The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by inursyahirah, 2023-11-07 21:33:50

contoh karangan SPM

contoh karangan SPM

Tajuk 1 – Faedah Koperasi Sekolah Koperasi sekolah merupakan perniagaan yang dibangunkan oleh pihak sekolah yang ahlinya merupakan pelajar dan guru sekolah sendiri. Dengan adanya koperasi sekolah, kita dapat memperoleh banyak kebaikan yang kita peroleh. Terdapat banyak kebaikan penubuhan koperasi sekolah kepada warga sekolah itu sendiri. Dengan ilmu yang dipinjamkan oleh Yang Maha Esa, saya akan menghuraikan faedah-faedah penubuhan koperasi sekolah u tuk kita hayati bersama-sama. Umum mengetahui bahawa koperasi membawa faedah kepada sekolah kerana koperasi membantu untuk memudahkan murid untuk memperoleh barang keperluan sekolah khususnya murid yang tinggal di asrama. Bagi murid yang tinggal di asrama, mereka mempunyai peluang yang terhad untuk pergi ke pasar raya untuk membeli barang keperluan sekolah. Maka, dengan adanya koperasi sekolah murid lebih mudah untuk memperolah barang keperluan sekolah. Malah, murid hanya perlu berjalan beberapa langkah untuk pergi ke koperasi. Tidak sampai selejang kuda berlari, hanya masa sepelaung sahaja murid sudah di pintu koperasi. Tuntasnya, koperasi sekolah memudahkan pelajar mendapatkan segala keperluan sekolah dalam jangka masa yang singkat. Selain itu, koperasi sekolah juga dapat membantu sekolah dalam bentuk bantuan kewangan. Pihak koperasi mampu menghulurkan bantuan kewangan dengan wang hasil daripada jualan di koperasi sekolah. Dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak koperasi sekolah, pihak, sumbabgan itu mampu untuk bantu pihak sekolah dalam aktivvit atau apa-apa sahaja yang melibatkan wang ringgit. Bagi membuktikan hal ini, contoh yang dapat diketengahkan ialah, sumbangan yang diperikan oleh pihak koperasi kepada sekolah telah digunakan sepenuhnya untuk membiayai pasukan ragbi sekolah yang akan bertanding di SM Sains Teluk Intan. Kesannya, pihak sekolah dapat mengurangkan penggunaan wang dan aktiviti-aktiviti yang dirancang akan berjalan lancer dengan adanya sumbangan daripada pihak koperasi. Tuntasnya, faedah penubuhan koperasi sekolah ialah untuk membantu pihak sekolah dalam bentuk kewangan. Dari kaca mata lain, pelajar-pelajar mampu menimba ilmu dan mencari pengalaman dalam dunia perniagaan. Secara tidak langsung, penglibatan pelajar dalam koperasi merupakan pembelajran di luar bilik darjah yang mana pelajar mampu belajar serba sedikit berkaitan dunia perniagaan, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Banyak perihal-perihal perniagaan seperti perihal untung rugi, saingan perniagaan dapat dirasia oleh pelajar yang terlibat dalam koperasi dan perihal-perihal ini akan menjadi pengalaman bagi pelajar yang terlibat dalam koperasi. Pengalaman tersebut mampu menjadi rujukan kepada pelajar yang mempunyai minat dalam dunia perniagaan. Intihannya, faedah penubuhan koperasi sekolah ialah mampu memberikan pengalaman perniagaan kepada pelajar. Seterusnya, penubuhan koperasi sekolah juga mampu untuk mengeratkan lagi hubungan antara murid dan guru. Hal ini demikian kerana, pelajar dan guru yang terlibat akan sentiasa bersama-sama untuk menguruskan koperasi. Secara tidak langsung, nilai kerjasama juga akan tersemat dihati pelajar dan guru, bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Sebagai contoh,hubungan antara pelajar dan guru koperasi kelihatan amat mesra kerana sering berkerjasama dalam mengurus koperasi. Kesannya, disamping dapat membantu meringankan kerja guru dalam koperasi hubungan antara murid dan guru juga akan bertambah erat dan akan menyebabkan pengurusan koperasi semakin baik. Tuntasnya, penubuhan koperasi dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara murid dan guru. Daripada sudut perspektif yang lain, penubuhan koperasi sekolah menawarkan harga yang murah berbanding harga di pasar raya. Hal ini dikatakan demikian kerana, hamper semua barangan yang dijual di koperasi sekolah dijual dengan harga yang murah dan mampu dibeli oleh semua pelajar. Bagi membuktikan hal ini, contoh yang dapat diketengahkan ialah,


setiap barangan yang dijual di koperasi mampu dibeli oleh semua pelajar kerana pihak koperasi sekolah menjual semua barang dengan murah dan mampu dimiliki oleh pelajar. Kesannya, pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli barang di pasar raya mampu untuk membeli barang keperluan sekolah dengan haraga yang jauh lebih murah berbanding di pasar raya. Intihannya, penubuhan koperasi sekolah mampu membantu pelajar yang kurang berkemampuan dengan menawarkan harga yang murah untuk keperluan sekolah. Akhir sekali, penubuhan koperasi mampu menjimatkan masa murid untuk keluar ke pasar raya untuk membeli barangan atau memerlukan perkhidmatan fotostat. Hal ini dikatakan demikian kerana, kedudukan koperasi yang dekat mampu menjimatkan masa murid untuk membeli dan mendapatkan perkhidmatan lain seperti perkhidmatan fotostat. Sudah tentu perkara ini amat menjimatkan masa pelajar terutama pelajar yang tinggal di kawasan yang jauh daripada kawasan bandar. Sebagai contoh, dengan adanya perkhidmatan fotostat yang disediakan oleh pihak koperasi sekolah pelajar dapat menjimatkan masa dengan menggunakan perkhidamatan fotostat yang telah disediakan oleh pihak koperasi sekolah. Kesannya, pelajar dapat menjimatkan masa dan mempunyai masa yang lebih untuk fokus dengan perkara yang lain. Izharlah, penubuhan koperasi sekolah mampu menjimatkan masa pelajar, Sebagai penghias kata akhir,penubuhan koperasi sekolah bukan sahaja mampu menjual barangan sahaja, koperasi sekolah juga membawa manfaat-manfaat yang lain. Dengan adanya koperasi, akan lahirlah golongan ringan tulang dan generasi yang mahir dalam perihal perniagaan. Tajuk 2 – Kelebihan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Sudah tentu menjadi bahan bicara bagi pelajar lepasan SPM tentang kemana arah mereka selepas tamat alam persekolhan. Melanjutkan pelajaran ke IPT merupakan impian semua pelajar SPM. Umum mengetahui IPT di dalam negara atau luar negara akan memberi impak yang baik kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Namun, terdapat juga beberapa pelajar yang terus mencari kerja tanpa melanjutkan pelajaran ke IPT kerana tidak tahu akan kelebuhan jika seorang pelajar itu melanjutkan pelajaran ke IPT. Terdapat banyak kelebihan jika seorang pelajar lepasan SPM itu melanjutkan pelajaran ke IPT. Antara kelebihan melanjutkan pelajaran ke IPT ialah, peluang pekerjaan yang luas. Hal ini dikatakan demikian kerana, pada era kini semua pekerjaan memntingkan pekerja yang mempunyai kelulusan tinggi dan berkualiti. Sudah tentu bagi pelajar yang mempunyai segulung ijazah akan menjadi tarikan syarikat-syarikat untuk mengambil individu yang mempunyai kelulusan yang baik untuk bekerja dengan syarikat tersebut. Sebagai contoh, seorang pelajar graduan Universiti Malaya telah di tawarkan untuk menjadi salah satu arkitek di salah satu sayrikat terbesar di Asia. Kesannya, pelajar-pelajr yang melanjutkan pelajaran ke IPT akan mempunyai peluang pekerjaan yang luas. Intihannya, melanjutkan pelajaran ke IPT mampu meluaskan peluang pekerjaan. Dari kaca mata yang lain, dengan melanjutkan pelajaran ke IPT, dapat mengenal budaya baru. Hal ini dikatakan demikian kerana, mahasiswa-mahasiswa dalam sebuah IPT itu mempunya latar belakang yang berbeza dan ada yang berasal dari negara seberang laut. Dalam hal ini, sekaligus mahasiswa-mahasiswa yang lainakan cuba untuk mengenali budayabudaya yang dibawa oleh mahasiswa yang berasal dari negara lain atau mahasiswa yang lahir dalam pelbagai adat resam. Sebagai contoh, mahasiswa dari negara Australia itu amat tertarik


