The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 1 MPU3431 Kokurikulum - Unit Beruniform Pengakap I IPG Kampus Ipoh

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI ALIA NATASHA BINTI ABDUL MANAF IPG-Pelajar, 2024-04-12 01:33:42

Buku Log Unit Beruniform Pengakap

Tugasan 1 MPU3431 Kokurikulum - Unit Beruniform Pengakap I IPG Kampus Ipoh

Keywords: Buku Log

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA NAMA : SITI ALIA NATASHA BINTI ABDUL MANAF NOMBOR MATRIK: P21241410 PROGRAM : PISMP JUN 2022 UNIT : X10 KUMPULAN : KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA (KLM22) IPGM KAMPUS IPOH, PERAK


Bil. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. BIODATA DIRI 1 2. MAKLUMAT PENGENALAN UNIT 2 3. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Lambang Pengakap Malaysia/Dunia Bendera Pengakap Malaysia Cogan Kata/ Moto Ikrar Pengakap Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Perlembagaan dan Undang-undang Persekutuan 5 4. SEJARAH PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP Sejarah Pengasas Sejarah Pengakap Dunia Sejarah Pengakap Malaysia dan IPG Tujuan Penubuhan Istiadat Rasmi 15 5. STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PELBAGAI PERINGKAT 34 6. DASAR KEAGAMAAN 49 7. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN Pakaian Seragam Pengakap Protokol dan Pemakaian Lencana dan Tanda Pangkat 52 8. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 72 9. MERANCANG PROGRAM/ AKTIVITI KUMPULAN 85 10. RUJUKAN 88


CATATAN LOG PENGAKAP


1 BIODATA DIRI NAMA: SITI ALIA NATASHA BINTI ABDUL MANAF ANGKA GILIRAN: 2021242340341 NO. KAD PENGENALAN: 030615-03-1274 TARIKH LAHIR: 15 JUN 2003 JANTINA: PEREMPUAN AGAMA: ISLAM BANGSA: MELAYU UNIT: X10 SEMESTER: TAHUN 2 SEMESTER 2 PROGRAM: PISMP AMBILAN: JUN 2022 ALAMAT E-MEL: [email protected] ALAMAT RUMAH: PT184, KAMPUNG PARIT CHINA, SALOR, 15100 KOTA BHARU, KELANTAN NO. TELEFON: 018-91231912 HOBI: MELUKIS


2 MAKLUMAT PENGENALAN UNIT BERUNIFORM pENGAKAP MAKLUMAT PENGENALAN UNIT BERUNIFORM pENGAKAP


Definisi Pengakap: Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. Matlamat: Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik kewujudannya. Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. Prinsip: Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap. Tiga prinsip pengakap ialah: 1.Kepercayaan kepada Tuhan 2.Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara 3.Perkhidmatan kepada diri sendiri MAKLUMAT PENGENALAN UNIT Pengakap Lebah Keahlian oleh muridmurid tadika atau prasekolah yang berumur 4-6 tahun. Pengakap Kanakkanak Keahlian murid-murid yang berumur dari 9 hingga 12 tahun. Pengakap Muda Keahlian peajar-pelajar sekolah menengah dari umur 13 hingga 15 tahun. Pengakap Remaja Keahlian pelajar-pelajar sekolah menengah dari umur 14 hingga 17 tahun. Pengakap Raja Anugerah tertinggi bagi Persekutuan Pengakap Malaysia. Sijil Pengakap Raja ditandatangani oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong serta semua sultan di Malaysia. Pengakap Kelana Keahlian oleh ahli pengakap yang berumur antara 17 hingga 26 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia: 3


Persekutuan Pengakap Malaysia: Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2hb Julai 1910. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Lencana-lencana Pengakap Kanak-kanak: 4


PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 5


Melahirkan murid-murid yang berkemahiran tinggi dalam bidang pengakap melalui berpengakap dengan latihan dan strategi yang bersistematik dan menyeluruh berlandaskan falsafah pendidikan negara. MISI VISI Memastikan murid seimbang secara menyeluruh dan berkebolehan mengurus aktiviti kokurikulum selaras dengan aspirasi negara. 6


