The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Nadia, 2022-05-16 19:43:04

Tugasan e-Karnival Kokum (PBSM)

Wan Zulkarnain bin Wan Zulhidayat

TUGASAN e-KARNIVAL KOKURIKULUM

NAMA : WAN ZULKARNAIN BIN WAN ZULHIDAYAT

KELAS : 4 HIJAU

UNIT BERUNIFORM : PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM)

TAJUK : INFOGRAFIK SEJARAH PENUBUHAN

SEJARAH PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM)

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di peringkat dunia lebih dikenali sebagai
PALANG MERAH. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan
pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai BAPA PALANG
MERAH. Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di
kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih
belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera.
Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan
pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera.

Wan Zulkarnain bin Wan Zulhidayat (4 Hijau)

SEJARAH PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM)

Hasil daripada pengalaman tersebut, beliau telah menerbitkan buku bertajuk ‘A
Memory of Solferino’. Dengan bantuan beberapa orang yang berminat, Henry
telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu merereka yang
cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas
bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu
PALANG MERAH yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk
memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan
bendera negara tersebut.

Wan Zulkarnain bin Wan Zulhidayat (4 Hijau)

SEJARAH PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM)

Pada tahun 1876, ketika berperang dengan Rusia, Turki telah menggunakan
lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan
negara-negara lain.
Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan
(Peace Prize) yang pertama. Tanggal 30 Oktober 1910, beliau telah meninggal
dunia di Heidden, iaitu sebuah kawasan pergunungan.

Wan Zulkarnain bin Wan Zulhidayat (4 Hijau)

SEJARAH PBSM DI MALAYSIA

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai
cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun
1950-an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di
Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.
Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia
dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan
tersebut mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa
pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.

Wan Zulkarnain bin Wan Zulhidayat (4 Hijau)

SEJARAH PBSM DI MALAYSIA

Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta
penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan
akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia
(Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang
Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak
dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di
Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.

Wan Zulkarnain bin Wan Zulhidayat (4 Hijau)

SEJARAH PBSM DI MALAYSIA

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama
kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran
penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia 1975 oleh Parlimen Malaysia.

Wan Zulkarnain bin Wan Zulhidayat (4 Hijau)

LOGO PBSM DAN MAKSUDNYA

• Berasal dari lambang palang merah
yang telah diiktiraf oleh Persidangan
Palang Merah Antarabangsa pada
tahun 1929.

• Lambang ini digunakan oleh pasukan
penyelamat dan kakitangan
perubatan untuk mengelakkan mereka
daripada diserang ketika peperangan.

Wan Zulkarnain bin Wan Zulhidayat (4 Hijau)

LAGU PBSM

Bulan Sabit Merah di Malaysia Di mana jua adanya sengsara
Giat berjasa untuk negara Di situ ada kita
Tidak kira kaum dan agama Di darat dan laut kita bersedia
Waktu aman atau bahaya Walau diancam bahaya

Bulan Sabit Merah gerakan sedunia Lirik: Tan Sri Dato’ Dol Ramli
Membantu semua yang menderita Lagu: Dato’ Johari Salleh
Badan sukarela berkhidmat
Dengan tabah dan bersemangat

Wan Zulkarnain bin Wan Zulhidayat (4 Hijau)

IKRAR PBSM

Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Bahawa kami berikrar
Merah Malaysia akan sentiasa memberi khidmat sukarela
berikrar taat setia kepada kami
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda kepada mereka yang sakit dan menderita
Yang DiPertuan Agung di waktu aman atau bencana
dan pemerintah-pemerintah di negara kami berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti
berikut:
Bahawa kami berikrar
akan sentiasa patuh pada perlembagaan 1. KEMANUSIAAN
dan undang-undang serta arahan persatuan 2. KESAKSAMAAN
walau di mana kami berada 3. KEBERKECUALIAN
4. KEBEBASAN
5. KHIDMAT SUKARELA
6. KETUNGGALAN
7. KESEJAGATAN

Wan Zulkarnain bin Wan Zulhidayat (4 Hijau)


Click to View FlipBook Version