dengan bahasa kebangsaan kita, Bahasa Malaysia sehingga beliau tertarik untuk mempelajarinya. Kesannya, budaya dari tempat lain dapat dikenali sekaligus kita dapat menarik perhatian mahasiswa dari negara luar untuk mempelajari budaya kita. Tuntasnya, dengan melanjutkan pelajaran ke IPT kita dapat mengenali budaya luar sekaligus dapat memperkenalkan budaya kita kepada orang luar. Selain itu, dengan melanjutkan perlajaran ke IPT, kita dapat mempromosikan tempattempat pelancongan yang ada di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, pada musim cuti beberapa mahasiswa daripada luar negara tidak akan balik ke tanah air mereka. Sudah tentu mereka akan meminta pendapat daripada rakan dari negara tempat mereka belajar untuk memberi pendapat tentang tempat yang baik untuk melancong ketika musim cuti. Bagi membuktikan hal ini, contoh yang dapat diketengahkan ialah, mahasiswa daripada negara New Zealand itu meminta pendapat daripada seorang rakannya berkaitan tempat melancong yang terbaik di Malaysia. Bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Impaknya, industri pelancongan negara akan meningkat kerana mahsiswa-mahasiswa dari luar negara akan membuat aktivit melancong ketika musim cuti. Izharlah bahawa, dengan melanjutkan pelaran ke IPT kita dapat mempromosikan tempat pelancongan yang ada di negara kita. Melihat daripada sudut perspektif yang lain, melanjutkan pelajaran juga dapat meringankan beban ibu bapa kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, beberapa pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPT menerima bantuan dalam bentuk biasiswa. Umum mengetahui, pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang sudah pasti akan ditawarkan biasiswa. Berhubung dengan hal demikian, dengan adanya bantuan biasiswa, beban ibu bapa kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran itu berkurang kerana segala kos untuk melanjutkan pelajaran sudah di tanggung oleh syarikat yang menawarkan biasiswa kepada pelajar tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa kepada seorang pelajar cemerlang berasa lega selepas mendapat tahu anak mereka mendapat tawaran biasiswa sekaligus dapat meringankan beban mereka untuk menanggung segala kos yang perlu dibayar bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Kesannya, anak-anak dapat membantu meringankan beban kedua ibu bapa. Intihannya, melanjutkan perlajaran ke IPT dapat meringankan beban kedua ibu bapa kita. Di samping itu, melanjutkan pelajaran ke IPT juga dapat melahirkan masyarakat yang berintelektual. Hal ini dikatakan demikian kerana, sudah pasti seorang graduan dari menara gading itu merupakan seorang insan yang berintelektual dan berguna untuk negara. Pada era globalisasi kini, sesebuah negara memerlukan masyarakat yang berintelektual untuk memberikan pendapat tentang cara untuk memajukan negara. Sebagai contoh, YB Syed Saddiq, merupakan Menteri Belia dan Sukan, beliau merupakan graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, beliau telah banyak memberikan idea untuk memajukan beliabelia zaman kini untuk memastikan masa depan negara Malaysia lebih cerah, bak kata pepatah, melentur buluh biaralah dari rebungnya. Kesannya, lebih ramai individu berintelektual yang berguna untuk menjamin kemajuan negara. Izharlah bahawa, dengan melanjutkan pelajaran ke IPT sebuah IPT itu mampu melahirkan individu yang berintelektual. Akhir sekali, dengan melanjutkan pelajaran ke IPTA juga kita dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Negara Malaysia kini mengalami pembangunan yang pesat sejajar dengan usaha kerajaan untuk menyediakan negara dan masyarakat ke arah negara berstatus maju. Wujudnya inisiatif-inisiatif, sama ada dalam sektor awam atau sektor swasta, dalam pembinaaan infrastruktur, kemudahan awam, teknologi dan juga intergrasi penggunaan


teknologi, maklumat, komunikasi (TMK) dalam kehidupan masyarakat seharian. Oleh itu, Malaysia memerlukan pakar perkembangan – pakar dan golongan profesional dalam bidang tersebut untuk menjayakan usaha-usaha yang dilakukan. Sebagai tamsilan, projek penambahbaikan Genting Highlands, antara tempat pelancongan yang terbesar di Malaysia, memerlukan sekurang-kurangnya 2 juta individu yang pakar dalam bidang TMK, kejuruteraan, pelancongan, dan sebagainya untuk menjayakan projek tersebut dalam tempoh dua tahun ini. Sekirannya tidak cukup rakyat Malaysia yang layak dari segi ilmu pengetahuan, kualifikasi, dan pengalaman, siapakah yang akan menjalankan projek tersebut? Adakah kita, sebagai rakyat Malaysia, ingin mengancam status quo kita di tanah air kita dengan kemasukan orang asing untuk memenuhi kuota pelaksanaan projek tersebut? Begitu lOMoAR cPSD|29057356 cepat kita lupa apa yang terjadi pada zaman pemerintahan British? Oleh itu, kita haruslah berusaha memainkan peranan kita, walaupun sedikit, untuk menyambut usaha-usaha tersebut dan menjayakannya. Tuntasnya, pelanjutan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi akan mewujudkan rakyat Malaysia yang layak dan mampu menyumbang dalam pembangunan negara kita yang tercinta ini. Konklusinya, banyak faedah yang boleh kita dapati melalui pelanjutan pelajaran ke peringkat universiti. Kita haruslah menyambut hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi baru yang berilmu pengetahuan dan mengambil peluang ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti. Bersyukurlah, kerana bukan semua manusia di dunia ini diberi peluang sama untuk menimba ilmu pengetahuan ke peringkat yang lebih tinggi seperti di negara kita. Wujudnya negara yang terlalu miskin sehingga kerajaannya tidak mampu mendirikan pusat pengajian tinggi. Ada juga negara di mana kos pengajian tinggi terlalu mahal sehingga majoriti rakyatnya tidak mampu membiayainya ataupun muflis demi mengejarkan ilmu. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, sebelum harapan menjadi kabur, gunakanlah peluang yang diberi ini sebaik mungkin dan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. ajuk 3 – Peranan Ibu Bapa Dalam Melahirkan Anak Yang Cemerlang Pada era pascaglobalisasi ini, kita sering mendengar masalah remaja yang semakin hari semakin teruk. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka terlibat dengan gejala sosial, seperti vandalisme dan gengsterisme. Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka sebagai individu yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah yang cemerlang dan terbilang dalam diri anak. Peranan ibu bapa penting kerana apabila ibu bapa memainkan peranan dengan baiknya, masalah yang berkaitan dengan remaja tidak akan berlaku. Ibu bapa juga perlu menitikberatkan hal ehwal anak agar mereka tidak terjebak dengan perkara yang negatif yang mengundang impak kepada masa depan mereka. Ibu bapa harus bertindak dari sekarang agar masalah yang berkaitan dengan remaja dapat diselesaikan. Remaja amat penting kepada negara kerana mereka golongan pelapis dan akan memimpin negara pada masa akan datang. Jika remaja rosak, maka masa depan negara turut musnah. Seyogia ibu bapa mendidik anak dengan baiknya agar mereka mampu menjadi insan yang mampu memimpin negara dengan adil dan bijaksana. Oleh itu, terdapat beberapa peranan yang seharusnya dilaksanakan oleh ibu bapa dalam membentuk sahsiah yang cemerlang dalam diri anak. Antara peranan ibu bapa termasuklah meluangkan lebih banyak masa dengan anak agar mereka tidak berasa kesunyian atau diabaikan oleh ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa tidak seharusnya terlalu sibuk dengan kerja masing-masing sehingga mengabaikan obligasi mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan remaja yang terlibat dengan gejala sosial mendakwa bahawa mereka terlibat oleh sebab ibu bapa mereka tidak mengambil peduli mengenai mereka dan tidak meluangkan masa dengan mereka sebagai akibat sibuk dengan kerja. Perkara tersebut menyebabkan mereka lebih cenderung untuk meluangkan masa


bersama-sama rakan. Oleh itu, ibu bapa tidak seharusnya mementingkan harta berbanding dengan anak kerana harta tidak dapat dibawa ke mana-mana apabila meninggal dunia. Namun begitu, apabila ibu bapa memiliki anak yang soleh dah solehah, mereka dapat membantu ibu bapa dalam kubur apabila mereka mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka kerana doa anak yang soleh termakbul. Hal ini jelas dinyatakan dalam hadis daripada AlBukhari yang berbunyi, “Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya.”Oleh yang demikian, ibu bapa seyogia meluangkan masa dengan anak agar mereka tidak berasa terpinggir daripada ibu bapa mereka sendiri yang menyebabkan mereka terjebak dengan perkara yang negatif. Ibu bapa hendaklah mendidik anak dengan baiknya kerana anak merupakan aset kepada ibu bapa di akhirat Selain itu, ibu bapa juga hendaklah mengawasi pergerakan anak untuk mengelakkan mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai tamsilan, ibu bapa hendaklah sentiasa bertanya kepada anak mereka tentang tempat yang hendak dituju jika mereka hendak keluar bersama-sama rakan. Ibu bapa juga seyogia tahu akan kawan anak mereka agar tidak berkawan dengan mereka yang mampu membawa pengaruh negatif. Ibu bapa hendaklah mengawasi anak apabila mereka menggunakan alat komunikasi, seperti telefon pintar. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak anak yang menyalahgunakan teknologi untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ibu bapa seharusnya menyediakan payung sebelum hujan agar perkara tersebut tidak berlaku kepada anak mereka. Ibu bapa seyogia mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai penggunaan teknologi oleh anak kerana banyak kes yang berlaku melibatkan golongan remaja perempuan, terutamanya yang ditipu oleh warga asing yang kononnya kacak dan kaya dan menyebabkan remaja perempuan tersebut sanggup mengambil risiko dengan melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mengikut lelaki warga asing yang tidak dikenali identitinya. Oleh itu, ibu bapa seyogia mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut serta memikirkan inisiatif yang berkesan agar perkara tersebut tidak berlaku kepada anak mereka sendiri. Di samping itu, didikan agama yang cukup juga merupakan satu daripada faktor yang mampu membentuk sahsiah yang cemerlang dalam diri anak. Seperti yang kita tahu, banyak ibu bapa sekarang yang kurang menitikberatkan didikan agama kepada anak yang menyebabkan mereka terjebak dengan heterogen masalah sosial. Agama merupakan perkara yang paling vital yang seyogia diisi dalam diri anak. Didikan agama yang utuh dalam diri anak mampu mencegah mereka daripada terjebak dengan perkara yang negatif kerana mereka mampu membezakan antara perkara yang hak dengan batil. Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kau baguskan akhlaknya.” Ibu bapa harus mendidik anak dari kecil lagi dengan akhlak yang baik supaya apabila dewasa, mereka menjadi individu yang cemerlang di mayapada, lebih-lebih lagi di akhirat. Apabila anak mempunyai akhlak yang baik, mereka akan disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Namun begitu, jika akhlak anak adalah sebaliknya, mereka akan dihina dan dipandang enteng oleh masyarakat. Rasulullah SAW bersabda bahawa “akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.” Oleh yang demikian, jelaslah bahawa ibu bapa hendaklah memberikan pendidikan agama kepada anak agar mereka menjadi individu yang cemerlang di mayapada, lebih-lebih lagi di akhirat. Sementara itu, ibu bapa hendaklah mendisiplinkan diri anak dari kecil lagi agar mereka membesar menjadi individu yang berdisiplin dan menghormati orang lain. Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya menjadi entiti mithali kepada anak sejak mereka kecil lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila ibu bapa melakukan perkara yang baik, sudah semestinya anak turut melakukan perkara yang baik, seperti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka bak kata pepatah bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, amat penting untuk


