TAJUK : MESYUARAT GURU
TARIKH : 26 SEPTEMBER 2019 (KHAMIS)
MASA : 2.00 PETANG
KEHADIRAN : 15 / 17 ORANG
EN.WAN ZAKARIA B. WAN MAJID (GPK PENTADBIRAN)
EN.MOHD SABRI B. MUSTAFA (GPK HEM)
EN.MEOR IBRAHIM B. ABDUL WAHAB (GPK KO-KURIKULUM)
EN.ISMAIL B. MANSOR @ YAHAYA
EN.MOHD NOOR B. AB. RAHMAN
EN.MUSA BIN MOHD DOM
EN.MOHAMED IDHOPHEE B. MOHD SAOAD
PN.RUYANA BT. BURHANUDDIN
PN.HALIMATON BT. MAT SALLEH
PN.ZALEHA BT. ABDULLAH SANI
PN.NORHIDA BT. SUID
PN.FADZILAH BT. AWANG
PN.SITI ZARIMAH BT. SH. ZAHARI
PN.RAGAYAH BT. YUNUS
PN.FARAHANA BT. AWANG
TIDAK HADIR (BERSEBAB)
PN.SALAWATI BT. SALIM
PN.SALMIAH BT. HASSAN
1. UCAPAN PENGERUSI (EN.WAN ZAKARIA B. WAN MAJID - GPK PENTADBIRAN)
- Ucapan Alu-aluan.
- Memulakan majlis dengan bacaan Al-fatihah
- Mengingatkan semua unit (Kurikulum, HEM dan Ko-kurikulum) untuk mengemaskini fail-fail terutamanya
minit mesyuarat ke-2 dan ke-3 untuk semakan pihak pentadbir.
- Makluman kepada semua guru, Kumpulan pemantauan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PBPPP) masih sama iaitu pembahagian kepada 3 kumpulan pihak pentadbir.
Pendidikan Sivik
- Makluman kepada semua guru tentang perlaksanaan Pendidikan Sivik.
5 minit pada perhimpunan pagi setiap minggu
1 jam sisipan Pendidikan Sivik dalam PdPc pada minggu terakhir setiap bulan untuk 5 mata
pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan
Sejarah
Kelas Ganti (Relief Class)
- Mohon semua guru masuk kelas ganti mengikut jadual yang ditetapkan.
- Jadual kelas ganti dilakukan dengan 2 cara iaitu melalui sistem dan secara manual daripada jadual induk
guru.
- Sekiranya ramai guru yang tiada, kaedah 2 orang guru 1 kelas akan digunakan. Kelemahan kaedah ini
guru tidak dapat menjalankan PdPc untuk hari berkenaan kerana kemungkinan akan mendapat kelas yang
tidak diajar.
Cadangan: EN. MOHD NOOR B. AB. RAHMAN
- Menggunakan khidmat murid-murid Tahun 6 sebagai Pembimbing Rakan Sebaya untuk membantu
semasa kekurangan guru.
Buku Rekod Pengajaran Harian (RPH)
- Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang telah menghantar buku / fail RPH secara konsisten.
- Setiap guru mesti menghantar buku / fail RPH pada setiap minggu untuk semakan pihak pentadbir dan
akan direkodkan dalam buku penghantaran RPH yang terdapat di pejabat. Rekod ini akan dipantau
sekiranya ada pegawai daripada PPD / JPN yang hadir ke sekolah.
- Makluman untuk semua guru agar menulis bahagian refleksi dengan tepat dan ringkas.
Buku Rekod Keluar Masuk
- Elakkan daripada keluar pada waktu persekolahan terutamanya untuk urusan peribadi.
- Sekiranya perlu untuk keluar pada waktu persekolahan, tulis dalam buku rekod keluar masuk yang
terdapat di pejabat.
Program Pasca UPSR
- Masih lagi terikat dengan jadual PdPc yang ditetapkan.
- Aktiviti murid mengikut guru pada waktu PdPc.
PAK21
- Makluman kepada semua guru untuk kemaskini keperluan PAK21 terutamanya di dalam kelas.
(Contohnya: Susun atur kelas dan sudut ganjaran)
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
- Majlis Solat Hajat untuk murid-murid UPKK akan dijalankan pada 27 Sepetember 2019 (Jumaat) selepas
bacaan Yasin di Surau SK Bukit Kuin.
- Solat hajat akan diketuai oleh Ustaz Ismail dan hanya pihak pentadbir bersama guru-guru yang
mempunyai anak yang mengambil UPKK sahaja yang terlibat dengan Majlis Solat Hajat. Guru-guru lain
akan menjalankan PdPc seperti biasa.
- Murid yang terlibat dengan UPKK dibenarkan pulang pada jam 12.30 tengah hari. Makluman UPKK dan
senarai murid terlibat dengan UPKK dikeluarkan oleh Sekolah KAFA masing-masing.
2. EN.MEOR IBRAHIM B. ABDUL WAHAB - GPK KOKURIKULUM
- Taklimat Penyelarasan Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 30 / 09 /2019 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Semua guru perlu hadir.
3. EN.MOHD SABRI B. MUSTAFA - GPK HEM
- Makluman untuk semua guru kelas agar mengemaskini data murid untuk tujuan bantuan persekolahan.
- Mohon guru kelas untuk lengkapkan dalam sistem bahagian bantuan persekolahan murid. Guru kelas
perlu tandakan senarai bantuan yang murid dapat. Contohnya, bantuan SPBT, RMT dan sebagainya.
4. LAIN-LAIN HAL
PN.ZALEHA BT. ABDULLAH SANI
Makluman Program Pra Sekolah mengikut ketetapan seperti dibawah:
Program : KARNIVAL BIJAK PRA SEKOLAH
Tarikh : 2 Oktober 2019 (RABU)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : SK Bukit Setongkol
Bilangan murid : 5 orang
Guru Pengiring : 2 orang
PN.FADZILAH BT. AWANG
- Makluman kepada semua guru untuk mengemaskini dan melengkapkan bahagian masing-masing.
- Hantar borang yang telah dilengkapkan untuk semakan dan masukkan dalam sistem sebelum tarikh
akhir.
- Sediakan evidence mengikut data yang terdapat dalam sistem.
5.PENUTUP
- En. Wan Zakaria b. Wan Majid, GPK Pentadbiran memberi ingatan kepada semua guru untuk
mengemaskini semua kerja yang dibuat.
- Bacaan Surah Al-Asr dan tasbih kifarah sebelum bersurai.
Mesyuarat ditangguhkan pada 4.20 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
____________________________ ________________________________
FARAHANA AWANG EN.WAN ZAKARIA B. WAN MAJID
(GPK PENTADBIRAN)