The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

IKHTIBAR DAN PENGHAYATAN YANG PERLU DIAMBIL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulpauzinaim, 2023-04-07 12:45:40

PERISTIWA 13 MEI 1969

IKHTIBAR DAN PENGHAYATAN YANG PERLU DIAMBIL

Keywords: peristiwa 13 mei,13 mei

PERISTIWA BERDARAH MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN IKHTIBAR DAN PERADABAN PENGHAYATAN YANG PERLU DIAMBIL RABU : 5 APRIL 2023


SINOPSIS OBJEKTIF Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara Malaysia iaitu rusuhan kaum. Rusuhan kaum yang berlaku pada tarikh tersebut merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia.Peristiwa ini berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Punca berlakunya peristiwa hitam ini adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang Melayu semasa mengadakan perarakan sekitar Kuala Lumpur. Segelintir penyokong mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. Pada pagi 13 Mei 1969 UMNO telah mengadakan perarakan balas yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. orang melayu berkumpul dengan berbekalkan pedang dan parang panjang berlakunya kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak. Antara kejadian berlaku ialah pembunuhan , dipancung , dibunuh . Rusuhan besar-besaran berlaku antara orang Melayu dan Cina . Mengenal pasti punca-punca dan kesan-kesan rusuhan kaum yang berlaku pada peristiwa 13 mei 1969. Objektif seterusnya adalah untuk mengenal pasti tindakan polis dan usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah ini. Akhir sekali, meningkatkan kesedaran tentang kesan-kesan rusuhan kaum dalam kalangan generasi muda. Ini dapat menghalangkan dari berulangnya peristiwa rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969. Peningkatan kesedaran tersebut juga membantu dalam mengatasi masalah pergaulan antara kaum. MPU21032 1


AHLI SIDANG MEDIA A H L I ZULHILMI BIN MHD PAUZINNAIM PE N A SI H A T MUHAMMAD LUKFI BIN AZMAN ADLYNN SYAHMIENA IZZATY BINTI RAHIDDIN 13DTK22F1031 13DTK22F1027 13DTK22F1018 PENGARANG PENYUNTING PENCARI MAKLUMAT PUAN NORNI BINTI ABDUL WAHAB MPU21032 2


ISI KANDUNGAN LATAR BELAKANG PERISTIWA 13 MEI 1969 TINDAKAN KERAJAAN SELEPAS PERISTIWA 13 MEI 1969 PUNCA YANG BERLAKU PADA PERISTIWA 13 MEI 1969 KESAN YANG BERLAKU PADA PERISTIWA 13 MEI 1969 CADANGAN UNTUK MENGELAKKAN BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969 BERULANG IKTIBAR DAN PENGHAYATAN YANG PERLU DIAMBIL MPU21032 3


LATAR BELAKANG BELAKANG PERISTIWA 13 MEI 1969 Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya dan semangat perkauman antara kaum semakin menebal. Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Pihak pembangkang telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969. Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 : Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu "menyingkir" orang-orang Melayu dari Kuala Lumpur.Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN : MPU21032 4


Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung. Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Kalangan orang Melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum Cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarakat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China. PRESEPSI: ANGGOTA KORBAN: Melayu : 86 orang Cina : 342 orang Lain-lain : 3 orang Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Statistik tidak rasmi jumlah kematian: Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu. MAGERAN: MPU21032 5


PUNCA YANG BERLAKU PADA 13 MEI 1969 Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Perbincangan ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku atau ‘melukakan kembali parut yang telah pun kering’ dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun: Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. MPU21032 6


Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara: Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail. Masalah ekonomi: IKegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran. MPU21032 7


Perbezaan agama dan budaya: Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969. Persatuan-persatuan etnik: Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini. MPU21032 8


Peristiwa 13 Mei 1969 meninggalkan banyak kesan sama ada positif atau negatif.Antara kesan positif daripada rusuhan 13 Mei 1969 dapat membuka minda masyarakat,penyusunan semula politik serta peningkatan dalam ekonomi rakyat.Kesan negatif pula adalah perpaduan masyarakat di Malaysia retak dengan ketidakpuashatian antara kaum Melayu dan Cina.Bagi pendapat Maurice Freedman mengenai Tanah Melayu didapati benar iaitu revolusi perpaduan tidak menghapuskan perasaan perkauman akan tetapi ia hanya berjaya memodenkannya sahaja.Orang Melayu dan Cina tidak berkongsi satu pengalaman penderitaan dan kegembiraan yang sama di masa lampau untuk mewujudkan satu semangat perpaduan yang menolong mengatasi halangan dan perbezaan kaum. KESAN YANG BERLAKU PADA 13 MEI 1969 #3 5/4/2023 #3 MPU21032 9


