TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN PN _______
Mengumumkan ketibaan Encik Abdul Bin Tingoon, Pengetua MRSM Transkrian
diiringi oleh timbalan-timbalan pengetua dan para guru.
Bismillahirrahmanirahim...
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Yang Berusaha, Encik Abdul Bin Tingoon, Pengetua MRSM Transkrian
En Muhammad Mazlan bin Hassan,Timbalan Pengetua Kecemerlangan
Akademik,
En Muhd Firdaus Bin Ismail, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar
Pn Nurulhuda Binti Sahimin, Timbalan Pengetua Pembangunan Kokurikulum
Ketua-Ketua Jabatan, Guru Cemerlang
Guru-guru,
dan rakan-rakan pelajar yang dimuliakan.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya dapat kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini.
Hadirin yang dihormati,
Demi memberkati program pada hari ini, marilah kita bersama-sama
mengaminkan bacaan doa pembuka majlis yang akan dipimpin oleh Saudara
____________ . Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
- DOA (bacaan doa dimulai)
Aamin, Amin, Ya Robbal ’Aalamiinn..
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih, kepada Saudara ________________
atas bacaan doa sebentar tadi.
Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Pulau
Pinang dan Lagu Amanah Rakyat dan Malaysia Bersih
Hadirin dipersilakan berdiri.
(MENYANYIKAN LAGU)
Hadirin dipersilakan duduk.
Hadirin yang dikasihi,
Bagi meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan En Abdul bin Tingoon, Pengetua MRSM Transkrian untuk
menyampaikan ucapan.
- UCAPAN –
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Abdul bin Tingoon, atas ucapan
yang telah disampaikan.
Bagi acara yang berikutnya, majlis mempersilakan Pn ____________ selaku guru
yang akan bersara untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
- UCAPAN –
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn ___________________, atas
ucapan yang telah diberikan.
Hadirin sekalian,
Seterusnya, marilah kita menonton video montaj yang telah disediakan oleh
Exco ICT Badan Wakil Pelajar mengenai Pn___________.
Hadirin yang dihormati,
Agenda majlis petang ini diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata
kepada Pn ________________ sebagai penghargaan dan tanda terima kasih
kerana telah berkhidmat dan memberi banyak sumbangan kepada MRSM
Transkrian selama hampir 20 tahun.
Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Yang Berusaha, Encik Abdul Bin Tingoon diiringi _____________________
__________________ untuk menyampaikan cenderamata kepada Pn
____________. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
- PENYAMPAIAN CENDERAMATA –
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Abdul Bin Tingoon atas
penyampaian cenderamata itu tadi.
Hadirin sekalian,
Sebelum berakhirnya majlis ini, izinkan saya menyampaikan beberapa rangkap
pantun kepada guru tercinta kita yang bakal meninggalkan kita.
Dian tiga lilin pun tiga
Obor tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak kemana
Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Dengan ini, majlis perpisahan pada hari ini sudah sampai ke penghujungnya.
Semoga hubungan silaturahim ini akan terus kekal selamanya.
Bagi mengakhiri majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu maktab.
Hadirin dipersilakan berdiri .
- NYANYIAN –
Tamat nyanyian – pihak pengurusan dan para guru dibenarkan untuk menjamu
selera di bahagian yang telah disediakan, manakala para pelajar, dibenarkan
untuk bersurai.
ANEKDOT 1
Pada pagi itu, seusai aku menunaikan solat subuh berjemaah bersama keluargaku. Aku bersalaman
dengan kedua ibu bapaku lalu menuju ke bilikku untuk membuat persiapan bagi kelas atas talian
yang akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Sejujurnya, aku masih lagi tiada semangat dan minat untuk
belajar setelah sekian lama PKP. Namun begitu, aku tetap perlu belajar kerana ilmu merupakan
sesuatu perkara yang sangat penting bagi seorang pelajar seperti aku. Aku juga memikirkan
kesusahan dan kepenatan yang dilalui oleh kedua ibu bapaku untuk mencari nafkah bagi membiayai
pelajaran aku. Seketika aku teringat mereka pernah berkata “ Sumaiyah, kamu belajarlah dengan
rajin dan bersungguh-sungguh ye? Bahagian kewangan nanti ibu dan ayah akan uruskan”. Apabila
terfikir semula, aku menjadi tekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjanji akan membalas
semula jasa ibu bapaku. Terima kasih ibu dan ayah!
