The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ibnuhassan93, 2021-11-01 23:55:08

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Assalamualaikum dan salam sejahtera

TEKS UCAPAN PERASMI
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

SEMADAH TAHUN 2021

Assalammualaikum warahmatullah wabarakatuh
Salam Perpaduan dan Salam Bersih, Muafakat dan

Sejahtera.
Terima kasih Pengacara Majlis.

Yang Berusaha Tuan Haji Md. Fiah bin Md. Jamin
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri

Sembilan,

Yang Berusaha Tuan Anuar bin Mat Isa
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Rembau,

Tuan Nor Iskandar bin Muhammad
Pengetua SMK Agama Dato’ Hj. Abu Hassan Hj. Sail,

Yang Berbahagia Dr. Shamsul Azhar bin Yahya
Yang Dipertua PIBG SMK Agama Dato’ Hj. Abu

Hassan Hj. Sail

dan barisan Ahli Jawatankuasa PIBG,Barisan Guru
Penolong Kanan, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru, Ibu bapa / Waris Pelajar , para pelajar dan

hadirin yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak
terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk

merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK
Agama Dato’ Hj. Abu Hassan Hj. Sail (Semadah) bagi
tahun 2021. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan

tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya
mengadakan majlis ini sebagai satu program tahunan
sekolah dalam suasana negara masih dilanda pandemik

Covid-19.

Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti ini,
yang pasti Majlis Anugerah Kecemerlangan merupakan

satu majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar yang
telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam

bidang akademik. Syabas dan tahniah saya ucapkan
kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah
berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya.
Para pelajar bukan sahaja datang ke sini untuk belajar
dan menghafaz al Quran tetapi untuk dididik sebagai
pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu
dan berakhlak mulia. Hal ini selari dengan salah satu

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu
meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan. Dalam konteks ini, NKRA itu sendiri
merupakan satu inovasi dasar dan strategi yang ampuh
dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti

pendidikan negara.

Kita perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dan
pembugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi
dasar dan strategi yang berterusan. Sistem pendidikan

kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta
bersedia untuk melalui proses perubahan dan

pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.

Lantaran Kementerian Pendidikan telah
memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) sejak tujuh tahun yang lalu sebagai
kayu ukur kompetensi para pelajar. Dengan kata lain,
kita perlu melahirkan para pelajar yang cemerlang dan

kompeten iaitu mencapai standard kualiti untuk
merealisasikan aspirasi dan agenda negara. Saya
percaya sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan
pada hari ini adalah selari dengan matlamat memberi
dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus
berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua

bidang.

Diharapkan semoga program seumpama ini dapat
berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja
untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga yang kurang

cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar
yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian
mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan
tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah

kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini
tidak seharusnya melekakan kita. Kepada para pelajar
yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi

ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang
pelajar yang cemerlang, kita harus mempunyai sikap

rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa.
Berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk

pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Saya percaya para pelajar yang mendapat anugerah
pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha
dan konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini
biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin

menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin
mengikut musim.. Saya percaya jika para pelajar dapat
mencontohi mereka yang menerima anugerah pada hari
ini, anda juga pasti akan berada di atas ini pada tahun

akan datang.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi
mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak SMK
Agama Dato’ Hj. Abu Hassan Hj. Sail kerana berjaya
menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada
hari ini.

Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya
dengan lafaz Bismillahhir­rahmannirahim (Dengan nama

Allah yang Maha pemurah lagi Penyayang)
MERASMIKAN, Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK

Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail bagi tahun
2021bersamaan 1443 H.

Sekian, wabilahi taufik wal hidayah, Assalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh

By zairyzin@semadah2021


Click to View FlipBook Version