Malaysiaku
Yang Unik
Nur Aqilah Zanariah Binti Azwan
6 Neptune
Malaysiaku Yang Unik
alaysia adalah sebuah
negara yang berbilang
kaum. Tiga Kaum terbesar
di negara Malaysia adalah
Melayu, Cina dan India.
Melayu
Cina India
Malaysiaku Yang Unik
aum minoriti di Malaysia
terdiri daripada etnik
Sabah dan Sarawak.
Kadazan
Iban
Kaum Melayu
asyarakat terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu. Mereka
bertutur menggunakan Bahasa Melayu, beragama Islam dan
mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Dari sudut sejarah,
rumpun Melayu meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung
Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu.
Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa,
Aceh, Bugis, dan lain-lain yang bertutur dalam Bahasa Melayu,
beragama Islam dan mengikuti adat istiadat Melayu, semuanya
dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi
yang berkahwin dengan orang Melayu dan memeluk agama
Islam juga diterima sebagai orang Melayu.
Masyarakat Melayu di Malaysia mewakili jumlah penduduknya
yang tertinggi, kemudian diikuti kaum Cina, India, dan lain-lain.
Justeru, kita akan lihat dengan lebih mendalam mengenai adat
budaya hidup masyarakat kaum Melayu
Pakaian Tradisional
Lelaki Kaum Melayu
Baju Melayu ialah pakaian tradisional
dan kebangsaan lelaki Melayu. Baju
Melayu terbahagi kepada dua bahagian
iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan
seluar panjang serta dilengkapi dengan
samping dan songkok. Baju Melayu
terdapat dua jenis garisan leher iaitu
teluk belanga dan cekak musang.
Baju Melayu biasanya
dipakai sebagai pakaian harian
terutama sekali untuk
bersembahyang, ke pejabat,
majlis formal dan sebagai
pakaian adat. Baju Melayu juga
merupakan pakaian rasmi
Malaysia.
Pakaian Tradisional
Perempuan Kaum Melayu
Baju kurung adalah berasal dari negeri Johor.
Pakaian ini merupakan pakaian tradisional kaum
wanita Melayu. Baju kurung dikatakan hasil kreatif
Sultan Abu Bakar iaitu sultan Johor pada tahun
1866. Pada masa kini, baju kurung ditambah dari
segi perhiasannya bagi menambah
keanggunannya. . Selain itu, pelbagai motif warna
juga digunakan bagi membuat corak pada
pakaian baju kurung.
B aju kurung kini dijadikan
sebagai pakaian rasmi kerajaan
Malaysia yang dipakai oleh
kakitangan di jabatan-jabatan
kerajaan dan juga kakitangan
swasta. Baju kurung dijadikan
sebagai pakaian kebangsaan di
Malaysia. Semua etnik di Malaysia
dilihat memakai baju kurung ini
walaupun dimana sahaja berada.
Makanan Tradisional
Kaum Melayu
Nasi lemak, sejenis nasi
yang dimasak dalam santan
pekat mungkin merupakan
hidangan Melayu paling
terkenal yang mudah didapati
setiap pekan dan kampung
Melayu serta dianggap
hidangan Kkebangsaan
Malaysia. etupat atau nasi himpit,
nasi lekit termampat yang
dimasak di dalam daun
kelapa, terkenal dihidang
S ketika sambutan Hari Raya
Aidilfitri
ate ialah sejenis makanan
yang dicucuk dengan lidi.
Secara khususnya, sate dibuat
daripada kepingan daging yang
dicucuk pada lidi kelapa/buluh
dan dibakar menggunakan api
arang kayu.
Perayaan Kaum Melayu
Hari Raya Aidilfitri merupakan
perayaan yang disambut pada 1
Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut
juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa,
Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari
Raya Aidilfitri merupakan perayaan
yang disambut oleh umat Islam di
seluruh dunia tidak kira bangsa bagi
menandakan berakhirnya bulan
Ramadhan yang mana umat Islam
telah menjalani ibadat puasa dengan
tekun.
Hari Raya Aidiladha
merupakan Hari Raya Korban atau
Hari Raya Haji dimana perayaan ini
disambut oleh umat Islam di
seluruh dunia, bagi menghormati
kesanggupan Nabi Ibrahim untuk
mengorbankan anaknya Nabi
Ismail sebagai tindakan mematuhi
perintah Allah
Kaum Cina
Kaum cina di Malaysia berketurunan Bangsa Han.
