diambil dari https://www.infosihat.gov.my/projek-khas/berjalan-10-000-
langkah.html

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2021). PROGRAM
PEMBANGUNAN TAMAN AWAM. Diambil dari
https://www.kpkt.gov.my/kpkt/resources/user_1/GALERI/INFOGRAFIK/Lan
dskap/Pembangunan-Taman-Awam.pdf

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. (2021).
PROGRAM VAKSINASI HPV. Diambil dari
https://www.lppkn.gov.my/index.php/2014-04-22-06-49-45/program-
vaksinasi-human-papillomavirus-pvhpv

Yusoff, Sunaryati. (21 Januari 2021). ‘Lebih Baik Cegah’ tema Hari
Antidadah Kebangsaan tahun ini. Buletin Mutiara. Diambil dari
https://www.buletinmutiara.com/lebih-baik-cegah-tema-hari-antidadah-
kebangsaan-tahun-ini/

Hashim, Hasniza. (28 Ogos 2020). Program Pertukaran Jarum Syringe
(NSEP). Diambil dari http://www.myhealth.gov.my/program-pertukaran-
jarum-syringe-nsep/

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version