ANEKDOT 2
Pada petang itu, ayahku memanggilku seacar tiba-tiba. Ayah aku berkata “Sumaiyah datang ke ruang
tamu sekejap ayah nak cakap ni”. Aku pun segera keluar daripada bilikku lalu menuju ke ruang tamu.
Ayahku menyuruhku bersiap kerana hendak keluar makan bersama. Selepas solat maghrib, aku pun
bersiap dan kami sekeluarga keluar dan makan di sebuah restoran. Semasa kami sedang makan,
lampu restoran tersebut mati dengan sendirinya. Aku berasa agak hairan, namun selang beberapa
minit aku terdengae nyanyian lagu “selamat hari jadi” kemudian lampu pun terbuka semula. Aku
hamper terlupa bahawa hari itu merupakan hari jadiku kerana terlalu banyak kerja yang perlu
dibuat. Kemudian, aku mengucapkan terima kasih kepada semua orang. Ayahku juga memberikan
hadiah. Terima kasih ayah!
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN
KERTAS KERJA CADANGAN PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM
BERBUKA PUASA
1. TUJUAN
) kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengetua Maktab Rendah Sains
Mara Transkrian. Program tersebut akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 14 Mei 2020
pada pukul 7 malam iaitu selepas menerima kelulusan daripada Penasihat Badan Wakil
Pelajar MRSM Transkrian dan bertempat di Dewan Ibnu Sina, MRSM Trankrian, Nibong
Tebal, Pulau Pinang.
2. LATAR BELAKANG
Program Berbuka Puasa ini akan dijalankan oleh pihak Badan Wakil Pelajar serta dibantu
oleh Majlis Tertinggi Badan Wakil Pelajar bagi setiap organisasi pada tarikh yang telah
ditetapkan. Pihak yang akan menyertai program ini ialah semua Guru, Staff, ahli Badan Wakil
Pelajar serta Majlis Tertinggi bagi setiap Organisasi dalam Badan Kepimpinan Pelajar.
Program ini merupakan satu inisiatif daripada pihak Badan Wakil Pelajar bagi merapatkan
hubungan antara Guru, Staff dan Badan Wakil Pelajar MRSM Transkrian.
3. OBJEKTIF PROGRAM
a. Mengeratkan Silaturahim dalam kalangan guru dan staff serta para Badan
Kepimpinan Pelajar.
b. Guru dan Staff dapat mengikuti aktiviti bacaan Yassin di surau selepas menunaikan
solat fardhu maghrib.
c. Hubungan Guru, Staff dan BKP akan lebih erat dan guru juga akan lebih selesa untuk
berkomunikasi dengan pelajar.
4. PELAKSANAAN PROGRAM
4.1 Tarikh : 14 Mei 2020 (Khamis)
4.2 Kawasan / Tempat : Dewan Ibnu Sina MRSM Transkrian
4.3 Kaedah / Modus Operandi : Program akan melibatkan semua ahli Badan Wakil
Pelajar serta Majlis Tertinggi bagi setiap organisasi Badan Kepimpinan Pelajar.
4.4 Kumpulan Sasaran / Peserta : Guru dan Staff MRSM Transkrian
4.5 Strategi Program : Badan Wakil Pelajar dan Majlis Tertinggi Badan
Kepimpinan Pelajar akan membantu menghias dewan dan menghidangkan makanan.
5. ANGGARAN PERBELANJAAN
a. Makanan Guru, Staff dan Pelajar
RM5.00 x 200 orang = RM1000
JUMLAH = RM1000
DISEDIAKAN OLEH :
…………………………………………………………………………………………………………………………
(NUR SUMAIYAH SOLEHAH BINTI SHAHROL SAEFFY)
SETIAUSAHA BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2020/2021
MRSM TRANSKRIAN
TARIKH :
DISEMAK OLEH :
……………………………………………………………………………………………………………………….
(MUHAMMAD AFIQ AIMAN BIN SUHAIRI)
NAIB PRESIDEN I BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2020/2021
MRSM TRANSKRIAN
TARIKH :
6. SOKONGAN / TIDAK DISOKONG
…………………………………………………………………………………………………………………………..
(ROSIDI BIN ABU)
PENASIHAT,
BADAN WAKIL PELAJAR
MRSM TRANSKRIAN
TARIKH :
7. KELULUSAN
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
ULASAN :
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………………………………..
(EN. ABDUL BIN TINGOON)
PENGETUA
MRSM TRANSKRIAN
TARIKH :