LAMBANG PENGAKAP DUNIA Anak panah pecah 3 melambangkan tonggok utama Persetiaan Pengakap. Warna ungu melambangkan warna rasmi Pengakap Dunia. 2 bintang pecah 5 setiap satu melambangkan 10 undang-undang Pengakap. Ikatan buku sila melambangkan ikatan persaudaraan Pengakap seluruh dunia. LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unti pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja. 1. Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. 2. 3.Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. 4. Bintang pecah 14(Warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri (Termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia. 5. 7


Logo pengakap Malaysia hampir serupa dengan logo Persekutuan Pengakap Sedunia yang berbentuk kepala anak panah bercabang tiga. Tiga cabang ini melambangkan tiga prinsip asas dalam Persetiaan Pengakap. Cabang ke atas melambangkan persetiaan yang pertama, iaitu taat kepada Tuhan, raja dan Negara. Cabang ke kanan melambangkan persetiaan yang kedua, iaitu menolong orang pada setiap masa, dan cabang yang ke kiri melambangkan persetiaan yang ketiga, iaitu mematuhi undang-undang pengakap. Ketiga-tiga cabang diikat dalam satu ikatan melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli pengakap. Ikatan ini juga mengingatkan ahli pengakap untuk membuat kebajikan pada setiap masa. Manakala bintang pecah 14 yang terletak di tengah - tengah anak panah bagi melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Logo ini mempunyai tiga warna, iaitu merah, kuning dan hijau yang bermaksud: warna: warna merah melambangkan keberanian; warna kuning melambangkan kedaulatan Raja; dan warna hijau merupakan warna rasmi pengakap. Logo pengakap sentiasa digunakan pada bendera, lencana dan pakaian seragam pengakap. Pengakap Kanak-kanak: “Buat Sehabis Baik” Pengakap Muda: “Selalu Sedia” Pengakap Remaja: “Pandangan Luas” Pengakap Kelana: “Berkihdmat Selalu” LAMBANG DAN COGAN KATA 8


Peraturan 1: Nama dan Alamat. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama Pertubuhan Pengakap IPG Kampus Ipoh 1. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 2. PERLEMBAGAAN PENGAKAP Peraturan 2: Tujuan Persatuan. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan. 1. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid. 2. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan. 3. Peraturan 3: Keahlian. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6). 1. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun. 2. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan. 3. Peraturan 4: Tanggungjawab dan Hak Ahli. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan. 1. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan. 2. Peraturan 5: Mesyuarat. 1.Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk: memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan kewangan ucapan penangguhan cadangan-cadangan 2.Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada: i. Pengerusi ii. Setiausaha iii. Bendahari iv. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6) 3.Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan. 4.Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan. 5.Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli. 6.Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa. Peraturan 6: Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan. Pengerusi Menjadi pengerusi mesyuaraat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan. Setiausaha Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan. Bendahari Bertanggungjawab dalam hal kutippan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat. 9


Peraturan 7: Punca Kewangan / Pendapatan. 1.Kewangan persatuan ini diperolehi melalui : 2.Wang SUWA (Kokurikulum). 3.Sumbangan PIBG. 4.Derma daripada ahli dan orang ramai. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan. 5. PERLEMBAGAAN PENGAKAP Peraturan 8: Pindaan Perlembagaan Persatuan. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. 1. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar. 2. Peraturan 10: Pembubaran. Guru Bear diberikuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. 1. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat 2. 3.Agung Tergempar. Peraturan 9: Tafsiran. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad. 10