TINDAKAN KERAJAAN Pada 17 Mei 1969 sebuah majlis telah ditubuhkan dibawah kuasa timbalan Perdana Menteri,YAB Tun Abdul Razak bin Dato'Hussien iaitu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk mengambil tugas parlimen.Beliau dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik,pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. MAGERAN menjalankan beberapa fungsi utama iaitu bertanggungjawab mengembalikan keamanan dan undangundang negara,menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan sesebuah kaum kepada kaum lain.MAGERAN juga telah ditubuhkan sebuah pejabat Urusetia Hal Ehwal Awam yang diketuai oleh seorang pegawai Perkhidmatan Awam Kanan untuk menjalankan tugasan daripada Ketua Pegawai Kerja.Ketua Hal Ehwal Awam bertanggungjawab mengeluarkan arahan berkenaan pembentukan dan penelitan semua dasar dan objektif kerajaan tentang hal-hal yang berkaitan dengan Hal Ehwal Awam serta penyelarasan agensi kerajaan lain agar dasar tersebut dipatuhi MPU21032 10 PENUBUHAN MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN): Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan di bawah undang-undang darurat yang ditawarkan pada 29 Januari 1970.MAPEN dan MAGERAN saling berkerjasama iaitu MAGERAN bertindak sebagai pemerintah manakala,MAPEN berfungsi sebagai penasihat kepada MAGERAN khususnya perkara berkaitan perhubungan kaum.MAPEN berperanan membincangkan dan meneliti masalah yang berkaitan perpaduan kaum untuk mencari jalan penyelesaian agar 'pisang tidak berbuah dua kali' iaitu mengelak berulangnya peristiwa 13 Mei.MAPEN dianggotai oleh Tun Abdul Razak bin Dato' Hussien (pengerusi), tiga orang menteri,wakil-wakil kerajaan negeri,wakilwakil parti politik,wakil-wakil agama,badan professional,perkhidmatan awam,kesatuan sekerja,wartawan,persatuan guru-guru dan wakil kumpulan-kumpulan kecil.Setiap ahli berperanan dalam membincangkan isu berkaitan perpaduan kaum semataa-mata tetapi juga melibatkan perancangan daan penyelarasan pembangunan dari segi ekonomi,sosial,pembangunan wilayah dan negeri. MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA(MAPEN) DITUBUHKAN:


Dasar Ekonomi Baru dirangka untuk mencapai matlamat menyeluruh perpaduan negara dan pembinaan semula sebuah negara menerusi pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan.Sebelum tahun 1971,pembangunan ekonomi tertumpu kepada usaha penggalakan pertumbuhan ekonomi menerusi pelaburan dalam sektor pertanian dan infrastruktur dan pembangunan kawasan luar bandar tetapi peristiwa 13 Mei 1969 membuktikan bahawa penekaan yang diberi terhadap pertumbuhan ekonomi semata-mata adalah tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah-masalah sosioekonomi yang tidak seimbang.Dasar Ekonomi Baru dirangka pada 1970 mengakui usaha pembangunan yang dibuat tanpa mengambil kira masalah sosioekonomi tidak seimbang antara kumpulan etnik dan wilayah akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang tidak disertai oleh pengagihan dan boleh menyebabkan masyarakat berpecah belah. DASAR EKONOMI BARU (1970-1990) DIRANGKA: MPU21032 11


Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk hasil daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 untuk menjadi panduan dalam membentuk,mewujudkan dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip utama seperti kebudayaan rakyat asal rantau melayu,unsur-unsur kebudayaan lain dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.Terdapat objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini iaitu mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan,memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan serta memperkaya mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.Dasar Kebudayaan Kebangsaan dilaksanakan memalui pemulihan dan pemuliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kenudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan,pembangunan,pendidikan,pengembangan dan perhubungan budaya. Dasar Kebudayaan Kebangsaan meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat,mendokong dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,kenegaraan dan nasionalisma Malaysia. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DIBENTUK: MPU21032 12


