The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ridayah.othman, 2022-04-07 22:41:24

Modul Aktiviti Homeroom Minggu Silaturrahim (MISRA)

Pelajar Tingkatan 1 MRSM Kuantan

MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUANTAN
JALAN TOK SIRA, ALOR AKAR
25050, KUANTAN, PAHANG

TEL: 09 5674439 FAX: 09 5674644

MODUL AKTIVITI
HOMEROOM :

MINGGU SILATURRAHIM
PELAJAR TINGKATAN 1 2022

‘UKHUWAH SELAMANYA’

UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MRSM KUANTAN



1|Modul Aktiviti Homeroom 2022

MODUL AKTIVITI HOMEROOM

Tarikh : 12 April 2022 (Selasa)
Masa : 9.00am sehingga 10.30am

AKTIVITI 1

Aktiviti 1 DYAD

Objektif  Dapat mengetahui dan mengingat nama ahli-ahli homeroom.
 Dapat berkenalan di antara satu sama lain.
 Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara Guru Penasihat Homeroom dan

ahli homeroom.

Jangka Masa 1 jam 30 minit

Peralatan  Tali Rafia yang telah dipotong lebih kurang dalam 10 inci.
 Keratan kertas yang mengandungi perkataan (digulung)

Proses Langkah Pelaksanaan Aktiviti:

1) Penasihat homeroom meminta ahli membuat satu bulatan besar.
2) Penasihat homeroom meletakkan kesemua tali rafia ditengah-tengah bulatan

dalam keadaan berselerak dan berpintal.
3) Ahli-ahli homeroom diminta untuk meleraikannya dengan memegang hujung tali

tanpa melepaskan tali tersebut. Setiap ahli hanya boleh memegang 1 hujung tali
sahaja.
4) Ahli yang berjaya meleraikan tali rafia yang berpintal dan berselerak tersebut
akan menjadi pasangan dan membentuk kumpulan. Jika terdapat ahli yang tidak
mempunyai pasangan, maka penasihat homeroom boleh memintanya untuk
masuk ke dalam mana-mana kumpulan yang diingininya.
5) Penasihat homeroom meminta setiap kumpulan berkenalan dengan pasangan
dalam kumpulan masing-masing mengikut kriteria yang diingini oleh penasihat
(Contoh, nama panggilan, bil.adik beradik (anak ke brp?), asal, makanan
kegemaran, cita-cita, dll). Masa diberi 5 minit.
6) Penasihat meminta setiap pasangan memperkenalkan pasangan masing-masing
kepada kumpulan besar sehinggalah semuanya diperkenalkan.
7) Penasihat memperkenalkan diri. Penasihat meminta semua ahli mengambil satu
gulungan kertas termasuk penasihat. Penasihat meminta mereka membuka
gulungan tersebut dan menunjukkannya kepada ahli-ahli yang lain.
8) Penasihat meminta ahli mengaitkan perkataan tersebut dengan kehidupannya.
Pelajar lain digalakkan untuk bertanya ketika ahli bercerita.
9) Penasihat meminta ahli-ahli membuat refleksi dan merumus.

2|Modul Aktiviti Homeroom 2022

Hasil / Refleksi  Mengenali dan mengeratkan hubungan sesama ahli homeroom dan juga Guru

penasihat homeroom.
 Mewujudkan keterbukaan dan saling percaya sesama pelajar.
 Mewujudkan kemesraan awal dan keselesaan di kalangan pelajar.
 Menggalakkan para pelajar berinteraksi dihadapan rakan-rakan yang baru dikenali

untuk membina keyakinan diri.

Perhatian Penasihat perlu memastikan semua ahli bekerjasama dalam kumpulan.
Beri galakan kepada ahli yang kurang berkomunikasi dalam kumpulan dan bantu jika
mereka kelihatan buntu.

3|Modul Aktiviti Homeroom 2022

LAMPIRAN

SCARY SHY CONFIDENT DOCTOR
TAKUT MALU YAKIN DOKTOR

CAR FISH FLOWER NEIGHBOUR
KERETA IKAN BUNGA JIRAN

CIRCLE RUN HOUSE TOWN
BULAT LARI RUMAH BANDAR

CAT MONEY EXCITED DREAM
KUCING DUIT TERUJA MIMPI

BICYCLE BALL CATCH BELI
BASIKAL BOLA TANGKAP BUY

READ BURDEN STAR WINNER
BACA BEBAN BINTANG JUARA

4|Modul Aktiviti Homeroom 2022

MODUL AKTIVITI HOMEROOM

Tarikh : 12 April 2022 (Selasa)
Masa : 11.00am sehingga 1.00pm

AKTIVITI 2

Aktiviti 2 (“WHO FIRST”???)