Berpegang teguh kepada pelaksanaan prinsip-prinsip kepengakapan yang dilafazkan yang menjurus kepada kebaikan dan kesejahteraan hidup. 1. Dapat memahami, menghayati dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. 2. Melahirkan insan daripada segi JERIS melalui pengalaman Persetiaan Pengakap. 3. Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, menolong orang pada setiap masa, menurut Undang-Undang Pengakap. PERSETIAAN/ IKRAR TUJUAN PERSETIAAN DIWUJUDKAN MELAFAZKAN PERSETIAAN PENGAKAP 1.Melantik ahli baharu a) Pengakap Kanak-kanak b) Pengakap Muda c) Pengakap Kelana 2. Istiadat Mengibarkan Bendera 3. Istiadat Meningkat Naik 4. Istiadat Menerima Jawatan / Kuliah 5. Majlis Rasmi Pengakap 6. Istiadat Pengalungan Manikayu 7. Perkhemahan Pengakap 11


1.Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya (Dipercayai) 2.Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibu bapa, majikannya dan orang-orang bawahannya (Taat) 3.Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa (Berguna) 4.Pengakap adalah bersahabat kepada sekalian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun (Bersaudara) 5.Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi (Berbudi) 6.Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang (Kasihkan Binatang) 7.Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan (Menurut Perintah) 8.Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah (Tabah Hati) 9.Pengakap adalah jimat dan cermat (Berjimat) 10.Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan) UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP 12


Maksud Logo: 1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: a) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara b) Menolong orang setiap masa c) Menurut undang-undang Pengakap 2.Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. 3.Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”. 4.Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”. 5.Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". 6.Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan PersaudaraanPengakap Sedunia". 7.Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna dirajabagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8.Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unitunit pengakap iaitu: a) Kuning - Pengakap Kanak-Kanak b) Hijau - Pengakap Muda c) Merah - Pengakap Remaja BENDERA PENGAKAP 13


Kami Pengakap Malaysia, Harapan nusa dan bangsa, Berikrar setia, Pada pertiwi tercinta. Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna, Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama. Menolong orang setiap masa, Menabur bakti di mana sahaja, Demi Tugan, Raja dan Negara. Berbudi, bersaudara, Taat, menurut perintah, Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia. Kami bangga junjung cita-cita, Pengakap, Pengakap Malaysia. LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 14


SEJARAH PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM pENGAKAP SEJARAH PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM pENGAKAP 15


SEJARAH PENGASAS DUNIA BIODATA LLOORRDDBBAADDEENN-- PPOOWWEELLLL Nama Penuh: Robert Stephen Smyth Baden-Powell Nama Singkatan: BP Tarikh Lahir: 22 Februari 1857 Tempat Lahir: Paddington, London, England Pekerjaan: Askar (LeftenanJeneral) Keluarga: Bapa (Reverend H.G. Baden Powell) Ibu (Henrietta GraceSmyth) Beliau merupakan anak keenam daripada lapan orang adik-beradik Tarikh kematian: 8 Januari 1941 16


SEJARAH PENGASAS Umur BP 3 tahun, ayahnya meningal dunia. BP dididik oleh ibunya. Masa kecil - BP suka akan penghidupan di luar rumah serta alam semulajadi. Semasa menuntut BP suka mengembara dan mereka cipta dalam kegiatan luar. Semasa remaja, BP berkhidmat dalam pasukan tentera British, berpangkat Leftenan Muda. Pergolakan di India dan di Afrika membuatkan dia terfikir untuk membina kegiatan luar dan kemahiran memerhati. Pengakap bermula sebagai satu kesedaran awal semulajadi dari penghidupan awal dan kerjaya BP dalam tentera. 17


SEJARAH PENGASAS BP mengembangkan ideanya dalam buku bertajuk “Aids to Scouting”. Selepas perang Boer, BP menjadi ketua pasukan polis Afrika Selatan. Beliau mereka cipta pakaian seragam (baju, seluar pendek, skaf, dan topi bertepi lebar yang mempengaruhi pakaian seragam pengakap. BP dilantik Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh dunia semasa Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia. Buku Scouting for Boys karangan BP menjadi tarikan kepada budak-budak di England dan negara-negara lain di dunia. 18