ibu bapa menunjukkan contoh yang baik kepada anak mereka sejak kecil lagi. Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, “Rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa merupakan profesor pertama bagi mereka”. Jelaslah bahawa anak akan mengikuti tingkah laku ibu bapa ketika mereka masih kecil lagi. Ibu bapa juga hendaklah mengubah tingkah lOMoAR cPSD|29057356 laku jika mereka hendak mempunyai anak yang berakhlak mulia dan berdisiplin. Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa “semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan suci bersih. Maka, kesalahan ibu bapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani dan Majusi”. Berdasarkan sabda Rasulullah SAW, jelas bahawa peranan ibu bapalah yang mampu membentuk anak sama ada menjadi orang yang berakhlak mulia ataupun sebaliknya. Anak ibarat kain putih manakala ibu bapa pula ibarat warna yang mencorakkan kain tersebut. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang paling signifikan dalam membentuk sahsiah anak sejak mereka kecil lagi. Selaras dengan itu, ibu bapa haruslah memberikan pujian kepada anak-anak dengan cara memberikan hadiah ataupun mengucapkan kata-kata positif apabila anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini penting kerana sepatah kata yang positif daripada ibu bapa dapat menyuntik semangat dan memberikan dorongan serta motivasi kepada anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan bak kata pepatah usaha atas tangga kejayaan. Janganlah sesekali ibu bapa mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan dan memarahkan anak-anak bodoh. Hal ini sedemikian kerana bimbing tutur kata ibu bapa menjadi doa dan akan mempengaruhi pembentukan konsep kendiri anak-anak. Kebanyakan punca anak-anak menjadi sampah masyarakat adalah disebabkan keadaan rumah tangga yang porak-peranda di samping sikap ibu bapa yang materialistik dan mementingkan kerjaya. Sebagai contoh, sebahagian ibu bapa yang sibuk bekerja menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pembantu rumah sepenuhnya. Sebagai kesan, anak-anak mudah berasa sedih, tersisih dan diabaikan oleh ibu bapa. Secara tidak langsung, mereka akan melakukan perkara-perkara negatif untuk menarik perhatian ibu bapa. Tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak akan menjadi insan yang cemerlang sekiranya ibu bapa mencurahkan kasih sayang. Lihat daripada perspektif yang lain, ibu bapa wajar bekerjasama dengan guru sekolah dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang. Apabila anak-anak mula bersekolah, ibu bapa haruslah berkongsi anak mereka dengan guru yang mengajar cahaya mata. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil berat dan memerhatikan prestasi perkembangan pelajaran anak-anak di sekolah. Sekiranya anak-anak gagal dalam sesuatu perkara misalnya peperiksaan, ibu bapa tidak wajar menghukum mereka sebaliknya memberi dorongan dan menasihati mereka. Pengalaman ialah ibu segala kejayaan merupakan peribahasa Jepun yang sangat sesuai dengan isu ini. Sebaik-baiknya kegagalan yang pernah dihadapi patut dijadikan pengalaman dan sejarah yang tidak boleh diulang kembali. Sebagai analogi, ibu bapa wajar membeli banyak buku rujukan ataupun bahan-bahan buku yang berkaitan seperti novel kepada cahaya mata. Membaca bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan anak-anak, tetapi juga dapat mengisi masa lapang cahaya mata dengan perkara yang bermanfaat. Hal ini sesuai dengan peribahasa serampang dua mata. Ibu bapa juga patut meluangkan masa untuk menemani cahaya mata untuk membaca. Hal ini demikian supaya anak-anak adalah benarbenar membaca bahan buku tersebut. Prestasi pelajaran anak-anak pasti akan meningkat dengan menggunakan kaedah ini. Oleh itu, ibu bapa merupakan orang yang memainkan peranan yang signifikan dalam kehidupan anak. Peranan ibu bapalah yang mampu membentuk anak menjadi insan yang mempunyai sahsiah yang cemerlang di mayapada dan di akhirat. Ibu bapa seyogia lOMoAR cPSD|29057356 meluangkan masa bersama-sama anak agar mereka tidak berasa diri mereka disisihkan. Ibu bapa juga hendaklah mengawal pergerakan anak agar mereka tidak terjebak dengan gejala yang negatif. Ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang pasir agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus dalam


kancah masalah sosial pada masa ini. Ibu bapa juga hendaklah menunjukkan telandan yang baik kepada anak agar mereka menjadi insan yang berakhlak mulia. Tajuk 4 – Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Penyalahgunaan Media Sosial Media sosial merupakan salah satu medium perhubungan dan penyebaran maklumat serta menjadi tarikan segenap lapisan masyarakat khususnya golongan remaja. Di dada-dada akhbar tempatan terutamanya Berita Harian sering mengutarakan rencana berkaitan implikasi negatif media sosial kepada penggunanya. Dalam sidang media baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak mengatakan bahawa ibu bapa sebagai ahli keluarga yang paling rapat dengan anak-anak perlu memainkan peranan dalam menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anakanak. Hal ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang dapat menerajui pucuk kepemimpinan negara pada masa akan datang. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak-anak? Berakar umbi daripada persoalan tersebut, antara peranan ibu bapa dalam menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak-anak ialah ibu bapa memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hal ini amat signifikan kerana anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Ibu bapa boleh mengajar dan mendidik anak-anak untuk membezakan antara perkara yang hak dan batil. Sebagai contohnya, ibu bapa menjelaskan tentang pengaruh Barat yang disiarkan menerusi 'Youtube' dan menjadi ikutan ramai tetapi bertentangan dengan nilai moral masyarakat Timur. Benarlah pepatah Melayu yang menyatakan melentur buluh biarlah daripada rebungnya kerana ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan didikan agama sejak mereka kecil supaya tidak terjerumus dengan gejala negatif berkaitan media sosial. Tuntasnya, didikan agama yang secukupnya merupakan salah satu peranan ahli keluarga iaitu ibu bapa untuk mengatasi implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak-anak. Dalam perspektif yang sama, ibu bapa berperanan mengehadkan tempoh anak-anak untuk melayari media sosial seperti 'Facebook', 'Twitter', dan 'Instagram' memerlukan penggunaan akses Internet. Ibu bapa mempunyai hak untuk menyekat akses Internet tersebut dan mengawal tempoh penggunaannya agar anak-anak akan lebih menghargai masa. Sebagai tamsilnya, ibu bapa menetapkan bahawa anak-anak hanya boleh menggunakan Internet sehingga pukul sepuluh malam kerana anak-anak perlu mendapatkan tidur yang berkualiti supaya tidak mengganggu proses pembelajarannya pada esok hari. Perkara ini persis peribahasa Melayu , berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian agar mereka mendapat manfaat daripada usaha mengehadkan masa penggunaan Internet yang dilaksanakan oleh ibu bapa. Izharnya, tempoh untuk anak- lOMoAR cPSD|29057356 anak melayari media sosial perlu dihadkan oleh ibu bapa untuk mengelakkan implikasi negatif media sosial menular dalam diri anak-anak. Jika dilihat pada peranan ibu, seorang ibu boleh menasihati dan membimbing adik menggunakan laman sosial secara berhemah. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu lebih mengetahui buruk baik media sosial dan tutur katanya sering dipatuhi oleh anak. Ibu perlu memberitahu adik mengenai bahana penyalahgunaan media sosial terhadap anak-anak dan menegur mereka. Hal ini akan menjadikan anak-anak lebih berdisiplin dan menggunakan media sosial secara efektif seperti melayari laman web yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah. Situasi ini persis peribahasa Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya kerana apa yang diajarkan kepada anak-anak, perkara itulah yang akan diturutinya. Tegasnya, peranan ibubapa menurut ibu dalam menangani implikasi negatif media sosial amat penting kerana ibu adalah orang yang paling rapat dalam ahli keluarga.


