The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by royyen2277, 2022-03-21 06:27:47

TUGASAN 1

TUGASAN 1

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SK]

KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK

NAMA PELAJAR : BRIAN ANAK RAMLEE

ANGKA GILIRAN : 2021022310084

NO. KAD PENGENALAN : 030530-05-0433

KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-4

KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
NAMA PENSYARAH
: PUAN SELINA HJ AHMAD
TARIKH HANTAR
: 21.03.2022
PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM BALAS :
PENSYARAH

KANDUNGAN 2

PERKARA MUKA SURAT
1.0 BIODATA DIRI 3
4
2.0 SOALAN TUGASAN 5
3.0 OBJEKTIF 6
4.0 PENGENALAN 6
5.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 7
7
6.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 7
6.1 ALAT PENDIDIKAN 8
6.2 WADAH KOMUNIKASI 8
6.3 HIBURAN
6.4 DAKWAH

7.0 MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 9
7.1 DEFINISI AKAL BUDI 9
7.2 PANTUN MELAYU 9
7.3 PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN 10

8.0 RUMUSAN 11
9.0 RUJUKAN 12

3

1.0 BIODATA DIRI

NAMA BRIAN ANAK RAMLEE
UMUR 19 TAHUN
KUMPULAN PPRBMM2-4
AMBILAN JUN 2021
KAD PENGENALAN 030530050433
ANGKA GILIRAN 2021022310084
KURSUS BAHASA MELAYU (SEKOLAH
KEBANGSAAN)

4

2.0 SOALAN TUGASAN

Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan manifestasi
pemikiran berkaitan dengan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta saraf dengan
maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun kerohanian.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu
dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan manifestasi
akal budi pantun-pantun Melayu berikut:

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk e-Book.

5

3.0 OBJEKTIF TUGASAN
3.1. Menerangkan konsep kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat
Melayu tradisional dengan huraian yang relevan

3.2. Menyatakan pelbagai fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat
berdasarkan sumber rujukan.

3.3 Menjelaskan manifestasi akal budi pantun Melayu yang telah diberikan dalam
bentuk penulisan.

3.4. Menghasilkan produk mengenai kesusasteraan Melayu dalam kehidupan
masyarakat Melayu dalam bentuk E-book.

6

4.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan (2015), Kesusasteraan Melayu merupakan suatu seni atau
karya yang menggambarkan keindahan dengan menggunakan bahasa Melayu.
Kesusasteraan ini juga merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam
kalangan masyarakat Melayu. Tengku Intan Marlina (2017) juga berpendapat bahawa hasil
sastera disebarkan melalui bahasa yang mampu memancarkan keindahan yang terkandung
dalam karya kesusasteraan Melayu. Hal ini bertujuan agar segala isi yang ingin disampaikan
oleh pengkarya dapat difahami dengan mudah oleh masyarakat Melayu dan juga menjaga
keaslian bahasa Melayu tradisional. Secara amnya, kesusasteraan ini adalah manifestasi
daripada gerak jiwa manusia namun diwujudkan dalam bentuk pernyataan bahasa agar dapat
dibaca oleh masyarakat Melayu.

5.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan Melayu ini boleh dikonsep sebagai suatu hasil karya dan ciptaan seni
yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Berdasarkan Arba’ie Sujud (2008),
sastera ini ditandai dengan beberapa unsur khusus yang mampu membentuk atau
mewujudkan tamadun dan peradaban yang sesuai kepada masyarakat Melayu selain
memperlihatkan sikap dan pandangan pengarangnya. Berdasarkan Sukatan Pelajaran
Kesusasteraan Melayu (2003) pula, kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah
karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu yang berunsurkan keindahan dan kehalusan,
sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi
mengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani di samping memaparkan
nilai kemanusiaan, dan citra masyarakat. Manakala, Harun Mat Piah (2006) yang
menyimpulkan erti kesusasteraan sebagai suatu ciptaan seni yang disampaikan melalui
bahasa. Kebanyakan sastera Melayu dihasilkan oleh pengarang yang bertauliah dan bijak
dengan meletakkan unsur tersurat dan tersirat dalam karya mereka. Hal ini kerana suatu
kesusasteraan itu terhasil atas dorongan atau perkara yang membuahkan fikiran dengan
menggunakan sumber-sumber yang terdapat di persekitaran. Justeru, setiap isi yang ingin
disampaikan oleh seorang pengkarya hendaklah difahami dan diteliti agar pembaca
mengetahui mesej yang ingin disampaikan. Secara umumnya, sastera Melayu dapat
dianggap sebagai suatu ungkapan peribadi manusia yang berupa pengalaman, pemikiran,
perasaan, motivasi, nasihat dan sebagainya untuk membangkitkan keperibadian seseorang
melalui pengantar bahasa Melayu.