SEJARAH PENGASAS MALAYSIA BIODATA FF..CCSSAANNDDSS Nama Penuh: Scout Master Frank Cooper Sands Gelaran: Father of Malayan Scouting Seorang Peneroka British Seorang Pemimpin Pengakap dari Singapura Sumbangan: -Menubuhkan kumpulan pengakap pertama di Singapura seramai 30 ahli 19


SEJARAH PENGAKAP DUNIA Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden Powell atau Lord Baden-Powell, seorang tentera Inggeris berpangkat Leftenan Jeneral. Setelah bersara daripada tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. BadenPowell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids to Scouting”. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting for Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. 20


Muncul seawal tahun 1908 dan dianggotai oleh anak-anak pegawai British. Pada tahun 1910, persatuan pertama pengakap ditubuhkan di Singapura oleh Sir Frank Cooper Sands. Mula tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo pada tempoh dua dekad seterusnya. Persatuan pengakap di Tanah Melayu telah disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu setelah selesainya Perang Dunia II. Diterima sebagai Persekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan pada November 1964 setelah penggabungan Singapura, Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia. SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA 21


F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2hb Julai 1910. Setelah tamat Perang Dunia ke-II iaitu tepat selepas Merdeka pada tahun 1957, Persekutuan BudakBudak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan BudakBudak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA 22


Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pegawai Inggeris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap juga ditubuhkan oleh pegawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. 23


Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia. SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA & INSTITUT PENDIDIKAN GURU Pergerakan Pengakap di Maktab-maktab Perguruan bermula dengan aktif di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim, Perak pada tahun 1953 dan diabadikan dengan Taman Astakona sebagai tempat latihan atau aktiviti guru pelatih yang menyertai Pengakap. 24


TUJUAN PENUBUHAN ii. Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan pengakap bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa. iii. Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu:- Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan. Menghormati diri sendiri dan orang lain. Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat. Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat terhadap harta dan pemilikan. Beriman serta beramal soleh. iv. Ringkasnya, Pengakap bersifat Pendidikan Sepanjang Hayat. i. Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. 25


ISTIADAT RASMI Pergerakan Pengakap mempunyai istiadat-istiadat yang sentiasa diamalkan • Fahami dan bina perasaan cintakan Negara - Nyanyi lagu Negaraku/Negeri – kibar bendera - hormat bendera • Bentuk/melatih disiplin /sikap positif dan peraturan - peraturan yang baik • Mengingati semula asas atau asal usul berpengakap • Suburkan semangat persaudaraan dan perpaduan • Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan • Melatihkan diri taat akan Tuhan • Penghargaan kepada pemimpin TUJUAN 26


ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 1.Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih 2.Petugas berdiri di tengah-tengah Bila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia”, bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara 3. Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara 4. 5.Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ke tempat asal 6.Petugas : (Beri arahan) Bendera 7.Petugas : (Bergerak menghadap bendera) 8.Pengibar bendera terus tarik tali bendera 9.Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik, Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera 10. 11.Petugas : “Negara ku” - semua menyanyi 12.Petugas : (perintah) “Doa” - isyarat “Ap” Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia 13. Petugas : “Persetiaan” - isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan 14. Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepada tuan” - pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah “Baris senang diri” 15. 16.Jurulatih bertugas : mulakan tugas 17.Petugas : “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar baris” Cara Pelaksanaan: Kedudukan Peserta : Dalam Bulatan Jurulatih : Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta, Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua Bendera : Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang Perjalanan Upacara 27


ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 1.Petugas : (Beri arahan) “PEK ! Sedia” 2. Petugas : (Beri arahan) “Bendera” semua menghadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera. 3.Petugas : (Beri arahan) “Serahkan bendera kepada ketua” PKK bergerak (arahan) “Ap” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak menghadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke sekawan. 4.Petugas : (beri arahan) “Doa” - “Ap” - angkat tangan. 5.Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “Ap” - turun tangan. 6.Petugas : (beri arahan) “PEK ! Bersurai”. Cara Pelaksanaan: Kedudukan Peserta : Dalam bulatan Jurulatih : Sedia di belakang tiang bendera menghadap peserta Perjalanan Upacara 28


