The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faradhinana, 2019-10-04 11:24:21

MINIT MESYURAT PIBG & PENYATA

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Kuin, 26180 Kuantan, Pahang.



MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG
BIL. 2 /2019

SK BUKIT KUIN, 26180 KUANTAN, PAHANG.


HARI : SABTU
TARIKH : 22 JUN 2019
MASA : 09.30 PAGI
TEMPAT : BILIK GURU BESAR, SK BUKIT KUIN, KUANTAN.
KEHADIRAN AJK : 8/12 ORANG
TURUT HADIR : WAN ZAKARIA BIN WAN MAJID (GPK 1)
: ISMAIL BIN MANSOR@YAHAYA (PENGERUSI KELAB GURU)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

2.0 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Beliau memaklumkan bahawa beliau mewakili Guru Besar untuk membantu melancarkan
mesyuarat pada hari ini.

3.0 PERKARA BERBANGKIT
Pengerusi memohon perhatian ahli mesyuarat tentang keputusan mesyuarat bilangan 1
yang dipengerusikan oleh beliau pada 6 April 2019, seterusnya memberikan peringatan
dan pandangan seperti yang berikut:

3.1 Sekolah telah menempah tarikh untuk Kejohanan Sukan dan Olahraga 2019 (5.5)
pada 28 Julai 2019 di Stadium Darul Makmur.
3.2 Makluman Program Keibubapaan (5.8) akan dilaksanakan selepas Aidilfitri.
3.3 Program Tuisyen Rakyat untuk UPSR (5.10) diteruskan pada tahun ini dan telah
mendapat kelulusan dari Bank Rakyat.

4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT YANG LALU
Minit Mesyuarat Agung disahkan tanpa pindaan oleh Encik Kamrozaman bin
Jusoh@Yusoff dan disokong oleh Puan Alexcia Nuri binti Abdullah.

5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN SEMASA
Penyata Kewangan disahkan tanpa pindaan oleh Puan Alexcia Nuri binti Abdullah dan
disokong oleh Encik Kamrozaman bin Jusoh@Yusoff.





Mesyuarat AJK PIBG SK Bukit Kuin bil. 2/2019 1

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Kuin, 26180 Kuantan, Pahang.

6.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
6.1 SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH
6.1.1 Perjalanan majlis dibentangkan oleh Encik Ismail bin Mansor@Yahaya.
6.1.2 Majlis akan diadakan pada 28 Jun 2019 (Jumaat) di De’ Kuin Café, SK
Bukit Kuin.
6.1.3 Majlis melibatkan guru, staf, murid dan AJK PIBG sahaja (secara
dalaman).
6.1.4 Kutipan bayaran RM20 setiap orang (guru, staf dan AJK PIBG sahaja).
6.1.5 Menu utama Nasi Tomato
Bil. Perkara Bilangan (org.) Hg.seunit Jumlah
1 Murid 163 RM3 RM489
2 Guru, staf dan AJK 36 RM5 RM180
6.1.6 M
PIBG
e RM669
n
u tambahan seperti lemang, cendol, aiskrim, rendang dan kuih muih akan
dibawa oleh semua guru, staf, AJK PIBG dan murid pada hari tersebut.
6.1.7 Majlis bermula pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Acara majlis
pertandingan karaoke dan jamuan makan.
6.2 Mesyuarat mengambil ketetapan untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya
Aidilfitri 2019 secara dalaman sahaja dengan membuat kutipan sumbangan RM20
setiap orang AJK PIBG, guru dan staf.

6.3 KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA 2019
6.3.1 Belanjawan dibentangkan oleh Encik Mohd Noor bin Abd Rahman
(Setiausaha Sukan SK Bukit Kuin).
6.3.2 Kejohanan akan diadakan pada 28 Julai 2019 (Ahad) di Stadium Darul
Makmur, Kuantan.
6.3.3 Kejohanan akan melibatkan guru dan komuniti (PIBK).
6.3.4 Makluman cuti peristiwa pada 29 Julai 2019 (Isnin) akan dipohon oleh
pihak sekolah.
6.3.5 Perbelanjaan yang dipohon sebanyak RM3821 yang melibatkan acara
sukantara, acara balapan dan acara sukaneka. Termasuk juga hadiah, sewa
stadium, makanan dan minuman.
6.4 Mesyuarat mengambil ketetapan untuk memohon Setiausaha Sukan menyediakan
Kertas Kerja Kejohanan Sukan dan Olahraga 2019.

6.5 Mesyuarat juga mohon untuk SU Sukan menyediakan belanjawan yang
bersesuaian kerana bajet yang sedia ada diluar kemampuan PIBG.

6.6 Mesyuarat menangguhkan Pembentangan Kertas Kerja Kejohanan Sukan dan
Olahraga 2019 pada mesyuarat yang akan datang.




Mesyuarat AJK PIBG SK Bukit Kuin bil. 2/2019 2

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Kuin, 26180 Kuantan, Pahang.