Mereka merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di
Malaysia selepas kaum Melayu dan kebanyakan
mereka adalah keturunan pendatang berbangsa Han
yang datang ke Tanah Melayu semasa pemerintahan
Dinasti Ming sekitar abad ke-15, Dinasti Qing dan
Republik China.
B angsa Han gelombang pertama datang pada
abad kelima belas semasa zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Hubungan diplomatik antara kerajaan China
dan Melaka memuncak semasa dibawah
pemerintahan Sultan Mansur Shah dimana baginda
berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh lalu membawa
bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut, dan
hamba dari negara China ke Melaka.
Pakaian Tradisional
Lelaki Kaum Cina
S amfu membawa maksud
'baju dan seluar' dalam dialek
Kantonis. Samfu merupakan
pakaian kaum Cina. Samfu
diperbuat daripada kain nipis yang
tidak bercorak atau berbunga
halus. Samfu dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina.
Pakaian ini terdiri daripada baju
yang longgar dan terbelah di depan
dan berkolar tinggi serta dipakai
bersama seluar longgar seperti seluar
baju Melayu. Pakaian ini biasanya
diperbuat daripada kain lembut
seperti kain sutera. Pakaian tradisional
ini jarang sekali dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina di Malaysia.
Pakaian Tradisional
Perempuan Kaum Cina
Wanita Cina memakai
cheongsam, sehelai pakaian
dengan leher yang tinggi dan
menyerong yang ditutup dengan
klip kecil atau bertukar-tukar (kain
kancing). Ia kadang-kadang boleh
mempunyai belahan di sisi, seperti
yang dibuat dengan kain lembut
seperti sutera.
C heongsam adalah sangat
popular di sekitar waktu Tahun Baru
Cina dan majlis-majlis formal. Yang
lebih tua yang dihormati wanita
akan memakai samfoo, ia kelihatan
seperti pijama dengan
memisahkan longgar atas sesuai
diikat dengan pin dan pergelangan
kaki panjang, atau di atas
pergelangan kaki, celana.
Makanan Tradisional
Kaum Cina
Kuih bakul juga turut dikenali dengan
nama nian gao. Kuih ini seakan – akan
dodol, namun lebih kenyal berbanding
dodol. Proses membuat kuih bakul ini
mengambil masa yang agak lama untuk
disiapkan. Ia hanya boleh disiapkan
Ydalam tempoh tiga hari. ee Sang atau juga dikenali dengan
nama Yusheng adalah makanan yang
terdiri dari aneka salad dan ikan.
Campuran kesemua bahan ini
menjadikan hidangan ini berwarna-warni
dan sangat menarik.
Kuih bulan biasanya boleh
didapati menjelang musim perayaan
pertengahan musim luruh atau Tahun
Baru Cina. Ia mempunyai rasa yang
manis serta boleh dimakan begitu
Ksahaja.uih ini berbentuk bulat dan juga segi empat
yang terdiri dari kuning telur itik (masin) serta bahan –
bahan lain. Selain itu, kuih bulan mempunyai inti yang
pelbagai di sebelah dalamnya. Intinya terdiri dari pes
biji teratai, kacang merah, walnut, bijan, badam, benih
labu dan biji tembikai.
Perayaan Kaum Cina
Tahun Baru Cina merupakan
perayaan terpenting orang Cina
bagi menyambut tahun baru
dalam kalendar qamari Cina.
Kalendar qamari Cina terbahagi
kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama
haiwan. Tahun Baru Cina diraikan
dengan jamuan yee sang dan
kuih bakul. Kaum keluarga akan
makan besar dengan masakan
tradisi seperti daging itik, daging
salai, sosej, kuih pulut, dan limau
P mandarin.
esta Chap Goh Mei disambut
dengan mengadakan upacara
sembahyang secara besar-besaran, di
mana colok besar akan dibakar dan
juga diadakan makan besar bersama
keluarga. Bunga api dibakar dan
tanglung dinyalakan bagi meraikan
Chap Goh Mei. Persembahan
kebudayaan Cina akan diadakan pada
waktu malam bagi menandakan
perayaan Chap Goh Mei seperti
perarakan tanglung, tarian naga atau
singa, opera Cina, dan mengimbang
bendera besar "Chingay"
Kaum India
Kaum India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang
berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke
Malaysia semasa zaman penjajahan British di
Malaya. Namun, sumber-sumber sejarah
membuktikan bahawa kaum India tiba di Malaysia
sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kini, kaum ini
merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas
kaum Melayu, Cina. Orang India yang telah datang
sebagai hamba ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang
lalu berdasarkan kitab Ramayana. Kumpulan-
kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti
Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa
Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa
pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan
Belanda.