ISTIADAT LAUNG AGUNG Merupakan tradisi dalam istiadat PKK dan digunakan di seluruh dunia. Dilakukan oleh PKK bagi menunjukkan bahawa mereka telah melakukan ‘Sehabis Baik’. Kata penghargaan tersebut ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Diadakan pada awal dan akhir perjumpaan PEK. Tujuan: Menandakan permulaan dan pengakhiran perjumpaan. Mengingati tradisi PKK seluruh dunia. Menghormati tetamu PEK. Akela berteriak PEK ! (bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 1. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 2. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 3. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha. PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK”. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dalam keadaan sedia menghadap Akela. 4. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ‘KAMU BUAT HABIS BAIK’ (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’. 5. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat). 6. Istiadat Laung Agung hanya bermula daripada Perkara 1-6 seperti di atas. Selepas selesai perkara no. 6, Istiadat Mengibar Bendera dilakukan bagi PKK. Cara Pelaksanaan: Pengakap Kanak-Kanak 29


ISTIADAT TERIMA ANUGERAH 1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu. 2.Akela bergerak kebulatan di hadapan bendera. 3.Akela memanggil penerima lencana berbarisdi hadapannya (ditengah bulatan). 4.Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yangditerima oleh penerima. 5.Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat. 6.Akela menyematkan lencana -Lencana Kemajuan di kiri lengan baju -Lencana Kepandaian dikanan lengan baju. 7. Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 8.PKK tabik hormat. 9.Selesai semua -Pek beri sorakan “Tahniah”dan dijawab oleh penerima lencana. 10.PKK balik ke sekawan masing-masing. Pengakap Kanak-Kanak 30


ISTIADAT MELANTIK 1.PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolongpenolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. 2.Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan. 3.Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela. 4.Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya. 5.Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian. 6.Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap KanakKanak”. 7.PKK baru : “Ya, Akela”. 8.Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap”. 9.PKK baru : “Ya, Akela”. Pengakap Kanak-Kanak 31


ISTIADAT MENINGKAT NAIK PKK dalam PEK dan PM dalam TRUP berdiri dalam bentuk ladam kuda berhadapan di antara satu sama lain. 1. Pemimpin PKK/Akela memulakan istiadat dengan membuat Istiadat Laung Agung dalam kawasan PKK. Setelah selesai, Pemimpin/Akela mara ke garisan pemisah di antara PKK dan PM. 2. Manakala Pemimpin PM pula memberikan arahan, “TRUP! TRUP… SEDIA!” Setelah Trup dalam keadaan SEDIA, Pemimpin PM/Akela menerangkan dengan ringkas tujuan Istiadat Meningkat Naik diadakan. 3. Pemimpin PKK/Akela memanggil PKK yang akan meningkat naik bergerak ke garisan pemisah. PKK yang meningkat naik akan: 4. a.Bergerak satu langkah ke hadapan, kanan pusing dan terus bersalam dengan PEK; b.Bergerak ke garisan pemisah dan berhenti di hadapan Pemimpin PKK/Akela; c.Pemimpin PKK/Akela memberikan pesanan terakhir kepada PKK; PKK mengucapkan terima kasih atas tunjukan ajar Pemimpin dan Penolong Pemimpin sepanjang berada di dalam PEK; d. e.PKK bersalaman dengan Pemimpin PKK/Akela, Penolong Pemimpin dan PEK; Akhirnya, Pemimpin/Akela memimpin PKK melangkah garisan (tali) pemisah dengan menggunakan tangan kiri lalu menyerahkan PKK kepada Pemimpin PM/Akela dan Ketua Patrol yang sedang menunggu dalam kawasan PM. f. 5.Setelah melangkah masuk ke dalam kawasan PM: Pemimpin PM/Akela menyambut dengan mengucapkan “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu. a. Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin PM/Akela dan kemudian bersalam dengan beliau; Pemimpin PM/Akela menyerah Adik Baharu kepada Ketua Patrol; b. c.Ketua Patrol membawa Adik Baharu ke dalam Patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli. Setelah semua selesai, Trup memberikan sorakan pengakap atau ‘Yell’ yang berbunyi “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu dan secara rasminya Adik Baharu telah diterima menjadi ahli PM. d. Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung penutup sebagai tanda Istiadat Meningkat Naik tamat dengan berteriak “BERSURAI!” 6. Cara Pelaksanaan: Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut : apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Muda; apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Remaja; dan ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Kelana. 32


