The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aliff Hakimi, 2023-05-15 00:04:28

Pencemaran alam sekitar

Pencemaran alam sekitar

E-FOLIO MPU23012 Pengajian Islam Pencemaran Alam Sekitar GenQurani Harga : RM7.00(SM) RM10.00(SS) Faktor pencemaran alam sekitar Faktor pencemaran alam sekitar Penyelesaian kepada pencemaran alam sekitar Penyelesaian kepada pencemaran alam sekitar Kesan pencemaran alam sekitar Kesan pencemaran alam sekitar


ISIKANDUNGAN Penghargaan Penyelesaian kepada pencemaran alam sekitar Topik perbincangan 01 05 03 02 06 04 Pengenalan Rujukan Faktor dan kesan pencemaran alam sekitar


Bersyukur kami ke hadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan efolio dengan jayanya.Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Fadhlina Muhamad Ahmad yang telah memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan kepada kami sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.Tanpa sokongan mereka tidak mungkin kami akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang juga banyak membantu dalam mencari maklumat berkaitan tugasan ini. Akhir sekali,harapan kami dengan menyiapkan tugasan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami dan juga dapat menjadi pelajar yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Penghargaan


Pengenalan Contohnya,lapisan ozon menipis,banjir kilat dan sebagainya.Oleh itu,kita sebagai masyarakat yang menyayangi alam sekitar perlulah mengambil tindakan terhadap perkara jika tidak perkara ini akan bertambah buruk dari semasa ke semasa. Alam sekitar merupakan ciptaan ALLAH SWT dan sudah menjadi kita tanggungjawab kita untuk menjaganya.Kita hendaklah menjaganya dengan sepenuh hati dan tidak melalukan kerosakan terhadap alam sekitar.Jika kita tidak memelihara dan menjaganya akan timbul pelbagai masalah dan bencana.


3.OFaktorpencemaran alamsekitar Punca utama dalam berlakunya pencemaran ini adalah sikap tidak bertanggungjawab individu mahupun sesebuah organisasi dalam pencemaran. Sebagai contoh, aktiviti ekonomi seperti pembukaan kawasan perumahan dan perindustrian yang baru diperlukan tetapi, ekosistem sesebuah kawasan tersebut perlu dipelihara.. Penebangan hutan dan penarahan bukit tanpa ada tindakan pemuliharaan seperti penanaman semula pokok telah menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat mereka. Hal ini menyebabkan berlaku bencana seperti tanah runtuh dan banjir kilat kerana ketiadaan pokokpokok yang selama ini menjadi tunjang utama kekuatan tanah di kawasan tersebut. Justeru, kekayaan yang kian mengaburi mata-mata orang yang tidak prihatin akan alam semula jadi ini harus dibukakan mata dan ditunjukkan kesan dan akibat sekiranya pencemaran ini berlaku dan meniggalkan kesan terhadap diri mereka sendiri


Selain itu, punca pencemaan alam sekitar adalah penggunaan sumber tenaga yang mencemarkan alam seperti diesel dan bahan bakar yang lain. Faktor perindustrian dan pengangkutan yang bergantung pada bahan bakar petrol dan diesel menyumbang kepada pencemaran udara dan bunyi. Gas-gas karbon dioksida yang dilepaskan ke udara oleh kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan motosikal secara berlebihan telah menyebabkan indeks udara berada pada tahap yang membimbangkan bagi kesihatan marhaen dewasa ini. Kita boleh melihat contoh di negara Norway yang menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik ataupun yang berasaskan tenaga yang boleh diperbaharui. Mereka memberi pengecualian cukai dan kemudahan parkir untuk pengguna kenderaan tersebut sekaligus mengurangkan pelepasan gas-gas yang mencemarkan udara dan memanfaatkan sumber tenaga yang berpotensi untuk masa hadapan. Maka, pendekatan teknologi dan sistem yang mesra alam perlulah digalakkan agar kita dapat bersamasama mencegah pencemaran ini daripada terus berleluasa.


