PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023 TINGKATAN 4 BAHASA MELAYU 2 BAHAGIAN A [30 markah] (Masa dicadangkan : 30 minit) Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita. Huraikan pendapat anda tentang cara mengamalkan semangat patriotisme. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Pantun Semangat Patriotik Burung camar di sawah padi, Luka berdarah diikat tali, Jika patriotisme kurang disemadi, Mungkin sejarah berulang kembali. Musim manggis sudah tiba, Manggis dimakan ketika memandu, Kerjasama penting antara kita, Supaya hidup lebih bersatu. Pelbagai bangsa berlainan bahasa, Jalur gemilang menyatukan semua, Teguh, bersatu dan bekerjasama, Tanda sepakat aman sentosa
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023 TINGKATAN 4 BAHASA MELAYU 3 BAHAGIAN B [70 rnarkah] (1 jam 30 minit) Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Soalan 1 DOMAIN PERIBADI Petikan menyatakan tentang pentingnya kesihatan bagi setiap individu. Jelaskan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menjaga kesihatan diri. Soalan 2 DOMAIN AWAM Berdasarkan penyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa pengangkutan awam banyak manfaatnya kepada masyarakat. Tulis rencana tentang 'Langkah·langkah untuk Menggalakkan Orang Ramai Menggunakan Pengangkutan Awam". Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak temilai. Sudah semestinya setiap individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-rnasing. Narnun begitu, pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang rnenyebabkan kematian. Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif. Sumber: Internet Bagi menempuh kehidupan seharian yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi kini, semakin ramai pengguna yang bergantung kepada pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan pergerakan dari satu ternpat ke tempat yang lain. Dengan meningkatnya darjah ketersampaian sesuatu kawasan, ini memberi petanda bahawa hak dan keperluan pengguna terpelihara. Pengangkutan awam merupakan salah satu kemudahan yang dinikmati oleh masyarakat bandar untuk menghubungkan mereka dari satu destinasi ke destinasi seterusnya pada era globalisasi ini. Walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menyediakan kemudahan seperti ini, namun ada segelintir masyarakat masih memandang sepi penggunaan pengangkutan awam. Sumber: Internet
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023 TINGKATAN 4 BAHASA MELAYU 4 Soalan 3 DOMAIN PENDIDIKAN Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan sukan dan kepentingannya kepada murid-murid. Bincangkan kepentingan-kepentingan Pendidikan sukan kepada murid-murid. Soalan 4 DOMAIN PENDIDIKAN Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa bidang keusahawanan masih lagi mampu bertahan walaupun negara masih lagi dilanda Pandemik Covid-19 terutama pada mahasiswa dan golongan muda. Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menggalakkan golongan muda menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan terutamanya pihak sekolah perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya pihak sekolah dan ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu seperti peribahasa Melayu, dimana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Penglibatan pihak sekolah dan ibu bapa sudah pasti menarik minat murid untuk menceburi bidang sukan. Sehubungan dengan itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan. Sumber: Internet TAHUN 2020 sememangnya cukup mencabar dalam pelbagai aspek. Sektor pendidikan juga tidak terkecuali. Pengangguran dalam kalangan graduan juga dilihat meningkat berikutan keadaan ekonomi bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia berikutan pandemik Covid-19. Hal ini merisaukan ramai pihak termasuk mahasiswa yang mengikut kursus masing-masing. Namun, pandemik ini juga dilihat membuka peluang luas dalam pelbagai aspek termasuk keusahawanan. Mahasiswa juga dilihat tidak melepaskan peluang menceburi bidang ini walau masih belajar. “Pelajar boleh belajar untuk rnenjadi lebih berdikari menanggung hidup sendiri, mempelajari lebih banyak pengalaman manis dan pahit, sekali gus mendorong mereka berkembang ke peringkat lebih besar merangkumi skop antarabangsa," Nur Deanna, pelajar tahun akhir Universiti Malaya yang juga aktif melakukan perniagaan secara separuh masa. Sumber: My Metro,Keusahawanan Sisi, Sulaiti Asri, 4 Januari 2021
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023 TINGKATAN 4 BAHASA MELAYU 5 KERTAS SOALAN TAMAT Disediakan oleh: ……………………………….. (Nursyahirah Insyirah Binti Arshad) Disemak oleh: ……………………………….. (Alfie Hussaini Bin Azmi) Disahkan oleh: ……………………………….. (Ahmad Fuad Afif Bin Ismail)