ISTIADAT TAMAT KURSUS (MANIKAYU) Manikayu adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat) yang diberikan oleh Pasukan Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia. Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua mani kayupada tali kulit. Penerima Manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian. 33


STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PELBAGAI PERINGKAT STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PELBAGAI PERINGKAT 34


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT NEGARA/ KEBANGSAAN A. Empat jawatan tertinggi dalam PPM dilantik atas nama jawatan yang disandang. Sehubungan dengan itu, sesiapa sahaja yang memegang jawatan-jawatan ini secara automatik akan dilantik sebagai: (i) Penaung Utama PPM dilantik atas nama jawatan, iaitu DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong (YDPA). Oleh itu, mana-mana sultan yang menjadi YDPA secara automatik akan menjadi Penaung Utama PPM. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUA AGONG SULTAN IBRAHIM DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG PENAUNG UTAMA PPM (ii) Penaung PPM setiap negeri dilantik atas nama jawatan yang terdiri daripada Sultan, Raja dan Tuan Yang Terutama negeri. (iii) Presiden Agung PPM dilantik secara automatik atas nama jawatan Perdana Menteri. DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diisyhtiharkan sebagai Presiden Agung PPM. Pengiyhtiharan itu disempurnakan oleh pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Negara Mej Jen (B) 35


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT NEGARA/ KEBANGSAAN (iv) Timbalan Presiden Agung juga dilantik secara automatik atas jawatan Timbalan Perdana Menteri. b. Berdasarkan Perlembagaan PPM atau POR, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong mempunyai kuasa untuk melantik seorang rakyat Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman, sama ada d alam kalangan menteri kabinet, mantan menteri kabinet, wawrganegara Malaysia yang lain yang berkelayakan sebagai Ketua Pengakap Negara berdasarkan POR 12(1) dan POR 12(4) dalam Perlembagaan PPM. c. KPN secara automatik akan memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara (MPN) sebuah badan tertinggi dalam urus tadbir perjalanan PPM. d. KPN akan dibantu oleh seorang Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN) yang dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM berdasarkan POR 11(4) dalam Perlembagaan PPM. Y. BHG. MEJ. JEN. PROF. DATO’ DR. HAJI MOHD ZIN BIN BIDIN (B) TUAN HAJI NASARUDDIN BIN SHAMSUDDIN KETUA PENGAKAP NEGARA KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA 36


Tugas-tugas Khas Ketua Pengakap Negara/ Yang Dipertua: Mejar Jeneral (B) Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Zin Bidin Naib Yang Dipertua MPN: Datuk Zamani Tambichek Dato’ Sri Ar. Dr. Amer Hamzah Mohd Yunus Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara: Haji Nasaruddin Haji Shamsuddin Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara: Haji Ahmad Sabri Saad Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara: Ts. Mohd Hilmi Abu Bakar Ketua Setiausaha Kerja: Aiznin Sairi Sulaiman Setiausaha Kerja Latihan: Ts. Haji Lani Ibrahim Bendahari: Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Haji Taib Pesuruhjayapesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Khas Pengakap Kanak-kanak Pengakap Muda Pengakap Kelana Pengakap Laut Pengakap Udara Unit Antarabangsa Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Pesuruhjaya Antarabangsa: Norma Nordin Pesuruhjaya Latihan Negara: Dr. Ekbert Yong Yen Loong Kesihatan dan Bencana Alam: Pendaftaran dan Keahlian: APR Liason Officer: Rajalingam Ramasamy Pembangunan Kepengakapan: Sumber Dewasa: Logistik: Media dan ICT: Program: Haji Mohd Zulkifli bin Dato’ Haji Maulud Tugas-tugas Khas: Hal Ehwal Wanita Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR ini. 37