7

6.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

6.1 ALAT PENDIDIKAN

Antara fungsi bagi kesusasteraan Melayu ialah sebagai alat pendidikan. Hal ini
demikian kerana kesemua karya-karya sastera Melayu yang dihasilkan sarat dengan
unsur pendidikan atau pengajaran. Pengarang yang menghasilkan suatu sastera ini
juga merupakan ahli pendidikan atau boleh dikatakan sebagai individu yang telah
menimba banyak pengalaman dalam kehidupan. Pengalaman-pengalaman ini
dimasukkan atau diterjemahkan melalui sastera yang dihasilkan oleh pengarang yang
terkandung dalam pelbagai bidang ilmu. Tamsilnya ialah ekonomi, politik, sosial, agama,
dan banyak lagi. Hal ini juga membolehkan pembaca yang membaca sastera Melayu
ini mendapatkan serba sedikit ilmu pengetahuan yang telah dimasukkan dan dijadikan
panduan dalam kehidupan sebenar mereka.

6.2 WADAH KOMUNIKASI

Kesusasteraan Melayu juga berfungsi sebagai salah satu alat untuk berkomunikasi
kepada khalayak ramai. Menurut Muhd Norizam Jamian dan Shaiful Bahri Md Radzi
(2015), karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional memainkan peranan penting
dalam menyampaikan sesuatu mesej dan seterusnya menjana kebijaksanaan.
Komunikasi juga boleh dikira tercapai apabila mesej atau isi yang terdapat pada
kesusasteraan Melayu itu dapat difahami oleh pembaca. Komunikasi dalam
kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua sama ada mengenai kebaikan
atau keburukan kepada masyarakat Melayu. Maksudnya ialah apabila pengarang ingin
memberikan nasihat atau sindiran kepada masyarakat, mereka akan berkomunikasi
dengan menghasilkan karya mengenai perkara yang ingin disampaikan kepada
masyarakat Melayu itu. Jelaslah bahawa kesusasteraan Melayu ini juga memainkan
peranan sebagai medium untuk berkomunikasi dengan masyarakat.

8

6.3 HIBURAN

Fungsi lain bagi kesusasteraan Melayu ini ialah sebagai alat hiburan kepada
masyarakat Melayu pada masa dahulu. Hal ini kerana kemudahan sedia ada pada masa
kini tidak dimiliki oleh masyarakat pada masa dahulu. Justeru, masyarakat Melayu pada
masa dahulu menjadikan kesusasteraan Melayu ini sebagai satu hiburan pada masa
lapang. Contohnya, penduduk kampung mendendangkan syair kepada penduduk lain
pada waktu petang. Syair ini dapat menghiburkan hati penduduk yang mendengarnya
kerana irama dan intonasi yang menarik untuk didengari. Selain itu, sastera Melayu ini
juga ditulis dalam bentuk tema yang ringkas dan memberi kepuasan kepada pembaca
atau pendengar yang mahukan hiburan pada masa dahulu. Justeru, kesusasteraan
Melayu ini juga dapat dijadikan alat hiburan kerana ciri-cirinya yang ringkas dan mudah
difahami oleh masyarakat Melayu.

6.4 DAKWAH

Dakwah juga boleh dikatakan sebagai salah satu fungsi kesusasteraan Melayu.
Menurut Zahir bin Ahmad (2005), peranan kesusasteraan adalah dalam membentuk
akhlak pada diri masyarakat Melayu yang disampaikan secara lisan. Hal ini menyatakan
bahawa dakwah yang terdapat pada sastera Melayu boleh membentuk insan yang baik
dari segi akhlak dan juga sikapnya. Terdapat pengarang yang memasukkan unsur-
unsur keagamaan dalam karya sastera Melayu yang dihasilkan bagi berkongsi
mengenai ajaran-ajaran agama namun dalam bentuk penulisan. Hal ini boleh dijadikan
dakwah kepada masyarakat Melayu yang membacakan karya tersebut dan seterusnya
boleh dijadikan panduan dalam kehidupan untuk melahirkan seseorang yang
mempunyai didikan agama yang tinggi. Berdasarkan huraian ini, kita dapat lihat bahawa
kesusasteraan Melayu ini juga berperanan sebagai dakwah kepada masyarakat yang
membacakannya.