Di samping itu, seorang bapa perlu memasang aplikasi yang boleh menyekat laman sesawang yang tidak berfaedah. Hal ini supaya anak-anak mereka terutamanya tidak terdedah dengan perkara yang tidak elok. Uswahnya, bapa memuat turun aplikasi gempur-organisasi yang boleh menyekat sebarang aplikasi negatif seperti didigames.com. Anak-anak akan terhindar daripada pengaruh negatif dalam media sosial dan terjebak dengan jenayah siber. Oleh yang demikian, anak-anak akan lebih positif dalam kehidupan seharian sekali gus dapat melahirkan modal insan yang berguna kepada negara dan agama. Izharnya, sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab perlulah mengambil inisiatif dengan menyekat laman sesawang yang memudaratkan. Sementara itu, sebagai ibu bapa yang menyayangi anak-anak, mereka perlulah mendekatkan diri anak-anak semasa mereka aktiviti pembelajaran menggunakan internet. Pada masa kini, pembelajaran menjadi lebih mudah dengan adanya Internet. Pelbagai laman sesawang telah diwujudkan bagi kemudah pembelajaran. Sekiranya anak-anak kerap menggunakan Internet untuk menuntut ilmu, ibu bapa perlulah menyokong tindakan anaknya itu. Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak-anak tidak menggunakan buku untuk belajar malah mereka harus berbangga kerana anak-anak mereka merupakan generasi yang pintar dalam menggunakan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi. Tambahan pula, sebagai ibu bapa yang tahu penggunaan internet, mereka tidak perlu risau kerana mereka boleh mengesan aktiviti Internet anak-anak dengan memantau bahagian “history” atau sejarah penggunaan enjin carian sama ada Google, Al-Tavista, Monzila Firefox, Yahoo atau MSN. Hanya dengan cara ini ibu bapa akan tahu sama ada anak-anak mereka menggunakan Internet untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya Jadi, sebagai ibu bapa, mereka haruslah menyokong tindakan anak- lOMoAR cPSD|29057356 anak dalam proses meningkatkan IQ melalui penggunaan Internet dalam masa yang sama ibu bapa juga boleh memantau dan terlibat sama semasa aktiviti Internet anak-anak. Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, antara peranan ibu bapa dalam menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak-anak ialah ibu bapa mengawasi penggunaan media sosial anak-anak. Ibu bapa perlu mengetahui laman web dan media sosial yang dilayari anak-anak. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak daripada melayari perkara yang tidak elok seperti laman kongsi gelap dan pornografi. Sebagai contohnya, ibu bapa memeriksa telefon pintar anak-anak supaya mereka tidak terlibat dengan perkara yang negatif dan boleh mengundang musibah. Tindakan ini membolehkan ibu bapa mengelakkan anakanak daripada terpengaruh dengan perkara negatif. Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa perlu mengawasi penggunaan media sosial anak-anak supaya implikasi negatif media sosial dapat ditangani. Konklusinya, keluarga memainkan peranan yang sangat penting untuk menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak-anak. Hal ini kerana keluarga merupakan guru pertama anak-anak di dunia ini. Hal ini supaya generasi yang lebih bermoral dan berwawasan dapat dilahirkan jika tidak terpengaruh dengan implikasi negatif media sosial yang akan menaikkan dan mengharumkan nama negara. Perkara ini persis peribahasa Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Oleh yang demikian, penggunaan media sosial perlu dikawal dan ditapis bahannya daripada perkara yang boleh menjerumuskan ke arah gejala negatif yang berkaitan dengan media sosial. Tajuk 5 – Peranan Pelbagai Pihak Dalam Merealisasikan Keluarga Sakinah Saban hari, cuping telinga kita dihidangkan oleh media massa tentang kes-kes rumah tangga yang menjadi porak-peranda sehingga mengakibatkan penderaan, penceraian dan pergaduhan antara ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga ini sering hidup dalam ketakutan, kebimbangan dan kemurungan kerana keadaan rumah tidak pernah sejahtera. Anak-anak


kecil khususnya yang mengalami suasana sebegini akan mengalami tekanan jiwa dan mental. Mereka akan sentiasa memikir sama ada mereka sendiri merupakan punca kepada masalah yang berlaku. Sifat yang tidak mampu menahan tekanan dan konflik ini menyebabkan anakanak lari dari rumah dan lebih suka bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Dengan ini, timbullah pemikiran bahawa rakan-rakan ini lebih memahami jiwa mereka. Sebenarnya ibu bapa yang merupakan tunjang pemimpin sesebuah keluarga berperanan besar dalam membentuk keluarga bahagia. Yayasan Pembangunan Keluarga juga mewujudkan pelbagai program yang melibatkan ahli keluarga. Ceramah, program motivasi dan aktiviti juga diadakan agar ahli keluarga dapat membentuk peribadi yang mulia di samping meluangkan masa bersama-sama. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Dato' Sri Rohani Abdul Karim juga menyuarakan keprihatinannya dalam usaha meweujudkan keluarga bahagia dalam masyarakat agar melahirkan anak-anak yang membesar dengan sihat dari segi mental dan fizikal. Oleh hal yang demikian, ahli keluarga yang terdekat perlulah menunjukkan komitmen untuk membentuk keluarga yang bahagia. Maka, marilah kita lapangkan jiwa dan minda untuk menelusuri peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga dalam merealisasikan harapan ini. Umum mengetahui bahawa bapa yang bertindak sebagai ketua keluarga memainkan peranan yang vital dalam mewujudkan keluarga bahagia. Seorang bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang, belas kasihan dan kesanggupan untuk berkorban demi keluarga tersayang. Bapa wajar memberikan bimbingan, didikan dan pelajaran kepada setiap anggota keluarga. Mereka harus membantu dalam pelajaran anak-anak dan mengambil berat terhadap persekolahan mereka. Segala pertanyaan hendaklah dijawab dengan sopan dan lemah lembut agar tidak menimbul konflik dalam diri anak-anak yang mudah terpengaruh ileh emosi orang dewasa. Selain itu, mereka patut melindungi keluarga daripada segala ancaman dan sentiasa memastikan keselamatan ahli keluarga. Mereka bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga mengikut kemampuan seperti makan, minum, pakaian, perubatan dan tempat tinggal yang sesuai. Mereka harus rajin mencari rezeki untuk keperluan ahli keluarga. Seterusnya, jikalau anak-anak melakukan kesalahan mereka mestilah berlaku adil dengan memberikan hukuman yang setimpalnya terhadap kesalahan yang dilakukan untuk menginsafi perbuatan lOMoAR cPSD|29057356 mereka. Hukuman ini perlulah mengenal batasnya agar tidak menimbulkan sebarang keganasan yang mencederakan anak-anak dan mengakibatkan porak-peranda. Selaku suami terhadap isteri mereka, tempat perlindungan wajar disediakan. Nafkah yang selayaknya juga perlu diberikan kepada isteri untuk memelihara keadaan rumah. Seorang suami perlulah memberikan sepenuh kasih sayang kepada isterinya dan menghormati hak isteri dalam mengendalikan hartanya. Lantaran berpaksikan kebenaran yang disampaikan, jelaslah bahawa memang terdapat banyak peranan dan tanggungjawab yang harus dilunaskan dalam melahirkan keluarga yang bahagia. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa seorang ibu juga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang ketara. Seseorang ibu perlu sentiasa mengamalkan nilai-nilai kasih sayang terhadap ahli keluarganya. Mereka hendaklah menjaga kebersihan diri, keluarga dan persekitaran untuk keselesaan hidup. Selain itu, ibu harus mendidik dan mengasuh anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak pemikirannya masih mentah tidak mampu membezakan yang mana intan, yang mana kaca. Oleh itu, didikan agama dan moral yang didedahkan sejak kecil lagi dapat melentur mereka agar membezakan baik dan buruk dan seterusnya menjadi seirang yang berperibadi mulia. Seseorang ibu juga harus prihatin dalam masalah anak-anak dan harus menjadi seorang pendengar baik. Mereka haruslah menghulurkan bantuan dan mencari inisiatif dalam menyelesaikan masalah mereka. Seseorang ibu juga harus pandai menguruskan hal ehwal rumah tangga agar rumah sentiasa dalam keadaan tersusun dan rapi. Mereka juga dikehendaki melayan suami suami dan anak-anak. Sejajar dengan itu, sebagai seseorang isteri


yang bertanggungjawab, mereka seyogianya patuh, tatat dan menghormati suami. Mereka harus jujur, ikhlas dan amanah dalam mamikul tugas. Mereka juga mesti menjaga keperibadian diri, tutur kata dan tingkah laku agar tidak menjatuhkan maruah dan mengaibkan keluarga. Harta suami juga hendaklah dijaga dengan baik dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada suami. Seseorang ibu juga seharusnya memantau pergaulan anak-anaknya dengan kawan-kawannya agar tidak terjebak dalam gejala sosial. Dengan bertunjangkan kesahihan fakta, hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa ibu berperanan penting dalam mewujudkan keluarga yang bahagia. Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa cara lain yang agak jelas ialah peranan abang dan kakak dalam membentuk keluarga bahagia. Abang dan kakak menjadi pengganti tugas ibu bapa semasa ketiadaan mereka. Abang dan kakak yang merupakan anak sulung dalam keluarga hendaklah bertolak ansur antara adik-beradik dan mengelakkan pergaduhan. Mereka haruslah menghormati hak adik-adik dan anggota keluarga yang lain dan menghormati privasi mereka. Mereka juga bertanggungjawab belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan dalam hidup supaya menjadi entiti mithali terhadap adik-adik mereka. Dengan ini, mereka dapat mendorong adik-adik agar mengikut jejak abang dan kakak. Selaku abang atau kakak, mereka harus sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan keluarga. Mereka juga wajar bersikap ringan tulang dengan membantu ibu bapa menyelesaikan tugasan harian rumah dan menjafa adik yang masih kecil. Mereka perlulah sentiasa menggembirakan ibu bapa dan mengurangkan kerunsingan mereka. Mereka juga haruslah menjadi seorang insan yang berdisiplin dan tidak menimbulkan masalah sama ada di rumah atau sekolah. Mereka perlulah pandai memilih kawan dan mengelakkan diri daripada gejala sosial seperti lOMoAR cPSD|29057356 menghisap dadah, merempit, melepak, ponteng sekolah dan merosakkan harta benda awam. Abang dan kakak berperanan juga untuk menjaga kebajikan ibu bapa setelah mereka tua. Mereka wajar memberikan nafkah yang secukupnya kepada kedua-dua ibu bapa agar dapat menerusi kehidupan dengan selesa. Mereka juga harus melibatkan diri dalam aktiviti keluarga ketika berkelah, bersiar-siar atau melancong dan menjadi wadah dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota keluarga. Dengan kupasan yang menarik, sememangnya diakui bahawa abang dan kakak memainkan peranan penting dalam merealisasikan keluarga yang bahagia. Pada hemat saya, senario tersebut dapat juga dikaitkan dengan peranan ahli keluarga seterusnya, iaitu adik. Adik merupakan anggota yang paling kecil dalam keluarga. Oleh sebab usianya yang paling muda, mereka boleh membantu melakukan kerja rumah yang ringan agar melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga. Adik boleh melakukan kerja rumah seperti mengemas bilik tidur, menyapu lantai, membuang sampah dan lain-lain supaya dapat meringankan beban ibu bapa. Mereka juga wajar dididik supaya menghormati orang yang lebih tua seperti ibu bapa, datuk dan nenek, abang dan kakak. Adik harus belajar untuk bertutur dengan sopan dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Mereka juga hendaklah meminta bantuan dengan cara yang baik dan tudak mengakibatkan kekacauan. Adik juga perlu bijak dalam menguruskan diri sendiri dan menjaga kebersihan. Ibu bapa atau abang kakak harus mengajarnya supaya berdikari. Adik juga perlulah pandai menguruskan masa dan tidak terlalu asyik bermain permainan video, menonton rancangan televisyen dan menggunakan telefon bimbit kerana perbuatan ini akan membazirkan masa. Mereka haruslah bijak merancang waktu pembelajaran dan mengurangkan waktu bermain. Nasihat orang yang lebih tua hendaklah dijadikan pedoman hidup seperti pepatah Inggeris yang berbunyi jika kamu tua berilah nasihat dan jika kamu muda terimalah nasihat. Oleh hal yang demikian, adik perlulah berpegang teguh pada ajaran agama yang menghalang sebarang perbuatan negatif yang akan merosakkan masa depan adik. Dengan berbuat demikian, ternyatalah bahawa adik juga memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga yang aman damai.