Objektif  Mendedahkan kepada peserta bahawa sifat pentingkan diri perlu dijauhi dalam
kepimpinan.

 Memupuk kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan peserta.
 Membentuk kreativiti dalam memberi idea dan menghasilkan sesuatu

Jangka Masa 2 jam

Peralatan Kertas A 4

Proses Langkah Pelaksanaan Aktiviti:
1.Kaunselor akan memberi taklimat kepada peserta mengenai cara permainan Who First.
2.Pelajar kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
3.Kaunselor akan mengedarkan helaian Lampiran (rujuk lampiran) kepada setiap
homeroom.
4.Setiap kumpulan dalam homeroom akan diberi masa 20 minit untuk berbincang dalam
kumpulan. Pelajar dikehendaki untuk memahami masalah dan berbincang untuk mencari
solusi yang terbaik.
5.Setiap kumpulan dalam homeroom akan diminta untuk membentangkan hasil
perbincangan mereka di hadapan guru penasihat homeroom & membuat keputusan
bersama dalam homeroom. Kemudian, wakil setiap homeroom perlu membentangkan
hasil perbincangan kepada semua homeroom.
6.Kaunselor akan memberi rumusan /refleksi di akhir aktiviti.

Guru Penasihat Homeroom mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli homeroom
dengan kerjasama yang telah diberikan.

Hasil / Refleksi Tugasan
i) Dalam masa 3 minit itu, anda mungkin dapat selamatkan 2 orang
sahaja di dalam bilik tersebut. Buat pilihan mengikut keutamaan untuk
2 orang tersebut.
ii) Sekiranya anda diberi peluang untuk membuat pilihan, senaraikan
keutamaan daripada nombor 1 hingga 7 dan mengapa anda berbuat
demikian.

 Setiap permasalahan ada penyelesaian.
 Penyelesaian yang terbaik terhasil dari pemikiran yang baik dan tersusun.
 Komunikasi penting dalam mengembangkan idea

5|Modul Aktiviti Homeroom 2022

‘Who First ?’ Lampiran

Latar belakang masalah

Pada suatu malam, sedang anda tidur nyenyak bersama rakan-rakan di bilik, tiba- tiba anda
dikejutkan dengan riuh rendah di luar,”API!API!API!” Anda menjenguk di tingkap dan

melihat api sedang marak menjilat dan semakin menghampiri ke bilik anda. Bilik anda adalah

di tingkat 3 dan jauh dari tangga utama anggarannya 15 meter.

Tugasan Anda dan seluruh ahli bilik perlu selamatkan diri keluar dalam masa 3 minit. Anda
sebagai seorang remaja yang bertenaga perlu membantu kawan-kawan lain memandangkan
anda seorang yang terjaga sekarang.

Berikut ialah gambaran sebenar sifat perwatakan mereka serta hubungan anda dengan
mereka.

KAMIL / KAMILAH: Seorang yang berbadan gempal. Agak lambat untuk bergerak
disebabkan berat badannya. Seorang yang kelakar dan senang bergaul dengannya. Namun
begitu, Kamil/Kamilah ini suka mengepau makanan anda dan kadang-kadang anda kurang
senang dengan sifatnya.

JAMIL / JAMILAH: Mempunyai wajah yang menarik. Sentiasa menjadi tumpuan di mana
sahaja dia berada. Menganggap anda sebagai seorang kawan biasa yamg tiada kelebihan
sangat. Semalam dia demam. Selepas makan ubat, dia tidur nyenyak di katilnya.

AMIN / AMINAH: Sahabat anda dari sekolah rendah lagi. Berasal dari daerah yang sama
dan hubungan rapat dari dulu lagi. Namun sejak berlaku pertengkaran, anda dengannya,
sudah seminggu kalian tidak bertegur sapa. Dia mempunyai tabiat susah terjaga dari tidur
sejak dulu lagi.