9

7.0 MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN MELAYU
7.1 DEFINISI AKAL BUDI
Menurut Norazimah Zakaria dan Azlina Abdullah (2017), akal budi mencerminkan
perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksanaan,
kehalusan jiwa serta keindahan. Perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang ini
diterjemahkan dalam pelbagai bentuk misalnya kesusasteraan Melayu seperti pantun,
syair, seloka, gurindam dan sebagainya. Antara berbagai kekayaan seni sastera Melayu
tradisi ialah pantun kerana penggunaannya sangat menonjol dalam kalangan
masyarakat Melayu pada zaman dahulu.
7.2 PANTUN MELAYU

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,

Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,

Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,

Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

10

7.3 PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN

7.3.1 RANGKAP PERTAMA

Rangkap pantun yang pertama ini bermaksud seseorang yang telah berjaya
dalam apa juga perkara misalnya dari segi kewangan, pendidikan, pekerjaan dan
sebagainya hendaklah tidak menjadi seseorang yang sombong dalam kehidupan.
Rangkap ini juga menyatakan ‘semakin berisi semakin tunduk’ yang bermaksud
seseorang yang berkerjaya hendaklah bersikap rendah diri dalam kalangan
masyarakat.

7.3.2 RANGKAP KEDUA

Rangkap kedua ini menceritakan seseorang individu itu akan dilihat
berketerampilan baik sekiranya mempunyai budi bahasa yang tinggi. Hal ini dapat
dibaca melalui baris maksud pantun dan seseorang ini juga akan dipandang atau
disanjung tinggi oleh masyarakat dalam kehidupan seharian.

7.3.3 RANGKAP KETIGA

Pembayang pantun ini menggambarkan jika kita berburu di pada datar, maka
hasilnya akan mendapat rusa berbelang kaki. Hal ini berkaitan dengan baris
maksud iaitu jika seseorang guru itu tidak bersungguh-sungguh dalam mengajar
dengan tidak menggunakan kemahiran yang telah diajar, maka perkara yang
diajar di dalam kelas tidak membuahkan hasil dan boleh menjejaskan
pembangunan pendidikan negara.

11

8.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu ini terhasil daripada kesedaran dan juga keinginan
pengarang untuk berkongsi maklumat atau hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan kepada
masyarakat yang lain. Suatu sastera yang dihasilkan juga tidaklah wujud dengan fikiran yang
bersahaja namun wujud dengan pemikiran yang mendalam oleh pengarang agar isi yang
dihasilkan menarik untuk dibaca. Selain itu, sesuatu yang dipaparkan dalam karya
kesusasteraan Melayu juga mempunyai tujuan dan fungsinya yang tersendiri berdasarkan
pertimbangan dan pengalaman pengarang tersebut. Jelaslah bahawa kesusasteraan Melayu
ini amatlah penting untuk dipertahankan agar generasi muda yang akan datang dapat
mengalami fungsi yang sama seperti masyarakat Melayu pada zaman dahulu.

(1108 patah perkataan)

12

9.0 RUJUKAN
Arba ‘ie Sujud . (2008). Sastera Melayu suatu pengantar. Tinta Press Sdn Bhd: Kuala Lumpur.

Harun Mat Pieh. (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu. (2003). Kesusasteraan Melayu. Pusat
Perkembangan Kurikulum Sekolah Menengah.

Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radri. (2015). Kesusasteraan Melayu TradisionaL
sebagai wadah komunikasi massa. Jurnal Komunikasi Malaysia. 31(2), 183-194.

Norazimah Zakaria & Azlina Abdullah. (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam
pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 4(2), 89-97.

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali. (2017). Program Kesusasteraan Melayu di akademi
pengajian Melayu, Universiti Malaya. Jurnal Melayu. 16(1), 19-31.

Zahir bin Ahmad. (2005). Peranan sastera Islam dalam pembentukan akhlak penduduk alam
Melayu. Jurnal Pengajian Melayu. 15(1), 254-265.


Click to View FlipBook Version