Sebatian Karbon Bab 2
Refleksi KENDIRI
1. Adakah anda telah menguasai topik Sebatian Karbon?
2. Apakah kandungan dalam topik Sebatian Karbon yang ingin anda pelajari dengan lebih
mendalam? Mengapa?
3. Bagaimanakah topik Sebatian Karbon dapat memberikan manfaat kepada anda dalam
kehidupan seharian?
4. Bagaimanakah anda menilai kemampuan anda untuk menerangkan kandungan dalam topik
Sebatian Karbon kepada rakan anda?
5. Apakah yang dapat anda lakukan untuk meningkatkan kefahaman anda bagi topik
Sebatian Karbon?
Ujian pencapaian
1. Rajah 1 menunjukkan hasil-hasil daripada penyulingan berperingkat petroleum di kilang
penapisan minyak.
(a) Mengapakah petroleum dapat diasingkan kepada komponennya secara penyulingan
berperingkat?
(b) Yang manakah antara berikut merupakan A, B, C, D atau E?
(i) Merupakan pecahan kerosin.
(ii) Digunakan sebagai bahan api A
untuk kenderaan berat seperti Penyulingan
bas dan lori. Na a berperingkat
(iii) Digunakan untuk menurap B seterusnya
jalan raya.
(c) Proses X ialah proses menukarkan C
minyak bahan api kepada etena,
butena dan petrol. D Etena
(i) Apakah proses X Minyak Proses X Butena
dan mangkin yang bahan api Petrol
digunakan? Petroleum
(ii) Apakah kepentingan
proses X? E Rajah 1
2. Rajah 2 menunjukkan formula struktur sebatian X. HHHHH
(a) Sebatian X ialah hidrokarbon tak tepu. HC C C C C H
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan
hidrokarbon tak tepu? HHH
(ii) Nyatakan siri homolog untuk sebatian X. Rajah 2
(iii) Sebatian X membentuk isomer. Lukis formula struktur
semua isomer untuk sebatian X dan namakan setiap isomer mengikut sistem
penamaan IUPAC.
(b) Pada suhu 180 °C dengan kehadiran nikel sebagai mangkin, sebatian X dapat ditukar
kepada hidrokarbon tepu.
(i) Namakan tindak balas yang berlaku.
(ii) Lukis formula struktur bagi sebatian yang terbentuk.
111
Tema 2 Kimia Organik
(c) Sebatian X terbakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan.
(i) Tulis persamaan kimia seimbang untuk pembakaran lengkap sebatian X.
(ii) 14 g sebatian X mengalami pembakaran lengkap pada suhu bilik. Hitungkan isi padu
gas karbon dioksida yang terbebas.
[1 mol gas menempati isi padu 24 dm3 pada keadaan bilik.
Jisim atom relatif: H = 1; C = 12]
3. Rajah 3 menunjukkan siri tindak balas melibatkan sebatian Q, C2H6O.
Glukosa
I Yis
Air + Gas P II Sebatian Q, C2H6O III Gas R
Pembakaran Serpihan porselin
IV Larutan kalium
manganat(VII) berasid, KMnO4
Sebatian S, C2H4O2 V Sebatian T
Dire uks dengan
sebatian Q dan
asid sulfurik pekat, H2SO4
Rajah 3
(a) (i) Namakan tindak balas I.
(ii) Nyatakan nama sebatian Q.
(iii) Lukis formula struktur sebatian Q.
(b) Tulis persamaan kimia untuk pembakaran lengkap sebatian Q.
(c) (i) Nyatakan nama gas R yang terbebas dalam tindak balas III.
(ii) Lukis susunan radas untuk menjalankan eksperimen bagi tindak balas III di dalam makmal.
(d) Nyatakan perubahan warna larutan kalium manganat(VII) berasid, KMnO4 dalam tindak
balas IV.
(e) (i) Nyatakan nama tindak balas V.
(ii) Nyatakan nama sebatian T.
Buah-buahan dan bunga mengandungi pelbagai ester dengan Jadual 1
pelbagai rasa dan bau. Ester semula jadi sukar diekstrak daripada
sumber semula jadi. Ester-ester ini dapat dihasilkan di makmal Ester Bau
apabila alkohol bertindak balas dengan asid karboksilik. Pentil etanoat Buah pisang
Jadual 1 menunjukkan ester-ester dan baunya.
Pentil butanoat Buah aprikot
Merujuk maklumat di dalam Jadual 1, rancangkan satu eksperimen makmal untuk menyediakan
dua ester berbeza dengan menggunakan alkohol yang sama dan asid karboksilik yang berbeza serta
mengenal pasti baunya. Dalam jawapan anda, sertakan maklumat yang berikut:
(a) Hipotesis untuk eksperimen ini. (b) Semua pemboleh ubah yang terlibat.
(c) Bahan dan radas yang digunakan. (d) Prosedur menjalankan eksperimen.
(e) Pemerhatian. (f) Persamaan tindak balas.
112