HASAN / HASANAH: Seorang yang happy-go lucky dan rapat dengan anda. Suka berbual
dan membantu anda dalam pelajaran. Tetapi, dialah yang menyebabkan pertengkaran anda
dengan Amin/Aminah seminggu yang lalu. Petang itu, semasa riadah, kakinya terseliuh.

SYAFIQ / SYAFIQAH: Seorang yang aktif berpersatuan dan bijak bercakap. Seorang yang
terkenal dalam kalangan guru-guru dan rakan-rakan. Dia mempunyai kriteria seorang
pemimpin dan berkaliber. Keaktifannya, membuatkan dia jarang berada di bilik. Anda pun
jarang bercakap dengannya dan dia pun kurang bergaul dengan anda. Semalam dia tidur
keletihan selepas pulang dari satu kem.

HALIM / HALIMAH: Seorang yang berpengatahuan agama, berkeperibadian dan berakhlak
mulia. Disukai oleh semua orang dan sering menasihati kawan-kawan berbuat baik. Menjadi
tempat rujukan. Hubungan anda dengannya baik dan anda amat menghormatinya. Tetapi, dia
mempunyai asma dan alah terhadap asap. Badannya lemah apabila terhidu asap kerana sesak
nafas.

6|Modul Aktiviti Homeroom 2022

Tarikh MODUL AKTIVITI HOMEROOM
Masa
: 13 April 2022 (Rabu)
Aktiviti 3 : 9.00am sehingga 10.30am

AKTIVITI 3

MY PRIORITIES AND NEEDS IN MRSMKU

Objektif  Pelajar dapat menyenaraikan keutamaan.
 Pelajar dapat menyenaraikan keperluan mereka.
Jangka Masa  Pelajar dapat menyenaraikan yang mana kurang diperlukan.
Peralatan  Pelajar dapat membezakan yang mana keutamaan dan yang mana keperluan.
 Mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama erat dalam homeroom.
 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan daya kepimpinan dalam homeroom.

1 jam

Handout, Tali Rafia (LDK 1), Getah (1 Unit), Permanent Marker Pen dan Cawan
Polisterin/Tin Minuman (10 unit)

Proses Langkah Pelaksanaan Aktiviti:
Rumusan  Pelajar-pelajar diberikan handout yang mengandungi keutamaan dan keperluan
dan perkara kurang perlu di MRSM.
 Pelajar-pelajar diminta untuk berbincang dan mengasingkan perkara mengikut
keutamaan, keperluan dan kurang perlu di MRSM.
 Pelajar diminta berbincang dan memutuskan 10 perkara yang penting dilakukan
di MRSM Kuantan dan menulisnya pada cawan polisterin/tin minuman.
 Tanpa memegang cawan atau tin minuman tersebut, pelajar-pelajar perlu
menyusunnya seperti piramid yang mana keperluan atau keutamaan perlu berada
di bahagian paling atas dan yang lain berada di bawah. Semua pelajar perlu
menggunakan kesemua tali yang diberikan.
 Setelah selesai, penasihat meminta ahli menerangkan sebab musabab susunan
tersebut dan kenapa ada perkara yang diketepikannya.
 Bincang. Penasihat boleh memberikan pandangan jika terdapat perkara yang
kurang perlu berada dalam susunan dan kemukakan alasan kukuh agar para pelajar
memahaminya.
 Penasihat meminta ahli membuat refleksi.

Guru Penasihat Homeroom mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli homeroom
dengan kerjasama yang telah diberikan.

Seseorang individu perlu mengetahui apa perkara yang perlu diberi keutamaan terlebih
dahulu mengikut situasi.
Terdapat keperluan yang penting dan perlu diutamakan dan ada juga keperluan yang
boleh diketepikan terlebih dahulu dalam merealisasikan impian.
Komunikasi menang-menang satu kemahiran yang boleh diperolehi setelah melatihkan
diri tetapi datangnya daripada sikap kita terhadap orang lain.