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT NEGERI I. Pentadbiran pengakap di peringkat negeri atau PPM negeri diurus tadbir oleh Majlis Pengakap Negeri (MPNg) yang diketuai oleh seorang Yang DiPertua MPNg yang dilantik oleh PPM. ii. MPNg menjalankan urus tadbir PPM Negeri berdasarkan Undang-undang Kecil PPM Negeri yang terikat dengan POR PPM. Berdasarkan Undang-undang Kecil ini, PPM Negeri mempunyai kuasa untuk menubuhkan Jawatankuasa EKsekutif dan Jawatankuasa Tadbir untuk menjalankan tugas-tugas MPNg. Ahli MPNg terdiri daripada (bergantung kepada undang-undang kecil PPM Negeri. a) Penaung b) Yang Dipertua c) Naib Yang Dipertua d) Pengerusi e) Timbalan Pengerusi f) Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri h) Ahli Jawatankuasa: Ahli Beruniform Ahli Tidak Beruniform i) Ex-Officio (Pegawai daripada PPM atau MPNg Juruaudit Dalaman (dua orang) 38


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT NEGERI (KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA IPGM) Yang Dipertua: Ybrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad (Rektor IPGM) Pengerusi: Ybrs. Pn Anis Alisya binti Abdullah (Timbalan Rektor Kanan IPGM) Timbalan Pengerusi: Dr. Shamsul bin Saniron Pen. Setiausaha Kehormat: Haji Ahmad Sabri Saad Pn Suliana binti Wan Chik Ybrs. Dr. Normila binti Mohd Bohari Majlis Pesuruhjaya Penolong Pesuruhjaya Negeri Pesuruhjaya Daerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri: Kapt. M. Asrar bin Sidon (B) Setiausaha Kehormat: Tn Kahirudin bin Ahmad Bendahari Kehormat: En. Khairuddin bin Saidin 39


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT DAERAH A) Yang Dipertua b) Naib Yang Dipertua c) Pengerusi h) Penaung i) Ahli Jawatankuasa: Ahli Berunifrom Ahli Tidak Beruniform j) Juruaudit Dalam (dua orang) d) Timbalan Pengerusi e) Pesuruhjaya Pengakap Daerah f) Penolong-penlong Pesuruhjaya Pengakap i. Pentadbiran pengakap di peringkat daerah atau PPM Daerah diurus tadbir oleh Majlis Pengakap Daerah (MPD) yang diketuai oleh seorang Yang Dipertua MPD yang dilantik oleh PPM. ii. MPD menjalankan urus tadbir Daerah berdasarkan Undang-undang Kecil PPM Negeri yang terikat dengan POR PPM. Berdasarkan Undang-undang Kecil ini, PPM Negeri mempunyai kuasa untuk menasihati MPD menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Tadbir MPD untuk menjalankan tugas-tugas MPNg. Ahli PMD terdiri daripada (bergantung kepada Undang-undang Kecil PPM Negeri) 40


