The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEMA , PERSOALAN DAN SINOPSIS SETIAP BAB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ninarasid10, 2021-05-18 22:34:54

NOVEL : JALAN KE PUNCAK ( TINGKATAN 2 )

TEMA , PERSOALAN DAN SINOPSIS SETIAP BAB

NOVEL : JALAN KE PUNCAK Nur Amalina Binti Rasid
2 Al-Biruni
MRSM Transkrian

TEMA PERSOALAN

Novel ini membawa tema kegigihan seorang 1. Ketabahan menghadapi dugaan hidup
pemuda dalam membina kecemerlangan Contohnya Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada
kerjaya masa depannya dengan cara keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.
berdikari. Buktinya, Laiman yang berkelulusan 2. Keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggi
ijazah kejuruteraan enggan bekerja makan Contohnya Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan
gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sebaliknya mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang tembikai dan
sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai menternak ikan air tawar serta udang harimau.
di kampungnya. Laiman turut mengusahakan 3. Pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga
kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga Contohnya abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi
kedai makan dan menjadi peraih hasil membiayai pengajian Laiman di universiti.
pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih 4. Semangat setia kawan
Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang Contohnya Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman sentiasa
yang diceburinya dan mendapat pengiktirafan menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek pertanian walaupun
daripada pihak kerajaan. mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri.
5. Semangat cinta akan negara
Contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan
untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.
6. Keyakinan terhadap usaha yang dijalankan
Contohnya Laiman yakin usahanya menjadi petani moden akan membuahkan
kejayaan walaupun pada peringkat awal ayahnya menentang sikapnya yang
menolak tawaran kerja di Jabatan Pertanian, namun akhirnya dia berjaya
menjadi petani moden sehingga kejayaannya diiktiraf oleh pihak kerajaan.

PERISTIWA PENTING YANG MEMBUKTIKAN TEMA
NOVEL INI

Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan berkerja makan gaji,
sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri mengusahakan ladang tembikai di
kampungnya. Laiman juga turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau,
berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat
usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan
mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.

SINOPSIS

BAB 1 : BAGAIKAN MIMPI

Laiman pelajar dari Sabah seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada di Sarawak untuk
menjalani latihan industri. Bidang yang diambilnya ialah kejuruteraan. Dia dihantar untuk membuat
praktikal di sebuah syarikat minyak. Semasa menjalani latihan, dia menjalankan tugasnya dengan
bersungguh-sungguh dan penuh minat. Di situ, dia berkawan baik dengan Sukri. Dia bercerita kepada
Sukri bahawa dia akan berehat selepas tamat pengajian nanti. Jika dia menerima tawaran bekerja
dari mana-mana syarikat, dia tidak akan menerimanya dengan cepat. Sukri hairan memikirkan sikap
Laiman. Kebanyakan pelajar akan memikirkan pekerjaan setelah tamat belajar di universiti, tetapi
Laiman hendak berehat. Laiman teringat akan kawannya yang bernama Chow Chin. Pemuda itu belajar
di universiti hingga tamat pengajian. Setelah tamat belajar, dia tidak memohon pekerjaan sebaliknya
membuka perniagaan kereta terpakai. Kemudian, dia menjadi ejen import eksport. Seterusnya, dia
mengusahakan hotel. Kini, Chow Chin sudah menjadi jutawan baharu.
Dalam hidang pekerjaan, Laiman menjadikan Chow Chin sehagai contoh untuk diteladani. Laiman
mengetahui bahawa ada juga pemuda yang gagal belajar di pusat pengajian tinggi tetapi berjaya
dalam hidup. Pemuda itu bekerja di bengkel kereta milik orang lain, kemudian membuka bengkel
sendiri. Laiman tertarik akan pekerjaan yang sedemikian. Pada pandangannya, orang yang berijazah
atau tidak berijazah mampu maju dalam hidup jika bijak dan rajin berusaha. Perkara yang paling
penting ialah pengalaman, kemahiran, dan kesungguhan. Kesemua perkara tersebut mampu membawa
dirinya ke arah hidup yang lebih terjamin.

BAB 2 : SESAL

Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai.
Pengurusnya berpuas hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang memuji
Laiman. Di pekan Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya Soniah. Mereka
berbincang hal kerja. Soniah telah bertanya Laiman tentang Muluk. Bagi Laiman,
Muluk seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia tidak pernah berbual dengan
pemuda itu. Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang Muluk, Soniah enggan
menjawab, seolah-olah Soniah sedang menyembunyikan sesuatu mengenai Muluk.
Akhirnya Laiman membiarkan persoalan tentang Muluk begitu sahaja tanpa sebarang
jawapan daripada Soniah.

BAB 3 : MUSIBAH

Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa sebuah tangki
minyak yang dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian Laiman berada di Kuching
untuk bertemu kawan sekuliahnya yang sedang menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan
sambil mengambil buku-buku rujukan yang disimpannya sewaktu sampai di Kuching dahulu.
Kebakaran dapat dipadamkan tiga jam kemudian oleh anggota bomba dan pekerja-pekerja
di situ. Perkara yang menjadi persoalan kini ialah punca kebakaran tersebut. Sukri
berpendapat Laiman tidak wajar dipersalahkan kerana ketika kejadian berlaku, Laiman
tiada di situ. Sukri juga memikirkan kerugian dan nasib Laiman yang akan dikenakan tindakan
oleh pengurus syarikat. Keesokan harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut kepada
Laiman. Laiman sangat yakin kerja yang dilakukannya cukup rapi dan dia tidak percaya
kejadian itu boleh terjadi. Akhirnya Sukri membuat andaian bahawa peristiwa itu terjadi
mungkin disebabkan oleh pembuatan khianat. Perkara tersebut mengingatkan Laiman tentang
perbualannya bersama Sonia seminggu yang lalu.