Pakaian Tradisional
Lelaki Kaum India
K urta pula merupakan pakaian tradisional
bagi lelaki kaum india. Kemeja panjang yang
sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain
kapas atau lime dan sutera. Kurta ini pada
kebiasaanya akan dipakai bersama salwar
longgar,seluar longgar atau seluar churid. Kurta
pijama adalah kurta yang dipakai oleh
pemakainya bersama pijama dimana kurta
pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-
majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai
bersama dhoti.
Dhotī atau doti ialah pakaian tradisi untuk
kaum lelaki di tanah benua India[1] terdiri
daripada kain empat segi panjang berwarna
putih yang dililit di bahagian pinggang dan
diikat pada celah paha dan bahagian depan
atau belakang. Ia juga dipakai oleh lelaki India
semasa perkahwinan dan juga semasa hari
perayaan.
Kain asas ini boleh datang dalam pelbagai
warna malah berhias sulam atau manik kecil
supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang
berwarna kuning pudar atau kuning susu.
Semasa perkahwinan lelaki India mengenakan
"pattu veshti" iaitu, pakaian yang berwarna
kuning muda.
Pakaian Tradisional
Perempuan Kaum India
Sari merupakan pakaian tradisional India
yang mudah dikenali di seluruh dunia.
Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela
panjang dipadankan dengan kain dalam
yang berwarna seakan-akan kain sari
tersebut, serta choli yang berwarna sama
atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit
pada badan dengan bahagian hujungnya
yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain
dalam dipakai di atas atau di bawah pusat
dan berfungsi menyokong kain sari tersebut
dari terlucut. Sari diperbuat daripada
pelbagai jenis, corak dan warna kain yang
sememangnya indah.
Salwar kameez atau baju Punjabi,
yang juga popular di kalangan wanita
di utara India, terdiri daripada blaus
panjang yang dipadankan dengan
seluar panjang yang longgar, serta
tudung kepala yang sesuai warnanya.
Wanita India juga gemar memakai
dupatta di bahu mereka ketika
memakai salwar kameez.
Makanan Tradisional
Kaum India
M urukku adalah makanan tradisional kaum
India. Murukku telah mengambil tempat di hati
semua masyarakat berbilang bangsa di negara
ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap,
rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.
Murukku diperbuat daripada tepung kacang
tosai/ Urad dhal dan tepung beras dan
perasanya bergantung kepada penggemar
seperti yang asli atau yang pedas menggunakan
serbuk cili. Murukku biasanya berbentuk bulatan
atau berbentuk halus. Murukku dibuat daripada
acuan khas seperti cara menekan tepung yang
V telah uli atau cara pemutaran.
adai merupakan sejenis makanan
tradisional kaum India. Terdapat dua jenis
vadai iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai.
Paruppu vadai diperbuat daripada kacang
dal, hirisan cili hijau, daun kari, dan bawang
merah. Ulunthu vadai pula diperbuat
daripada tebung beras dan berbentuk roda
dan berlubang di tengah. Ulunthu vadai
biasanya dimakan sekali dengan chutney.
Vadai perlu digoreng dengan minyak yang
Tbanyak.
osai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose,
dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga
terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur,
tosai cili, tosai bawang dan sebagainya.
Makanan tradisional ini sering dimakan oleh
rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai
boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai
mamak dan juga di restoran india. Makanan
tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan
sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai
amat kaya dengan karbohidrat dan protein.
Perayaan Kaum India
Deepavali atau Diwali ialah suatu perayaan
dalam kalangan penganut agama Hindu
menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan
terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya
ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi
kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai
nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi
individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai
negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani.
Hari Deepavali bermula dengan menyapu minyak
bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan
badan, diikuti upacara sembahyang bersama ahli
keluarga di rumah dan mendapat restu daripada
ibu bapa dan orang tua sebelum ke kuil. Semua
orang akan memakai pakaian baru, berkongsi
manisan yang disediakan khas untuk Deepavali
serta mengunjungi rumah sanak-saudara dan
rakan-rakan. Pada waktu malam, barisan lampu
dinyalakan dan bunga api serta mercun
memeriahkan lagi sambutan.