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT DAERAH 41


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU i. Mengikut Seksyen 6(1), Akta Pengakap, 1968, Majlis ialah satu badan yang bertanggungjawab mentadbir segala urusan Perbadanan. ii. Terdapat empat jenis Majlis Pengakap dalam Persekutusan Pengakap Malaysia iaitu: Majlis Pengakap Negara (MPN) diketuai oleh Ketua Pengakap Negara (KPN) selaku Yang Dipertua MPN dan dibantu oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN) dari segi pentadbiran. Majlis Pengakap Negeri (MPNg) diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap negeri (KPPNg). Beliau terikat secara langsung dengan KPPN dan KPN selain Pengerusi Pengakap Negeri. Majlis Pengakap Daerah (MPG) diketuai oleh Pesuruhjaya Daerah (PjD). PjD terikat secara langsung dengan KPPNg, KPPN dan KPN selain daripada Pengerusi Pengakap Daerah dan Negeri. Manakala di Peringkat Majlis Pengakap Kawasan (MPK) atau sekolah dipimpin oleh seorang pemimpin pengakap (PP). PP terikat secara langsung dengan PjD, KPPNg, KPPN dan KPN selain daripada Pengerusi Pengakap Kawasan atau Kuasa Penganjur, Pengerusi Pengakap Daerah dan Negeri. iv. Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Malaysia atau MPKLMIPG merupakan sebuah negeri sama seperti PPM negeri Perak, selangor dan seumpamanya. Walaubagaimanapun, MPKLMIPG mempunyai struktur struktur dan organisasi tersendiri yang bergerak berpandukan kepada Undang-undang Kecil MPKLMIPG, namun masih terikat di bawah PPM. MAJLIS PENGAKAP NEGARA MAJLIS PENGAKAP NEGERI MAJLIS PENGAKAP KAWASAN MAJLIS PENGAKAP DAERAH 42


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT PPM KLMIPGM BARISAN AHLI MAJLIS TADBIR PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA, KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 43


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT PPM KLMIPGM PENOLONG-PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI: 44


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT PPM KLMIPGM PENOLONG-PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI: 45


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT PPM KLMIPGM KLMIPG bertaraf sebuah Daerah sama seperti Daerah Kinta, Kubang Pasu dan seumpama sedngannya. Terdapat 27 daerah mewakili 27 IPG yang telah dibahagikan mengikut enam unit zon dalam KLMIPGM dengan setiap satunya diberikan nombor daerah ZON UTARA (i) KLM 19-IPG Kampus Perlis,Perlis (ii) KLM 20-IPG Kampus Darulaman,Kedah (iii) KLM 21-IPG Kampus Sultan Abdul Halim,Kedah (iv) KLM 36-IPG Kampus Tunku Bainun,P.Pinang (v) KLM 05-IPG Kampus Pulau Pinang,P.Pinang ZON SABAH (i)KLM 25-IPG Kampus Gaya,Kota Kinabalu (ii)KLM 26-IPG Kampus Kent,Tuaran (iii)KLM 32-IPG Kampus Keningau,Keningau (iv)KLM 36-IPG Kampus Tawau,Tawau ZON TENGAH (i)KLM 22-IPG Kampus Ipoh, Perak (ii)KLM 02-IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur (iii)KLM 10-IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur (iv)KLM 15-IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur (v)KLM 23-IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor (i)KLM 29-IPG Kampus Batu Lintang, Kuching (ii)KLM 37-IPG Kampus Tun Abdul Razak (iii)KLM 27-IPG Kampus Rajang, Bintagor (iv)KLM 28-IPG Kampus Sarawak, Miri ZON SARAWAK ZON SELATAN (i)KLM 12-IPG Kampus Pendidikan Teknik,Negeri Sembilan (ii)KLM 14-IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan (iii)KLM 07-IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, Melaka (iv)KLM 35-IPG Kampus Tun Hussein On, Johor (v)KLM 17-IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor (i)KLM 34-IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang (ii)KLM 30-IPG Kampus Dato’Razali Ismail,Terengganu (iii)KLM 18-IPG Kampus Sultan Mizan,Terengganu (iv)KLM 03-IPG Kampus Kota Bharu,Kelantan ZON TIMUR 46


Kuasa Penganjur: Pengrah Institut Pendidikan Guru Pengerusi: Timbalan Pengarah IPG Timbalan Pegerusi: Ketua Unit Kokurikulum Ketua Penasihat: Pesuruhjaya Daerah KLMIPG Penasihat: Penolong Pesuruhjaya Daerah KLMIPG Setiausaha: Penolong Pesuruhjaya Daerah KLMIPG Bendahari: Penolong Pesuruhjaya Daerah KLMIPG Kuarter Master Makanan Kuarter Master Alatan Juruaudit 47


Click to View FlipBook Version