Dalam pada itu, suatu hakikat yang wajar diterima ialah peranan datuk dalam melahirkan keluarga yang bahagia. Datuk merupakan insan yang telah mengalami banyak dugaan dan cabaran hidup sebelim kita dilahirkan. Beliau telah menempuhi banyak asam garam hidup dan makan lebih banyak garam daripada kita makan nasi. Datuk haruslah menjadi orang yang perlu dihargai kerana merupakan sumber nasihat dan pengajaran yang terdekat yang mampu diperoleh untuk mengelakkan daripada mengulangi kesilapan yang dilakukan pada waktu lepas. Beliau juga mampu mendorong kita ke aah yang betul dengan menasihati kita. Di samping itu, datuk boleh memberikan kita pantang larang dan adat resam yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Nilai-nilai murni dan budaya ketimuran hendaklah didedahkan dengan acap kali agar tidak melupakan identiti diri. Kita juga hendaklah mempunyai jati diri yang kukuh dan mewarisi budaya kaum sendiri. Sejajar dengan itu, datuk hendaklah mengambil berat terhadap anggota keluarga dan membantu melakukan kerja rumah yang sesuai. Datuk juga boleh membantu menjaga anak-anak semasa kecil dan mengasuh mereka. Datuk boleh menjaga hubungan antara ahli keluarga dengan melakukan aktiviti keluarga bersama-sama seperti menyambut hari jadi, bersiar-siar, melancong, menghadiri program dan sebagainya. Beliau juga patut berfikiran terbuka dengan pendapat masyarakat kini yang bersifat moden agar tidak menimbulkan masalah. Seperti yang kita sedia maklum, sudah terang lagi bersuluh bahawa peranan datuk amat mustahak dalam membentuk keluarga yang bahagia. Selain peranan adik-beradik yang lebih tua, pihak yang turut memainkan peranan dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia ialah nenek. Nenek merupakan orang yang paling penting dan memberikan pengaruh yang teramat sangat terhadap sesebuah keluarga selain ibu bapa. Hal ini demikian kerana neneklah yang mengasaskan sesebuah keluarga dimana mereka yang melahirkan ibu bapa seterusnya dapat membina sebuah sebuah keluarga yang lengkap. Selaku orang yang lebih tua dalam keluarga, nenek memainkan peranan dalam menjaga hubungan keluarga supaya tidak berlaku sebarang perbalahan yang boleh memecah belahkan hubungan kekeluargaan. Untuk mewujudkan keluarga yang bahagia, nenek perlu sentiasa mengambil berat dan bersikap menjaga tepi kain ahli keluarga dengan sentiasa bertanya kepada anak-anak, cucu-cucu serta ahli keluarga yang lain tentang masalah yang mereka hadapi. Apabila mengetahui sesuatu masalah berlaku dalam keluarga, nenek haruslah bekerjasama membantu membimbing mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, nenek perlu memperihalkan cerita-cerita orang dulu-dulu yang penuh dengan nilai murni supaya dapat memberi pengajaran kepada keluarga mereka. Selain itu, nenek juga dapat memberi pendedahan tentang pantang larang dan adat resam yang diamalkan oleh orang tua-tua dahulu dalam usaha untuk membentuk keluarga yang bahagia. Sekiranya, nenek tidak menghiraukan keluarga mereka, sudah tentu akan berlaku pergolakan dalam keluarga. Jelaslah bahawa nenek berperanan dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia. Sebagai penghias bicara akhir ingin saya tegaskan bahawa setiap anggota keluarga memainkan peranan yang penting dalam melahirkan keluarga yang bahagia. Memetik katakata mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, kewujudan keluarga penyayang menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di rumah. Oleh sebab itu, setiap anggota keluarga haruslah mencurahkan kasih sayang seperti ibu bapa yang membesarkan kita bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa haruslah memperlahankan jejak langkah dan tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak yang tersayang, ibarat kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan. Tingkah laku mereka juga patut dijaga kerana ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi? Aspek ini penting untuk mengelakkan anak-anak yang belum keras ubunubunnya daripada melangkah ke jalan fitnah. Anak-anak perlulah ditanam uswah hasanah agar tidak menconteng arang terhadap maruah diri dan keluarga. Dengan ini, sinergi setiap anggota keluarga perlu digabung umpama sakit sama mengaduh dan luka sama


menyiuk agar dapat mendorong masyarakat mengalami anjakan paradigma. Untuk melahirkan keluarga bahagia, kita perlulah meneliti ke akar umbi dan mencari inisiatif kerana tiada kusut yang tidak boleh dileraikan dan tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Maka, biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang dengan mewujudkan keluarga bahagia dalam kalangan masyarakat. Tajuk 6 - Peranan pelbagai pihak dalam mewujudkan perpaduan kaum Perpaduan merujuk kepada suasana dan ikatan mesra antara rakyat dalam sesebuah negara. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Isu perpaduan kaum bukanlah sesuatu isu yang baharu di negara kita bahkan telah menjadi fokus perbincangan dalam media massa dan buah mulut dalam kalangan rakyat. Senario ini amat mengecewakan kerana pembangunan negara kita yang pesat sejak merdeka akan terjejas disebabkan pergaduhan dan pergolakan politik dalaman. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik haruslah dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga akar umbi. Umum mengetahui bahawa usaha yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil, iaitu dengan peranan ahli keluarga untuk memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia. Ibu bapa sering menjadi suri teladan anak-anak sejak awal usia lagi. Merekalah yang memberi impak kepada pembentukan sahsiah dan jati diri anak-anak. Segala kelakuan diperhatikan oleh anak-anak, fenomana ini dikatakan anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Maka, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak perkara yang elok agar generasi muda ini mempunyai budi pekerti yang mulia. Ibu bapa wajar memiliki hati yang terbuka dan menggalakkan anak watan bergaul dengan orang lain tanpa mengira bangsa, agama, kaum, bahasa atau warna kulit mereka. Sambutan perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali juga mampu diraikan bersama-sama rakan ataupun jiran yang berlainan kaum dan agama. Hal ini bukan sahaja membolehkan pemuda pemudi mengenali adat resam, makanan dan tradisi perayaan kaum lain, malah dapat mengeratkan hubungan dan mengikis sebarang prasangka buruk. Perpaduan kaum akan terbentuk hasil daripada sikap hormat-menghormati antara kaum. Selain itu, ibu bapa wajar membawa anak-anak meraikan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka untuk menyaksikan perarakan. Bendera Jalur Gemilang perlu dikibarkan untuk menunjukkan rasa cinta akan tanah air dan menyambutnya bersama-sama rakyat berbilang kaum. Selain itu, pada masa ini juga aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Melalui penganjuran aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat memupuk semangat bekerjasama bak aur dengan tebing untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman. Aktiviti sebegini mampu menjamin keceriaan kawasan kediaman masyarakat dan juga membuka ruang serta peluang komunikasi antara jiran tetangga. Pada masa yang sama, konsep rumah terbuka haruslah diperkukuh di negara kita. Rumah terbuka merupakan kaedah pemupukan perpaduan yang efektif kerana dapat mendedahkan masyarakat kepada keunikan adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dapat diwujudkan dan hubungan erat bak isi dengan kuku dapat dijalin. Dengan perkataan lain, aktiviti kemasyarakatan merupakan saluran yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan kaum. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa media massa merupakan rangkaian perhubungan yang banyak digunakan dalam era globalisasi ini. Dalam konteks mengukuhkan perpaduan kaum, media massa seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyebarkan mesej dan informasi positif tentang kepentingan bersatu padu. Sebagai analoginya, stesen penyiaran tempatan boleh menyiarkan program yang berunsur perpaduan


