The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sabrinanur625, 2021-01-18 08:09:48

BAHASA MELAYU STPM

ULANGKAJI BAHAGIAN B

ULANGKAJI BAHASA MELAYU BAHAGIAN B :PEMBACAAN KRITIS DAN ANALITIS

1. KOMPONEN BM KERTAS 1 MARKAH PERINGATAN
BAHAGIAN JENIS
20M Sekurang-kurangnya betul
A Objektif 30 M 15 soalan
(15M)
Pemikiran 10M
Skor 6-10 markah
Kritis dan
Dua bahagian ini mesti
Analitis dijawab dengan baik.
Gagal bahagian ini
B Pemikiran bermakna gagal BM kertas
1 (910/1) Semester 1
Kritis dan

Analitis (Esei 20M

pendek 150 70 M

p.perktaan)

C Penuisan Esei

Tidak 50M

Berformat

JUMLAH = 100 M

ULANGKAJI BAHAGIAN B:

1. Bentuk soalan peperiksaan bahagian B
 Soalan nombor 21 : memberikan maksud frasa atau ungkapan
 Soalan 22 – 23 : soalan pemahaman berdasarkan petikan
 Soalan nombor 24 : soalan esei ringkas berdasarkan KBKK (isi di luar petikan)

2. PERANCANGAN MASA MENJAWAB BAHAGIAN B :

BAHAGIAN PERKARA TEMPOH MASA

21 Jawapan ringkas

22 Jawapan ringkas 10 minit

23 Jawapan ringkas

24 Esei 150 patah perkataan 20 minit
JUMLAH MASA : 30 minit

 Soalan 21 tidak semestinya bertanyakan maksud frasa atau kata. Ada ketikanya adalah
tentang peribahasa.
[ 2 – 4 markah ]

BENTUK SOALAN 21

Kehendak soalan:
Menerangkan maksud perkataan,frasa ayat,atau peribahasa yang terdapat dalam
petikan .
Contoh:

 Berdasarkan petikan tersebut,jelaskan maksud frasa…
 Jelaskan maksud frasa/peribahasa

PERINGATAN :

1. Tidak perlu ditulis dalam ayat yang lengkap.
2. Tidak perlu ubah semua perkataan dalam soalan
3. Biasanya, yang tidak ditukarkan maksudnya ialah kata tugas

Contoh menjawab soalan nombor 21 :
Berdasarkan petikan tersebut, jelaskan maksud frasa yang berikut:

(a) …bagi menangani kemelut yang merantai masyarakat
…untuk mengatasi masalah yang menyekat orang ramai @ untuk menyelesaikan situasi yang
genting yang membelenggu komuniti/khalayak

(b) …menuntut kemahiran yang maksimum daripada penciptanya
…memerlukan kecekapan yang tinggi daripada perekanya @ mengkehendaki kepandaian
yang sepenuhnya daripada pembuatnya

Soalan nombor 22 – 23 berkaitan dengan isi petikan:
 [6-8 markah]
 Maksimum markah pemahaman – 10 markah

BENTUK SOALAN

Memberi jawapan berdasarkan petikan sahaja. Antara kata kunci soalan :
 Nyatakan empat peranan/cabaran..
 Mengapakah faktor…
 Apakah punca…
 Apakah harapan/mesej penulis…
 Berikan DUA mesej..ATAU jelaskan mesej…

PERINGATAN:

1. Jawapan mestilah diambil dalam petikan
2. Dilarang mereka reka jawapan sendiri!

(0 markah jika jawapan bukan dalam petikan)
3. Dilarang ubah keseluruhan ayat dalam petikan sehingga

menghilangkan maksud asal petikan

 Terdapat 3 perenggan jawapan (1 isi 1 perenggan)
 Jumlah perkataan bagi setiap perenggan : 40– 50 patah perkataan
 Markah bahasa ditolak berdasarkan kesalahan ayat
 Jangan menulis jawapan kurang daripada 100 perkataan

(sekurang-kurangnya 101 perkataan)
 Jawapan tidak boleh ditiru dalam petikan kerana esei ringkas merupakan

soalan KBKK (jawapan di luar petikan/pendapat@isi calon sendiri)
 Boleh menulis 3 isi ke atas asalkan tidak melebihi 150 perkataan
 Tidak perlu menggunakan bahasa yang berbunga-bunga atau peribahasa

SOALAN TERAKHIR (ESEI PENDEK )

BENTUK SOALAN 24 :

1. Tidak perlu pendahuluan dan penutup
2. Bina ayat yang lengkap (subjek + prediket)
3. Pastikan tiada kesalahan Bahasa
4. Esei: tiga isi dan tiga perenggan sahaja
5. Tidak melebihi 150 patah perkataaan
6. Tulis patah perkataan pada akhir perenggan

TEKNIK MENJAWAB

1. Membaca soalan
2. Menganalisis soalan
3. Menyenaraikan isi utama
4. Menulis perenggan penuh

 Setiap isi ditulis dalam 4 ayat

Ayat 1 : Isi utama/isi penting
Ayat 2 : Huraian isi utama
Ayat 3 : Contoh
Ayat 4 : Huraian contoh (jika tiada contoh pada ayat ke-3, berikan ayat penegasan atau
kesimpulan)

Pembahagian markah bagi soalan esei ringkas adalah seperti berikut :

ASPEK MARKAH

Isi 15 (3 isi x 5 markah)

Bahasa 5

Jumlah 20

Markah isi [3 isi x 5 markah = 15 markah]

ASPEK MARKAH

Isi utama 2

Huraian isi 1

Contoh 1

Huraian contoh 1

Jumlah 5


Click to View FlipBook Version