The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pameran Bertema sempena sambutan CNY 2022 peringkat sekolah SK Convent Infant Jesus (2) Melaka

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by psscij2malacca, 2022-02-10 08:57:19

CNY 2022 CIJ 2 MELAKA

Pameran Bertema sempena sambutan CNY 2022 peringkat sekolah SK Convent Infant Jesus (2) Melaka

Keywords: CNY

SK Convent Infant Jesus (2) Melaka
Sekolah Berprestasi Tinggi

Disediakan oleh

Convent Harmony Library

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Di Malaysia perayaan ini dirayakan oleh
kaum Cina. Namun begitu apabila
diadakan sambutan Tahun Baru Cina
Peringkat Kebangsaan semua kaum
turut terlibat.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan
oleh kaum Cina di merata dunia, malah
turut dirayakan oleh bangsa Korea,
Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong
China) yang dipengaruhi oleh China
dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Perayaan Tahun Baru Cina melambangkan
permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Salah satu kepercayaan budaya orang Cina adalah zodiak Cina
iaitu garis masa berkala yang berlaku selepas setiap 12 tahun di
mana setiap tahun mempunyai binatang tertentu yang
mewakilinya. Zodiak adalah berdasarkan astrologi Cina. Haiwan ini
termasuk harimau, tikus, arnab, kambing, naga, babi, lembu, kuda,
anjing, monyet, ular, dan ayam jantan.

Tahun ini merupakan Tahun Harimau yang mewakili zodiak ketiga
dalam Zodiak Cina. Menurut zodiak Cina 12 tahun, tahun harimau
itu diperhatikan selepas tamatnya tahun lembu. Tahun-tahun yang
lalu yang telah ditubuhkan sebagai tahun-tahun harimau termasuk
1962, 1974, 1986, 1998, dan 2010. Orang yang dilahirkan pada
tahun harimau dipercayai mempunyai ciri-ciri personaliti yang
sama termasuk keberanian, semangat, keyakinan, karisma, dan
kepimpinan.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Sejarah Tahun Baru Cina bermula
beribu-ribu tahun dahulu, di mana
seekor makhluk ganas yang bernama
‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah
Besar China. Ini membuatkan
manusia hidup dalam ketakutan dan
kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar
untuk menewaskan makhluk ini.

Akhirnya mereka berjaya menakutkan
makhluk ini dengan melemparkan
reben merah ke udara, meletupkan
mercun dan membakar bunga api
siang dan malam.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Malam sebelum tahun baru dikenali sebagai New
Year’s eve, hari ini juga merupakan hari yang
sangat penting kepada orang Cina. Pada malam
ini, ahli keluarga yang lama tidak berjumpa akan
berkumpul dan makan malam bersama-sama.

Aktiviti ini juga dikenali sebagai makan besar, dan
adat ini merupakan adat yang sangat penting
kepada orang Cina dan mesti dibuat sebelum
tahun baru.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Selepas makan besar atau selepas pukul 12 tengah malam , orang tua akan memberi
duit "Ya Sui" kepada kanak-kanak. Duit "Ya Sui“ merupakan satu tanda hasrat baik yang
diberi kepada kanak-kanak semasa tahun baru.

