The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN PERSIS 2024_edaran sekolah KPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiq_yusof91, 2024-04-24 01:17:09

GARIS PANDUAN PERSIS 2024_edaran sekolah KPM

GARIS PANDUAN PERSIS 2024_edaran sekolah KPM

0 KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM GARIS PANDUAN PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1 GARIS PANDUAN PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1.1 Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan untuk Penarafan Surau Imarah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. (PERSIS). 1.2 Garis Panduan ini sebagai panduan pengisian instrumen PERSIS dan panduan kepada penilai dalam membuat penilaian yang standard pada peringkat bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah KPM. 1.3 Surau sekolah merupakan tempat utama untuk melaksanakan ibadat solat dan berperanan sebagai tempat pengukuhan kurikulum pendidikan Islam serta pelaksanaan aktiviti kokurikulum. 1.4 Surau juga sering digunakan sebagai tempat untuk melaksanakan aktiviti keagamaan dan peningkatan sahsiah murid. Justeru, surau perlu sentiasa diimarahkan dengan aktiviti penyebaran dan pengukuhan ilmu serta pemantapan sahsiah dan jati diri murid.


2 2. LATAR BELAKANG 2.1 Mesyuarat Pengurusan Bahagian Pendidikan Islam Ke-76 Bil 6/2013 bertarikh 18 Mac 2013, telah bersetuju supaya mengadakan Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (ASISS) pada peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan. 2.2 ASISS yang berkonsepkan pertandingan surau imarah daripada peringkat daerah sehingga ke peringkat kebangsaan, dinilai dan diberikan penghargaan kepada pemenang khusus bagi empat kategori surau dan musala sekolah rendah dan sekolah menengah. 2.3 Pada tahun 2020, ASISS telah diubah konsepnya kepada PERSIS. Penarafan secara menyeluruh kepada semua surau dilaksanakan dengan pemberian “star rating” atau penarafan bintang bermula satu bintang sehingga lima bintang. 3. OBJEKTIF Objektif PERSIS adalah seperti yang berikut: 3.1 Memastikan surau dalam keadaan bersih dan kemas. 3.2 Meningkatkan kualiti pengurusan surau dalam aspek kemenjadian murid ke arah pembentukan karakter murid yang memenuhi aspek kemuliaan insan, aktiviti pengimarahan yang


3 memberi impak, kreatif dan inovasi serta persekitaran yang berinformasi dan kondusif. 3.3 Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pengurusan pengimarahan surau sekolah. 4. TAFSIRAN 4.1 “Surau” merupakan tempat utama untuk melaksanakan ibadat solat dan berperanan sebagai tempat pengukuhan kurikulum pendidikan Islam dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang bersesuaian. 4.2 “Penarafan Bintang” bermaksud pemberian bintang tertentu berdasarkan skor yang diperoleh. 5. KONSEP Penarafan surau sekolah menggunakan sistem star rating (penarafan bintang) seperti berikut: BIL KEDUDUKAN PENARAFAN SKOR 1 Cemerlang 5 Bintang 90 - 100 2 Amat baik 4 Bintang 76 - 89 3 Baik 3 Bintang 60 - 75 4 Memuaskan 2 Bintang 46 - 59 5 Tidak Memuaskan 1 Bintang 0 - 45


4 6. PELAKSANAAN 6.1 Penarafan kendiri PERSIS ini wajib diisi oleh semua sekolah KPM yang mempunyai surau. 6.2 Penarafan kendiri dilaksanakan sekali sahaja oleh pihak sekolah bermula pada bulan April hingga Jun tahun semasa. Pengisian aktiviti berdasarkan perancangan dalam takwim persekolahan, takwim panitia Pendidikan Islam atau persatuan Pendidikan Islam/Bahasa Arab. Semakan pengisian akan dilaksanakan sepanjang bulan Mei hingga Jun. 6.3 Penarafan ini menggunakan instrumen PERSIS yang merangkumi 3 aspek iaitu: 6.3.1 Kebersihan dan Kekemasan 6.3.2 Pengurusan dan Kelengkapan 6.3.3 Aktiviti Pengimarahan dan Kemenjadian Murid 6.4 Sekolah akan mendapat penarafan bintang berdasarkan skor yang diperoleh daripada penarafan kendiri. 6.5 Sekolah yang tidak mencapai lima bintang akan diberikan bimbingan secara berterusan oleh PPD, JPN dan KPM.


5 6.6 Jadual perbatuan PERSIS: 7. SKOP PENARAFAN Skop penarafan dan pemarkahan adalah seperti yang berikut: BAHAGIAN SKOP SKOR WAJARAN A Kebersihan dan Kekemasan 60 43.17 B Pengurusan dan Kelengkapan 24 17.27 C Aktiviti Pengimarahan dan Kemenjadian Murid 55 39.56 JUMLAH KESELURUHAN 139 100% BIL AKTIVITI MAC APR MEI JUN JUL OGO SEPT OKT NOV 1 Edaran Surat Makluman Penarafan 2 Penilaian Kendiri oleh PGB 3 Semakan Pengisian Data Penarafan 4 Pemantauan dan bimbingan PPD/JPN/KPM