Tambahan pula, punca yang boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi.Pencemaran ini terjadi tanpa diduga oleh masyarakat.Ini kerana pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti gunung berapi,ribut taufan,gempa bumi dan sebagainya.Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat.Sebagai contah apabila berlakunya letusan gunung berapi,secara tidak sengaja iklim cuaca juga akan turut berubah menjadi jerebu seterusnya akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena penyakit seperti asma,batuk,paru-paru,penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya.Oleh itu,semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini.Mereka seharusnya tidak mengamalkan sikap “seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”


Akhir sekali, punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berada di tahap yang kritikal adalah disebabkan tangan manusia sendiri.Pada kebiasaannya manusia sering kali melakukan pencemaran alam sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak seperti udara,air,tanah,bunyi dan radiasi.Kesan terhadap pencemaran alam sekitar sudahpun disebarkan melalui media massa namun manusia”durjana”yang tidak mencintai alam memandang “enteng” terhadap permasalahan pencemaran alam sekitar.Sifat materialistik yang ada dalam masyarakat pada hari ini juga sukar untuk kita mengurangi masalah pencemaran di atas muka bumi ini.Oleh yang demikian pihak yang berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlulah membuat pemantauan di sesuatu kawasan bagi menjaga alam sekitar ini bersama.Selain itu,semua golongan masyarakat perlulah sedar akan kepentingan alam sekitar terhadap mereka.


3.2Kesan Isu-isu pembalakan haram sebagai contoh semakin menjadi-jadi dan sekiranya berterusan tidak mustahil negara akan berdepan dengan krisis kemusnahan hutan seperti kepupusan flora dan fauna seta kehilangan kawasan utama tadahan air. Undang-undang sedia ada harus ditambah baik untuk mengelakkan kesan pencemaran alam sekitar terus menjadi belenggu dan dilema kepada negara. Bukan itu sahaja, hidupanhidupan liar yang diambang kepupusan juga mungkin akan terus lenyap di dunia tapa sebarang kesan. Di Malaysia, jumlah populasi harimau Malaya telah dilaporkan semakin pups dan antara puncanya adalah disebabkan kehilangan habitat serta sumber makanan akibat aktiviti pembalakan serta pencerobohan hutan


Urbanisasi bermaksud perpindahan penduduk dari kawasan luar bandar ke pusat bandar. Bandar-bandar yang membangun akan memberikan jumlah peluang pekerjaan yang lebih baik dan perkara ini menarik perhatian penduduk di luar bandar untuk berpindah ke bandar-bandar besar. Meskipun secara kasarnya, kesan urbanisasi bole dilihat sebagai sesuatu perkara yang member manfaat kepada kadar pertumbuhan ekonomi sesuatu negara, namun begitu kesan negatifnya juga tetap ada. Ketika tahap urbanisasi memuncak, kawasan-kawasan bandar akan menjadi lebih sesak dan seterusnya akan mengakibatkan pembentukan serta pertumbuhan kawasan setinggan yang besar. Kawasankawasan seperti in secara tidak langsung akan menyumbang kepada kesan pencemaran alam sekitar yang membimbangkan. Masalah-masalah seperti pembuangan sampah sarap dan najis yang dikawal selia dengan betul akan meningkatkan pelbagai kesan buruk terhadap alam sekitar dan manusia. Sebagai contoh, peningkatan penduduk di pusat bandar menggunakan sejumlah besar air untuk pelbagai tujuan. Air buangan terpakai seperti air kumbahan, jika tidak dirawat, mencemarkan sungai dan tasik kerana kumbahan bandar dibenarkan dialirkan ke dalamnya.


Antara kesan utama pencemaran alam sekitar kepada manusia adalah terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan. Salah satu pencemaran yang mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan kepada kita adalah pencemaran udara. Sebagai manusia, kita bergantung kepada udara untuk membekalkan oksigen yang optimum bagi proses pernafasan. Apabila udara yang kita hirup dicemari dengan gasgas kimia yang berbahaya, kita akan jatuh sakit kerana badan kita tidak boleh memproses kandungan udara yang telah tercemar. Peristiwa ini persis dengan apa yang berlaku di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor. Terdapat individu yang tidak bertangguungjawab membuang sisa kimia ke sungai tersebut tapa dirawat dahulu dan mengakibatkan kanak-kanak di kawasan berdekatan jatuh sakit. Peristiwa ini jelas menunjukkan kepada kita kesan apabila terdapat individu yang tidak bertangguungjawab membuang sisa kimia ke sungai tersebut tapa dirawat dahulu dan mengakibatkan kanak-kanak di kawasan berdekatan jatuh sakit. Peristiwa ini jelas menunjukkan kepada kita kesan apabila alam sekitar dicemari dengan perkara yang tidak sepatutnya berada di situ seperti sisa kimia dan sampah sarap. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.