1) Meningkatkan kesadaran tentang persamaan hak dan martabat antara semua etnis di Malaysia. Hal ini dapat dilakukan dengan pendidikan yang inklusif dan penyuluhan yang terus-menerus tentang pentingnya toleransi, keberagaman, dan menghormati hak asasi manusia. 2) Meningkatkan dialog dan diskusi antara etnis-etnis yang berbeda untuk mencari solusi yang adil dan seimbang bagi semua pihak. Ini dapat dilakukan melalui acara-acara dan forum-forum publik yang melibatkan perwakilan dari berbagai etnis dan kelompok masyarakat. 3) Meningkatkan partisipasi politik dan keterlibatan masyarakat dalam proses demokrasi. Dengan demikian, kelompok-kelompok etnis akan merasa lebih terlibat dan memiliki peran yang lebih penting dalam pembuatan kebijakan. 4) Meningkatkan kesadaran akan nilai-nilai kemanusiaan dan moralitas, sehingga orang-orang akan lebih cenderung untuk bertindak dengan bijaksana dan damai dalam mengatasi perbedaan mereka. 5) Memperkuat sistem hukum dan keamanan, sehingga pelanggaran hukum dan kekerasan dapat ditindak dengan tegas dan adil. Ini akan menciptakan rasa keamanan dan kepercayaan dalam masyarakat, serta memperkuat kepercayaan pada institusi-institusi negara. CADANGAN UNTUK MENGELAKKAN BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969 BERULANG MPU21032 13


I K T I B A R 1 ) K e p e n tin g a n k e s e p a d u a n n a sio n al. Peristiwa ini menunjukkan bahawa keharmonian dan kesepaduan antara kaum adalah sangat penting untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara. 2) Pentingnya penyelesaian konflik melalui dialog dan rundingan. Kejadian ini juga menunjukkan bahawa konflik politik dan etnik tidak boleh diselesaikan dengan kekerasan. Dialog dan rundingan harus diutamakan untuk mencari penyelesaian yang seimbang dan adil. 3) Peranan media massa yang bertanggungjawab. Media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk persepsi masyarakat terhadap peristiwa. Oleh itu, media massa harus bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan berita dan memberikan maklumat yang benar dan tepat. 4) Pentingnya pembangunan ekonomi yang inklusif. Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada ketegangan etnik pada masa itu adalah jurang ekonomi antara kaum. Oleh itu, pembangunan ekonomi yang inklusif perlu diutamakan untuk mengurangkan ketidakadilan dan meningkatkan keharmonian sosial. 5) Menghargai kepelbagaian budaya dan agama. Malaysia adalah sebuah negara yang pelbagai budaya dan agama. Oleh itu, kita perlu menghargai dan menghormati kepelbagaian ini sebagai aset kebangsaan dan mempromosikan keharmonian dan toleransi antara kaum dan agama. M P U 2 1 0 3 2 1 4


KESIMPULAN Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja direkodkan sebagai masa lalu yang penuh dengan perjuangan kaum yang menggariskan had yang harus diteliti dan dijaga.Peristiwa ini juga mencetuskan detik gelap dalam lipatan pengalaman negara memandangkan konflik perkauman yang berlaku telah menyebabkan negara kehilangan banyak nyawa dan harta benda.Ketua-ketua terdahulu cuba menghapuskan set pengalaman supaya orang pada masa hadapan tidak akan menyedari apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.Hari ini,kita nampaknya tidak mengendahkan hubungan antara kaum dan setiap kaum mencela satu sama lain.Hakikatnya,kini terdapat gelombang kesukaran termasuk kaum.Oleh itu,setiap daripada kita harus berusaha jujur untuk hidup masingmasing dan cuba untuk melihat satu sama lain dengan perasaan persefahaman,mengambil kira supaya kita terus menyelamatkan keharmonian dan ketenteraman negara. MPU21032 15


http://zahirzainudin.blogspot.com/2016/03/analisis-rusuhan-kaum-13- mei-1969.html https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei http://pengajianmalaysia01.blogspot.com/2014/09/sinopsis.html http://my13mei.blogspot.com/p/punca.html?m=1 RUJUKAN MPU21032 16 https://prezi.com/rp8mc0ds78pj/kesan-positif-13-mei-1969-kepadamasyarakat-sekarang/ https://peltorhearingprotectorsbest.blogspot.com/2020/09/kesanperistiwa-13-mei-1969.html https://www.slideshare.net/lynn93/dasar-kebudayaan-kebangsaandasar-negara-pengajian-am-2 https://www.slideserve.com/tacey/kemiskinan-dan-agihanpendapatan https://peristiwaberdarah.blogspot.com/2022/04/kesimpulan.html


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version