The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rifqahrizal07, 2022-10-10 09:42:07

KECIL-KECIL CILI PADI

KECIL-KECIL CILI PADI

KECIL-KECIL CILI
PADI

BIODATA

.
Nama: Mohd Sukur Ibrahim

Usia : 33 tahun

Jawatan : Pengurus dan Pengasas D-Strike Solution serta
Penceramah Bebas

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Universiti
Kebangsaan Malaysia

Asal : Melaka

Status : Berkahwin (isteri- Wan Nurul Syazwani Wan Mohd Yen, 30
tahun)

PERSONALITI

TIADA istilah putus asa dalam berjuang, itu kata semangat yang dipegang seorang
usahawan Orang Kelainan Upaya (OKU), Mohd Sukur Ibrahim, 37.

Hanya memiliki ketingian 100 sentimeter, Mohd Sukur tidak melihat kekurangan diri
sebagai penghalang untuk berjaya dalam hidup.

Memiliki perniagaan membekal dan memasang karpet di masjid, surau serta pejabat di
seluruh negara, Mohd Sukur mengakui dalam 10 tahun dia membina kerjaya banyak
dugaan yang dilaluinya.
Mohd Sukur mengalami kecacatan ketumbuhan tangan dan kaki sejak berumur lima
tahun.

Anak keempat daripada enam beradik itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

RAHSIA KEJAYAAN

• Selepas tamat pengajian di UKM, beliau dikatakan pernah terlibat dengan syarikat MLM. Dari
situlah beliau mula memasang impian untuk menjadi jutawan walaupun telah gagal dengan
syarikat yang disertainya.

• Bagi Mohd Sukur Ibrahim, beliau tidak pernah menyesal kerana pernah terlibat dengan MLM
kerana baginya perkara tersebut telah menyedarkan beliau bahawa untuk jadi seorang yang kaya
bukanlah sesuatu yang mudah.

• Selepas gagal dalam syarikat MLM yang disertainya ekoran telah dibubarkan, beliau tidak patah
semangat dan meneruskan tekadnya untuk berjaya. Akibat kegagalan tersebut, keluarganya telah
memujuknya untuk bekerja sebagai penjawat awam. Namun apa yang pasti, bukan senang untuk
insan istimewa bersaing di sektor awam.

• Selepas itu, beliau telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan tetapi sukar untuk
mendapat sokongan 100% daripada keluarganya kerana gagal dalam beberapa perniagaan yang
dilakukannya. Namun, azamnya yang tinggi telah membuatkan beliau untuk meneruskan kerjaya
dalam bidang perniagaan. Selepas menjalankan empat perniagaan, barulah beliau mengecapi
kejayaan yang diidam-idamkan olehnya.

PENCAPAIAN

• merupakan pemenang Anugerah OKU Cemerlang Kebangsaan yang
menjalankan perniagaan perkhidmatan membekal dan memasang
karpet ‘wall-to-wall‘ masjid

• merupakan penceramah motivasi dan penasihat kewangan yang
sangat hebat.

• Mempunyai syarikat bernama D Strike dan usahawan yang berjaya

PENGAJARAN

• Kesimpulannya, kejayaan Mohd Sukur Ibrahim perlu menjadi inspirasi
yang lebih tinggi untuk kita semua. Selain itu, janganlah dengan
kejayaan bisnes yang dimiliki oleh insan-insan istimewa ini, kita
sebagai insan yang normal mengambil kesempatan ke atas mereka.
Ingatlah, apa yang membuatkan kita hidup dalam keredhaan Allah
SWT adalah dengan memberikan sokongan dari segi segala aspek
kepada insan-insan istimewa ini.

SEKIAN,TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version