Di samping itu, pencemaran alam sekitar juga akan mengancam punca rezeki masyarakat kita khususnya bagi golongan nelayan dan para petani. Hal ini demikian kerana pencemaran sering kali berlaku di kawasan sungai dan pantai yang merupakan lokasi pertanian serta penangkapan hasil laut.Tumpahan minyak daripada kapal komersial di laut akan mencemari hidupan akuatik yang berpotensi menjadi punca rezeki kepada nelayannelayan yang menangkap ikan di laut lepas. Apabila berlaku tumpahan minyak, hidupan akuatik tidak mendapat oksigen kerana permukaan air ditutupi dengan lapisan minyak. Manakala, kejadian banjir yang berlaku kerana pembalakan di kawasan hulu sungai akan mengakibatkan kawasan pertanian di persisiran sugai ditelenggami dan musnah. Kerugian yang tidak boleh diganti ini akan mengakibatkan nelayan dan petani hilang punca rezeki mereka. Tegasnya, pencemaran alam sekitar meninggalkan kesan yang teruk seperti nelayan dan petani hilang punca pendapatan mereka.


Penyelesaiankepada pencemaranalam sekitar Langkah pertama untuk mengatasi pencemaran alam sekitar adalah dengan melaksanakan dasar kerajaan dan polisi pentadbiran yang mesra alam. Pihak kerajaan berperanan besar dalam membentuk undang-undang yang wajid dipatuhi oleh rakyat yang menetap di negara tersebut. Maka, penggubal polisi dan undang-undang negara bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar yang mementingkan pemeliharaan alam sekitar. Sebagai contoh, dasar negara bebas karbon pada tahun 2050 perlu dilaksanakan dengan tepat dan menyeluruh. Perlepasan gas karbon ke udara perlu dikurangkan secara berperingkat bermula hari ini. Langkah seterusnya untuk mengatasi pencemaran alam sekitar adalah dengan memperkasa pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar. Pepatah melayu ada berkata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga apabila kita ingin mendidik generasi muda supaya menghargai alam sekitar dan tidak melakukan pencemaran. Pendidikan mengenai kepentingan alam sekitar terhadap kehidupan manusia dan tahap kebergantungan kita kepada satu-satunya alam yang boleh kita diami ini adalah signifikan. Misalnya jika sungaisungai dicemari dengan sisa toksik, mereka mungkin sukar untuk mendapat sumber air bersih untuk kegunaan harian.


Langkah ketiga mengatasi pencemaran. Kerajaan boleh terus menggunakan akta sedia ada bagi mencegah masalah pencemaran daripada menjadi lebih teruk. Dengan akta sedia ada, diharap pihak berkuasa menguatkuasakan akta yang ada dengan lebih baik Kerajaan juga boleh melakukan pelbagai kempen yang beterusan daripada peringkat sekolah lagi. Dan pemipin yang ada mestilah rajin turun padang bagi memberikan contoh terbaik kepada masyarakat melalui kempen kesedaran. Penggunaan teknologi hijau seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Jepun dalam menghapuskan lambakan sampah sarap secara berkesan tanpa memberikan kesan sampingan melalui teknologi insinerator Kepentingan alam sekitar sangat penting untuk kelestarian kehidupan kita pada masa akan datang.


KESIMPULAN Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan global , pencemaran sungai , perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama , kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.


RUJUKAN http:/www.genqurani.com RUJUKAN 1 : https://www.ipendidikan.my/punca-pencemaran-alamsekitar.html RUJUKAN 2 : https://cariblogger.com/kesan-pencemaran-alam-sekitar/ RUJUKAN 3 : https://www.irujukan.my/mengatasi-pencemaran/


Click to View FlipBook Version