Mengikut adat resam, Duit " Ya Sui" perlu diletak dalam satu beg kertas yang berwarna
merah kerana dipercayai boleh menghalau hantu dan memastikan mereka mempunyai
tahun baru yang aman dan sihat.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Selain daripada makan besar, salah
satu adat yang penting kepada orang
Cina dikenali sebagai “ Shou Sui ”.
Selepas makan besar, ahli-ahli keluarga
akan berdoa dan duduk berbual-bual
bersama-sama. Biasanya, mereka akan
berjaga sepanjang malam sehingga
subuh yang seterusnya.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan
dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk
merapatkan hubungan antara ahli keluarga.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan
dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula. Bunyi
mercun juga dikatakan boleh menghalau unsur jahat.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah
mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini
menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu
serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik.
Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari
pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Pemakaian yang melebihkan
warna merah sering dipakai
sepanjang Tahun Baru Cina
kerana dipercayai warna
merah akan menakutkan roh
jahat dan nasib malang.
Tambahan, orang yang
memakai baju baru dari
kepala hingga kaki pula
melambangkan permulaan
baru pada tahun baru.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Tarian singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional
dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari
akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum
singa.
Tarian ini dipercayai mampu membawa tuah dan kekayaan
pada tahun baru serta membuang semangat jahat. Hal ini
kerana pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang
memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif
sekali dipercayai boleh mengusir puaka atau semangat jahat.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Tarian Naga ialah replika kepala Naga serta badan
naga yang dibuat daripada kain atau kanvas.
Bahagian kepala Naga digerakkan oleh seorang
pemain yang mengejar sebiji bola yang bermaksud
‘peluang’ atau ‘keuntungan’.
Tarian ini berbentuk akrobatik, penari akan
melompat untuk memungut ‘angpau’ sambil diiringi
paluan gendang yang kuat.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Limau ini merupakan buah-buahan
paling kerap ditemui semasa perayaan
tahun baru. Fungsi buah limau mandarin
bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja
di Tokong dan daunnya untuk buang
sial, buah limau mandarin pula
melambangkan kesejahteraan dan
kemewahan.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Hidangan Kuih Bakul atau “Nian Gao” semasa
jamuan makan malam adalah cukup penting
bagi masyarakat Cina terutamanya golongan
peniaga kerana hidangan ini menandakan
peningkatan dan pengembangan perniagaan
mereka ataupun terdapat peningkatan dalam
kehidupan mereka.

Nian Gao lazimnya manis dan disediakan
menggunakan bahan-bahan seperti pulut beras,
gula, buah berangan, kurma cina dan daun
bunga teratai.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Popia merupakan hidangan yang menandakan
kekayaan. Hal ini demikian kerana popia
kelihatan seperti jongkong emas. Popia
sebenarnya adalah hidangan dim sum berintikan
sayur, daging atau bahan-bahan yang manis,
yang dibalut dengan doh nipis lalu digoreng
hingga keemasan.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Ladu atau disebut “Jiao Zi” di dalam Bahasa Cina merupakan
sebahagian daripada sajian wajib Tahun Baru Cina kerana ia
merupakan simbol kekayaan. Hal ini demikian kerana bentuk
ladu adalah sama seperti wang emas Cina yang berbentuk
seperti bot kecil. Ladu
Menurut kepercayaan, lebih banyak ladu yang dimakan, lebih
banyak wang yang anda akan jana sepanjang tahun.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Makanan ini merupakan hidangan yang dikaitkan
dengan umur panjang. Mi yang panjang dan tidak
dipotong menandakan kepanjangan usia individu
yang diberikan mi tersebut.

Hidangan mi panjang ini lazimnya, disediakan
dengan menggoreng atau dimakan dengan sup.

Convent Harmony Library Matahari
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Plum

Kekwa

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling
biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika
pasaran tahun baru. Setiap bunga memiliki
maksud tertentu.

Bunga plum – melambangkan tuah
Kumkuat – melambangkan kemakmuran
Bunga kekwa – melambangkan panjang umur
Buluh – tumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga matahari – bermaksud tahun yang elok

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka

Tanglung merupakan sejenis alat pelindung yang
melindungi lilin dari tiupan angin ketika berjalan
pada waktu malam. Ia merupakan salah satu
unsur kebudayaan masyarakat Cina.

Warna serta tempat di mana tanglung digantung
membawa makna tertentu. Contohnya, mereka
yang baru menyambut kelahiran bayi atau
perkahwinan akan menggantung tanglung
berwarna merah di pintu rumah. Ini sebagai
tanda kemeriahan dan kegembiraan kerana
warna merah membawa maksud tenaga dan
kecergasan.

Tanglung merah juga digunakan semasa
perayaan atau keraian, seperti perayaan Tahun
Baru Cina.

Convent Harmony Library
SK Convent Infant Jesus 2
Melaka


Click to View FlipBook Version