BAB 4 : HASRAT

Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di Bandar
Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin
melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang
kejuruteraan amat mencabar dan tidak sesuai dengan Soniah kerana risiko untuk
menjalakan tugas cari gali minyak memakan masa berbulan-bulan lamanya. Bagi
Soniah, dia suka akan cabaran dan menjadi seorang jurutera merupakan impiannya.
Soniah turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran yang berlaku kepada Laiman.
Laiman berharap kejadian tersebut tidak menjejaskan perjalanan kuliahnya di
universiti. Sewaktu Laiman dan Soniah sedang bersiar-siar, Laiman menyedari
kehadiran Muluk yang memerhatikan gerak-geri mereka.

BAB 5 : PULANG

Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.

BAB 6 : TENTANGAN

Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di Sabah.
Walaupun hanya bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin manyahut
seruan kerajaan supaya siswazah berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan.
Baginya rezeki ada dimana-mana asalkan rajin berusaha. Laiman juga merancang
untuk mengusahakan projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar. Laiman masih
diusik kenangan setahun lalu ketika dia menjalani latihan di Sarawak. Terbongkar
juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki minyak. Rupa-rupanya Muluk
cemburu akan Laiman kerana menyangka Laiman menjalin hubungan cinta dengan
Soniah. Oleh sebab cintanya tidak berbalas, Muluk menaruh dendam dan berniat
menyusahkan sesiapa sahaja yang mendampingi Soniah. Muluklah yang membakar
tangki minyak. Akibat perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman.

BAB 7 : RESAH

Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di
jabatan pertanian. Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban
untuk pengajian Laiman di Universiti, tetapi Laiman tidak memanfaatkan kelulusan
yang dimilikinya untuk bekerja terutama dengan jabatan kerajaan sebaliknya
Laiman pulang ke kampung untuk menjadi petani. Laiman begitu tertekan kerana
cita-cita dan impiannya tidak difahami oleh ayahnya. Laiman ingin membuka mata
penduduk kampung supaya gigih berusaha tanpa mengharapkan bantuan daripada
kerajaan seperti mana yang dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman
mendapat sokongan daripada sepupunya dalam usahanya itu.

BAB 8 : TEKAD

Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah sawah milik
Pak Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak Sahok.
Walaupun tanah paya itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok
ada mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman tidak
berputus asa. Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya mula
berbuah. Laiman dibantu oleh Milan untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga
berazam untuk meneruskan projek ternakan lebah madu. Laiman bercadang untuk
mengambil anak-anak muda kampung itu untuk bekerja dengan mereka.

BAB 9 : PUJUK

Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan
projek di kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk
berkongsi pendapatan daripada projek ternakan ikan air tawar itu. Laiman
terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang lebih sesuai. Namun
Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama ayahnya mula menyedari hasil
usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman tembikai Laiman mula
menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim menawarkan diri untuk
berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek ternakan ikan air tawar di tanah
paya berhampiran tanahnya. Laiman berasa terharu. Dia meminta maaf kerana
selama ini dia tidak dapat memenuhi hasrat ayahnya supaya bekerja sebagaimana
siswazah lain.

BAB 10 : HARAPAN

Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan
Pertanian yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju dan
memberikan kebenaran kepada Laiman menggunakan tanah paya untuk projek
ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil jualan buah tembikai akan
dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu bekerja dengan
Laiman untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah mula
dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan khusus
dalam bidang penternakan. Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada
ayahnya untuk diusahakan. Pada masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi
Laiman melalui surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti.

BAB 11 : GALAU

Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan
Muali yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah
membuat keputusan untuk mengusahakan projek ternakan mereka sendiri. Mereka
enggan membantu projek Laiman dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada mulanya
dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang kampung yang berkebolehan.
Ayah Laiman mulai menyedari erti pengorbanan Laiman yang enggan bekerja
dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai ijazah. Dia mula memahami Laiman
telah bersusah payah mencari projek untuk yang akan membuka peluang pekerjaan
kepada anak-anak muda yang menganggur.

BAB 12 : TABAH

Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan
sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha
yang dibuat oleh Laiman dan menasihati adiknya itu agar melakukan kerja
bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap orang kampung
terhadapnya.

BAB 13 : LUMAYAN

Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka yang
dijaga oleh enam orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja
sambilan yang lain seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan
mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.

BAB 14 : SINAR

Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama lagi
kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih kepada Pak
Sahok kerana mengizinkannya menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok.
Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya.
Mereka turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan mereka mengangkut hasil
tanaman, ternakan dan perniagaan mereka.

BAB 15 : IMPIAN TERLAKSANA

Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu.
Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut
bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia ingin melihat
bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak, pengusaha kedai
makan dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang
kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya.
Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan
berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman.
Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.


Click to View FlipBook Version