Thaipusam merupakan hari menunaikan
nazar dan menebus dosa atau memohon ampun
di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama
ini. Tidak semua penganut Hindu akan
menunaikan nazar. Nazar ialah memohon
sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika
permohonan dikabulkan, maka satu acara
tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang
berwarna putih kerana susu itu dianggap paling
suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar
atau kini dalam belanga aluminium. Belanga
berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak
, warna , daun dan benang. Belanga ini akan
dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke
dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu
membawa belanga berisi susu ini
Kaum Kadazan
K adazan atau Dusun merupakan kaum bumiputra terbesar
di negeri Sabah. Terdapat suatu kumpulan etnik yang bersifat
kolektif serta menggunakan bahasa yang sama dengan dialek
berlainan. Malah kumpulan etnik Kadazan/Dusun ini mempunyai
persamaan dari segi kebudayaan serta kepercayaan
tradisional. Di dalam kumpulan etnik ini sendiri pula wujud 10
jenis sub bahasa yang mempunyai 30 dialeknya. Setiap daerah
mempunyai dialek bahasa Kadazannya sendiri. Sesetengah
daripada masyarakat kaum Kadazan lebih gemar
menggunakan gelaran Dusun sebagai nama kaum mereka
manakala masyarakat di Penampang atau Papar pula
menggunakan nama kaum Kadazan.
K aum etnik ini merupakan antara orang-orang asli yang
mengamalkan penanaman padi bukit(huma) serta padi biasa.
Mereka menghuni bahagian Utara dan Barat Sabah serta
beberapa daerah sekitar gunung Kinabalu terutamanya di
bahagian Ranau, Keningau dan juga Beaufort. Orang Kadazan
mengamalkan kepercayaan animistik serta semangat dalam
setiap hidupan alam ini. Kebanyakkan orang Kadazan telah pun
meninggalkan amalan ini kerana kedatangan agama Kristian
dan Islam dalam kehidupan mereka. Segelintir golongan tua
masih lagi mengamalkannya terutamnya mereka yang tinggal
di pedalaman Sabah.
Pakaian Tradisional Lelaki
Kaum Kadazan Sabah
Gaung merupakan Baju
lengan panjang tanpa sulaman.
Pada masa sekarang, ia dihiasi
dengan perhiasan dan butang
emas. Souva iaitu seluar
panjang hitam dengan ikat
pinggang berwarna biru indigo.
Perhiasan emas di sepanjang
pinggang seluar moden.
Kaking atau toogot merupakan bengkung
pinggang hitam. Manakala siga adalah penutup
kepala dibuat dari kain dastar, dilipat atau dililit
dalam beberapa cara yang istimewa: hinopung
(hopung= ular sawa) model berpilin Kinahu (kahu’
= pemegang belanga) model berlipat sinimbitan
atau tinahanuk, dimana satu tepi kecil terkeluar. Tupi’
sinikat atau Topi Bulat dibuat dari tali yang kuat
dengan teknik lingkaran dan ikat untuk menguatkan
siga.
Pakaian Tradisional
Perempuan Kaum Kadazan Sabah
Sinuangga merupakan baju blaus
lengan pendek dan leher berbentuk U
dipakai oleh wanita muda.
Mempunyai sulaman berwarna
suramdi sepanjang lubang kepala
dan lengan, dan sepanjang jahitan
tepi dan pertengahan belakang.
Benang berwarna merah, kuning, dan
krim digunakan. Jahitan utama:
sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop
(jahitan bulu). Teknik jahitan bulu
juga digunakan untuk membuat
binuunsi’, satu jalur merah dan kuning
sempit yang ditenun seperti tali
Bkasut.
utang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam
supaya butang ini dapat digunakan dengan blaus yang
lain. Butang betawi pada satu masa dahulu dilekat
sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu dan
separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian
seharian. Butang-butang ini diikat dari bahagian atas
ke bawah blaus menggunakan benang kapas. Butang
perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol
status bagi kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang
mampu mempunyai 30 butang dianggap kaya.
Makanan Tradisional
Kaum Kadazan
Hinava merupakan sebuah hidangan yang
istimewa bagi masyarakat kadazan dusun.