dan mempunyai pelakon yang berbilang pelbagai bangsa. Siaran program sudah pasti dapat menerapkan nilai perpaduan dalam jiwa masyarakat secara berunsur-unsur terutamanya jika unsur hiburan turut diselitkan dalam program tersebut. Sesungguhnya, perpaduan kaum akan tercapai dengan lebih mudah melalui peranan media massa. Dalam sistem perundangan negara kita, rakyat diberikan hak kebebasan bersuara. Namun demikian, rakyat Malaysia seharusnya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Rakyat negara kita haruslah mengawal nafsu diri dan tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu sensitif dan kontroversi. Hal ini dapat mengelakkan muhibah dan perpaduan kaum daripada terjejas kerana bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Justeru, peranan rakyat sendiri tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam usaha memupuk perpaduan kaum di negara kita. Suatu hakikat yang wajar diterima ialah peranan kerajaan. Perdana Menteri Negara kita telah pun menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Hal ini demikian kerana Bahasa Melayu senang dipelajari dan ditutur. Ia juga dijadikan media penghubung pelbagai kaum di negara kita dengan berkomunikasi dalam satu bahasa. Semua rakyat Malaysia juga wajar mempelajarinya di sekolah-sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia juga memandang tinggi terhadap perkara ini dan menjadikannya sebagai salah satu subjek yang wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kerajaan juga menubuhkan sekolah kebangsaan sebagai cara untuk menyatupadukan rakyat. Hal ini demikian kerana sekolah-sekolah vernakular yang berasaskan perkauman tidak mampu menjalinkan hubungan yang mesra antara kaum. Pelajar juga mempelajari bahasa ibunda yang tersendiri dan hanya bergaul dengan rakan yang sama warna kulit. Dengan ini, timbullah perkauman yang tebal dalam diri mereka. Oleh sebab itu, pelajar-pelajar perlu mengambil inisiatif untuk belajar di sekolah kebangsaan agar dapat bergaul dengan rakan yang berbeza kaum. Di samping itu, Perdana Menteri negara kita mengambil strategi menjalankan program rumah terbuka. Rakyat dapat menjamu makanan istimewa sesuatu kaum yang meraikan perayaan masing-masing. Mereka akan berkumpul dan berbual-bual sambil menjamu makanan dan ini mampu menjalinkan hubungan mesra antara mereka. Mereka akan lebih menghormati pihak lain dan seterusnya mewujudkan keharmonian dan keamanan tanah air yang tercinta ini. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kaedah yang lebih pragmatik perlu diambil, iaitu dengan peranan pihak sekolah. Sekolah kebangsaan ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum untuk menuntut ilmu di bawah satu bumbung. Sukatan pelajaran dan sistem pendidikan yang seiras mampu menyatukan rakyat dengan pembelajaran subjek dalam bahasa yang sama. Rentetan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga mewajibkan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum, setiap satu daripada kelab atau persatuan, sukan atau permainan dan badan beruniform yang terdapat di sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat melatih murid agar lebih aktif malah memupuk sikap kerjasama antara murid dan mengikis sebarang isu perkauman. Di samping itu, aktiviti gotong-royong yang dilakukan di sekolah juga menyumbang kepada perpaduan kaum. Hal ini berlaku kerana pelajar pelbagai kaum menyumbangkan sedikit sebanyak tenaga dalam menjayakan pembersihan persekitaran sekolah. Guru-guru serta murid-murid akan menggembleng kudrat dalam proses melakukan aktiviti weharima. Lain daripada itu, guru-guru yang mengajar mata pelajaran Moral, Sivik dan Sejarah memainkan peranan penting dalam mendidik pelajar nilainilai murni dan menegaskan betapa pentingnya perpaduan kaum. Keperluan kelulusan mata pelajaran Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia juga diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia agar sijil diperoleh. Dengan bertunjangkan kesahihan fakta, hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa pihak sekolah memainkan peranan penting dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum dalam kalangan remaja. Sebagai menggulung segala yang dibicarakan, ternyatalah bahawa terdapat banyak pendekatan dalam mewujudkan perpaduan di negara Malaysia. Perpaduan itu penting dalam


menjamin keamanan dan keharmonian sesebuah negara. Ia juga membantu dalam pembangunan dan pemodenan dengan kerjasama semua rakyat. Perpaduan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia, memajukan ekonomi dan meningkatkan kedatangan pelancong ke negara kita. Hal ini desebabkan perpaduan yang wujud akan menjamin keselamatan pelancong asing. Sekiranya kita tidak memupuk perpaduan kaum, implikasinya tidak dapat dibayangkan. Rakyat akan sering membangkitkan isu perkauman yang menyebabkan rusuhan dan perbalahan antara kaum. Peperangan juga mungkin berlaku dalam negara antara rakyat berbeza kaum. Hal ini akan menyebabkan rakyat lain hidup dalam ketakutan dan keadaan ini akan bagaikan mimpi ngeri bagi mereka. Kematian juga akan berlaku dan keadaan menjadi porak-peranda. Rakyat dari luar negara pula akan memandang serong terhadap negara kita dan memberi tanggapan negatif. Adakah kita ingin melihat tragedi 13 Mei 1969 berulang semula yang menyebabkan pertumpahan darah? Sanggupkah kita menjejaskan maruah dan imej negara kita di mata orang lain? Oleh hal yang demikian, perpaduan kaum perlulah dijalin untuk kebaikan semua pihak dan mencapai wawasan 2020 yang bermatlamatkan negara kita mencapai kemajuan seperti negara lain. Tajuk 7 - Gaya hidup sihat . Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini. Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang. Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah


mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat. Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat. Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini. Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak. Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Tajuk 8 - Keistimewaan penggunaan media sosial Pada era modenisasi ini, penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian sudah menjadi satu trend pada masa kini. Perkembangannya bagai cendawan tunbuh selepas hujan. Kecanggihan aplikasi yang terdapat dalam laman sosial telah menarik semua peringkat usia manusia di muka bumi ini, baik yang bergelar pemimpin dunia, pemimpin negara, golongan profesional, ramaja sehinggalah golongan kanak-kanak. Penggunaannya bertambah hangat


apabila terdapat komputer riba dan telefon bimbit yang canggih direka turut menyediakan kepelbagaian fungsi untuk tujuan ini. Sudah pasti senario ini memberi kelangsungan penggunaan media sosial pada bila-bila masa dimana jua kita berada. Antara laman sesawang sosial yang menjadi pilihan khalayak ramai pada masa kini termasuklah Telegram, Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya. Persoalannya apakah kepentingan media sosial kepada kita sehingga jutaan masyarakat mengilainya? Di bawah ini saya akan perjelaskan kepentingannya secara terperinci. Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru dari seluruh dunia di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram adalah pilihan yang sesuai untuk senario ini. Kita boleh memilih rakan baru pada setiap masa baik atas permintaan kita ataupun permintaan dari pemilik akaun rakan yang lain. Komen-komen terhadap gambar aktiviti individu yang dimuat naik secara berterusan akan mengeratkan hubungan sesama rakan. Bagi seseorang yang telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah, kolej atau universiti menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini boleh digunakan sebagai suatu wahana utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Melalui media sosial mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinteraksi antara satu sama lain seterusnya mengikat hubungan mereka bagai aur dengan tebing. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan rakan-rakan sebagai aktiviti 'reunion'. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang berada di depan mata. Jelaslah bahawa selain dapat menemukan semula rakan lama, media sosial juga boleh menambahkan kenalan baru yang jauh dan yang dekat. Seterusnya, penggunaan laman sosial tersebut juga dapat dimanfaatkan sebagai wahana untuk menjana pendapatan yang lumayan. Melalui Facebook, Blog, Twitter dan sebagainya, kita boleh mengembangkan perniagaan atau memasarkan produk secara percuma tanpa memerlukan seseorang itu bersemuka secara empat mata. Orang ramai dapat membeli sesuatu barangan seperti tudung, jubah, kasut, barangan perhiasan, kosmetik, buku, barangan elektronik seperti kamera digital dan komputer dengan menggunakan laman sosial tersebut. Mereka juga dapat menjadikan laman sosial tersebut sebagai alternatif menambahkan sumber pendapatan bulanan mereka. Hal ini demikian kerana pada waktu pagi dan petang seseorang itu terlibat secara langsung dengan kerjaya masing-masing. Pada waktu lapang, mereka dapat memasarkan sesuatu barangan yang dapat menarik perhatian orang ramai seperti kata peribahasa sambil menyelam minum air. Harga dan kualiti barang yang ditawarkan adalah berbaloi dengan harga pasaran semasa. Proses pembelian adalah mudah iaitu membuat tempahan, bayaran dibuat melalui akaun bank penjual yang dipaparkan dan barangan dihantar melalui pos laju. Hal ini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat beli-belah. Tegasnya laman sosial dapat mewujudkan perniagaan di hujung jari tanpa had masa dan mampu melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Selanjutnya, media sosial dapat menyampaikan maklumat dengan pantas. Hasilnya setiap pelajar, sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti telah terdedah dengan kebanjiran ilmu pengetahun. Sesuai dengan pepatah Melayu menyatakan pucuk dicita ulam mendatang dan orang mengantuk disorongkan bantal segala maklumat yang diingini boleh diperolehi secara mudah dengan hanya menggunakan enjin carian google dan yahoo tanpa perlu pergi ke perpustakaan. Dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian ini akan mencadangkan beberapa ratus laman sesawang media sosial yang membincangkan tajuk yang berkaitan. Selain boleh memuat turun buku elektronik secara percuma ataupun berbayar, pelajar juga boleh mendapatkan sampel tugasan untuk dijadikan rujukan. Segala maklumat