6.7 MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR ENCIK SREEDHARAN A/L C.
KRISHNAN NAYAR
6.7.1 Perjalanan majlis dibentangkan oleh Encik Ismail bin Mansor@Yahaya.
6.7.2 Majlis akan diadakan di sekolah sahaja.
6.7.3 Majlis melibatkan guru, staf, murid, AJK PIBG dan guru-guru yang
pernah bertugas bersama sepanjang perkhidmatan di sekolah ini.
6.7.4 Encik Kamrozaman bin Jusoh@Yusoff memaklumkan ingin menyumbang
kek persaraan untuk Guru Besar.
6.8 Mesyuarat memutuskan untuk hadiah persaraan guru besar bernilai RM150.
6.9 Mesyuarat mengambil ketetapan untuk membincangkan tarikh dan perjalanan
Majlis Persaraan Guru Besar pada mesyuarat akan datang.

7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Caring Hands akan diadakan pada 26 Jun 2019.
7.2 Hari Pelaporan Sekolah akan diadakan pada 27 Jun 2019 bermula 10.15 pagi. Sesi
taklimat pentaksiran sekolah kepada ibu bapa dan penjaga akan diadakan sebelum
pelaporan berlangsung.
7.3 Jemputan Kolokium Pendidikan STEM Kebangsaan 2019 akan dihadiri oleh Puan
Salawati binti Salim, Puan Salmiah binti Hassan, Encik Wan Zakaria bin Wan
Majid, dan Encik Ismail bin Mansor@Yahaya.

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN DAN PENUTUP
8.1 YDP PIBG 2019 mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang memberi
kepercayaan kepada beliau dan mengharapkan kerjasama dari semua ahli untuk
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
8.2 Beliau juga memohon maaf atas segala kekurangan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.05 tengah hari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


____________________ ______________________________
NORHIDA BINTI SUID YAAKOB BIN PATMO
SETIAUSAHA PIBG, YANG DIPERTUA PIBG,
SK BUKIT KUIN, SK BUKIT KUIN,
26180 KUANTAN, 26180 KUANTAN,
PAHANG. PAHANG.






Mesyuarat AJK PIBG SK Bukit Kuin bil. 2/2019 3

PENYATA KEWANGAN AKAUN PIBG SK BUKIT KUIN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2019



TARIKH PERKARA JUMLAH TARIKH PERKARA JUMLAH


30.6.19 BAKI 837.30 25.08.19 CENDERAHATI GURU BERTUKAR (PN EMILIA) 100.00


30.07.19 SUMBANGAN MURID 3300.00 30.08.19 CENDERAHATI GURU BERTUKAR (EN SREE) 150.00

23.08.19 SUMBANGAN SATRIA ALAF BARU SDN BHD 200.00 30.09.19 SUMBANGAN SATRIA ALAF BARU (AKAUN TUMPANG) 200.00

(AKAUN TUMPANG)


28.08.19 SUMBANGAN (CA SA LN) 500.00

31.08.19 HIBBAH JUN, JULAI, OGOS 0.88



19.09.19 SUMBANGAN TUNAI 2000.00



JUMLAH WANG MASUK 6838.18 JUMLAH PENGGUNAAN 450.00
BAKI DI TANGAN 1186.50

BAKI DI BANK 5201.68
BAKI KESELURUHAN 6388.18

JUMLAH KESELURUHAN 6838.18 JUMLAH KESELURUHAN 6838.18




DISEDIAKAN OLEH:


--------------------------------

(ZALEHA ABDULLAH SANI)

BENDAHARI PIBG SK BUKIT KUIN

PENYATA KEWANGAN AKAUN PIBG SK BUKIT KUIN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2019



TARIKH PERKARA JUMLAH TARIKH PERKARA JUMLAH


30.6.19 BAKI 837.30 25.08.19 CENDERAHATI GURU BERTUKAR (PN EMILIA) 100.00


30.07.19 SUMBANGAN MURID 3300.00 30.08.19 CENDERAHATI GURU BERTUKAR (EN SREE) 150.00

23.08.19 SUMBANGAN SATRIA ALAF BARU SDN BHD 200.00 30.09.19 SUMBANGAN SATRIA ALAF BARU (AKAUN TUMPANG) 200.00

(AKAUN TUMPANG)


28.08.19 SUMBANGAN (CA SA LN) 500.00

31.08.19 HIBBAH JUN, JULAI, OGOS 0.88



19.09.19 SUMBANGAN TUNAI 2000.00



JUMLAH WANG MASUK 6838.18 JUMLAH PENGGUNAAN 450.00
BAKI DI TANGAN 1186.50

BAKI DI BANK 5201.68
BAKI KESELURUHAN 6388.18

JUMLAH KESELURUHAN 6838.18 JUMLAH KESELURUHAN 6838.18




DISEDIAKAN OLEH:


--------------------------------

(ZALEHA ABDULLAH SANI)

BENDAHARI PIBG SK BUKIT KUIN


Click to View FlipBook Version