Makanan ini dihasilkan daripada isi ikan yang
segar dicampurkan dengan biji buah
bambangan yang telah diparut, halia, cili
merah, halia, bawang merah, limau kapas dan
garam. Isi ikan tidak perlu dimasak kerana
perahan jus limau kapas ataupun limau
kasturi akan menjadikan ia masak. Pelbagai
jenis ikan boleh digunakan untuk membuat
Hinava. B
osou atau juga dikenali sebagai
Sambaat, merupakan salah satu makanan
tradisional etnik Kadazan Dusun. Pangi dalam
bahasa Kadazan Dusun ataupun biji kepayang
dalam bahasa Melayu. Bahan-bahan yang
lain termasuklah nasi putih, lada putih, batang
pisang, dan sayur bawang. Pangi berfungsi
sebagai pengawet semula jadi agar makanan
ini boleh bertahan selama 6 bulan hingga 1
T tahun.
uhau merupakan salah satu makanan
tradisional yang terkenal di Sabah. Ia juga
dikenali sebagai 'wild ginger'. Tuhau boleh
disediakan dengan pelbagai cara mengikut
kreativiti sendiri dan dijadikan sebagai
hidangan sampingan. Antaranya termasuklah
dicampurkan dengan ikan masin, Pinasakan,
dan sambal. Makanan ini mempunyai rasa
yang unik dan juga bau yang kuat. Ia juga
boleh bertahan dalam jangka masa yang
lama kerana telah dijeruk.
Perayaan
Kaum Kadazan
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai
meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh
semua kaum lain Sabah seperti Murut. Pesta Kaamatan disambut
sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31
Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan Ratu Cantik
atau Unduk Ngadau, tarian tradisi, dan upacara kemuncak yang
dijalankan oleh Bobohizan[Tangara]/ Bobolian [Liwan] "ketua
pendita" Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai
'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun.
Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat
lima makhluk halus: Kinoingan[Tangara](dialek suku
lain;Kinorohingan[Liwan]/Kinoringan[Suku Dusun yang lain, salah
satunya ialah Dusun Tatana)(Ketua makluk halus & Pencipta),
Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia),
Koduduwo(Koduduvo[Tangara]) (semangat manusia), Tombiruo
(semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat
jahat). Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan
Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek Liwan) yang dikenali sebagai
Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber
kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon [Tangara]/
Bambarayon[Liwan] dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi.
Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."
Kaum Iban
I ban dalam Bahasa Iban bermaksud orang atau manusia, adalah
kaum Peribumi asli (Orang Asal) yang tinggal di pulau Borneo. Mereka
boleh dijumpai di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah (Iban
Merotai) dan Labuan. Bangsa Dayak Iban merupakan bangsa tertua di
Pulau Borneo. Menurut kajian pakar negara China yang mengkaji Genom
manusia suku kaum di Asia, membuktikan kaum Iban dipercayai bangsa
pertama berhijrah ke ISEA zaman purba. Malahan hasil kajian ke atas
Deep Skull di Gua Niah Sarawak yang berusia 50,000 tahun disahkan
sama dengan Iban orang asal Borneo sendiri. Mengikut sejarah lisan,
pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum Iban khasnya
atau etnik austronesia amnya terjadi semasa zaman kegemilangan
Austronesia di Kerajaan Panggau Libau di Tampun Juah, sebelum kaum
Iban, bidayuh, Ot Danum fan Ngaju, dan bangsa-bangsa lain berpecah
kepada beberapa subsuku-subsuku yang ada sekarang. Semasa zaman
kolonial Inggeris di Sarawak dan Belanda di Kalimantan Barat, kaum Iban
sebelumnya dikenal seagai Sea Dayak. Panggilan "Sea Dayak" kepada
Iban adalah kerana keberadaan Orang Iban di lautan pada kurun ke 17
hingga ke 19 di lautan China Selatan.Tradisi kayau di lautan atau tradisi
memenggal kepala musuh di lautan telah menggerunkan pelayar dan
pedagang asing ke Pulau Borneo hingga tercatat didalam sejarah
maritim bangsa Eropah sebagai "Vikings of Eastern Sea "dan "King of Sea
Borneo".
Pakaian Tradisional
Lelaki Kaum Iban
B aju Burung merupakan pakaian tradisi
lelaki suku kaum Iban. Asal usul baju burung
dipercayai digunakan oleh lelaki Iban yang
gagah dan berani. Lelaki yang
menggunakan pakaian ini akan dipanggil
‘Keling’. Keling adalah lambang kepada
kaum Iban yang membawa maksud
seorang lelaki yang gagah dan kacak.
L anjang/ Ketapu Lanjang atau
ketapu dipakai di atas kepala.
Ketapu ini diperbuat daripada rotan.