ini hanya berada di hujung jari. Tambahan pula, pelajar boleh menambah ilmu pengetahuan diluar skop tanpa bergantung kepada silibus pelajaran di sekolah sahaja. Terbuktilah media sosial mampu memberikan manfaat kepada golongan pelajar. Ibu bapa juga boleh menggunakan manfaat ini untuk mencari tips menarik di media sosial seperti tips keibubapaan, resepi masakan dan sebagainya untuk diaplikasikan di dalam kehidupan. Bagi seorang guru, media sosial boleh digunakan untuk memberi tambahan tugasan yang menarik dalam setiap topik pembelajaran yang telah diajarkan kepada anak didik mereka seterusnya dapat meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah. Dapat dirumuskan di sini bahawa media sosial dapat membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan semasa Sejurusnya, laman sosial turut memberi ruang dan peluang untuk pengguna berkongsi suara fikiran masing-masing bergantung kepada isu-isu semasa yang mahu diketengahkan. Hal ini dapat dilakukan sesama rakan, antara guru dan murid, media massa dan orang awam, artis dan peminat, malah antara pemimpin dan rakyat sebagai medan komunikasi. Dengan adanya medium komunikasi baharu ini seperti aplikasi Twitter, secara tidak langsung membolehkan para peminat mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat apabila mereka berpeluang membaca apa-apa juga komen yang ditulis oleh setiap artis. Malah, sebagai pemimpin negara nombor satu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut gemar melayari web sosial Facebook dan Twitter. Selain beliau, Presiden AS, Barack Obama, dan Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy antara pemimpin yang turut menggunakan Facebook. Mereka ini merupakan antara jutaan manusia di seluruh dunia terpanggil untuk menyertai rangkaian laman web sosial bagi berhubungan dengan orang ramai terutama rakyat Malaysia yang ingin merapatkan jurang politik antara golongan muda dan lama. Tegasnya, dengan jaringannya yang begitu meluas menjadikan hubungan antara insan semakin mesra, rapat dan dekat seperti diwarkan-warkan – “Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan”. Selain itu, penggunaan media sosial dapat menjimatkan kos membayar bil telefon dan internet. Sesuai untuk pelajar, ibu bapa yang bertugas di luar negara, kini mereka mampu tersenyum lebar kerana dengan menggunakan aplikasi berbual secara talian seperti skype, yahoo messenger dan sebagainya, kita mampu untuk mebuat panggilan video, panggilan suara dan “berchatting” dengan sanak saudara dengan percuma. Dengan ini, pelajar dan ibu bapa yang belajar atau bekerja di luar negara mampu untuk berhubung terus dengan saudara mara mereka ketika berada di perantauan tanpa perlu bimbang akan soal bil internet kerana bil internet adalah tetap untuk setiap bulan. Kos yang diperuntukkan untuk berhubung dengan keluarga mampu dikurangkan secara lebih berkesan dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Masalah jarak beribu batu sudah tidak menjadi alasan untuk berhubung dengan ahli keluarga secara kerap. Bagi pelajar yang berkahwin di luar negara, hari bahagia seperti majlis perkahwinan mereka dapat dikongsi sama tanpa perlu mengeluarkan kos penginapan dan tiket penerbangan. Hal ini kerana majlis perkahwinan anak mereka boleh ditonton oleh keluarga secara langsung menggunakan skype walaupun dimana jua anda berada. Sudah semestinya penjimatan seperti ini sangat diperlukan oleh para pelajar dan pekerja yang tinggal di luar negara. Jelaslah, perkembangan media sosial sebagai medium perhubungan mampu membawa kebaikan yang positif dan pengjimatan kepada penggunanya. Akhirnya, kebaikan media sosial yang lain ialah dapat digunakan sebagai medium untuk rakyat bersuara. Segala aduan boleh terus diadukan kepada saluran yang betul seperti laman sesawang Facebook Perdana Menteri atau stesyen-stesyen televisyen yang menjadi penyalur maklumat kepada pihak berkuasa. Jika aduan atau cadangan yang dilontarkan berasas, pihak-pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah yang sedang berlaku. Cara ini mungkin akan lebih berkesan kerana wakil-wakil rakyat mula menggunakan media sosial sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan


rakyat dan mendengar semua keluhan dan aduan rakyat di kawasan mereka. Melalui media sosial, seseorang pemimpin boleh berkongsi pendapat, meminta pandangan pelan tindakan yang dirancangnya.. Melalui media sosial juga, individu yang tidak mempunyai keberanian untuk bersuara secara berdepan dengan pemimpin juga mampu untuk tampil membuat cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa melalui demonstrasi jalanan yang dianjurkan pihak tertentu. Namun kerjasama dari pihak pemimpin juga amat diperlukan untuk menjayakan lagi pendekatan ini supaya mampu memberikan peluang kepada rakyat untuk membuat penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi corak pentadbiran negara dalam proses untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, terbukti media sosial mampu menjadi medium untuk rakyat bersuara demi kemajuan negara bangsa tercinta. Konklusinya, media sosial mampu membawa kepada kebaikan yang ketara kepada pengguna jika digunakan secara bijak. Justeru, ibu bapa mahupun penjaga haruslah memantau anak mereka ketika mereka menggunakan media sosial untuk memastikan mereka tidak melayari laman-laman sesawang yang berunsur lucah yang mampu merosakkan minda si anak. Oleh itu, ibu bapa seharusnya memasang aplikasi untuk menyekat akses kepada laman sesawang yang tidak mempunyai moral untuk melindungi mereka daripada agen propaganda barat yang mahu merosakkan pemikiran remaja seluruh dunia melalui muzik dan fesyen yang keterlaluan yang semakin mendapat tempat di hati remaja di Malaysia. Pengguna juga harus lebih berhati-hati ketika berurusan secara talian dan tidak mededahkan maklumat diri anda sewenang-wenangya kerana kadar jenayah di internet telah meningkat sejak akhirakhir ini yang telah menelan kerugian jutaan ringgit. Di harapkan semua pihak tampil untuk bekerjasama dalam memastikan media sosial sentiasa digunakan di jalan yang betul. Gutu juga boleh memainkan peranan mendedahkan laman-laman sesawang pendidikan serta menerapkan nilai-nilai murni dikalangan pelajar supaya mereka mengetahui baik dan buruk menggunakan media sosial bertepatan dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan iaitu pemimpin dalam menyebarkan kebaikan media sosial kepada rakyat supaya kebaikan ini dapat memberikan kesan postif kepada mereka dan mampu meningkatkan kualiti hidup kearah yang lebih baik pada masa yang akan datang. Tajuk 9 - Cara cara menangani obesiti Pada saat kita sibuk merencana kehidupan di dunia yang fana ini, secara sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, masalah obesiti atau kegemukan dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat dan membimbangkan banyak pihak. Ibu bapa pada masa kini yang sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak mampu menjaga pemakanan kanak-kanak yang menyebabkan mereka tidak mengambil berat terhadap makanan yang diambil. Ibu bapa sering mengambil inisiatif yang mudah dengan membeli makanan di luar yang telah diproses atau mengandungi kandungan minyak, gula dan garam yang tinggi untuk menyelesaikan makanan seharian. Hal ini kerana ibu bapa tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk masak makanan yang berkhasiat di rumah sehingga telah mengabaikan kesihatan kanak-kanak yang masih kecil. Lama-kelamaan kanak-kanak telah mengalami obesiti yang menghantui ibu bapa masing-masing. Berdasarkan Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia, terdapat peningkatan sebanyak 13.6% kes obesiti dalam kalangan kanak-kanak Penubuhan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (MCOM) telah menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menangani masalah obesiti dengan menyebarkan penerangan dan maklumat serta meningkatkan kesedaran umum mengenai gaya hidup sihat termasuk aspek pemakanan. Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, beliau melahirkan kebimbangannya dalam melihat peningkatan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan menyeru ibu bapa agar memberi penjagaan


yang lebih terhadap pemakanan mereka. Hal ini demikian agar kanak-kanak dapat mencegah keburukan obesiti yang akan menimpa pada usia yang muda. Sesungguhnya, benarlah bicara bijak pandai bahawa malas berdayung, perahu hanyut dan setiap penyakit ada penawarnya. Oleh hal yang demikian, lapangkan jiwa dan minda untuk merenung keburukan yang akan bercambah jika senario ini berlaku dan langkah yang pragmatik yang boleh disegerakan. Umum mengetahui bahawa kekangan masalah obesiti yang akan berlaku adalah terdedah pada penyakit krinik yang membahayakan nyawa kanak-kanak yang masih kecil. Pengumpulan lemak yang berlebihan pada badan akan meningkatkan tekanan darah kanakkanak. Hal ini disebabkan oleh arteri yang disumbat dengan lemak menyebabkan jantung lOMoAR cPSD|29057356 perlu mengepam darah dengan lebih kerap. Obesiti juga akan meningkatkan penghidapan diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis. Pengambilan makanan yang mengandungi gula yang banyak akan menyebabkan insulin tidak dapat mengawal kandungan gula dalam darah. Darah akan mengandungi gula yang tinggi dan menyebabkan kerumitan seperti masalah jantung, kehilangan pendengaran, kerumitan pada mata, kaki dan kulit, strok dan hypertensi. Sehubungan dengan itu, arteri yang tersumbat oleh lemak meningkatkan tahap seseorang untuk mengalami serangan jantung. Kanak-kanak juga mungkin mengalami kesukaran bernafas kerana lemak mengelilingi paru-paru mereka. Sakit sendi dan masalah tulang (Arthritis) akan berlaku pada seseorang yang gemuk. Pengumpulan lemak pada badan menyumbang kepada peningkatan berat badan, menyebabkan tekanan berlebihan pada bahagian badan dan mengakibatkan kesakitan pada sendi. Penyakit seterusnya ialah strok yang merupakan kekurangan bekalan darah kerana berlebihan berat badan. Keadaan ini akan menyebabkan kelesuan otot pada sebelah badan, masalah bercakap dan sebelah muka berasa kebas. Selain itu, peningkatan dalam tahap insulin akan menyumbang kepada pertumbuhan tumor tertentu yang meningkatkan risiko penghidapan kanser. Lantaran berpaksikan kebenaran yang disampaikan, jelaslah bahawa obesiti mendatangkan banyak penyakit kronik pada badan kita. Kanak-kanak yang mengalami obesiti akan menghadapi risiko menghidapi penyakit ini pada masa akan datang sekiranya gaya hidup mereka tidak berubah. Oleh sebab itu, kanak-kanak perlulah mengawal berat badan mereka dengan menjalani kehidupan yang sihat. Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang teratur, kita juga tidak seharusnya terpedaya dengan produk pelangsingan badan yang kian berlambak dalam pasaran. Pelbagai produk pelangsingan badan dijual dan diiklankan yang boleh mengaburi mata pengguna. Pengguna haruslah berhati-hati kerana biasanya kandungan bahan-bahan dalam produk pelangsingan badan boleh membahayakan kesihatan malah, kebanyakan produk tiada jaminan keselamatan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh yang demikian, penggunaan produk ini tidak selamat dan boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif yang boleh menjejaskan kesihatan. Penggunaan produk tersebut bukannya dapat menguruskan badan sebaliknya mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Oleh itu, kita haruslah mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar perubatan yang bertauliah sebelum menggunakan sesuatu produk pelangsingan badan yang ada dalam pasaran. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa, senario tersebut menimbulkan rintangan seterusnya iaitu mempunyai masalah psikologi. Kanak-kanak yang gemuk akan mudah dipersendakan oleh rakan-rakan mereka kerana berbeza daripada kanak-kanak yang kurus. Mereka akan diketawakan dan diberi nama yang menyebabkan kanak-kanak yang berlebihan berat ini utnuk melahir tekanan dengan kritikan rakan-rakan mereka. Kanak-kanak yan obesiti ini akan menyepikan diri daripada rakan-rakan lain dan tidak bergaul. Mereka akan berasa malu, rendah diri, menganggap diri mereka tidak menarik dan sentiasa berada dalam dunia sendiri. Kanak-kanak juga mungkin menghidapi masalah psikologi seperti penyakit bulimia nervosa yang dikatakan makan dengan banyak ketika mengalami tekanan dan memuntahkan makanan dengan memasukkan jari ke dalam mulut. Kanak-kanak juga 6


