PdPR Pendidikan Islam (Tahun Empat)
SeKOLAH KEBANGSAAN PULAU MABUL,
SEMPORNA, SABAH.
MODUL KERJA MINGGUAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN : 4 AMANAH
MINGGU 32 : 04 - 08 OKTOBER 2021
NAMA MURID :
Makluman kepada murid :
1. Modul kerja ini mempunyai 4 tugasan sahaja.
2. Modul ini akan diberikan pada hari Rabu (06hb Oktober 2021) dan perlu dikembalikan selewat-lewatnya
pada hari Ahad (10hb Oktober).
3. Lihat arahan yang diberikan dengan teliti. Baca nota yang diberikan sebelum menjawab lembaran kerja.
Pastikan kesilapan dalam latihan sebelum ini tidak berulang.
4. Sekiranya ada masalah, boleh bertanya dengan Ustaz Ag Ruzaini Ag. Ali Omar di sekolah atau melalui
WhatsApp (014-8907981).
Pesanan Untuk Anak-Anak :-
“Jangan malas untuk ambil modul pelajaran yang telah disediakan oleh guru. Sekarang
cara kita belajar bukan lagi macam dulu, Dulu Ustaz dapat tengok kamu, tapi sekarang
kamu JUJUR dan USAHA mana yang mampu! Siapkan mana yang boleh, dan kalau tidak
tahu, tanyalah Ustaz atau sesiapa sahaja yang boleh membantu. JUJUR lah pada diri
sendiri dan sentiasa RAJIN ok!”
1
PdPR Pendidikan Islam (Tahun Empat)
Kandungan DKSP 2.0
Tajuk :
(5.2) Merumus iktibar keunggulan sifat fatonah Rasullulah untuk diamalkan secara beradab dan istiqamah.
Kandungan Asas :
(5.2.1) Menyatakan maksud sifat fatonah Nabi Muhammad S.A.W.
(5.2.2) Menjelaskan keunggulan sifat fatonah Nabi Muhammad S.A.W melalui kisah kehidupan baginda.
(5.2.3) Merumus tindakan Nabi Muhammad S.A.W yang bersifat fatonah dan mengamalkannya.
Unit 2 :Kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W
Pandai Antara Kisah Tentang Sifat Fatonah Nabi Peristiwa Peletakkan Batu
Muhammad Hajarul Aswad
Bijaksana
Strategi (Cara Pergerakan)
Berakal Hijrah Nabi Muhammad dari
Budi
Makkah ke Madianh
FATHONAH
Mempersaudarakan kaum Aus
Fatonah bermaksud bijaksana, pandai dan berakal budi. dan Khazraj (Ansar)
Nabi Muhammad SAW sentiasa menggunakan
kebijaksanaan baginda dalam kehidupan dan kegiatan Membentuk Piagam Madinah
dakwah Islam. Sifat ini adalah sifat wajib bagi rasul.
Seorang usahawan (Peniaga)
yang unggul
Jom kita baca (1) Peristiwa Hajarul Aswad
kisah Nabi Rasulullah mencadangkan agar setiap pembesar kabilah memegang setiap bucu
kain untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya. Tindakan ini dapat
Muhammad SAW! meleraikan perselisihan dalam kalangan kabilah Arab.
(2) Strategi berhijrah Nabi Muhammad
Rasulullah tidak menggunakan jalan biasa yang digunakan masyarakat Arab
ketika berhijrah ke Madinah. Rasulullah menggunakan jalan lain dengan bantuan
Abdullah Bin Uraiqah, seorang yang bukan beragama Islam namun dipercayai.
(3) Mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj
Setelah berhijrah, Rasulullah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar.
Tindakan ini menjadikan kaum Muslimin bersatu padu.
(4) Membentuk Piagam Madinah
Apabila Rasulullah sampai di Madinah, baginda mewujudkan Piagam Madinah
(undang-undang Islam) yang penting untuk dijadikan panduan hidup Islam.
(5) Usahawan (Peniaga) yang unggul
Rasulullah merupakan usahawan yang berjaya. Baginda diamanahkan oleh
Saidatina Khadijah untuk mengurus perniagaannya. Dengan kebijaksanaan dan
kejujuran baginda, banyak keuntungan diperolehi.
2
PdPR Pendidikan Islam (Tahun Empat)
Lembaran Kerja :
➢ Di dalam modul kali ini, murid diberikan tiga aktiviti pembelajaran yang mengukur tahap kefahaman
terhadap tajuk pembelajaran. Jawab setiap soalan yang diberikan dengan merujuk nota di halaman 1.
❖ Aktiviti 1
Arahan : Baca pernyataan di bawah, kemudian warnakan kotak jawapan yang betul.
(1) Fathonah Siddiq bermaksud bijaksana, berakal budi dan pandai dalam setiap tindakan dan fikiran
(2) Rasulullah mempunyai pemikiran yang lemah kritis dalam menjalankan aktiviti dakwah.
(3) Strategi hijrah Rasulullah merupakan satu kekuatan kegagalan sifat fathonah Rasulullah.
(4) Rasulullah telah mempersaudarakan memutuskan hubungan kaum Muhajirin dan Ansar.
(5) Rasulullah merupakan seorang usahawan yang tidak amanah berjaya .
(6) Rasulullah dapat menambahkan menyelesaikan perselisihan faham antara kabilah Arab semasa
peristiwa peletakkan batu Hajarul Aswad.
❖ Aktiviti 2
Arahan : Bulatkan perkataan yang menggambarkan maksud “FATHONAH”.
Hormat Sombong Pandai Berakal budi
Hormat Hormat Hormat Hormat
Bijaksana Tanggungjawab Murah hati Berfikir singkat
Hormat Hormat Hormat Hormat
❖ Aktiviti 3
Arahan : Baca pernyataan di bawah, kemudian tulis “BETUL” atau “SALAH”.
(1) Fathonah bermaksud bijaksana dan berakal budi.
(2) Sifat fathonah menyebabkan orang bukan Islam mengeji Rasulullah.
(3) Fathonah ialah salah satu sifat wajib rasul.
(4) Rasulullah mempunyai sifat pemimpin yang unggul dan bijaksana.
(5) Kecerdasan Rasulullah terserlah dalam peristiwa peletakkan batu Hajarul Aswad.
3
PdPR Pendidikan Islam (Tahun Empat)
❖ Aktiviti 4
Arahan : Padankan kisah kehidupan Rasulullah dengan penjelasan tindakan yang diambil baginda.
Peristiwa peletakkan Rasulullah menggunakan jalan lain dengan
Hajarul Aswad bantuan Abdullah bin Uraiqah, seorang
bukan Islam yang dipercayai.
Strategi penghijrahan Rasulullah mencadangkan agar setiap
Rasulullah ke Madinah pembesar kabilah memegang bucu kain
untuk meletakkan Hajarul Aswad.
Mempersaudarakan
kaum Aus dan khazraj Rasulullah mewujudkan Piagam Madinah
yang mengandungi prinsip hidup dan
Undang-undang negara hubungan di dalam Islam.
Islam
Rasulullah bijaksana dalam berniaga
Usahawan yang unggul sehingga memperolehi keuntungan yang
besar.
Mewujudkan kerjasama dan perpaduan
bangsa serta menguatkan hubungan
silaturrahim.
4