Ia dianyam mengikut kehendak
corak masing-masing. Setelah siap
dianyam dan dicat, ketapu tersebut
akan diletakkan dengan bulu
burung. Contohnya, burung
kenyalang. Makin lebat bulu burung
yang diguna, maka makin cantik
T ketapu tersebut.
erabai merupakan satu peralatan peperangan
orang Iban. Terabai ini selalu digunakan oleh orang
lelaki. Iban yang kuat, berani berperang, membunuh
serta mempertahankan negeri daripada musuh.
Memandangkan sekarang tidak ada lagi
peperangan, terabai ini digunakan semasa tarian
ngajat dan menyambut kedatangan tetamu sahaja
(opening ceremony).
Pakaian Tradisional
Perempuan Kaum Iban
Ngepan Iban atau Ngepan Indu merupakan pakaian tradisi
wanita suku kaum Iban. Asal usul ngepan Iban dipercayai berasal
daripada seorang gadis yang bernama Kumang pada zaman
dahulu. Kumang merupakan seorang yang baik dalam kalangan
wanita Iban terdahulu. Beliau seorang wanita yang pandai
membuat sebarang kerja wanita seperti menenun, ngebat,
membuat anyaman dan lain-lain. Selain itu, beliau bukan sahaja
terkenal dengan kecantikan tetapi beliau mempunyai sikap baik
hati kepada orang lain.
Lampit
(Silver Belt)
Kain Karap/ Kebat Marek Empang/
(traditional woven skirt/Pua Kumbu) Tangu
Sugu Tinggi Tumpa Pirak/
( Silver Headgear) Bentuk (Silver Bangles)
Gelang Kaki/ Buah Pauh
Gerunchung( Anklets) (Silver Purse)
Tali ujan/Mulung Sementing Buchai/Sengkiling Rawai
(Fine Silver Chain) (Coin Corset with Dangling Coins) (Silver Corset)
Selampai
(Sash)
Makanan Tradisional
Kaum Iban
U
mai merupakan hidangan yang
berasaskan ikan mentah dengan
campuran beberapa bahan seperti
bawang merah, cili, garam dan perahan
limau untuk menghasilkan rasa yang
enak. Ia juga boleh dihasilkan
menggunakan udang ataupun sotong.
Manuk pansuh sememangnya begitu
terkenal dan merupakan salah satu
makanan tradisi orang Iban. Manuk dalam
bahasa Sarawak merupakan ayam.
Biasanya untuk menghasilkan hidangan ini,
ayam tua akan dijadikan sebagai pansuh.
Manuk pansuh ini begitu enak rasanya
apabila dimasak di dalam buluh bersama
H bahan – bahan yang begitu istimewa.
inava ginapan ini menggunakan
isi ikan atau sotong sebagai bahan
utama. Isi ikan atau sotong yang
digunakan akan dimasak terlebih
dahulu. Ia kemudiannya digaul
bersama hirisan cili, bawang, perahan
limau serta garam. Hidangan yang
seakan – akan kerabu ini juga
merupakan makanan tradisional
orang Iban yang sangat unik.
Perayaan
Kaum Iban
H
ari Gawai ini disambut setahun sekali pada 1 atau 2
Jun. Perayaan ini disambut menunjukkan bahawa
berakhirnya musim menuai padi. Mereka merayakan
perayaan ini dengan berkumpul di serambi umum Rumah
Panjang yang terdapat ranyai atau dikenali pokok istiadat.
Mereka akan mengenakan pakaian tradisional masyarakat
Iban yang dipenuhi dengan manik yang mewarisi budaya
atau adat nenek moyang mereka.
S ewaktu perayaan ini, mereka memeriahkan lagi
suasana dengan berjumpa, berkumpul dan bersuka ria
sambil menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang
disediakan. Perayaan gawai ini turut terkenal dengan
tariannya yang dikenali sebagai tarianNgajat. Selain itu juga,
perayaan Gawai ini juga diselitkan dengan meminum arak
beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang lain.
Malaysiaku
Yang Unik
S ebagai rakyat Malysia kita haruslah berbangga
kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum,
pelbagai adat resam dan perayaan tradisi. Ianya
menyebabkan keadaan negara menjadi aman dan
harmoni sepanjang masa tanpa sebarang konflik
yang besar. Ini kerana daripada perayaan inilah
wujudnya rasa perpaduan dalam naluri dan nurani
penduduk negara ini. Tegasnya negara Malaysia
merupakan sebuah negara yang aman walaupun
terdiri daripada pelbagai kaum yang pada
tanggapan masyarakat dunia sukar dipadukan dan
menyerap sebarang perbezaan baik agama,
budaya, bahasa dan adat kepercayaan.