mungkin akan mengikut tindakan orang dewasa yang mengambil pil pelangsingan badan untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Sebaliknya, mereka akan semakin bergantung pada pil tersebut dan menyebabkan mereka terlantar di hospital. Di samping itu, kanak-kanak yang tidak berfikiran matang mungkin cenderung melakukan perkara yang mencederakan diri kerana disisih oleh rakan-rakan. Dengan bertunjangkan kesahihan fakta, hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa obesiti akan mendedahkan kanak-kanak kepada masalah psikologi yang tidak diingini. Masalah seperti ini akan berlarutan sehingga dewasa. Oleh sebab itu, kanak-kanak perlulah diambil berat agar sentiasa ceria dan sentiasa bergaul dengan rakan-rajan walaupun kegemukan agar tidak mempunyai masalah seperti yang dinyatakan. Persis kata mutiara buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat. Bidalan ini menunjukkan bahawa setiap masalah pasti mempunyai formula terbaik bagi mengatasinya. Oleh hal yang demikian, masalah obesiti memang mempunyai penyelesaiannya agar kanak-kanak tidak lagi diseksa dengan berat badan yang berlebihan. Pada hemat saya, masalah obesiti dapat dikaitkan dengan usaga mengamalkan diet yang seimbang setiap hari. Kanak-kanak boleh mengurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi seperti roti canai, burger, kentang goreng dan kek coklat. Sebaliknya, makanan yang segar dan mengandungi khasiat yang tinggi perlulah diperoleh dengan lebih kerap. Piramid makanan bolehlah dijadikan panduan dengan memperbanyak makanan yang mengandungi kandungan karbohidrat, protin, vitamin dan mineral yang sesuai dengan tubuh badan kanakkanak. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dengan memastikan anak makan makanan yang dihidangkan dan tidak membawa kanak-kanak makan lewat malam. Hal ini disebabkan penghadaman tidak akan dilakukan dengan baik jikalau tidur seterusnya. Tenaga ini tidak diperlukan dan akhirnya berkumpul sebagai lemak dalam tubuh badan. Makanan segera seperti McDonalds, KFC, Burger King dan Pizza Hut menyediakan makanan yang mempunyai bahan pengawet, pewarna, gula, garam, minyak dan perasa yang kandungannya tinggi. Makanan ringan juga perlu dielakkan oleh ibu bapa bagi menjamin kesihatan kanakkanak. Ibu bapa perlulah dididik dan tidak melembutkan hati sekiranya kanak-kanak mempunyai kerenah yang menginginkan mereka membeli makanan seperti ini. Kanak-kanak juga perlulah mendisiplinkan diri dengan memahami keburukannya sekiranya diet yang tidak seimbang berlanjutan. Mereka patut bersikap "makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang" serta hanya mengambil makanan yang mampu dimakan sahaja agar tidak membazir. Dengan berbuat demikian, ternyatalah bahawa diet yang seimbang merupakan salah satu metodologi yang dapat diimplementasikan dalam kehidupan kanak-kanak berlebihan berat. Suatu hakikat yang wajar diterima ialah kaedah melakukan senaman yang secukup. Kanak-kanak bolehlah mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam 3 kali seminggu dan 30 minit setiap kali. Aktiviti berjalan kaki cepat, senamrobik, berenang, bermain bola sepak dan sebagainya boleh dilakukan untuk memulakan gaya hidup yang aktif. Kanak-kanak juga digalakkan mengambil tangga dan tidak bergantung pada lif. Aktiviti ini dapat membakar lemak dalam badan sekiranya dilakukan dalam tempoh yang panjang. Ia juga melatih tubuh badan untuk menjadi cergas dan meningkatkan metabolisme badan untuk mengelak daripada dihidapi penyakit. Selain itu, kanak-kanak bolehlah mengenal pasti makanan yang menyebabkan obesiti seperti tekanan perasaan. Mereka haruslah mengawal diri sekiranya mereka makan dengan banyak apabila berasa bosan, mengalami tekanan atau terlihat makan yang enak. Kanak-kanak juga tidak semestinya makan dengan banyak selepas bersenam kerana berpendapat bahawa mereka telah kehilangan tenaga. Kanak-kanak tidak harus bersikap hangat-hangat tahi ayam ketika bersukan. Mereka patut menentukan matlamat dan menuju ke arah tersebut agar dapat menurunkan berat badan. Mereka patutlah berfikiran positif dan yakin terhadap diri sendiri bahawa berat badan merekan akan menjadi yang ideal


serta tidak menghiraukan pandangan orang yang sinis. Ibu bapa mestilah menjadi suri teladan dengan memberi galakan dan sokongan moral yang sepatutnya kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga boleh terlibat sama dengan aktiviti anak-anak dengan membawa mereka beriadah dan melakukan aktiviti luar biasa seperti berkayak, "flying fox" dan merentasi hutan untuk menguji ketahanan fizikal. Dengan kupasan yang menarik, sememangnya diakui bahawa senaman mampu membantu menurunkan berat badan dengan membakar kalori yang banyak. Selain itu, peranan guru juga merupakan tunjang untuk mencegah masalah obesiti. Guru sewajarnya harus mendidik murid-murid tentang akibat atau kesan sekiranya mengalami masalah obesiti. Hal ini akan mengakibatkan murid-murid tidak mahu menjadi salah seorang rakyat yang menghidap penyakit obesiti. Guru merupakan pengganti ibu bapa sewaktu ketiadaan mereka untuk mengurus anak-anak. Dalam hal ini, guru harus mendidik murid-murid dengan betul untuk kesejahteraan negara pada masa akan datang. Sebagai penutup wacana, ingin saya tegaskan bahawa obesiti memang mendatangkan banyak keburukan seperti terdedah kepada penyakit kronik, mengalami masalah psikologi dan membataskan pergerakan fizikal dan sosial. Namun demikian, seperti yang dinyatakan oleh peribahasa hanya jauhari mengenal manikam, segala masalah pasti ada penyelesaiannya, begitu juga dengan masalah obesiti yang dihadapi oleh kalangan kanak-kanak di negara kita. Kanak-kanak yang masih belum berfikiran matang hanya terikut-ikut dengan gerak hati dan perasaan dalaman. Sekiranya kehendak mereka tidak dipenuhi, mereka akan menunjuk perasaan dengan menangis atau menjerit. Mereka tidak mengenal erti "kesihatan" dan hanya mengambil makanan yang mereka berasa sedap dan menggembirakan diri mereka. Oleh itu, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap masa depan kanak-kanak yang menjadi tonggak kepimpinan negara kita pada masa hadapan, mereka berperanan mendidik anak-anak dan menyatakan "tidak" pada masa yang betul. Anak-anak harus mengetahui tentang kandungan makanan segera dan makanan ringan dan kesannya jika diambil secara berterusan. Selain itu, guru sekolah, masyarakat, media massa dan pemimpin negara juga wajar mengambil alternatif dengan memberi pendidikan jasmani dan kesihatan, memberi nasihat, menyiarkan iklan tentang gaya hidup sihat dan mengadakan kempen serta ceramah supaya memastikan kanak-kanak Malaysia sedar tentang kesihatan diri sendiri dan melakukan anjakan paradigma ke arah yang sihat. Hal ini juga akan memastikan bahawa negara kita mengurangkan peratusan kanak-kanak yang mengalami obesiti dan membentuk kanak-kanak yang sihat. Tajuk 10 – Usaha-usaha Mempopularkan Permainan Tradisional Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait rapat dengan perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Mahukah kita membiarkan anak watan berterusan meminggirkan budaya mereka? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini. Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan serta mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-


anak mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana pencapaian cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian atau bersama dengan rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak, menaikkan layinglayang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air. Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu, pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan, justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat mempopularkan permainan tersebut di Malaysia daripada pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat dituntut agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan. Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lainlain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran, peraduan melukius poster dan lain-lain lagi. Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru. Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Perkara yang sama


boleh dilakukan oleh agensi pelancongan yang bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing. Lantaran itu, agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain gasing, galah panjang dan teng-teng di tempat penginapan pelancong asing. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara dan peranan agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar. Sementara pihak swasta pula boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional ini. Pihak swasta boleh menjadi penaja bagi pertandingan yang dianjurkan dengan menyediakan hadiah yang lumayan. Sebagai contoh, penganjur menyediakan hadiah berbentuk tiket pelancongan ke luar negara kepada para pemenang. Hal ini dapat menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertainya. Pendek kata, jelaslah bahawa pihak swasta juga memainkan peranan penting dalam mempopularkan permainan tradisional negara ini. Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut berjaya menarik peminat-peminat permainan layanglayang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara. Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju pada tahun 2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan lOMoAR cPSD|29057356 menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!


Click to View FlipBook Version