6 8. PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB 8.1 KPM bertanggungjawab untuk: i. menyediakan garis panduan dan instrumen penarafan surau imarah; ii. menjalin kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan dalam pengimarahan surau; dan iii. melaksanakan pemantauan dan bimbingan pelaksanaan PERSIS. 8.2 JPN bertanggungjawab untuk: i. memberi penerangan, pengedaran surat dan instrumen penarafan kepada PPD dan sekolah; dan ii. melaksanakan pemantauan dan bimbingan pelaksanaan PERSIS. 8.3 PPD bertanggungjawab untuk: i. memaklumkan kepada sekolah tentang pengisian instrumen penarafan; dan ii. melaksanakan pemantauan dan bimbingan pelaksanaan PERSIS. 8.4 Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab untuk: i. memberi penerangan kepada warga sekolah tentang penarafan surau sekolah; ii. merancang dan mengurus aktiviti pengimarahan surau sekolah; iii. melaksanakan penilaian kendiri penarafan surau; dan iv. mempamerkan sijil penarafan di tempat yang sesuai.


7 9. PENUTUP Diharapkan melalui penarafan surau imarah ini, surau berperanan sebagai pusat utama pendidikan yang mampu melahirkan murid yang berpegang teguh dengan ajaran Islam melalui pengurusan pengimarahan surau yang terancang. Selain daripada itu, penerapan nilai murni di kalangan murid, bukti kemenjadian murid dan jati diri dapat dipertingkatkan bermula daripada pengurusan pengimarahan surau yang cemerlang.


8 KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTRUMEN PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


9 MAKLUMAT SEKOLAH: Nama Sekolah: Kod Sekolah: Kategori Sekolah: Menengah/Rendah Daerah: Negeri: PERKARA Bilangan Murid: Bilangan Murid Islam: Bilangan Guru: Bilangan AKP:


10 Arahan: mohon tandakan (√) pada kotak yang berkaitan. BAHAGIAN A: KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN Bil Perkara Skala 5 Skor Amat Baik 4 Baik 3 Sederhana Baik 2 Kurang baik 1 Sangat tidak baik 1. Luar bangunan /5 2. Dalam bangunan /5 3. Tempat wuduk /5 4. Tandas /5 5. Sistem saliran /5 6. Landskap /5 7. Susunan kelengkapan 7.1 sejadah /5 7.2 rehal /5 7.3 al-Quran /5 7.4 telekung/ kain pelikat /5 7.5 selipar/ terompah /5 8. Sistem siaraya 8 /5 JUMLAH /60


11 BAHAGIAN B: PENGURUSAN DAN KELENGKAPAN Bil Perkara Skala Skor 3 Ada/ Lengkap/ Kreatif 2 Ada/ Lengkap 1 Ada 0 Tiada 1 Carta Organisasi Induk /3 2 Carta Organisasi Murid /3 3 Takwim Aktiviti Tahunan /3 4 Jadual Bertugas Harian /3 5 Fail Stok/Inventori /3 6 Penunjuk Arah Ke Surau /3 7 Tanda Nama Surau /3 8 Tanda Arah Kiblat /3 Jumlah /24


12 BAHAGIAN C: AKTIVITI PENGIMARAHAN DAN KEMENJADIAN MURID. Bil 1. Program/Aktiviti Skala Skor 5 Sangat Kerap 4 Kerap 3 Kadangkadang 2 JarangJarang 1 Sangat Jarang 1 Solat Fardu Berjemaah /5 2 Kuliah /Taklim/Tazkirah /5 3 Majlis Bacaan Yasin/Tahlil /5 4 Usrah/Halaqah Ilmu /5 5 Solat Sunat Hajat/Dhuha /5 Jumlah /25 Bil 2. Program/Aktiviti 2 Ada/ Laporan lengkap 1 Ada/ Laporan tidak lengkap 0 Tiada Skor 6 Program kebesaran Islam sempena: 1. Awal Muharram/Maal Hijrah /2 2. Maulidur Rasul /2 3. Isra’ dan Mikraj /2 4. Ihya’ Ramadan /2 5. Nuzul al-Quran /2 7 Program Penghayatan Hadis 40 Nama Program: /2 Nama Program: /2 8 Program/Kem Kepimpinan Islam Nama Program: /2 Nama Program: /2 9 Kem Bestari Solat/Khemah Ibadah Nama Program/Kem: /2


13 Nama Program/Kem: /2 10 Kursus/Kem Pembangunan Sahsiah Nama Kursus/Kem: /2 Nama Kursus/Kem: /2 11 Kursus/ Kem Pemantapan Akidah Nama Kursus/Kem: /2 Nama Kursus/Kem: /2 Jumlah /30 JUMLAH KESELURUHAN /55 12 BONUS: Nilai tambah berkaitan program/aktiviti yang memberi memberi impak besar kepada murid/warga sekolah/komuniti 12.1 12.2 12.3 12.4 12.5 KAEDAH PENGIRAAN SKOR : SKOR (Bahagian A+B+C) / 139 X 100 = ________ % KEDUDUKAN : _____________________ Bil Kedudukan Penarafan Skor 1 Cemerlang 5 Bintang 90 - 100 2 Amat baik 4 Bintang 75 - 89 3 Baik 3 Bintang 60 - 74 4 Memuaskan 2 Bintang 46 - 59 5 Tidak memuaskan 1 Bintang 0 - 45


14 Ulasan Keseluruhan Penarafan : Kekuatan : _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ Kelemahan : _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ Penarafan oleh Guru Besar/Pengetua: ........................................... Nama : Jawatan : Tarikh :


Click to View FlipBook Version