MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
TAJUK: BAHASA MELAYU SEBAGAI
BAHASA KEBANGSAAN
NAMA PENSYARAH: PUAN 'ASMAH
BINTI MOHD SUBARI @ SARMAN
SESI 1 2021/2022
NAMA AHLI: NO. KAD MATRIK:
FATIN NUR KAMILIA BINTI JASMI 16DKM19F1003
NURIN NABILAH BINTI MUSTAKIM 16DKM19F1009
1. PENGENALAN…………………………………………..2
2.ASAL-USUL BAHASA MELAYU…………………..3-5
3.PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU………..6-11
4.MENGAPA BAHASA MELAYU MENJADI
BAHASA KEBANGSAAN…………………………….12
5.AKTA BAHASA KEBANGSAAN & BAHASA
RASMI PENTADBIRAN………………………………13
6.PENUBUHAN ANGKATAN SASTERAWAN
50 (ASAS 50)…………………………………………….14
7.KARYA PENULISAN…………………………………..15
8. KESIMPULAN……………………………………………16
9. RUJUKAN………………………………………………….17
1
PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang
kebanyakan penduduk di negara malaysia gunakan
untuk berinteraksi sesama sendiri dan dalam
perkembangan sejarah negara, Bahasa Melayu
pernah menjadi bahasa antarabangsa di seluruh
rantau kepulauan Asia Tenggara. Penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa pada
waktu itu berterusan sehingga negara dijajah oleh
kuasa barat pada awal abad ke-20 dan ketika
negara dijajah oleh kuasa Barat, bahasa mereka
iaitu Bahasa Inggeris mengambil alih peranan
Bahasa Melayu dan dijadikan bahasa rasmi.
Kemudian pada tahun 1957, Bahasa Melayu
akhirnya dikembalikan statusnya semula sebagai
bahasa kebangsaan iaitu selepas Indonesia
mencapai kemerdekaan pada tahun 1945.
2
ASAL USUL
BAHASA MELAYU
BERASAL DARI ASIA TENGAH
1
R.H. Geldern yang berasal dari Wien, Austria ini
telah membuat kajian tentang asal usul bangsa
Melayu dan beliau juga membuat kajian terhadap
kapak tua atau dipanggil juga sebagai beliung batu.
Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu
itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy,
Salween, Yangtze dan Hwang. Bentuk dan jenis
kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa
tempat di kawasan Nusantara. Geldern
berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa
oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
3
ASAL USUL
BAHASA MELAYU
2
J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda
yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai
bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian
berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan
sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan,
haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati
bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan
Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar,
Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di
Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara lain
ialah padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan
ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya
itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini
berasal daripada satu induk yang ada di Asia.
4
ASAL USUL
BAHASA MELAYU
3
Berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi iaitu
dengan kedatangan golongan pertama yang
dipanggil Melayu Proto. Kemudian pada tahun
1500 sebelum Masihi datang pula golongan yang
kedua iaitu Melayu Deutro. Mereka telah
menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia
Tenggara dan telah menunjukkan kepandaian
belayar dan bercucuk tanam.
5
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
Terdapat lima zaman perkembangan Bahasa Melayu.
Antaranya adalah:
1 ZAMAN BAHASA MELAYU PURBA
Bahasa Melayu Purba wujud
pada zaman prasejarah
Dipercayai golongan Melayu Deutro
menggunakan bahasa ini untuk
berkomunikasi
Bahasa Melayu Purba tidak wujud
dalam bentuk tulisan
6
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
2 ZAMAN BAHASA MELAYU KUNO
SISTEM TULISAN
MELAYU KUNO
Bahasa Melayu Kuno
dipercayai bermula pada
abad ke-4 Masihi kerana
terdapat beberapa bukti yang
telah ditemui pada prasasti
di Dong Yen Chau di Teluk
Tourane Vietnam.
7
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
2 ZAMAN BAHASA MELAYU KUNO
Bahasa Melayu Kuno dipercayai wujud
setelah menerima pengaruh daripada
India.
Kegemilangan Bahasa Melayu Kuno
dicapai pada abad ke-7 hingga ke-13 pada
zaman Kerajaan Srivijaya.
Bahasa Melayu Kuno diterima ramai
kerana terdapat beberapa ciri yang boleh
diterima oleh orang ramai pada waktu itu.
antaranya adalah, ia bersifat sederhana
dan mudah menerima pengaruh luar.
8
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
3 ZAMAN BAHASA MELAYU KLASIK
Zaman ini telah bermula
kemasukan
perkataan Arab dan
tulisan jawi yang
menggunakan huruf-huruf
Arab.
ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik dari aspek
perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan
tulisan adalah
ayat yang panjang ayat yang berulang
ayat yang berbelit-belit
9
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
4 ZAMAN BAHASA MELAYU PRAMODEN
Bahasa Melayu Pramoden atau dikenali
juga sebagai Bahasa Melayu Peralihan
bermula pada abad ke-19.
Merupakan peralihan daripada Bahasa
Melayu Kuno menuju kepada zaman
Bahasa Melayu Moden.
Perkataan-perkataan daripada bahasa
barat seperti Bahasa Inggeris dan
Belanda mula meresap ke dalam Bahasa
Melayu atas sebab kedatangan penjajah
pada abad ke-19
10
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
5 ZAMAN BAHASA MELAYU MODEN
Menurut hasil karangan
Munsyi Abdullah, zaman
Bahasa Melayu Moden
bermula pada abad ke-19.
Selepas perang dunia ke-2, British
mengubah dasar menjadikan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
sistem pendidikan.
Selepas Merdeka, Bahasa
Melayu diangkat sebagai
Bahasa Kebangsaan.
11
MENGAPA BAHASA MELAYU
MENJADI BAHASA KEBANGSAAN?
Tan Sri Zainal Abidin Bin Ahmad atau
lebih dikenali sebagai Za'ba adalah antara
tokoh yang lantang memperjuangkan
Bahasa Melayu. Dalam tulisannya yang
bertajuk "Bahasa Kebangsaan Malaya Sa-
Lepas Merdeka", beliau telah memberikan
ENAM sebab mengapa Bahasa Melayu
dipilih menjadi Bahasa Kebangsaan bagi
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Sebab-sebab tersebut ialah:
1. Tanah Melayu ialah negeri orang Melayu.
2. Bahasa Melayu ialah bahasa tulen negeri ini.
3. Bahasa Melayu adalah bahasa perantaraan negeri ini.
4. Bahasa Melayu adalah bahasa yang hidup dan
berkembang mengikut peredaran zaman.
5. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa republik
Indonesia.
6. Bahasa Melayu adalah bahasa yang mudah.
12
AKTA BAHASA KEBANGSAANp•aMDdd•aaiikkDlbd1aae•aiiyunJmgBwusmauiaalalanah.irhiadtsaa1Pekasb9baaen7anarMd1ktgksiaaeeparilbneaaAary1mkkgu5teae2amnilP3aaael2ellruakrudtailepanupmnaenpknmbtaaugadnukggalubamatbaaadenahhmilakPuasuunenaapru1srtu9keank6ksudmu7paa.tseniuarygpaka-naaunndngudaanng
BAHASA RASMI PENTADBIRAN
• Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi menjadi
antara unsur penggerak jentera pentadbiran negara.
• Bahasa Melayu juga merupakan alat komunikasi
rasmi dalam pelbagai urusan di kementerian dan
jabatan kerajaan.
•Digunakan sepenuhnya dalam urusan mahkamah
pada tahun 1990.
13
Zainal Abidin Bin Ahmad
Za’ba Pendeta
1895 - 1973
Menterjemahkan
buku-buku
bahasa Inggeris kepada
bahasa Melayu
Hal ini telah mempertingkatkan lagi penyebaran
ilmu pengetahuan dalam kalangan penduduk
Tanah Melayu pada ketika itu.
Penubuhan Angkatan
Sasterawan 50 (ASAS 50)
- Mengembangkan penggunaan bahasa
Melayu.
- Memartabatkan kesusasteraan Melayu.
- Banyak karya penulisan agung yang telah
dihasilkan.
14
NOVEL -KERIS MAS
15
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi
negara kita, iaitu Malaysia. Sebagai bahasa
kebangsaan , Bahasa Melayu adalah bahasa
yang 'wajib' dituturkan oleh seluruh rakyat
Malaysia sama ada berbangsa Melayu atau
bukan. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia
mestilah mempelihara Bahasa Melayu agar
generasi muda kelak sedar akan kepentingan
Bahasa Melayu. Walaupun Bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan, kita juga
perlulah menguasai bahasa-bahasa utama yang
lain juga. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia
perlulah memartabatkan Bahasa Melayu kerana
"Bahasa Mencerminkan Budaya Sesebuah
Negara".
16
RUJUKAN
Deraman, M. (2014). Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan: Satu perjuangan
nasionalisme dari 1930 sehingga 1967.
http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/bab1.html
https://www.slideshare.net/Berly169/asal-usul-b
https://soscili.my/bahasa-melayu-kisah-rahim-
kajai-mengkritik-tan-cheng-lock/
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/07
/588137/pulih-keyakinan-terhadap-bahasa-
melayu
17