7|Modul Aktiviti Homeroom 2022

Lampiran

BELAJAR DAN MEMBACA BERIADAH
MENGULANGKAJI

MENONTON MENDENGAR LAGU SOLAT
TIDUR MAKAN DAN MINUM BERKAWAN

BERDIET FACEBOOK/TWITTER/ SELFIE/BERGAMBAR
ISTAGRAM

OUTING PULANG MENYIAPKAN
BERMALAM HOMEWORK

MENGEMAS MENYERTAI AKTIVITI TOLONG

KOKURIKULUM GURU/RAKAN/KELUARGA

MENJADI JOHAN MEWAKILI LAPTOP/
DALAM MAKTAB NOTEBOOK

PERTANDINGAN

8|Modul Aktiviti Homeroom 2022

MODUL AKTIVITI HOMEROOM

Tarikh : 13 April 2022 (Rabu)
Masa : 11.00am sehingga 1.00pm

AKTIVITI 4

Aktiviti 4 My Hopes & My Fears

Objektif  Pelajar dapat menyatakan kebimbangan dan harapan mereka.
 Pelajar dapat mendengar pandangan orang lain.
 Pelajar dapat menyenaraikan kebimbangan, harapan dan strategi mereka sebagai

satu kelompok.

Jangka Masa 1 jam

Peralatan Kertas A4
Pen

Proses Langkah Pelaksanaan Aktiviti:

 Pelajar di bahagikan kepada kumpulan kecil dalam setiap homeroom.
 Pelajar-pelajar diminta berbincang secara berkumpulan dan menyenaraikan perkara-

perkara yang mereka harapkan semasa berada di sini dan apa yang menimbulkan
kebimbangan mereka. Contoh, harapan adalah GEMBIRA/REALISASI
IMPIAN/CEPAT SESUAIKAN DIRI/CEPAT SERASI manakala ketakutan pula adalah
LAMBAT SERASI/TERSALAH PILIH/GAGAL/TAKUT/TIADA KAWAN dan
sebagainya.
 Semua yang dibincangkan ditulis di atas kertas A4.
 Hasil perbincangan dibentangkan kepada guru penasihat homeroom.
 Penasihat Homeroom memberi komen samada realistik atau tidaknya harapan dan
 kebimbangan yang dipamerkan. Komen haruslah ke arah meringankan kebimbangan
pelajar. Tatacara menghadapi kebimbangan dibincangkan jika perlu.
 Perbincangan dan refleksi ahli terhadap aktiviti.

Hasil / Refleksi Guru Penasihat Homeroom mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli homeroom
dengan kerjasama yang telah diberikan.

 Membantu pelajar dalam mengenalpasti kebimbangan yang dialami.
 Pelajar dapat berkongsi idea berkenaan dengan Harapan dan Strategi yang perlu

dilaksanakan bagi memastikan Harapan dapat dicapai dengan baik.

9|Modul Aktiviti Homeroom 2022

Tarikh MODUL AKTIVITI HOMEROOM
Masa
Aktiviti 5 : 14 April 2022 (Khamis)
Objektif : 9.30am sehingga 10.30am
Jangka Masa
Peralatan AKTIVITI 5
Proses
Coping Skill BINGO
Hasil / Refleksi
 Membantu peserta untuk berkemahiran daya tindak dalam sesuatu situasi.
 Menyelesaikan masalah dengan pemikiran kritis.

1 jam 30 minit

Surat Khabar, Solitip & Jug

Langkah Pelaksanaan Aktiviti:
1.Kunselor akan memberi taklimat kepada peserta mengenai cara permainan “Coping
Skills BINGO”
2.Kaunselor akan mengedarkan kertas aktiviti kepada semua peserta (rujuk lampiran).
3.Pelajarkemudiannya diminta untuk melaksanakan aktiviti tersebut dan perlu
mendapatkan tandatangan individu lain sebagai saksi bagi mengesahkan bahawa aktiviti
itu telah dibuat.
4.Senarai aktiviti tersebut perlu dilaksanakan sehingga mendapat 5 aktiviti bersamaan
dengan satu BINGO.
5.Pelajar yang paling banyak mendapat BINGO ialah pemenang.
6.Kaunselor akan menyampaikan rumusan di akhir sesi.

Guru Penasihat Homeroom mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli homeroom
dengan kerjasama yang telah diberikan.

 Berani dalam mengambil tindakan dalam kehidupan.
 Meluaskan pemikiran dalam berfikir.
 Mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.

10 | M o d u l A k t i v i t i H o m e r o o m 2 0 2 2
BINGO

Menyanyi lagu Tuliskan 5 nama Menghafaz satu Melakonkan Main ‘OSOM’
nasyid di negara bermula surah di satu watak (gunting, batu
dengan huruf i dalam filem P kertas) dengan
hadapan seorang hadapan guru Ramlee di
rakan penasihat hadapan guru rakan anda
homeroom

Kenalkan diri Memperkenalkan Berjumpa Berikan kata- Senaraikan 10
kepada pengetua diri di hadapan dengan mana- kata motivasi nama buku di
seorang guru mana guru dan kepada rakan
/ timbalan memberikan sebaya anda PSP
pengetua
bantuan

Dapatkan Ceritakan Memberi Buatkan origami Berjumpa staf
biodata Ketua pengalaman tazkirah dan hadiah MRSM dan
manis anda ramadhan 2
Jabatan kepada guru minit kepada kepada rakan berikan bantuan
homeroom yang ingin anda
rakan
kenali

Tuliskan Selesaikan tiga Kenalkan diri Meniru suara Berkomunikasi
serangkap soalan daripada kepada seorang seorang public selain daripada
pantun kepada guru matematik
rakan sebilik pelajar figure di BM & BI
tingkatan 5 hadapan rakan dengan guru
anda
penasihat
homeroom

11 | M o d u l A k t i v i t i H o m e r o o m 2 0 2 2

MODUL AKTIVITI HOMEROOM

Tarikh : 14 April 2022 (Khamis)
Masa : 11.00am sehingga 1.00pm

AKTIVITI 6

Aktiviti 6 MRSMKU SyurgaKU

Objektif  Pelajar dapat bekerjasama antara satu sama lain.
 Pelajar dapat mengenali warga maktab dengan lebih rapat.
 Pelajar dapat mengenali persekitaran maktab dengan lebih baik.

Jangka Masa 1 jam 30 minit

Peralatan Kertas A4
Lampiran Soalan

Proses Langkah Pelaksanaan Aktiviti:

1. Pelajar berkumpulan dalam dua kumpulan kecil.
2. Satu kumpulan diminta melukis peta kampus MRSM Kuantan.
3. Satu kumpulan lagi diberikan senarai soalan berkaitan personal tertentu untuk

dilengkapkan (rujuk lampiran 1).
4. Kumpulan berjumpa semula untuk mengumpulkan maklumat dan mengemaskini

jawapan.
5. Setiap homeroom dikehendaki menghantar satu set jawapan yang lengkap untuk

dinilai. (Tulis jawapan dalam kertas putih A4 yang disediakan).

Hasil / Refleksi Guru Penasihat Homeroom mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli homeroom
dengan kerjasama yang telah diberikan.

 Dapat mengenali maktab baru dengan lebih terperinci
 Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli Homeroom
 Memupuk nilai kerjasama yang tinggi antara ahli Homeroom

12 | M o d u l A k t i v i t i H o m e r o o m 2 0 2 2

LAMPIRAN 1

Anda dikehendaki menyelesaikan semua kenyataan di bawah dalam masa 45 minit.

1. Senaraikan nama penuh Pengetua, Tim. Pengetua Hal Kecemerlangan Akademik (TPKA),
Tim. Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP), Tim. Pengetua Pembangunan Bakat (TPPB),
Ketua Jabatan Sains, Ketua Jabatan Matematik, Ketua Jabatan Bahasa, Ketua Jabatan Sains
Sosial, Kaunselor dan Pen. Pegawai Tadbir.

2. Berapa buah makmal Fizik, Biologi dan Kimia dan terletak di bangunan mana?

3. Nyatakan nama penuh sekurang-kurangnya 2 orang guru Kimia, Fizik, Biologi, Matematik
Tambahan, Matematik, Komputer, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam,
Sejarah, Seni Reka, Geografi, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani.

4. Senaraikan nama penuh semua guru asrama yang terdapat di MRSM Kuantan.

5. Berapa jumlah warga sokongan yang bertugas di unit makmal, unit asrama dan unit
pentadbiran?

6. Bilangan BWP 2021/2022, senaraikan nama penuhnya beserta jawatan.

7. Senarai nama penuh sekurang-kurangnya 10 orang ahli LDP dan 10 orang ahli PRS.
8. MARA merupakan organisasi dibawah kementerian ……….?

9. Siapakah Ketua Pengarah MARA?

10. Sila dapatkan maklumat: alamat, nombor telefon, hobi, makanan kegemaran guru
homeroom anda dan dapatkan tanda tangannya sebagai pengesahan tugasan ini.


Click to View FlipBook Version